Makhluk Tertarik Silat Cimande Lincah

Salam. Terima kasih admin FS, kalau cerita ni tersiar. Sebelum ni, ada 2 cerita aku pernah tersiar dia FS ni. Aku akan cuba sehabis baik untuk tulis cerita ni dengan mudah di fahami pembaca. Maaf kalau aku ada tersalah info dan juga tak seram. Ini berdasarkan pengalaman aku.

Aku join silat ni sebab adik lelaki aku join silat ni, dan kebetulan masa tu beberapa kawan2 kampung tempat aku tinggal ni pun join silat ni. Kediaman aku ni, boleh kata kampung dalam bandar. Dulu orang panggil setinggan, tapi sekrang panggil lot persendirian.

Masa ni umur aku 14 tahun. Gelanggang silat ni, sebelah rmh guru silat aku ni, dan gelanggang ni tanah yang di ratakan, bukan ada simen. Memang kalau hujan, menderita rasa nak bersilat kat situ. Tak berkasut lak tu masing2. Depan gelanggang ni jalan tar, yang kire jalan untuk lorong perumahan tu. Rumah aku dalam lorong tu, tapi jauh ke dalam. Rumah guru silat aku ni, paling depan dalam lorong tu. Belakang gelanggang tu, ada pokok pisang, pokok kelapa dan bilik mandi, ada semak samun sikit and ada rumah jiran. Gelanggang ni kiri kanan dia, apit dengan rumah guru silat and rumah jiran sebelah.

Satu malam ni, aku dah turun gelanggang dengan dua orang member aku, tetiba silat batal pulak. Salah sorang member aku ni, dia tak join silat, dia datang nak tengok je. Aku tak ingat kenapa silat batal, lama sangat dah kejadian ni. Orang pun memang tak datang mlm tu, kosong gelanggang tu. Tapi alang2 dah sampai kan, kami pun duk berlatih sendiri sikit2, buang masa beberapa minit, bagi kotor2 kaki sikit. Bila Dah rasa peluh keluar, aku pun join sorang member aku y bukan budak silat ni duduk kat kayu ala2 pangkin, y dibuat depan gelanggang, sambil mengadap member aku y sorang lagi tengah berlatih tu.

Tengah syok tengok dia, aku macam ternampak benda pelik kat belakang gelanggang tu. Kat pokok kelapa yang tinggi tapi xberbuah. Sebelah pokok tu, nampak macam ada kain putih, memanjang dari atas ke bawah sampai tanah.

Lepas tu, aku nampak macam ada sekor kambing hitam tengah duduk macam kucing duduk nak tidur tu, bergulung bulat. Aku kebil2kan mata aku, bulat kecik besarkan mata aku, sebab nak tengok betul2, apa benda ni betul ke? Ke mata aku ni ada masalah.

Aku tengok lg sekali kain putih tu, hmmmm… Tu dia… Aku nampak ada  rambut panjang lah dekat kain tu, tapi rambut tu tak sampai tanah. Berdebar2 jantung aku ni, biar betul! Aku xnk belek detail dah lpas tu, memang tak rasa nak tengok sampai ke atas pokok tu, sebab nampak kain mcm tu, and pakej rambut lg, what do you expect kan? …. Selama2 ni tak pernah aku nampak kain viral sepanjang zaman ni.

Yang kambing ni satu, bila pulak ada kambing dalam kampung ni, ni namanya je kampung, tapi tepi highway kot kampung ni, dan kampung ni tengah bandar jugakla… Tak pernah tengok ada orang bela kambing or guru silat aku tak pernah pun bela kambing. Kambing tu duduk membulatkan badan dia, kepala dia tegak pandang ke arah depan, ke arah aku la kiranya. Tak berbunyi and tak bergerak. Lama aku perati dia, memang tak fokus la kat member aku yang tengah bersilat sorang2 depan aku tu. Masa tu, bulu roma aku tak meremang pun, cuma rasa berdebar2 macam tak percaya apa yang aku tengok tu. Kira macam terkejut la, sebab pertama kali nampak mahkluk viral kat kelapa tu. Xtaw apa identiti mahkluk tu sebenarnya.

Tak berapa lama lepas tu, member aku yang tengah silat tu, berhenti silat, pakai selipar dan terus ajak balik. Aku pun ok je la, balik.. Dalam perjalanan nak balik tu, kitaorang berjalan naik menyusuri lorong tu, kampung ni geografi dia bukit. Rumah aku kire kat tengah bukit sikit. So nak menyusuri lorong ni memang macam naik bukit la, di tepi2 jalan ada lampu jalan. Semua diam je sepanjang jalan. Sampai kat depan satu rumah ni, penuh semak samun, dengar cerita pemilik rumah tu, seorang nenek tua, dipanggil ‘mbah’, orang jawa. Memang kampung ni banyak orang jawa. Meremang tiba2 bulu roma tengkuk aku ni, tadi masa kat gelanggang pun aku tak rasa macam ni.

Biasa la, mata kita manusia ni, suka ikut kepala otak kita yang sibuk nak tahu ni, spontan aje nak menengok. Aku tengok la halaman rumah mbah tu y semak gelap gelita. Perghhh… Aku nampak  ada susuk tubuh pendek, macam orang tua kat bawah satu pokok, tapi aku tengok sekilas je, tak rasa nak tengok lagi. Tapi aku sendiri macam was2, betul ke apa aku tengok sebab gelap. Mula la aku teringat citer2 y aku dengar pasal mbah ni, orang kata mbah ni lama xbalik rumah dia, duk rumah anak dia kat tmpat lain, tapi orang selalu nampak mbah ni bersihkan halaman rumah. Orang kata ‘belaan’ dia. Tapi wallahualam.. Tak tahu betul ke tak orang kata tu. Aku xpernah jumpa mbah tu. Aku harap, xde la pulak mbah tu follow dari belakang.

Melepasi rmh mbah tu, jmpa surau. Time kat surau ni, dah gelap, sebab orang solat isya’ dah balik dah. Aku cuma pandang jalan je, nampak bayang2 aku dan member2 aku berjalan je la. Kemudian, aku tiba2 ternampak bayang2 atas jalan macam ada benda berkepak besar tengah lalu lalang atas kepala aku ni. Berderau lagi d***h aku ni, aku mohon semoga ‘beliau’ tak mendarat di depan aku. Aku macam nak lari tapi dua member aku ni nampak macam slow and steady je, macam tak de nampak pape.

Aku mula confius dah, ke perasaan aku je ni? Aku pun buat dunno and tak pandang atas jalan, pandang depan, ignore…

Tapi, sifat ingin tahu aku membuak2 betul la, aku angkat sikit je kepala aku, nak tgk ke atas, tapi tak nampak apa la… Haha.. Suspen aku masa ni..

Akhirnya sampai la kat rumah aku, member aku yang tak join silat ni, rmh dia kat lorong sebelah, dia ni bagi aku pelik sikit. Kdg2 tak tahu, bila masa dia takut, sebab kdg2 dia ni tak tahu takut, kdg2 dia yang paling penakut. Dia nak balik rumah dia ikut short cut belakang rmh aku. Belakang rmh aku tu, lg angker sebenarnya, semak samun gak, gelap gelita. Dan…. Merupakan ‘laluan bunian’… Demi Allah, aku pernah nampak seorang darinya masa tu aku baru hari pertama masuk rumah tu. Aku dengan mak aku… Sambung balik kt member aku ni, dia siap kta tak payah teman dia, dia blh balik sendiri. Ok, aku ok je… Haha… Tngglla member aku sorang lg ni, dia tnya aku, adik aku ada kt rmh ke, dia nk mnta tlg adik aku hntarkn dia balik naik motor. Rmh dia lorong lain, sebelah lorong member aku y berani tu.
Hehe… Aku rasa, dia ni macam alami segala yang aku alami, tapi aku tak tanya la, faham2 je la…
Member aku balik dengan di hantar oleh adik aku malam tu.

Esok2nya… Guru silat aku tanya,
“korang ada buat langkah yang ‘special’ tu ke masa cuti hari tu?” aku pun macam ingat2 lupa ada ke tak de.. Tapi guru aku cakap, walaupun dah ‘pagar’ gelanggang ni, tapi tak semestinya ‘benda’ 2 tu xtertarik nk menonton…

Ni nak flash back smnggu sebelum kejadian ni… Seingat aku la.. Silat ni ada beberapa langkah, macam jurus la. Ada satu langkah ni, special. Masa nak belajar langkah ni, ada majlis upacara besar jugak yang di jalankan, ‘upacara pecah langkah’. Langkah ni, sebelum di ajar, gelanggang tu di ‘pagar’ oleh pengasas silat tu. Kami panggil dia ‘wak api’ sebab dia ni sumber generator elektrik kampung tu, masa kami masih belum ada sumber elektrik… Hehehe…

Masa upacara ni, ada beberapa barang yang kami semua kena bawa. Aku tak ingat sangat apa, ada jarum, akar sintok, kain kuning. Ni paling ingat la. Jarum tu, guna sebagai pagar, di tanam empat penjuru gelanggang. Langkah tu pun di ajar olehanak buah guru silat aku, selepas upacara pagar dan di larang sama sekali ‘langkah’ atau jurus itu di buat di luar gelanggang, sebab jurulatih kata, bila buat langkah ni ada banyak benda tertarik, benda yang pelik2. Masa pertama kali jurulatih silat demo, kami semua kena ikut bersama. Lepas upacara tu, kami semua kena mandi dengan air yang di sediakan oleh wak api, dengan berkemban kain kuning tu. Lepas tu kain tu, kena bagi kat wak api tu, basah2 tu. Ni mandi kat bilik air belakang gelanggang. Seriously, sepanjang upacara tu, aku rasa lain macam dan berdebar2 je. Biasala… Bapak aku orang surau, dia pun bila dengar upacara macam ni, dia pun xsyok sangat. Aku pun xsyok da, sebab macam nak masuk mistik2 dah.. Tapi upacara ni, bermula dengan tahlil kat surau..

Mungkinla.. Secara tak perasan, aku atau member aku ni ada terbuat langkah tu, y membuatkan benda2 pelik tertarik…

Sebenarnya, gelanggang silat ni ada lagi satu, ni kat depan rumah bujang abang2 jurulatih, kat lorong sebelah, lebih besar dan luas dan tak de semak samun sangat. Kat gelanggang tu pun ada ceritanya, tapi ni di alami guru silat cimande dari cawangan lain, yang datang berkampung kat cawangan situ. Ni kalau ada rezeki cerita pertama tersiar, aku akan sambung dalam cerita kedua.

Silat cimande lincah ni, bagi aku la, sangat cantik seninya, langkah dan bunga dia pun cantik, tapi banyak menyerupai bentuk gerakkan haiwan. Ada macam monyet, harimau dan kala jengking. Tapi di gayakan dalam gerakkan yang cantik, tapi dia ada tahap2 dia. Siapa tahap nak naik ke guru dia, diaorang ada ujian2 special dia yang melayakkan seseorang tu utk jadi ‘guru silat’.

Kejadian ni dah hampir 18 tahun berlalu sebenarnya, rumah guru silat aku tu dan jugak gelanggang silat tu pun dah semak samun sekarang. Guru aku jual rmh dia, dan pembeli tu merobohkan rmh dia, sekrang dah jadi macam semak terbiar lot rumah dia tu. Silat cimande lincah ni dah pun tamat kat sini, tak de lagi dah. Mngkin kat cawangan lain masih ada. Aku memang lansung dah tak contact dengan semua pesilat tu, memandangkan aku stop silat tu waktu aku form3. Ayah aku suruh aku fokus PMR. Lgpun dia tak suka, anak2 perempuan, kluar balik lewat malam. Sebab, ada2 masa kami akan ke tempat lain tengok upacara silat. Ni lagi macam2 benda aku pernah tengok, sampai ada yang ikut balik rmh. Ayah aku bising sebab dia kata aku selalu balik rumah, ada benda sama ikut. Haha.. Ayah aku ni phn boleh tahan jugak ilmu dia.. Tapi dia kedekut, tak ajar pun.. Haha.. Tp dia sibuk kata kami anak2 dia yang tak nak belajar, orang luar sibuk tanya dia, nak berguru.

Hmmm.. Rndu bapak aku.. Sekarang dia dah tua, kdg2 sesekali ‘nyanyuk’. umur dia dah 80-an…

Dia tahap macam… Aku baru lepas call atau jumpa dia, bila ada jiran atau orang tanya, dia akan cakap, aku dah bertahun tak pernah call atau jumpa dia… Dan ada2 masa dia rasa macam aku ni baru kahwin, masih tak de anak. Aku dah ada 2 anak, yang sulung 6 tahun, tahun ni.

Kat kampung aku ni memang banyak sangat2 kisah misteri ni.. Nanti aku kongsikan klu ada rezeki…

Sekian, terima kasih.

Elliot

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Elliot

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

12 thoughts on “Makhluk Tertarik Silat Cimande Lincah”

  1. He he bila baca ni macam anime XXX Holic pulak. Semua hantu setan tertarik dan ikut dia esp part nak balik tu.

    Tapi last2 baru aku tau penulis pompuan. Ingatkan lelaki.

    Reply
    • Saya sarankan belajar seni silat gayong, kumbang hitam yang bertapak kat Shah alam dan selayang,Selangor, asli datuk meor sendiri dan takde benda benda mistik macam ni, setiap yang dilakukan ada logiknya dan lebih percaya kepada kekuasaan Allah,macam guru saya kata kalau orang hantar benda,kita kena lawan dengan yang lagi kuat,dan yang Maha Kuasa tu Allah SWT

      Reply
  2. ko ni taip pakai sms ke? setiap huruf ada caj ke? kalau taip penuh – penuh kan elok…aku baca pon sekerat macam shortform ko…

    Reply
  3. Kalau dia ni penulis atau seorang editor, dia tak tulis citer dia kat sini, dia dah terbitkan buku dah kot. Pape pun, niat dia nak kongsi citer, ok la, daripada asek baca repeated story je. Support la yang baik-baik sikit, nanti tak de orang nak share citer kat sini, tak syok dah. Pada anda, mungkin boleh baiki tahap tulisan, no shortform.

    Reply
    • tak kisah la kalau dia bukan penulis atau editor pun…dia yang nak suruh orang baca cerita dia, kalau tak dia tak tulis kat sini…dah alang – alang tulis, nak suruh orang baca, tulis la betul – betul, bukan fs charge setiap huruf…

      aku tegur supaya dia take note dan perbaiki dimasa depan…termasuk untuk mereka yang lain yang nak kongsi cerita nanti…takde pulak aku state, ko jangan buat cerita lagi la kat dia…

      nampak macam harsh…tapi ko kira la berapa ramai dah komen pasal shortform dan wechat style…

      Reply
  4. Terus kan bercerita.. Sini mmg ada pengkritik.. Harap si pengkritik up cerita dia juga.. Nak gak tgk cara penulisan dia.. Mungkin BM masa SPM dia dpt A+ tu yg kritik tu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.