Salam untuk semua kakitangan penerbitan & warga pembaca setia FS. Terlebih dahulu aku nak mengucapkan ribuan terima kasih pada FS kerana menyiarkan kisah seram pertama dari aku harini.
Aku nak amik sedikit masa untuk intro pendek mengenai diri aku. Panggilan aku Anko. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi untuk kisah seram yang seterusnya korang boleh cari kisah aku dengan #KisahAnko. Dan aku seorang wanita, yang tak ada anugerah sixth sense / scanning / berbual dengan makhluk halus ni. Cuma, mungkin ada sebabnya aku diberi takdir sebegini.
Terlebih dahulu, aku nak minta maaf kalau cerita ini tidak mencapai target seram korang semua. Ini pun first time aku menulis kisah seram. Maaf lagi sekali ya.
Baiklah, mari kita mulakan dengan Bismillah.
Waktu tu, aku masih lagi anak kecil, seorang budak gedempol yang berumur 8 tahun. Yang tak tahu apa mende tu “jin / syaitan / bunian etc”. Kisah mula berlaku waktu aku duduk sensorang kat rumah teres kami, mak bapak pergi kerja, adik beradik aku pula ke sekolah, dan aku? Berseronok memonteng sekolah di rumah. Alasan aku tak ke sekolah sebab “baru habis exam jadi tak penting pun kalau pergi, bukan belajar pun” — kata si tembam pada makbapaknya.
Nak dijadikan cerita, waktu aku tengah syok layan tv, aku terdengar suara orang, to be exact: pakcik tua bagi salam. Aku ingat lagi, suara dia tegas dan lancar. Aku ni jenis payah nak bukak pintu, lagi lagi kalau aku sorang. Memang dari dulu lagi macam tu, pernah sekali abang aku jek aku sebab tak bukak pintu untuk dia. Cehs. Okay back to the story. Aku pasti suara tu seorang laki tua, suara kasar macam dah veteran umurnya. Aku pergi tepi tingkap, konon nak usha pakcik tu, dia berpakaian lusuh koyak dan ada kesan d***h, macam, baru lepas accident? Tapi aku tak pikir lelebih pun. So aku diam. Aku mutekan tv. Tak lama lepas tu, pakcik tu hilang. Aku syak dia blha sebab takde orang jawab. So aku sambung buat hal aku.
Tak sampai 2 minit rasanya, ada orang bagi salam lagi sekali, kali ni bukan kat depan rumah. Tapi kat dapur. Aku berlari pergi ke dapur, konon nak check sapa dia pulak kali ni. Agak gemuruh jugak lah bila aku tengok yang bagi salam kat dapur tu adalah pakcik yang sama bagi salam kat depan tadi. Rumah aku, rumah teres yang terletak di tengah, bukan corner lock. Aku pelik, macam laju je pakcik ni boleh sampai ke belakang. Aku baru je nampak dia bagi salam kat depan. Aku masih lagi berkeras tak jawab salam & tak bukak pintu. Baru je aku nak blah dari dapur, pakcik tu keluarkan suara dan cakap. “Tak takut ke sorang sorang kat rumah? Biar pakcik jaga adik. Pakcik bukan boleh makan adik PUN!”. Part “pun” tu memang pakcik tu menjerit. Aku, apa lagi, terus berlari masuk bilik mak bapak aku, kunci dari atas sampai bawah. Menangis teruk aku sampai tertidur.
Aku tak tahu berapa lama aku tertidur.
Aku tersedar lepas dari terdengar ada ketukan kat tingkap nako belah depan bilik mak bapak aku. Aku ingat abang abang aku, sebab dorang je selalu ketuk cermin tu. Aku pun dengan mamai pergi bukak tingkap tu dan tak dan dua saat terus aku menjerit. Menjerit memekik sambil menangis. Kau bayangkan, waktu aku bukak tingkap tu, sepasang mata gelap takde putih pun pandang tepat ke arah aku. Senyuman sinis terukir, aku ingat lagi wajah pakcik tu. “Kenapa dengan pakcik ni? beria sangat takutkan aku?”, aku fikir. Aku tekap muka dengan selimut mak aku and aku nangis teresak esak. Ada dalam 15 minit aku nangis. Tak sedar dengan keadaan sekeliling. Bunyi ketawa dari pakcik tu kuat sampaikan bergema dalam telinga aku. Tingkap tingkap nako semua bergegar. Aku tak pasti apa yang berlaku lepas tu, sebab bukak je mata, aku nampak mak aku setia menanti disebelah aku.
Malam tu aku demam panas dan aku meracau– ini apa yang diceritakan semula dari abang kedua aku. Aku meracau yang macam cacing menggelupur kepanasan. Waktu tu maghrib, suara orang azan merdu bergema di dalam rumah. Aku menjerit, kemudian aku ketawa, diselangi dengan menangis, sambil berlari kehulur kehilir dari depan ke belakang. Abang aku cakap aku macam kena rasuk. Aku duk ulang ayat yang sama, “aku menyesal! aku menyesal! Budak ni suci! aku menyesal! aku menyesal!!!!!”. Lepas dari solat maghrib, bapak aku tegas suruh mak aku bersiap nak bawak aku pergi ke rumah ustaz khei: kawan pada atok aku. Tak jauh pun, dalam 10 minit perjalanan. Satu keluarga ikut.
Waktu naik kereta tu, aku menjerit macam mintak tolong, kata abang aku, aku merayu rayu suruh bapak hantar aku balik ke hutan: “hantar aku ke sana!! hantar!!!!!!” (sambil jari aku tunjuk ke arah hutan depan rumah). Bapak aku cool je, tak layan apa yang disuruh oleh makhluk tu. Dalam perjalanan nak ke rumah ustaz, macam macam hal aku buat. Abang abang aku terpaksa pegang aku gaya bantal peluk, sebab aku meracau teruk. Abang kedua aku cerita waktu dalam perjalanan tu, 10 minit rasa macam nak dekat sejam lamanya. Rasa slow kereta yang dibawa bapak. Memula dia ingat dia sorang je yang rasa macam tu, rupanya mak pun sama. Sampai mak sendiri berbunyi pada bapak aku, “abang, kenapa slow sangat? saya rasa berat semacam kereta ni. ke sebab…..” tak sempat mak aku nak habiskan ayat, aku pula bersuara, “sebab kau semua bawak aku! kalau kau biar je aku dengan budak ni, kau takkan rasa semua ni! HAHAHAHAAHHAHA”. Abang abang aku terkejut, nyaris nak silatkan aku kata abang kedua.
Dengan izin Allah, tak lama lepas tu kami semua sampai di rumah ustaz khei. Tak cakap banyak, bapak aku suruh abang abang aku angkat aku dan baringkan aku di tengah ruang tamu rumah ustaz.
ini dialog ustaz dan makhluk yang merasuk badan aku:
ustaz: “Assalamualaikum”
makhluk: diam seribu bahasa
ustaz: “Merajuk ke marah ni tak nak jawab?”
makhluk: bengang “AKU BUKAN ISLAM!” suara garau keluar. bergema satu rumah. sambil tu aku meludah sekeliling aku.
ustaz: “Aku tahu. Dan aku juga tahu engkau datang dari mana. Beri aku sebab kenapa engkau kacau tuan empunya badan ini?”
makhluk: “HAHAHAHAHAHAHAHAHA SEMUA BODOH! BODOH DAN SENTIASA BODOH! SAMPAI M**I BODOH SAMPAI M**I DILANGGAR BODOH!” — bayangkan ayat ini keluar dari budak umur 8 tahun.
ustaz: ” Nampak gayanya tak boleh bawak bincang. Li, kau tolong aku pegang anak kau.”
Bapak aku bergegas ke arah aku and pegang aku, kuat.
Ustaz mula membaca surah surah yang ada dalam Al-Quran, sambil tangannya memegang kedua mata aku. Dan aku? Menjerit macam nak m**i, “SAKIT BODOH! SAKIT!”
Abang aku cakap semua proses tu ambik masa dalam 2 jam, tak lama lepas tu, aku tersedar sambil nangis. Aku cari mak, mana mak. Bila aku nampak terus aku peluk mak & menangis sekuat hati. Aku ingat lagi aku peluk sambil menjerit, “adik nampak mata hitam! Mata hitam tengok adik! Dia kacau kat tingkap mak!” (waktu ni aku tak sedar pun yang aku bukan kat rumah aku, tapi di rumah ustaz).
Setelah semuanya pulih, kami pulang ke rumah. Jam dah pukul 11 malam lebih. Waktu dalam kereta, aku terdengar perbualan antara mak dan bapak.
Rupanya, benda tu dah lama memerhati. Dia adalah jin yang menetap di dalam hutan berhadapan dengan rumah kami. Ustaz cakap kat bapak aku, benda ni suka dengan suara ketawa aku, dan tangisan aku. Dia tunggu je masa aku duduk sorang. Dia boleh je masuk rumah kami, tapi aku syak dia seronok kacau aku kot sampailah aku sendiri yang bukak tingkap tu. Masa aku dirasuk, benda tu masuk melalui mata aku, dan menetap di situ. Sebelah mata aku hitam, dan sebelah lagi elok normal. Sebab tu lah ustaz tu pegang mata aku, untuk halau jin tu keluar. Mula dari saat tu lah aku tahu serba sedikit mengenai jin, syaitan, roh & bunian. Terbukak hati aku untuk menerima semua ni tanpa ada rasa was was atau pun takut.
Bapak aku pesan, semua ni makhluk Allah, kita dan mereka sama, percaya dengan kewujudan mereka, tapi jangan sesekali cuba mendekati / meminta pertolongan dari mereka. Jangan menyekutukan Allah SWT. Itu adalah dosa besar.
Btw, aku memang panggil bapak aku Bapak. Dari zaman abang aku lahir lagi dia bahasakan dirinya Bapak. Dan aku ada 3 orang adik beradik, 2 lelaki (ketika itu berumur 16 & 11) dan aku (8 tahun waktu tu) bongsu perempuan.
Itu sajalah kisah seram pertama dari aku. Aku tak sure lah seram ke tak. Bagi tuan empunya badan ni memang dah seram, tapi bagi kalian, mungkin tak, mungkin ya. Allahualam. InsyaAllah ada rezeki lagi aku akan kongsikan kisah kisah seram yang aku / keluarga / kawan kawan aku alami. — Anko.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Creepy :O
antara banyak2 cerita seram kt FS ni.. ni first time aku bace sambil meremang bulu roma aku…
duk asik terbayang2 pakcik tua tu.. perghh..tgk..meremang lg tengkuk aku.. huuuu
Done baca
fuhhhh. hebat