Assalamualaikum wbt…
Lama betul saya tak menulis di sini.. Agak sibuk kebelakangan ini..Bagi yang belum kenal saya, nama saya, Cahaya Yang Utama. Pernah bercerita tentang bagaimana saya berdialog dengan bangsa jin (tajuk : Tetamu Siang) dan ada juga beberapa cerita lain. Cerita kali ini berlainan sedikit kerana ia membawa kita kepada hakikat dunia jika diperhalusi. Lebih kepada kesedaran, inshaAllah. Selamat membaca. Bismillah.. Astaghfirullah..
*************
Selepas aku berhenti kerja pada tahun 2013, aku masih suri rumah seperti biasa. Obsesku tentang hakikat akhir zaman membuatkan aktiviti harian aku dipenuhi dengan pencarian di Internet. Memang dari dulu aku terdedah tentang hakikat akhir zaman, dari sekolah menengah, tetapi pencarian aku semakin rancak semenjak tahun 2015, kenapa? Nanti aku ceritakan sebabnya.
Aku mencari maklumat tentang dajjal, illuminati, freemason, New World Order dan lain-lain yang berkaitan. Ada beberapa ustaz yang aku minat dan aku ikuti di ‘Youtube’. Tak kurang juga yang bukan ustaz kerana maklumat mereka merupakan maklumat tambahan bagi aku. Malah aku siap membeli buku-buku yang berkaitan. Di mana-mana sahaja, waktu aku mencari maklumat, akan terdapat simbol mata satu dan segi tiga yang aku percaya ramai sudah tahu tentangnya, kebanyakannya dan bermulalah kisah yang menyebabkan aku sedar supaya sentiasa berhati-hati..
Pada satu hari (aku lupa bila waktunya bermula tapi sebelum tahun 2019), sewaktu aku menunaikan solat, tiba-tiba sejadah aku bertukar bentuk menjadi lambang mata satu tersebut. Allahuakhbar… Wallahi, aku tidak menipu dan tidak bermimpi. Aku terkesima, aku cuba fokus pada sejadah sehingga terpaksa memejam mata dan membayangkan kalimah Allah. Akhirnya aku dapat sudahi jua ibadahku. Usai solat, aku termanggu di sejadah memikirkan kejadian itu. Namun, aku menyedapkan hati,
“Allah, kau sendiri yang selalu tengok benda alah tu, memanglah terbayang-bayang” bisik hatiku kepada diri sendiri..
Lalu aku teruskan kehidupan seperti biasa, ibadah dan solatku masih sama seperti biasa. Namun sekali sekala ada juga bayangan mata satu itu di sejadah, tetap juga aku boleh hindarkan…
Tibalah suatu hari, saat aku mendirikan solat, tiba-tiba bayangan itu terjadi dan aku tidak dapat menghilangkannya. Sampaikan aku menangis ketakutan. Lalu aku ceritakan masalah ini kepada suami aku. Lalu suami aku lakukan ruqyah kepadaku supaya sedikit sebanyak memberi ketenangan. Suami aku bukanlah ustaz , cuma dia mudah menghafal ayat suci dan sebutannya lebih tegas dan jelas kerana beliau bekas pelajar di salah sebuah sekolah menengah agama di Terengganu.
Oleh sebab itu, aku mencadangkan untuk beliau cuba belajar asas ruqyah, hanya untuk keluarga kami. Alhamdulillah, setelah diruqyah, aku berasa tenang kembali dan aku dapat solat dengan tenang selepas itu.. Aku pula, masih mencari maklumat yang sama tetapi cuba mengelak dari melihatkan lambang mata satu tersebut supaya aku tak terganggu lagi.. Alhamdulillah, ia berkesan..
Namun selepas beberapa bulan, aku secara tidak sengaja terlihat lambang mata satu itu lagi dek kerana ada rakan yang kongsi di ruangan sosial mereka lalu masalah itu berlaku lagi. Aku sudah semakin bingung kenapa harus perkara ini berlaku pada aku, aku tidak pernah bertemu dengan masalah orang lain yang sama dengan masalah yang aku hadapi.
Bayangan itu datang dan pergi sehinggalah aku menjadi semakin tertekan. Ini kerana bayangan itu sudah mula muncul dalam benak aku tanpa memgira waktu. Waktu aku mengelipkan mata atau mahu tidur juga ia muncul. Kerap aku menangis dan mengadu pada suami aku, lebih-lebih lagi sewaktu aku tidak dapat tidur.. Suami aku tidak putus meruqyah dan seperti biasa ia akan hilang selepas aku diruqyah. Begitu ia berterusan dan ia menyebabkan aku membuat keputusan untuk bertanyakan keadaan aku kepada yang lebih arif.
Pada suatu hari, aku masih ingat bulan tersebut, awal tahun 2019. Beberapa bulan sebelum dunia digemparkan dengan berita kemunculan virus yang mematikan, Covid-19. Tengah hari itu aku berehat di atas tilam sambil menyandarkan tubuhku pada dinding. Sambil menunggu waktu zohor, aku mencongak-congak waktu menanti suami ku pulang dari pejabatnya. Tiba-tiba, mataku seakan membesar, laju membawaku terus ke halaman belakang rumahku.
” Eh? Aku mimpi ke? Apasal ada bayangan macam ni? Bila pulak aku tidur? “. Aku berkira-kira dalam hati.
Namun bila aku perhalusi suasana, baru aku perasan, ada pohon pisang di situ entah dari mana datangnya. Aku menjadi lebih bingung, nak kata bermimpi, aku tak tidur lagi tadi. Jadi bagaimana pula tubuhku seakan melayang sampai ke halaman belakang rumah? Kalau ini memang belakang rumahku pula, bagaimana wujudnya pokok pisang?
Ya, persekitaran lainnya adalah sama melainkan pokok pisang itu. Lalu akhirnya terjawab kerana tiba-tiba datang seseorang ke arahku, berbadan sasa, berambut kerinting dan dia bertanya kepadaku,
“Kamu kenal siapa aku?” tanyanya
“Tidak, siapa kau”
aku menjawab bersahaja
“Hahaha.. tak mungkin kau tidak kenal, aku lah dajjallll.. aku sudah datanggg”
Katanya sambil ketawa besar..
“Kau ingat aku bodoh? Kau ingat aku lupa apa yang aku belajar? Kau bukan dajjal! Kau iblis tentera dajjal laknatullah. Pergiiii”
Ada nada marah di dalam percakapanku. Aku tidak bercakap menggunakan lidah, tetapi hati waktu itu.. Habis saja aku berkata-kata, makhluk Allah itu pergi dengan senyuman dan ketawa yang besar. Lalu aku kembali ke alam nyata. Ya, aku yakin aku tak bermimpi seperti kebiasaan kerana aku tak membuka mataku seperti mana orang yang baru tersedar dari lena, cuma aku hairan kali ini bukan yang baik-baik seperti sebelum ini yang datang (Kalau kau orang pernah baca kisah Tetamu Siang dan Gunung Tebu, kau orang tahu aku jenis tak bermimpi jika berdialog dengan jin).
Lalu aku mencari di laman youtube tentang mimpi dajjal, dan Subhanallah, rupanya bebeberapa bulan sebelum itu (akhir tahun 2018) sudah ada beberapa orang ulama’ juga ada beberapa aduan dari orang kebiasaan tentang mimpi akan dajjal (Kau orang cubalah cari dalam youtube tentang ulama’ mimpikan dajjal, baca juga komen, sudah beberapa tahun lepas, ustaz-ustaz seperti ustaz Fawaz dan Ustaz Zulkifli bercerita). Malah mereka bermimpi kebanyakannya pada bulan yang sama (carian aku sendiri melihat pada komentar aduan dan video), malah ada yang berselang hanya sehari. Aku kecut perut, tetapi kuat mengatakan syaitan hanya ingin menguji aku. Syaitan tahu aku sedang lemah.
Oleh kerana sudah tidak tertahan dek gangguan yang aku alami, akhirnya aku pecahkan rahsia masalah aku ini kepada rakan aku, seorang pelajar di pondok (walaupun usianya dah tua). Aku baik dengannya kerana kebetulan dia mencari jawapan kepada masalah temannya yang terasuk jin (yang agak berat), tatkala mendengar muzik ulek mayang (aku rasa pernah cerita yang aku ni penari ulek mayang masa remaja dulu).
Beliau juga jadi tempat rujukan aku dan kami selalu berbincang tentang hakikat akhir zaman dan tanda-tanda yang telah dan sedang berlaku. Lalu aku tanyakan kepada rakanku itu tentang masalah bayangan mata satu dan imbasan makhluk yang mengaku dirinya dajjal itu. Beliau mengatakan aku telah terkena sihir wafaq akibat terlalu kerap melihat gambar mata satu itu. Nahhh.. Aku sendiri terkejut, tak menyangka yang gambar-gambar begitu sebenarnya boleh menjadi sihir. Lalu beliau membantuku untuk pulih, beliau tidak bertemu denganku, kami hanya sahabat di muka buku. Beliau menasihati aku untuk membaca potongan surah yang diijazahkan kepadanya sebagai pelebur sihir wafaq, iaitu ayat 25, surah Al-Ahzab. Baca 7 kali selepas solat dan minta pertolongan dengan Allah SWT..
Subhanallah, sungguh.. Hanya dengan ayat itu, aku telah sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah.. Terima kasih sahabat dunia akhiratku.
Kenapa harus aku ceritakan masalah aku di sini?
– Kerana ramai anak muda sekarang yang tidak tahu mereka terkena sihir wafaq. Aku tahu kerana aku masuk salah satu group tertutup depresi untuk aku tahu masalah aku tu. Rupanya dalam group itu tidak boleh membincangkan hal agama, sayangnya ramai anak Melayu kita mempunyai depresi dan aku sangat ingin membantu mereka mendekatkan diri dengan agama, sayangnya tidak boleh.
Dan akhirnya, sebelum aku keluar dari group tersebut, aku ditunjukkan Allah seorang anak muda depresi yang suka melukis gambar mata satu waktu dalam keadaan tertekan, katanya dia tidak memikirkan gambaran itu, tapi ia datang dengab sendiri dan ia lebih puas untuk melukiskan gambaran tersebut. Nahhh.. rupanya ramai komen (berpuluh) yg mereka juga begitu.. Akhirnya terpaksa aku meluahkan itulah tanda sihir wafaq, dan mereka sudah tentu tidak menerimanya kerana dalam kumpulan itu tidak boleh membincangkan hal agama. Lalu setelah aku cerita sedikit sebanyak, aku pun keluar dari group tersebut.
Wahai sahabat, aku ingatkan semua, setiap pergerakan kita itu sepatutnya didahului dengan iman (agama) kita, jika ada yang mahu kita asingkan agama, ketahuilah ia perbuatan syaitan. Jangan pula kita meremehkan syaitan, syaitan juga mampu menyihir. Juga jangan anggap kita ini terlalu kebal kepada sihir, sedangkan Rasulullah SAW juga terkena sihir (mohon cari kisahnya, aku nak cerita panjang jadinya)…
Maaf, terpanjang cerita pula kali ini. Jadi aku tunaikan janji (dah nak habis ni), aku nak jawab kenapa aku jadi berminat tentang hakikat akhir zaman? – Hal ini kerana sewaktu hujung tahun 2014, aku bermimpi satu ombak besar seperti tsunami. Tingginya melebihi 3 kali ganda pokok kelapa. Manusia bertempiaran lari, aku pun turut lari sambil menggendong anak kecilku. Ada ramai yang terkorban dihempas ombak tersebut. Aku? Kalau dilihatkan jarak memang aku sudah tidak mampu untuk melarikan diri dengan anakku lagi dipelukan. Namun tinggal satu perkara dalam hati iaitu doa. Sambil berlari aku pejam mata dan berdoa pada Allah.
Tiba-tiba semuanya senyap dan sunyi. Bila aku pusing tubuhku ke belakang, ombak itu telah hilang entah ke mana. Serentak dengan itu aku terjaga sambil mengalirkan air mata. Sungguh terkesan mimpi itu. Sehingga berhari-hari aku ketakutan. Aku masih ingat, 3 atau 5 hari selepas itu, banjir besar melanda Malaysia khususnya di Kelantan. Ada yang mengatakan mimpi aku mungkin memberi peringatan tentang hal itu, tapi aku anggap sahaja mimpi tersebut untuk menginsafkan aku yang kerdil ini. Aku memang sejenis wanita yang sukar bermimpi. Jika bermimpi pun biasanya perkara-perkara yang menjadi kenyataan.
Terlalu jarang bermimpi sesuatu yang boleh dianggap mainan tidur… Mimpi ku selalu mempunyai petanda seperti mimpi tadi dan termasuk juga mimpi terkena sihir serta mimpi ahli keluarga yang akan meninggal dunia. Namun satu yang pelik, aku sukar bermimpi ahli keluarga itu setelah meninggal dunia, sedangkan aku cemburu apabila mengetahui ahli keluarga ku yang lain yang masih hidup sering bermimpi bertemu arwah. Apakah kerana aku banyak dosa? Semoga Allah ampunkan dosa aku..
Sekian, terima kasih…
###########
Maaf jika terpanjang. Saya mohon undur diri. Jagalah amal kita, tanda-tanda kiamat kubra akan bermunculan tidak lama lagi, Dengan Izin Allah. Bencana sedang bertimpa-timpa umpama terputusnya tali tasbih dari rantainya. Semoga sempat kita bersedia lebih-lebih lagi rohani kita… Semoga kita semua dipilih Allah SWT untuk Husnul Khotimah. Assalamualaikum wbt..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Olahan menarik!
KS 2 ada diselitkan!
Info tambahan menarik!
Pengajaran diselitkan!
69/70
Hi, sorry yer kak. tp my opinion la kak. kakak jgn taksub sgt ngn kisah mata satu tu. biarlah kta hidup dgn normal rutin harian. doa bnyk2, jgn tlampau mendalami kisah or agama lain, sbb kta tak tau disebalik apa yg kta baca. hnya focus dgn apa yg kta percaya saja. Tuhan hnya satu. DIA… sekadar pendapat. tiada maksud lain. terima kasih.
Saya tak tahulah, dulu saya minat juga membaca pasal illuminati, dajjal dll macam akak ni.tapi tak sampai tahap taksub. lepas baca dan tambah ilmu pasal hal2 mata satu ni, pengajaran dan amalan yang saya dapat adalah jangan tinggal alkahfi 1-10, 100-110.
kita mungkin jumpa, atau mungkin tak jumpa Dajjal, tapi khasiat alkahfi sangat banyak, dan Nabi yang suruh.
Dari bebankan fikiran dengan hal2 mistik macam ni, ikut je apa yang Nabi pesan.
bestnya… boleh tak bagi link2 cerita lain yg sis pernah hantar? saya baru search n done baca gunung tebu & tetamu siang. rasanya ada yg lain2 lg kan?
assalamualaikum sis..cerita yg menarik sangat..dan bab mimpi yg tsunami tu boleh x sis inbox sy utk cerita yg lebih lanjut..sebb saya ade termimpi yg sama 3 hr berturut2..ade rujuk pd yg arif tapi jawapan mereka buatkan sy takut dan tertanya2..boleh ye sis inbox kt emel sy.terima kasih