Makhluk Tertarik Silat Cimande Lincah Part 2

Salam. Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita aku yang sebelum ni. Terima kasih kepada komentar2 y baik dan buruk dari pembaca FS. Kali ni aku nak kongsi pengalaman sewaktu aku mengikut abang2 jurulatih ke salah satu cawangan silat ni, yang buat upacara pecah langkah.

Kisah Pertama: KLIK SINI

Waktu ni, kereta kancil tengah famous, sebelum wujudnya myvi. Kami di bahagikan kepada 2 kumpulan, lelaki dan perempuan. Lelaki ramai, ada 6 orang xtermasuk abang jurulatih sebagai pemandu, tapi naik kereta kancil. Perempuan ada 4 orang, naik proton saga lama, pemandu abang jurulatih. Dari 6 tu, ada sorang lelaki yang menyelit di proton saga.

Maka bermulalah perjalanan yang memakan masa lebih kurang satu jam setengah itu. Tempat yang kami nak tuju ni memang sangat2 terkenal dengan mahkluk2 mistik.
Sepanjang perjalanan tu, kami akan masuk kawasan bandar dan kebun2. Tiba dekat satu kawasan kebun pisang ni, jalan tu teramat la gelap, kiri dan kanan, memang tak de sebijik rumah orang pun. Jalan tu lurus je.

Abang2 jurulatih ni muda2, masing2 mula la di rasuk jin ‘lumba’, y bawak kereta kancil ni dah modified enjin, keje kat showroom mercedez. Y bawak proton saga ni, pun dah modified enjin, keje pun kat bengkel repair kereta volvo, kepunyaan sepupu dia. Aku naik kat kereta proton saga, dan abang jurulatih saga ni pun sebenarnya anak buah aku.. Tu la.. Aku lg muda dari anak buah aku… Keluarga aku besar and berangkai2… Tu jd mcm ni.. Hahaha.. Dia panggil aku mak kecik sebenarnya.

Ok sambung. Masa tengah duk berlumba2 tu, tiba2 kat nun depan jalan yang lurus tu, berdiri seorang perempuan berambut panjang, sedang memandang ke arah kebun2 pisang yang gelap gelita tu. Kami ni cuma nampak dari sisi perempuan tu je la. Baju dia tak ingat pakai baju apa, tapi dia bukan pakai uniform putih yang viral tu la.. Y bese makhluk wanita ni pakai… Proton saga ni kat depan, masa ni masing2 memang tak pakai aircorn, dulu2 tak macam sekarang, siang malam panas. Siang2 pun orang tak pakai aircorn kereta sangat dulu.

Saga ni bg lampu tinggi bnyak kali kat awek tu, tapi dia buat dunno. Yang lain2 ni sume cuak, nak tutup tingkap y sememangnya di bukak habis. Kelam kabut putar pemutar tingkap tu. Y kat kereta kancil lagi malang la, pemutar tingkap manual tu ada yang tercabut dan terpaksa di kongsi pemutar dia.. Aku nak citer detail tak reti, tapi rasanya orang faham kot..

Awek tu tak bergerak, terpacak je macam tu. Terpaksa la kereta kami2 ni masuk ke lane bertentangan, nak elakkan awek ni, nasib la kat lane bertentangan xde kereta. Lepas kedua2 kereta melepasi awek tu, aku toleh kebelakang, memang tak nampak apa dah, kelam gelap gelita.

Kalau la manusia.. Mmg tak logik la kan.. Macam ne ko boleh berdiri atas jalan macam tu, tengah2 dalam gelap gelita. Yang penting, macam mana kau boleh sampai situ.

Bila sampai kat destinasi yang di tuju, upacara pun dah bermula, kami sampai lewat jugak la. Kat sini lagi meriah dan ramai orang datang, sebab kat sini memang kawasan kampung rumah kayu bertangga, ada parit besar memisahkan rumah dan jalan. Teringat aku kat kg halaman aku, kat johor. Kat rumah aku, memang kampung, tapi semua kat situ rumah batu atap asbestos.

Selesai upacara pecah langkah, tiba la kat upacara kemuncak malam tu, aku pun tak tahu apa tapi kebanyakkannya orang masuk dalam gelanggang tu macam ‘keturunan’. Aku xsure perkataan apa  yang ada selain dari perkataan kat atas ni. Diorang akan tarik sesiapa yang diorang nak untuk bersilat kat dalam tu, bukan sparing tapi untuk silat bunga. Ada juga yang menari kuda kepang kat dalam gelanggang tu. Macam2 gelagat, tapi masa ni, abang2 jurulatih tak bagi sesiapa yang lemah semangat untuk tengok. Ada sorang penduduk kampung kat situ, dia bukan ahli pesilat tapi dia jenis lemah semangat, dia masuk ke gelanggang terus dia pandai bersilat, melompat2 aku tengok. Macam2 gaya silat dia keluarkan. Tapi ada juga, yang masuk kat dalam tu, tak bersilat tapi tiru gaya haiwan, contoh jadi macam monyet ke, harimau ke. Ada yang pakai topeng mak yong dan macam2 lagi la.

Memang menarik, tapi sekejap je kami tengok dan terpaksa berangkat pulang sebab abang2 jurulatih nak keje esoknya. Perjalanan balik tak de apa2, selamat sampai kat rumah. Tapi malam tu, masa aku nak masuk rumah, sekali lagi, ayah aku berleter pasal ada ‘orang lain’ ikut balik. Aku bukan tak tahu takut, tapi aku tak ada sixth sense ni, so tak perasan la pulak ada ‘orang’ mengikut. ‘orang’ yang mengikut tu mungkin tak minat kat aku, mungkin tertarik kat ayah aku la kot. Kalau ‘orang’ tu minat kat aku, mungkinlah dia bagi hint ‘bulu roma meremang’ ke, kan..? Aku selalunya jadi takut lepas orang bagitahu sesuatu, contoh la, orang kata kat bangunan tu, ada hantu. Aku memang takut la sebab dah tahu. Sesetengah orang y gifted, dia boleh sense benda2 macam ni tanpa d

Ok, seperti yang aku janjikan dalam cerita yang lepas, ni kisah guru silat cawangan lain, yang di uji ilmunya di gelanggang silat depan rumah abang2 bujang, oleh… Aku pun xsure siapa gerangan mahkluk tu.. Aku namakan dia sebagai guru dee.

Malam tu, lepas upacara pecah langkah selesai, guru dee tak balik rumah, dia tumpang tidur kat rumah bujang abang2 jurulatih. Biasala, kalau tidur kat tempat baru ni, mata memang payah nak lelap. Guru dee gelisah je malam tu. Dalam pukul 3pagi, guru dee duduk bersila, tiba2, dia nampak seekor kambing putih berdiri depan pintu rumah. Sebagai guru silat yang dah bekelayakkan, guru dee memang tahu la, yang dia nampak tu bukan ‘kambing’. Guru dee pun berdiri, dia hulur tangan dia ke depan,
“Siapa kau?”
Of course la kambing tu tak jawab, sebab dia kambing. Kemudian kambing tu keluar menembusi pintu tu. Perghhh… Tinggi sungguh ilmu kambing ni kalaulah dia betul2 kambing. Guru dee belum sampai tahap boleh keluar tembus pintu, dia masih kena bukak pintu kalau nak keluar.

keluar je dari rumah, terkebil2 dia tengok ada seorang lelaki tua yang tingginya dua kali ganda dari guru dee, berjanggut panjang putih sampai ke tanah. Lelaki tua ni berserban dan berjubah putih, dan memegang tongkat yang lebih tinggi dari guru dee. Lelaki tua tu ketawa, kuat sangat suara dia sampai bergema. Guru dee rasa berdebar2 sangat, sebab ni pertama kali jumpa makhluk berupa macam ni, yang biasa dia jumpa masa ujian kelayakkan dia dulu, lembaga hitam yang buruk. Dia rasa gelisah dan risau, sebab bila tengok makhluk tu, dia pun tak tahu siapa sebenarnya mahkluk ni.

Guru dee: siapa engkau sebenarnya? Kau nak apa?
Orang tua: Aku mahkluk Allah. Aku nak uji kau.

Guru dee berdebar sangat2, benda tu bukan biasa2 tu, cuma tak pasti, adakah benda tu jin, atau bunian, atau… Tak tahu sape…

Maka, lepas tu orang tua tu lempar tongkat dia, jadi ular besar sangat, guru dee berlawan bersungguh2. Macam2 binatang lagi keluar menjelma, berpeluh2 dia lawan. Akhir sekali giliran orang tua tu pulak bertukar, dia berubah bentuk jadi makhluk bertnduk dan badan dia menjadi lagi besar dan tinggi, dia ketawa lagi.

Kemudian guru dee terdengar ada satu suara memanggil2 nama dia.. Suara yang macam dia kenal. Tiba2 dia macam baru tersedar dari mimpi, dia kini sedang duduk bersila di ruang tamu rumah abang2 jurulatih, sambil di kelilingi mereka. Terkebil2 dia sekejap, baju dia basah lencun sebab berpeluh. Salah seorang abang jurulatih bertanya,  samada dia ok atau tidak, sebab dia nampak guru dee sedang tidur namun tiba2 duduk bersila dan kemudian mengerang dan seperti sedang berlawan. Abang jurulatih masa tu memang belum tidur sebab masih berbual di telefon dengan tunangnya.

Guru dee mengucap panjang, dia berterima kasih sebab abang jurulatih mengejutkannya. Dia sendiri tak tahu, mampukah dia menewaskan mahkluk tadi dengan menggunakan ilmu persilatannya sahaja. Dia duduk termenung, kepenatan. Dia masih hairan sebab, kedua tapak kakinya dan badannya ada pasir dan tanah. Tapi, mengikut kata abang jurulatih, guru dee cuma duduk bersila dan berlawan2 disitu. Dia selak lengan bajunya, ada kesan2 luka. Dia sendiri tidak faham apa yang sedang berlaku.

Keesokkannya ada jamuan makan di rumah pengasas silat, ramai yang hadir termasuk guru2 dari cawangan lain. Masing2 berkongsi2 cerita tentang diri masing2, dan ilmu masing2. Cerita dia juga turut di kongsikan di situ. Aku pun xpasti apa komen pengasas lepas dengar cerita guru dee.

Maaf pembaca, sbb aku sendiri pun tak pasti yang samada guru dee memang bertarung di gelanggang silat malam tu atau dia cuma mimpi sahaja. Tapi, kesan2 yang terdapat pada badan dia serta tanah dan pasir itu, bercanggah dengan kenyataan yang dia cuma bermimpi. Sebab xsure sape mahkluk tu. Mungkin jin yang saje nak main test2 ke.

Aku pun dah lama tak dengar khabar guru dee dan yang lain2. Memang dah lost contact kan. Kali akhir aku dengar pasal silat ni, budak2 silati salah satu cawangan ni, kena usik dengan encik gula2 lepas balik berlatih silat.. Encik gula2 tu tunggu tepi jalan raya, bawah lampu, nasib baikla diorang bukan tengah jalan kaki, tapi naik kereta.

Maka, tamatlah kisah pengalaman aku dan guru dee tu dengan silat cimande lincah. Kalau ada tetiba cerita yang aku tertinggal, aku update. Untuk next post, InsyaAllah, aku akan kongsikan pasal misteri kampung tempat aku tinggal… Sekian..

Elliot

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Elliot

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

4 thoughts on “Makhluk Tertarik Silat Cimande Lincah Part 2”

  1. Kat area rumah mak aku, cuma ada silat cekak je.. Tapi silat cimande ni macam ada banyak jenis, tak sure sama ke semua jenis-jenis tu..

    Reply
  2. Sebenarnya aku dah nak komen dlm siri 1 cerita penulis ni tapi batalkan. Memandangkan penulis kembali cerita psl silat ni aku pun nak kongsi pengalaman ayah aku dan abangnya semasa menuntut ilmu silat cimande ni di era 70an dulu2. Tau2 jela era 70 jalan kampung tak macam skrg, hanya denai utk laluan kaki dan basikal je. Pendek cerita, semasa balik dari belajar silat, ayah aku dgn abangnya ‘diuji’ dgn pocong yg baring melintang menghalang laluan basikal mereka. Nak tak nak mereka langgar (gilis) terus dgn basikal mereka (ayah aku membonceng dgn abangnya). Esoknya diceritakan kpd gurunya (org Jawa). Jawab gurunya, makhluk tersebut hanya nk uji ayah dan abangnya. Sememangnya silat cimande bukan hanya sekadar silat semata tetapi ada unsur mistik.

    Reply
  3. aku dah baca yang part 1 tapi tak tergerak hati nak komen. So, nak komen dekat sini je la. Aku dulu belajar jugak silat sebab ayah aku nak aku ni aktif. belajar setahun je dan alhamdulillah tak de la benda lain yang minat nak ikut. masa darjah 6 berhenti belajar silat sebab ada kelas malam UPSR.

    kalau cuti sekolah, memang aku suka ikut sepupu aku latih silat. kadang2 aku join, kadang2 aku tengok je. tok guru silat tu selalu pesan, kalau nak bersilat, niat untuk mempertahankan diri, nak jadi sihat. bukan niat untuk pukul orang ke, nak berdamping dengan jin ke.

    silat ni banyak jenis tapi mostly ada unsur mistik. sebab tu ramai orang salah anggap yang silat ni semuanya kena pakai jin. tak ada. pakai seluar jeans mungkin ada la kot tapi susah la nak buat split. karang terkoyak seluar tu. Haha. Ok sorry melalut.

    Apa pun, aku suka cerita ni. teruskan tulis cerita (eh, macam cikgu komen essay budak la pulak…ehehe)

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.