Kondo Bilik 1107, Langkawi.

Pertama sekali aku minta maaf sebab jalan cerita agak panjang sebab malas nak buat part 1 part 2. Yang kedua maaf sebab aku tak de niat untuk nak jatuhkan perniagaan sesiapa atau menakut kan sesiapa. Biarlah jadi pengajaran pada korang sebelum pergi mana mana rempat tempat baca review dahulu.

16 Ogos 2016. Aku bersama seorang pensyarah lelaki (Dr Idham), 6 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan (termasuk aku) ke Langkawi untuk buat kajian lapangan di sekitar Gunung Raya dan Pantai Chenang. Kesemua kami adalah pelajar separuh masa geografi sebuah ipta. Aku diberi tanggungjawab untuk mencari tempat penginapan sepanjang berada di sana. Aku telah memilih sebuah kondo yang pada hemat aku sangat berpatutan harganya dan berdekatan dengan tempat makan. Aku berurusan dengan seorang agen untuk menempah dua bilik selama 3 hari 2 malam. Agen itu jugak adalah rakan lama aku ketika di sekolah menengah.
Kami tiba di kondo tersebut jam 1:30pm, 16 Ogos 2016. Kawasan parkir kereta yang di penuhi lalang dan tumbuhan menjalar. Bumbung parkir pecah seperti tidak diselenggara. Bangunan kelihatan usang dan berlumut. Aku menghubungi agen untuk maklumkan ketibaan kami. “Okay selamat datang, kunci ada di dalam bilik masing- masing. Bilik 1107 dengan 1005”, kata agen melalui telefon.
Sebaik memasuki pintu utama lobi kondo, kami tergamam. Semua memandang aku dengan satu soalan. “Betul ke kondo ni? Atau kita salah kondo?”, tanya Syauqi. Yelah sebab aku yang pilih tempat ni. Sungguh ku tak sangka rupanya indah khabar daripada rupa. Lobi kosong, tak ada kaunter pendaftaran pertanyaan, tak ada penyambut tetamu. Yang ada hanyalah chandelier yang hampir jatuh menyembah lantai, lantai yang berhabuk di penuhi dengan daun kering, tampalan iklan memenuhi ruang dinding lobi dan tak ada manusia lain selain daripada kami di situ. Keadaan sangat berbeza ketika aku survey di website dan agoda.
“Tak apa lah, kita naik tengok bilik dulu”, kata Dr Idham nak sedapkan hati kami. Sebelum ke pintu lif kami terpaksa melalui kolam renang di sebelah kiri. Keadaan kolam yang kotor berlumut, daun kering berselerak, lalang memenuhi sekitarnya. Di sebelah kanan laluan terdapat sebuah gym. Kelihatan sudah tutup dan tidak digunakan lagi. Keadaan gym yang berselerak, di penuhi daun kering dan habuk yang tebal. Di sebelah lif terdapat sebuah cafe yg sudah lama di tinggalkan. Cermin cafe sangat kotor, kerusi meja berselerakkan, daun kering memenuhi ruang lantai cafe. Macam mana daun kering ada dalam cafe dan gym sedangkan pintu dan cermin berkunci dan tertutup rapat?
Lif sangat usang dan hanya berhenti di tingkat yang tertentu. Mungkin rosak dan tidak diselenggara. Kami ke tingkat 10 untuk melihat bilik 1005. Biliknya jauh daripada lif dan koridor akan gelap pada waktu malam kerana tidak mempunyai lampu. Aku dan rakan perempuan yang lain sepakat untuk memilih bilik 1107 tingkat 11 kerana biliknya berhampiran dengan lif. Sebaik memasuki bilik 1107, bau bilik sangat ‘welcoming’ hingga aku tak dapat nak agak bau apakah ini. Bau bunga cempaka diselangi bau hanyir ikan yang agak meloyakan. Lantai bilik yang sangat berhabuk seperti tidak ada orang yang pernah menginap sebelum kami. 1107 mempunyai 1 master bedroom dan dua bilik tidur bersaiz sederhana. Lengkap dengan dapur dan dua bilik mandi tapi ada blood stain dalam tab mandi.
Hari pertama sepatutnya kami dah mula kajian lapangan di Gunung Raya. Tapi pensyarah batalkan dan tunda pada keesokkan hari. Di kedai makan, sejujurnya kami tak sedap hati dengan kondo tu. Masing- masing sepakat untuk cari tempat penginapan lain. Motel di kawasan sekitar sudah penuh. Hotel- hotel lain juga turut penuh sedangkan ketika itu bukan cuti sekolah. Akhirnya terpaksa akur untuk bermalam di situ.
7:30pm kami sampai di kondo, ternampak seorang makcik sedang siram rumput dan lalang di kawasan parkir kereta. Aku tak dapat lihat wajah makcik tu, tapi kenapa dia siram lalang? Dr Idham pesan jangan tegur, biarkan saja. Pukul 9:00pm kami berjanji berkumpul di parkir kereta untuk makan malam.

Dari tingkat 11 untuk ke lobi, lif berenti di setiap tingkat. Setiap kali pintu lif terbuka aku nampak koridor di setiap tingkat gelap dan tak ada orang. Yang peliknya kenapa lif berenti di setiap tingkat tapi tiada orang seolah olah ada seseorang sedang bermain dengan butang lif itu. Lif tiba di tingkat 6, nampak makcik siram lalang tu berdiri depan lif sambil pegang sabit. Aku cam makcik tu sebab baju yang dia pakai.

Aku x dapat lihat wajah dia disebabkan keadaan koridor yang sangat gelap dan hanya ada cahaya dari dalam lif, dia hanya menundukkan muka. “Going down?”, tanya Kamila kat makcik tu. Tapi makcik tu tak jawab. Dia diam ja. “Makcik nak turun bawah ke?”, aku tanya. Makcik tu diam jugak. Tiba- tiba dia angkat tangan yang bersabit tu terus meluru ke arah kami. Tapi pintu lif tiba- tiba tertutup. Ghaaammmmmmmm… satu bunyi kuat dari luar lif. Sumpah memang kecut perut sebab kiteorang rasa makcik tu tetak pintu lif. Sampai je kat lobi, kami lari keluar dari lif sambil menjerit hingga ke parkir.
Sampai je parkir dah nampak group lelaki dan pensyarah kat kereta. Dorang tanya kenapa lari sambil menjerit. Kiteorang cakap nanti nak cerita. Kiteorang makan sekitar dataran helang. Sementara tunggu makanan sampai, Dr Idham tanya kenapa lari sambil menjerit tadi. Kamila pun mula cerita apa yang jadi masa nak turun ke lobi. Aku nampak riak muka Dr Idham berubah. “Kami juga kena benda yang sama”, kata Syauqi.
Aku dah tak rasa nak makan malam tu. Tiba tiba rasa kenyang. Apa yang ada dalam fikiran kiteorang masa tu macam mana nak tidur situ, dan kenapa motel- motel lain full house di saat yang macam ni. “Tak apa kita balik kondo kita rest, esok pagi pagi kita dah nak mula kajian lapangan. Balik karang jangan lupa solat sebelum tidur”, kata Dr Idham.
Malam tu aku dengan yang lain sepakat tido depan tv kat ruang tamu ramai ramai. Dalam pukul 12:30am tu boleh dikatakan masing masing dah berdengkur kecuali aku dengan Shida hanya pejam mata tapi tak tidur. Pukul 2:00am tiba tiba aku dengar air paip singki dapur terpasang. Yang aku tahu dorang semua ni dah tidur. Shida cuit jari aku dan aku cuit jari shida. Masing masing takut nak buka mata. “Kau dengar tak bunyi air?”, bisik Shida. Aku cuma jawab aku dengar dengar nada suara berbisik. “Makcik tu la wey kat singki”, bisik Shida sambil genggam tangan kanan aku. Aku buka mata sedikit dan lihat ke arah singki melalui hujung hujung anak mata saja. Sah!!! Memang makcik bersabit tadi tengah berdiri kat singki sambil air paip singki tu terpasang. Untuk pengetahuan korang, ruang tamu dan dapur bersambung. Jadi kalau korang duduk depan tv, dapur berada di sebelah kiri korang.
Aku terus pejam mata sambil genggam tangan Shida. Ketakutan buat aku makin berpeluh malam tu. Tiba tiba air paip singki tu berhenti dan aku dengar tapak kaki berjalan dari sinki dapur menuju ke pintu utama. Selepas tu aku dengan shida dah tak dengar apa apa bunyi pelik dan kiteorang tak buka mata sampai ke pagi. Kira tidur pun tidur tidur ayam. Tidur yang tak nyenyak. Pagi selepas subuh aku dengan Shida tanya Kamila dengan yang lain lain sama ada dorang ada dengar apa apa tak malam tadi. Dorang cakap dorang dengar tapi tak berani buka mata. Kamila sorang je yang tak dengar dan tidur m**i. Bersyukur sebab tak ada sebarang histeria.
Hari kedua di Langkawi, kamj fokus dengan kerja kerja lapangan. Masa terluang aku call agen iaitu kawan lama aku sendiri untuk tanya apa kena dengan kondo tu. Aku nak jumpa dia tapi dia bagi alasan dia sibuk memandangkan dia tour guide di Langkawi. Jadi kami bersembang dalam telefon saja. Dia minta maaf atas kejadian yang menimpa dan dia offer kami bilik lain di tingkat 6. Aku tak setuju memandangkan kami jumpa makcik bersabit di tingkat 6. Aku tolak tawarannya dengan baik.
Selesai kerja lapangan sekitar jam 5:00pm. Dr Idham bagi cadangan supaya kami bungkus makan malam dan makan di dalam bilik sahaja. Jadi tak perlu keluar semula untuk makan malam. Kami bersetuju memandangkan masing masing sangat letih. Kami sampai di kondo sekitar jam 6:00pm. Kebetulan depan kondo tu ada orang jual durian. “why not kita makan durian depan tu sebelum naik ke bilik, esok dah nak balik”, Azizi bagi cadangan. Cadangan tu di persetujui oleh semua orang. Selesai makan durian sekitar jam 7:15pm, kami menuju ke pintu utama lobi kondo. Tiba tiba ternampak seorang budak lelaki sekitar 5 tahun tengah menangis kt tangga lobi.

Dr Idham tegur kenapa nangis. Dia cakap mak dia tinggal dia Dan dia tak tahu nak guna lif macam mana. Kami tanya dia tinggal tingkat berapa dan kami akan hantar kan. Dia cakap dia tinggal di tingkat 6.
Tingkat 6 okay. Tingkat makcik bersabit tu. Kami 13 orang sepakat nak hantar budak tu balik ke bilik mak dia. Kami risau dia terserempak dengan makcik bersabit tu. Dalam lif ke tingkat 6 kami sembang sembang macam biasa dengan budak tu. Sampai je kat tingkat 6, Syauqi tanya budak tu bilik nombor berapa. Guess what?? Budak tu dah tak ada. Toleh kiri kanan depan belakang memang budak tu dah tak ada. Tiba tiba saja bau busuk sekitar kiteorang. Aku tak tau nak describe bau tu macam mana. Tapi sangat busuk. Dari tingkat 6 kami naik tangga ke tingkat 10 untuk ambik barang barang group lelaki sebab Dr Idham nak kongsi bilik dengan group perempuan since benda pelik makin kerap jadi. Kiteorang naik tangga sebab lift stuck kat tingkat 13.
Selesai solat isya berjemaah, group lelaki cakap dorang tido depan tv group perempuan tido kat master bedroom. Aku pun ok kan saja. Pukul 11:30pm semua orang tengah syok layan cite hindustan kat tv2 tiba tiba blackout. Gelap gelita. Ruang tamu tiba tiba saja bau wangi bunga melur. Bau tu sangat kuat tapi tak ada siapa pun bersuara. Orang tua tua cakap bau wangi wangi ni selalunya pontianak. 6 hingga 7 minit bergelap tiba tiba pintu utama di ketuk kuat. Tombol pintu digoncang. Ketukan tu sangat kuat macam nak roboh pintu.

Kami tak buka pintu sebab sepanjang kami di kondo tu, kami tak pernah jumpa sesiapa pun atau berselisih dengan sesiapa pun kecuali makcik sabit dengan budak kecik ghaib tu je. Kereta di kawasan parkir sentiasa penuh tapi kami tak pernah nampak manusia lain selain kami saja disitu.
Ketukan pintu tu berterusan selama lebih kurang 20 minit kemudian diikuti dengan bunyi sesuatu yg di seret di luar.

Bunyinya sangat membingitkan telinga. Seolah olah seperti besi yang di seret di luar bilik kami. Syauqi intai di lubang intai yang ada pada pintu untuk lihat apa yang berada di luar. Guess what?? Makcik bersabit tengah seret sabit dia depan pintu bilik kami. Makcik tu seret sabit dia dari depan pintu lif ke depan pintu bilik kami. Bunyi sangat mengilukan. Aku dan yang lain lain dah takut dah mula nangis. Dr Idham cakap jangan menjerit. Kalau takut tutup telinga pejam mata. Lepas bunyi seret seret tu hilang tiba tiba ja pintu sliding balkoni kat ruang tamu terbuka. Angin menderu masuk. Angin tu bawa bau yang sangat busuk. Bau kuat bunga melur tadi terus hilang. Azizi terus tutup pintu slide tu. Memang pintu tu tak boleh kunci sebab rosak.
Selepas itu bunyi bunyi ketuk pintu bagai tu hilang macam tu je. Malam tu memang kami tak tidur, bergelap sebab blackout. Semua berkumpul kat ruang tamu berjaga. Geng perempuan ada yang tertidur kat sofa. Aku ingat semua gangguan dah reda. Rupanya tak. Pukul 3:00am air paip singki dapur terpasang. Dalam gelap gelita bersuluh cahaya telefon bimbit, nampak kelibat manusia berdiri di singki. Aku mampu nangis dan hanya ingat nak balik rumah cepat cepat.

Dr Idham pesan kalau takut jangan jerit tutup mulut, nak nangis jangan ada suara. Bau bunga melur tu datang balik. Azizi tiba tiba bangun dan azan. Kelibat tu tak berganjak tak bergerak hingga habis azan. Air paip masih terpasang. Tengah semua mata tertumpu pada kelibat di singki, tiba tiba tombol pintu utama di goncang dengan kuat di selangi dengan ketukan pintu yang sangat kuat. Saat genting macam ni memang dah tak ingat bacaan surah atau doa doa pelindung.

Aku dah macam orang pakinsen terketar bibir tangan sejuk beku sebab terlalu takut.
Syauqi buka yotube bacaan alquran 30 juzuk. Gangguan tu tetap tak hilang. End up Dr Idham cakap dia nak pergi buka pintu tu nak tengok siapa yang ketuk. Dia cakap kita berserah pada Allah dan kita tawakal. Yess dia memang pergi buka pintu yang di ketuk bagai nak roboh tu. Sebaik pintu di buka, tak ada sesiapa pun tapi angin yang menderu masuk dengan daun kering serta bau yang sangat busuk. Guess what?? Air paip singki tiba tiba berhenti sendiri dan dah tak ada gangguan lagi selepas tu. Kami tak tidur sampai ke subuh.

Selepas solat subuh matahari dah terpacak, kami kemas barang barang, bersihkan diri nak check out. Pukul 8:00am macam tu kiteorang buka pintu nak keluar, dengar suara riuh rendah suara kanak kanak mandi kat kolam renang. Aiikk ramai pulak orang. Sebelum ni tak de meriah macam ni pun.
Kiteorang turun ke lobi dan aku call agen untuk tanya kat mana nak drop kunci bilik sebab kiteorang nak balik dah. Agen cakap letak je kat dalam bilik. Dah sepasal pulak nak kena naik letak kat bilik puaka tu pulak. Azizi dengan kawan dia suka rela nak letak kunci tu kat bilik. Sementara tunggu dorang, kami lepak kat lobi. Memang ramai orang masa tu kat lobi. Tiba tiba ada pakcik sekitar umur pertengahan 50an tegur. “Awak semua dari mana? Baru sampai harini ke? Tak penah nampak pun”. Dr Idham jawab yang kami kat sini dah 3 hari 2 malam tinggal kat bilik 1107 dengan 1005. Pakcik tu terkejut sebab dia kata dia yang jaga tempat ni tapi dia tak nampak kami pun selama 3 hari yang kami sebut tu dan bilik 1107 tu dah lama tak ada orang sewa sejak kondo ni disita dan ditutup. Lepas tu kondo ni di buka semula tapi dah jadi hak persedirian. Memang dah tak ada siapa nak selenggara tempat ni.
Pakcik tu berkeras yang dia memang tak nampak kami sepanjang 3 hari yg kami cakap kan tu. Malah tempat parkir kereta yang kamj parking tu pun dia cakap dah seminggu orang tak parkir situ sebab ada batu bata yang tak di alihkan. Pagi ni dia cakap batu bata tu mungkin dah di alihkan dan dia baru nampak kereta kami disitu pagi ni. Sebab itu dia sangka yang kami baru sampai situ pagi ni. Dr Idham sempat tanya tentang makcik yang siram lalang tu. Pakcik tu ketawa dan dia cakap mustahil orang nak siram lalang.
Selepas azizi dengan kawan dia turun ke lobi kami cerita pada azizi. “Kalau pakcik tu tak nampak kita, pakcik jual durian tu mesti nampak kita. Jom tanya pakcik jual durian depan tu” Kata azizi. Kami lintas jalan dan tanya pakcik yang jual durian tu. Pakcik durian tu cakap dia memang nampak kami tapi masa kami datang masa maghrib kemarin, dia cakap bau kami sangat wangi dan dia sangka itu minyak wangi yang kami pakai. Tapi selepas kami selesai makan durian dan balik ke kondo, bau wangi tu masih kekal ada di situ mengalahkan bau durian. Dan dia berhenti meniaga awal kemarin kerana tak sedap hati.
Sampai je rumah aku baca review review blogger tentang kondo yang kami sewa ni. Ternyata banyak bad review dan ada kisah mistik sejak kondo tu disita. So korang nak check in mana mana make sure baca review dulu. Takut kat website nampak cantik tapi depan mata macam bangunan tinggal.

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 13 Average: 4.9]

72 thoughts on “Kondo Bilik 1107, Langkawi.”

      • Saya pun ada pengalaman juga masa kat kondo istana ni masa saya rombongan ke Langkawi minggu lepas hari pertama kami sampai malam semua nya ok je tapi bila masuk malam kedua kawan2 ada yang kena kacau nampak kelibat saya berada di luar lobi lah ada yang nampak saya saya ada kat lif lah padahal saya ada dalam ruang tamu tengah tengok tv lepas tu tengah malam ada yang kata saya berjalan sambil tidur tapi masa tu saya tak sedar

        Reply
    • Aku rasa story ni betul..2/12/16 aku ade rombongan dgn kawan klas..mmg aku pelik la smpai kondo istana tu tgok hodoh lain mcm..mcm rumah flat..time malam mmg sunyi sepi.. Kteorg geng llaki sambil jalan bwk ps3..malam last kat sana..Kteorg balik lewat dlm pukul 12..xde la lewat sgt..masuk condo..on ps3..aku ngn mmber aku dua org je main..yg lain letih dh tido dlm bilik..layan fone dll..aku tgh syok main ps3..maklumlaa real Madrid lawan Barcelona..mmg sungguh2 aku main..tiba2 dgr suara sebut nama mmber aku..mmber aku pon pelik..sbb ak ngn dia xblh tfsirkan suara sapa tu sebenarnya.. So,kiteorg ni lepasan sekolah agama,,ade la sikit ilmu yg ditinggalkan ustaz kami..ustz ckp buat xtau..buat bodo..So,kami smbung balik main..dh hbis main..aku ke tandas,,mmber aku layan hbo sorg2..tiba2 loceng bunyi n pintu diketuk..gila xpelik pukul 1 lebih ade org dtg..mmber aku bkk pintu,,siap kluar lgi tgk tpi xde org..skli lgi..dibekalkan cerita deadpool yg best mlm tu..Kteorg wt xtau n trus layan cite tuu..n smua tido mcm xde ape berlaku..esoknya kami terkejut dengar cerita drp pelajar perempuan.. Ade yg tandas blackout..pintu kena ketuk..kesan tapak tangan kt pintu tiba2..baru la kami yg lelaki ni perasan mungkin kami pon diganggu..sbb kami xhiraukan,,mgkin menatang tu give up nk ganggu kami..hahaha..tuh jela dpt share..pada apa yg kami belajar,,mungkin masa kondo tu disita,,ia jadi tempat tinggal jin..sbb mereka wujud,,mereka pon macam kita..perlukan tempat tggal..kisah benar..wallahualam..nasihat sy,,nk cari hotel or seangkatan d langkawi,, cari kt kawasan pantai..ni berdasarkan apa yg diberitahu oleh sorg kwn sy yg tggl kat sana..byk kondo or hotel di bandar dh jadi rumah mereka..wallahualam..

      Reply
  1. Isk isk seramnye baca. Tapi kenapa sis tak share gambar kondo tu ye? Nak jugak tengok rupanye cemana. N the exact name of the place ape ye? Pastu lagi nama blog ni Fiksyen Shasha, tapi based on real experience, so it’s non-fiction? Agak keliru sikit di situ. Tapi apa2 pun I enjoyed your story and I’m gonna read more soon. Keep it up. 🙂

    Reply
    • Yeah i think so too. ? It is obviously a non-fiction. Since it refers to the real situation experienced by the writer, although we could never confirm the validity. After all, it really depends on how things been claimed by the story-teller. They went through it themselves, isn’t it? Hehehe…. ?
      Not to forget, cerita ni serammm jugak laa pada i. Terkesan gitu. Haha.

      Reply
  2. Dari suasana penceritaan mcm kondo istana. Kumpulan rombongan sekolah kami pun diganggu. Ada 2-3 org rakan hampir dirasuk. Mmg scary. Nasib tergerak hati bwk lada hitam….

    Reply
  3. Seramnyr cite awk ni…
    Nasib baik gi ramai2 kan..kalau x mesti lg menakutkan..
    Kenape awk x ambik pic kondo tu? Leh kongsi dgn kiteorg…bkn nk down kan sape2..tp kongsi supaya org lain x terkena mcm tu..

    Tu la kan..kdg2 kite x leh pecaya 100% hotel2 kt internet ni..
    Nk kene banyak cari reviews tentang hotel tu dan research pasal hotel tu..
    Huhu..

    Reply
  4. Bulan mei lepas baru menyewa kat kondo istana, xde ape2 berlaku pun..duduk tingkat 6 lagi..cafe dan gym mmg tutup tapi pool ade budak2, receptionist pun ade tp x selalu ade…rmai rombongan duduk situ..everything is fine..

    Reply
  5. sakai arhh. cerita kau macam tak betul je. Kondo istana ke? aku tengok tempat tu ok je. ke kau gebang lebih. Nak masuk kat situ pon ada sekuriti. x kan sekuriti tu tak perasan kau. ke kau berhalusinasi ni.

    Reply
  6. Saya pernah datang kondo ni. Mase tu ada family day company mak saya bulan 2 haritu. Yang pilih kondo bos mak saya. Memang betul indah khabar dari rupa.

    Bayangkan, mase first day datang sini nak check in, kawan mak saya jerit dari belakang “pehhhh bau bangkai cicak” hahaha busuk memang busuk. Rasa mcm nk pilih hotel lain hmmm. Kondo ni memang macam lama dah kene tinggal. Berlumut, sofa warna hitam macam dah 10tahun tk basuh. Lif pulak macam lif zaman dulu. Gym? Pintu gym pon berantai mase datang. Masing2 masuk bilik hmm besar boleh tahan. Kitaorang decide duduk satu bilik. Ada saya, mak, abang saya 2org, kakak ipar & anak sedara saya. Nasib baik tinggal satu malam. Tapi yang satu malam tu pon dah macam2 jadi. Sebelum tidur saya borak dengan mak dalam bilik.

    Tiba2, ada benda macam pinggan kaca pecah dari bilik tingkat atas. Selang 2/3 saat dengar macam almari kene seret, saya terus cakap “bunyi apa tu” cepat mak saya cakap “jangan tegur”. Lebih kurang 3pagi, saya tersedar sebab anak sedara nangis tak henti. Mak saya kat sebelah dah bangun. Pergi ketuk bilik abang saya banyak kali, tak bukak. Dah jerit nama pon tak bukak sebab mak saya nak bagi yassin. Dah 30minit baru senyap. Pagi tu kitaorg tanya kenapa yeesa nangis. Abg saya sendiri tak tahu. Dah baca doa, zikir tapi tetap nangis, lepas abg saya azan baru okey then tidur. Lepastu baru mak saya ckp “mak datang ketuk pintu malam tadi nak bagi yassin masa yeesa nangis kenapa tak bukak?” Abang dengan kakak saya dh pelik dieorg siap ckp “takda pulak dengar bunyi ketuk pintu malam tadi” okay bulu roma dah naik. tetibe kakak saya ckp “tapi masa malam tadi ada nampak satu benda diri belakang pintu” terus abg saya yg no 2 ckp “mungkin benda tu kot dah tutup suara mak masa ketuk pintu. Tu yg akak dgn abg tk dgr” mengucap panjang saya masatu. Nasib hari tu kitaorg dhnak gerak balik.

    Sampai lobi, kawan mak cerita masa pukul 3pagi die dengar ada orang ketuk paku kat dinding. Tak logiklah kan org 3pagi nak ketuk paku. Erm semua diam. Dalam bas, abg saya bagitahu rupanya kondo ni tersenarai dalam 10hotel paling seram di malaysia. Try cari di google. Gulppppppppppppppppp tapi cerita saya ni taklah seram macam cerita kakak ni. Cuma nak kongsi pengalaman 🙂

    Reply
  7. Kondo Istana kan? Saya pun pernah tidur situ dgn rakan sekelas 30 org. Alhamdulillah tak jadi apa. Tapi masuk kondo tu mmg rasa seram dgn pelik lah sbb nampak usang gila. Serious time tu rasa nak suruh lecturer tukarkan tmpt penghinapan kami, tapi nak buat cemana dah bayar. Saya masa tu mmg tak sedap hati lah. mula2 masuk je bilik terus bukak ayat al-quran kuat2. and btw saya rasa ktaorg pun duduk bilik 1107 sbb bilik kitaorg dkt dengan lif and saya perasan ada blood stain dlm bath tub dkt bilik masterbedroom kami (4org satu bilik). Tapi alhamdulillah masa kitaorg tu, lif tak berhenti dkt mana2 tingkat selain tingkat 11 (tingkat kitaorg). Ada satu malam tu siap kitaorg lepak depan lif sampai pukul 2-3 pagi. Nasib lah tak jadi pape, cuma ada seorang je kena. dia nampak ada kelibat perempuan rambut panjang terjuntai dkt coridor bilik bangunan dpn bilik kami. Pastu dia terus suruh kawan2 lain stop dan masuk bilik. Nasib saya dgn kawan lagi sorang masuk dulu sebelum dia ckp camtu huhu. Serious saya boleh bayang the real situation masa saya baca story awak, sbb keadaan kondo tu awak describe sebijik mcm masa kitaorg first dtg situ. Dengan daun keringnya, gym memang takde org. Swimming pool pun kosong. Parking pun masa tu byk kereta, tapi sunyi je. Tapi masa tu, kitaorg je duduk tingkat paling atas. Means org2 lain ada tapi dorang duduk tingkat bawah. Alaaa ada pun mcm 2-3 k***t je boleh kira. Pastu nak balik baru nampak ramai org mandi dkt kolam. Kitaorg pun dah la balik bilik dlm pukul 11-1 pagi camtu. Budak2 laki lagi lah dorang suka keluar malam pukul 3-4 pagi baru balik. Taktahu lah dorang kena ke tak. Ada juga kawan2 yg lain kena gangguan kecil mcm kena tindih, rasa mcm org pandang waktu tidur, dengar bunyi tapak kaki dan lain lain. Saya alhamdulillah tak kena sbb maybe penat sgt kot drive dari pagi sampai malam pergi sana sini so tidur tak igt dunia. Ada classmate ni sorang dia suka record video tgh2 malam, pun nasib baik takda benda2 yg tak diundang masuk dlm video yg dirakam tu. Overall alhamdulillah, sbb before kami pergi, saya ada buat research sikit pasal kondo ni. google, tgk2 ada dlm top 10 list hotel berhantu di malaysia. (Wallahualam) tapi lecturer ada pesan jgn seronok sgt dan kena beringat yg paling penting niat kami dtg dan bermalam dkt situ. Ok, itu je saya nak kongsi. Btw, story awak mmg seram gilaa. kami sekelas terus mcm terkejut and dpt rasa real seram sbb pernah duduk situ.

    Reply
  8. OH MY GOD! kenapa tak tidur je dalam kereta? peliknya sampai semua motel/hotel penuh ish ish..misteri gila!!!! lepasni kena hati-hati..

    Reply
  9. setiap kali saya pergi langkawi saya selalu tinggal kat kondo istana sejak thn 2006.. sethn dlm 2 kali.. setiap kali duduk.. antara 3mlm ke seminggu… tapi tak penah pulak mengalami atau dengar cerita2 mistik ni…. kami pun selalu balik lewat malam… kondo istana tu mmg teruk & kotor.. tapi ada satu lagi kondo belakang kondo istana tu (tak tau nama) kondo tu org kata keras.. tak tau la kan.. kita tak nmpak…. tapi sejak sethn dua saya tak duduk lagi di situ pasal dah banyak hotel baru di kuah yg harga murah dan bersih…

    Reply
  10. admin, saya ada no hp org yg duduk unit 1107 pada 16 ogos 2016
    dan saya ada bertanya tentang kebenaran cerita yang admin tulis, masalahnya yang menginap di unit 1107 pada 16 ogos 2016 adalah satu family bukannya group student.

    Reply
  11. rombongan kami baru je blk dr kondo bilik 1107 di kondo istana 5 hari yg lalu..alhamdulillah x de apa2 yg blaku cuma ada la suasana seram sikit2.persekitaran tu

    Reply
  12. Makcik bersabit tu sebenarnya org kampung saya. Arwah dulu baik orgnya. Pegi langkawi keja sebagai tukang kebun sebab hidup sebatang kara. Meninggal sebab heat stroke,sebab tu la dia sekarang buat kerja malam2. Dia cakap dia kirim salam kat penulis.

    Reply
  13. Aku rasa story ni betul..2/12/16 aku ade rombongan dgn kawan klas..mmg aku pelik la smpai kondo istana tu tgok hodoh lain mcm..mcm rumah flat..time malam mmg sunyi sepi.. Kteorg geng llaki sambil jalan bwk ps3..malam last kat sana..Kteorg balik lewat dlm pukul 12..xde la lewat sgt..masuk condo..on ps3..aku ngn mmber aku dua org je main..yg lain letih dh tido dlm bilik..layan fone dll..aku tgh syok main ps3..maklumlaa real Madrid lawan Barcelona..mmg sungguh2 aku main..tiba2 dgr suara sebut nama mmber aku..mmber aku pon pelik..sbb ak ngn dia xblh tfsirkan suara sapa tu sebenarnya.. So,kiteorg ni lepasan sekolah agama,,ade la sikit ilmu yg ditinggalkan ustaz kami..ustz ckp buat xtau..buat bodo..So,kami smbung balik main..dh hbis main..aku ke tandas,,mmber aku layan hbo sorg2..tiba2 loceng bunyi n pintu diketuk..gila xpelik pukul 1 lebih ade org dtg..mmber aku bkk pintu,,siap kluar lgi tgk tpi xde org..skli lgi..dibekalkan cerita deadpool yg best mlm tu..Kteorg wt xtau n trus layan cite tuu..n smua tido mcm xde ape berlaku..esoknya kami terkejut dengar cerita drp pelajar perempuan.. Ade yg tandas blackout..pintu kena ketuk..kesan tapak tangan kt pintu tiba2..baru la kami yg lelaki ni perasan mungkin kami pon diganggu..sbb kami xhiraukan,,mgkin menatang tu give up nk ganggu kami..hahaha..tuh jela dpt share..pada apa yg kami belajar,,mungkin masa kondo tu disita,,ia jadi tempat tinggal jin..sbb mereka wujud,,mereka pon macam kita..perlukan tempat tggal..kisah benar..wallahualam..nasihat sy,,nk cari hotel or seangkatan d langkawi,, cari kt kawasan pantai..ni berdasarkan apa yg diberitahu oleh sorg kwn sy yg tggl kat sana..byk kondo or hotel di bandar dh jadi rumah mereka..wallahualam..

    Reply
  14. hmmm banyak kali dah aku stay situ tak de pepe pun ..alhamdulillah …
    memang kena sita tp owner yang beli unit kondo tu masih lagi stay … cuma kena sita tapi diorg masih lagi tinggal kat situ …kejap je tutup sebab kes mahkamah dulu ..kes mat saleh saman pengurusan hotel taks alah ..sbb mengganggu ketenteraman bila pelancong menginap….

    tapi skrg ni dah ok sikit dah dr dulu ….
    biasa la skrg ni bukan lagi pengurusan hotel mmg la tak terjaga mcm rumah apartment la … gitu la ….
    jgn risau la nak stay situ … dah kali dah aku stay situ tak de pepe pun … ada anak kecik lagi time tu br 5 bln kot …. tak de pepe gangguan la …. selagi kita percaya Allah Maha berkuasa … jin syaitan ni pun tak berani usik kita …. klu kita takut dengan diorg lagi diorg suka nak usik kita…. jgn takut jangan berani sangat …. tengah2 ….

    nothing to worry stay kat Kondo Istana tu … sebab apa aku cakap kondo istana sebab tak de kondo lain dah kat langkawi selain kondo istana …..

    Reply
  15. Huhu, aku bc cerita ni, aku plk yg geram,, dah tau awal2 lg jejak kaki kondo n tgk tempat tu xde org, yg korang teruskn juge dah knape? Terusla cancel, call terus agent tu… Pi cari homestay kalau dah Semua hotel penoh… Cubela fikir skit..

    Reply
  16. ak baca pasal kondo ni pun sbb baru terjadi kat abg ak…pergi sabtu lepas n balik hari isnin..pegu langkawi n duk kondo istana..duk sana sbb kawan nya kata murah…tp bila datang kondo nya dah rupa apa ntah..tak tau nk cakap macam mana..hari first sampai nampak keluarga india tgh mandi kat kolam..pndg kumpulan abg ak je..tp dyorg diam je..n bila naik bilik perasan ada signboard tepi kolam..kolam tgh renovate.pandai dalam kolam family india tu dah tkde..first2 cite dah naik bulu roma beb…dah masuk rumah..tutup pintu..n tibe2 pintu tu terbukak sikit demi sikit…n malam kawan abg ak nk masak magge..tibe2 pinggan jatuh…nak tido bunyi riuh…dua malam kena lalui benda2 semua tu…kawan2 abg ak sorang pun tk berani bukak mulut tanya benda2 semua ni..dh balik..dh kat flight baru cite semua ni..

    Reply
  17. kalau saya la kan pack and tdo la kat tepi pantai
    dari kena tanggung nk hadap hantu2 tu scary pegang sabit lagi
    bukan sakit jantung dah keluar terus jantung tu
    caya la you all kental specialy pensyarah u and group lelaki
    dapat rsa ketakutan korang pape pun kene ingat bukan kita sahaja hdup
    atas dunia ni kannnnnn

    Reply
  18. Cter ney bole tahan..aku xley bygkn lau makcik sabit tuh b***h org guna sabit yg dya bawak tuh fuhh xterbyng weyh seram 😌

    Reply
  19. Saya pun pernah gi situ…tahun 2015..masa tu kitorg ade lawatan skolah…mula2 cgu kitorg ckp duk kondo lawa n murah..pebende semua la..last2 haa daun kering merata..reception takde..sampai2 je tetibe ade sorg lelaki ni tak muda tak tua sgt dtg bgi kunci..tah dtg dri mana pun tak tau..ade la jugak kena kacau semua tapi takde la seseram cite ni..

    Reply
  20. Seram tapi lebih kepada geram. Trust your gut la. Tempat buruk, kotor dan pelik pon lagi mahu stay. Nasib baik lah semuanya selamat.

    Reply
  21. pakcik jual durian tu ada lagi niaga kt tmpt tu..n aku pun pnh serempak ngan makcik sabit…aku siap tunjuk fuck kt makcik sabit tu pastu aku trus rampas sabit dia sbb nk bukak durian yg baru beli dari pakcik tu..

    Reply
  22. Btw guys haha ini rekaan je. You guys boleh cari kat google tajuk yang sama dgn cerita ni, ada orang share this story ada part2 sebijik, and ada kat comment part 5, si pencerita mengaku ini rekaan sahaja. Lollll

    Reply
    • sudah ku agak dah…. Pengalaman aku seumur hidup kena “gangguan”, hantu atau jin takkan serang kita secara fizikal, bersabit, berpedang bagai… Bahkan makluk tu, nak sentuh manusia secara fizikal pun tak boleh…
      Kalau kena gangguan kat hotel pun, busuk2 pun, dengar bunyi-bunyian je… serang-serangan mmg takde….

      Reply
  23. aku terpikir cerita mcm byk tak logiknye.atau pelajar2 ni pun tah2 spesis benda ni juga.pelik kenapa agen tu bgi bilik yg berhantu.adakah dia juga geng hantu tu.mcm2 legar dlm pala otak aku.
    kalau manusia normal masuk je kat tmpt loby tu dah tak jumpe sorg manusia pun logik ke kamu yg normal nk tinggal kondo usang mcm tu.
    kat sini aku ingat katakan yg sekumpulan pelajar ni mantel dan agen yg bgi kunci pun mantel.
    tpi ternyata ini cerita alam khayalan mereka sahaja.kite semua tertipu.😆

    Reply
  24. saya pernah menginap di kondo istana waktu bercuti ke langkawi pertengahan bulan november 2016. suami yang booked dgn agen india. tdo 3 hari 2 malam sekali pakej dgn kereta sewa. mula2 sampai nak masuk ctu kena ada pas sbb ada palang n sekuriti jaga. keadaan dlm kondo dekat lobi mmg xde receptionist. suram n taklah nampak baru. tapi sepanjang 3 hari 2 malam menginap di situ alhamdulillah tiada apa2 yg seram n pelik berlaku. in fact bilik kami sangat selesa sbb sy dtg bersama parents, adik, suami dan anak yg baru berumur 1 tahun. lepas da blk dr langkawi baru tau kondo tu berhantu. tp mmg tiada kejadian pelik pun yg berlaku. n masa bercuti aritu pun ada je org lain yg dtg menginap kt ctu jugak. pool ada tp nampak tak bersih utk mandi. yg best sbb kompleks HIG sebelah kondo tu je blh shopping.

    Reply
  25. Saya pernah bermlm 3hr 2mlm dgn rombongan sekolah..buln 11/2017…smpi tu tgk mmg ibarat rumah kusam tak berpenghuni…kolam mmg tak dijg..pintu gym berantai…lif nmpk uzur…time dlm lif tu yg rasa lain mcm…tp time tido xde apa alhamduillah…kwn pun yg naik lif rasa yg sama…patutla hrga murah…

    Reply
  26. pernah stay situ dgn family… tapi dah lama sgt2 dah…. masa tu, umo anak saudara pun baru 6 thn.. sekarang ni dah 22 thn … boleh bygkan berapa lama jaraknya…
    bila baca kisah ni, mmg terkejut laa.. tak sangka kondo istana yg cantik, aman dan tenang, mmg kami sekeluarga suka, puas hati, siap mandi manda kat pool dia lagi… at last jadi mcm tu….
    nak kena korek balik album gambar yg lama… kami check in kat sana dulu, sebab ada unit kat situ, menjadi unit peranginan utk staff Bank Negara.
    Pengalaman masa dok situ, ada gak laa terdengar bunyi2 aneh masa nak tido.. tapi disebabkan sharing bilik dgn kakak.., so , saya abaikan je bunyi2 tu.. tekup je telinga dgn bantal… Alhamdulillah.. lena tidurku…. 🙂

    Reply
  27. walau penulis tak nyatakn nama kondo ini tapi saya pasti ini kondo istana…apa yg penulis ceritakn setengah nya saya juga alami… tahun 2016 kilang suami saya buat family day ke langkawi dan kami semua 2 bas menginap di kondo istana….memang betul kondo ni tiada kaunter receptionst tiada guard di pintu depan tiada penyambut tetamu,suasana suram dan gelap..terdetik di hati seram betul tempat ni tapi sebab kami ramai so abaikn je lh seram tu..Setiap bilik diarahkn untuk 2 keluarga..
    Saya sekeluarga seramai 4 orang,dan kawan suami saya lima beranak,ganguan yg saya kena cuma terdengar seperti troli housekeeping di tolak sepanjang 2 mlm tersebut..mula terfikir malam2 mcm ni ada org kerja lgi ke…tapi saya abaikan
    Sedang dalam lift utk turun ke loby saya berdua dgn ank perempuan…tiba2 lift berhenti dan pintu trbuka… tapi saya lupa tingkat berapa lift tu berhenti…dan kawan suami yang tidur di bilik masterbed room pula di gangu dengan pintu terbuka dan tertutup secra sendiri
    kawan2 di bilik lain ganguan mereka lagi hebat…so sesapa bercuti ke langkawi elakkn bermlm di kondo ni ya

    Reply
  28. Saya pernah kena sewaktu 2015 masatu saya form5. Ada lawatan sekolah. Stay sana tak ingat berapa hari. Bilik dia memang cantik, kolam dia seram juga. Tapi ap yg pelik, ada satu bilik ni dia berkunci dalam bilik kami. Masatu nk try bukak sbb igt ada bilik lg tp berkunci. Bila malam tu, tiba2 tombol pintu tu bunyi seakan akan orang bergoncang mcm ada someone nak bukak, terlompat saya dgn kwn kwn lain dan terus nangis bagitahu cikgu untuk datang ke bilik kami. Pasal lift behenti stiap level tu pun mmg ada. Nampak seorang wanita dr blkg cepat2 kteorg tekan close. Tp ap yg best hotel ni dia dekat dgn mall and kedai makan. Saya tak sangka ramai ada pengalaman sama mcm saya. Allahu. Banyak lg cerita psl kondo ni tapi saya rasa ni jelah yg paling seram

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.