Hi! Korang semua boleh panggil aku Joe. Jangan salah faham, aku bukan lelaki. Aku ni seorang perempuan dalam lingkungan 20-an tapi nama glamour je macam lelaki. Haha. Jadi ini kisah aku, agak panjang, jadi jangan cakap sis tak warning.
Mukaddimah cerita
Aku ni dilahirkan dalam keluarga yang senang la jugak. Aku ni anak tunggal. Keluarga selalu pindah dari negeri ke negeri yang lain disebabkan tuntutan kerja ayah, seorang pengurus syarikat. Jadi, menjadi kebiasaan untuk aku ucap selamat tinggal kepada kawan-kawan yang mungkin aku baru mula untuk rapat. Jadi seorang introvert ni agak sukar kan? Ambil masa untuk betul-betul serasi dengan persekitaran, dah lama kenal baru tahu perangai gila-gila je sebenarnya. Haha. Ok noktah.
Ceritanya ketika aku berumur 16 tahun, kami baru berpindah ke sebuah negeri di selatan semenanjung. Kami tinggal di rumah yang syarikat ayah sediakan, cantik! Suasana taman perumahan pun nampak meriah gitu. Rumah tu rumah banglo setingkat warna pastel pink , ada buaian tepi porch and rumah tu ada banyak pokok bunga. Yang paling aku suka bunga orked ungu kat situ. Rajin betul staf yang jaga rumah ni menanam 😉
Petang tu aku malas la nak kemas barang jadi aku minta kebenaran parents nak keluar usha area perumahan tu sambil main basikal. Tengah syok main, tak sedar jalan berlubang terus tergolek la kat jalan sorang2. Takdela sakit tapi malu beb ! Tiba-tiba terdengar orang bagi salam berlari ke arah aku. Nama dia Nina dan mulai haritu kami berkawan baik. Dia duduk area perumahan tu jugak dan yang bestnya sama sekolah dengan aku. Hitam manis orangnya mata sepet siket tapi yang kelakarnya dia ni obses sangat dengan bunga. Tudung suka letak bunga (tah pokok mana dia petik) dengan baju bunga2 x matching langsung, color blocking katanya. Haha saba jela. Dia ni pelik sangat , perangai macam ting tong siket. Suka bercakap dengan haiwan. Rare tapi hati dia baik suka tolong. Walau pelik2 perangai dia aku bersyukur ada kawan baru sebab aku ni susah nak rapat dengan orang.
Sekolah aku takda la dekat sangat dari rumah, jadi sebagai seorang gadis yang agak hipster aku pergi dengan vespa. Si Nina ni suka jalan kaki, nikmati alam sekitar katanya. Kat sekolah kami tak sekelas, waktu rehat baru lepak sama2. Sekolah ni, aku agak perform hihihi biasala budak baru dari bandar, dan aku ni pendiam jadi tak ramai kawan. Ada la seorang budak ni nama dia Zam, okla hensem jugak. Time aku lepak dengan si Nina time rehat ke kadang2 stayback sebab ada kokum, si Zam ni suka la stalk kitorang. Nina kata si Zam ni memang tabiat dia suka usha budak baru haha. Hati –hati siket. Cantik ke aku ni muahahha.
Cerita pelik bermula apabila suatu hari, aku janji dengan si Nina ni nak stayback sesama buat homework addmath kat library. Since aku ni macam lembap sket bab nombor2 jadi selalu Nina la ajar aku. Tapi sebab penat sangat tunggu, aku tertidur sampai la ada pustakawan ni kejut aku suruh balik tidur kat rumah lol. Yang pelik binti ajaibnya, masa kemas buku latihan, semuanya dah siap berjawab . Aku agak si Nina dah tolong buatkan. Thank you laa sahabat tapi kuangsam punya Nina tak kejutkan aku pun. Masa nak keluar tu aku ada perasan si Zam tu tengah duk lepak kat hujung library . Muka cam pucat je usha aku. Sheramm tau.
Entah kenapa sepanjang aku sekolah kat sini ada rasa macam orang perhatikan aku. Atau lebih tepat lagi macam menjaga aku. Pernah satu ketika tu, aku lewat datang sekolah, ni semua salah sendiri dengan si Nina duk layan cerita korea sampai pagi, tak sedar dah jam 8. Sampai je sana, nampak cikgu disiplin duk jadi polis trafik depan pagar sekolah haha matilah nak. Adalah 2-3 orang yang malang macam kami, Zam pun ada. Sambil buat muka seposen kami lalu depan pagar tu masuk ke sekolah.
Cikgu dah pandang pelik kat kitorang, sebab muka x mandi kot dan panggil saya minta tolong ambil barang kat bilik guru dari ustaz kemudian suruh masuk kelas cepat. Pelik tak kena denda. Nina cakap pagi ni kelas add math, jadi dia tak nak ketinggalan jadi aku kene pergi la sorang2. Sampai je sana, ustaz senyum dan suruh aku duduk. Ustaz kata ada yang suka kat awak ni. Aku dah sengih2. Eh, eh sapa plak minat kat aku. Nak meminang pun datang le rumah. Haha. Ustaz kata jangan tinggal solat, selalu baca al quran. InsyaAllah okay . Aku ni pulak bebal mana boleh memahami maksud tersirat bunga-bunga cinta ni.
Jadi aku teruskan macam biasa dan harap2 la dapat tau sapa yang ustaz maksudkan nanti huahuahuaaa. Ada masa tu aku tak sengaja terpecahkan pasu kegemaran mak aku. Dah dapat ramal nasib aku masa tu mesti kene bebel and potong duit belanja seminggu. Tapi bila sampai je kat depan aku, muka mak aku macam pelik. Tetiba senyum dan suruh aku kemas pasu pecah. Macam takde apa-apa yang berlaku. Erkk. Okaiii.
Pernah ada satu kali tu aku keluar main basikal sorang2 kat area rumah. Aku ternampak seekor kucing putih ni comel sangat. Jadi aku ralit duk kejar sampailah aku kat satu lorong ni agak tersorok. Sempat pulak aku flashback kata2 Nina jangan main area tu, ade banyak kes kat situ. Huhuu. Tak sempat nak lari, tetiba ada suara garau dari belakang aku wuu. Dekat plak tu suara ala-ala Degawan gitu ( haha sapa tengok cite Susuk dia tau).
Rupanya macam pakcik dalam 50 an gitu. Nampak baik, berjanggut dan berjubah putih.Tapi sebab terkejut, aku apa lagi x tunggu dah trus ca alif but. Tapi dia sempat pesan, “Hati-hati, nak. Ada yang suka”. Denggg, lagila seramm! Okey sekarang ni aku mula pelik. Bila aku cuba sambungkan kesemua kepingan puzzle aneh yang berlaku sepanjang aku kat sini, aku mula syak sesuatu. Tapi siapa dan kenapa. Entah.
Cuti hujung minggu, macam biasa Nina selalu lepak rumah aku, lagipun rumah dia tengah renovate jadi berhabuklah. Kitorang cadang nak movie marathon malam tu. Aku ajak dia makan malam sekali tapi segan katanya jadi aku pun bawak makanan, dinner-for-two gitu kat bilik hihi. Lagipun parents aku ade tetamu datang, gaya macam imam muda dah hihi. Parents aku ni hanya geleng kepala je tengok anak dara perangai camni. Diorang pun tak pernah tanya sangat aku kawan dengan siapa hihi asal jangan budak nakal sudah.
Esoknya, aku terbangun Subuh sebab bau bunga wangi. Perfume si Nina la ni. Tengok2 budak ni dah hilang. Aish, suka tinggalkan orang camtu je. Aku tanya mak aku bila Nina balik, mak diam ja. Lepas mandi aku pun solat dan baca quran. Aku perasan ada satu kertas berlipat dengan sekuntum bunga. Bunga kegemaran si Nina ni. Romantik jugak budak ni. Kat dalam tu ada tulis..
“Joe, terima kasih jadi kawan yang terbaik untuk aku. Aku tak pernah segembira ni. Jangan lupakan aku. Sebut nama aku, aku akan sentiasa dekat dengan kau”.
-Nina Bunga-
Haish, pelik dah budak ni. Haha ni nak buat perangai pelik dia lagi la ni. Pagi tu tak sempat sarapan aku terus start Vespa, rempit ke rumah Nina. Sebenarnya ni kali pertama aku pergi rumah dia sebab selalunya lepak kat rumah aku ja. Sampai je kat sana, alangkah terkejutnya aku bila tapak rumah Nina tu sebenarnya tapak tanaman bunga. Nursery bunga. Aku curious jugak duk tanya pekerja situ mungkin tu bisnes keluarga si Nina tapi malangnya takda orang kenal nama tu. Tengah aku duk berfikir tiba-tiba aku didekati Zam. Zam aka stalker aku haha. Mulanya aku curiga tapi bila dia mula untuk bertanya pasal Nina, rasa ingin tahu tu membuak sangat. Aku pernah suspek jugakla entah-entah Zam ni la yang diamaran oleh pakcik yang aku jumpe tu lol.
Menurut Zam, sebenarnya Nina ni bukan dari sini. Maksudnya dari dunia lain. Zam bagitau yang selama ni dia duk usha aku sebab dia ada nampak Nina ni sedangkan orang lain tak nampak. Nina ni dulu seorang pelajar kat sekolah ni, sama kes macam aku berpindah sebab ikut ayah bekerja. Tapi disebabkan perangai dia yang agak unik dan pelik, dia takda kawan. Suatu hari, kecoh dia dijumpai mati dilanggar lari sewaktu dia tengah mengejar kucing di area perumahan tu. Dan lebih mengejutkan, Zam kata rumah yang aku duduk sekarang ni lah rumah arwah Nina. Terduduk aku dengar cerita Zam.
Aku menangis balik ke rumah, dan terus peluk mak aku. Kata mak, sebenarnya semalam ada ustaz datang. Sebab mak dengan ayah dapat rasa ada yang tak kena dengan aku, jadi diorang minta tolong ustaz tengok-tengokkan. Ustaz dah pagar rumah aku dan dia kata cuma ada yang nak berkawan.
Sejak dari haritu aku dah tak jumpa dah Nina. Tapi kadang-kadang bila aku teringatkan dia akan ada bau wangi yang semerbak seperti nak memberitahu aku yang dia ada di situ. Waktu aku bangun pagi, selalu juga ada bunga orked sekuntum atas meja. Aku tak kesah asal dia tak mengganggu cuma aku agak terkilan mendengar kisah si Nina. Dia mengajar aku erti sebuah persahabatan. Bukan mudah untuk berkawan apatah lagi bersahabat bila kita tidak sempurna. Apa yang penting ialah keikhlasan untuk menerima segala kekurangan kita seadanya.
Selamat tinggal Minah Bunga!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sedihnyaaa ?
Sedihnya bc cerita ni,huhu
Best laaaaa
Bukan mudah untuk berkawan apatah lagi bersahabat bila kita tidak sempurna. Apa yang penting ialah keikhlasan untuk menerima segala kekurangan kita seadanya.
Saya suka ayat ni…btw nice story
rasa kembang kepala baca cerita ni..seronok cerita awak, sedih dngan nina
sedihhhh….
Sedih pulak ambe baca cite ni.
Yang pergi tetap pergi berjumpa ngan IIlahi tp aku rasa yg jumpa slalu tu bukan Nina tp mahluk Allah dr spesies lain…
Menarik + sedih.
5 bintangggggg utk story ni
semoga tabah..sedihh..huu..
sad dan best
Seram sedih ni…
Hakak pahaaaammmm sgt perasaan org yg selalu pindah randah ni…
Dlu abah keje felda mmg sllu pindah2…
Kawen plak ngan org keje estet lg dahsyat,10thn keje 10x dh pindah umah…
Sedih ble life pindah randah ni,xde kwn baik yg btol2 kamceng…
Br nk ngam dh kena pindah…
Hmmm….
sedih nya cerita kau ni . emmmmm hope tabah
macam novel balak blues by ahadiat akashah jalan cerita dia. jeremy kena ikut parents dia pindah ke area ‘kampung’, main basikal and jatuh depan rumah awek lepas tu awek yang nama julia tu datang tolong. rupanya julia tu dah mati bunuh diri. *lari tajuk* siapa tahu mana nak cari novel ni semula?
Tapi cerita Joe ni best. Jadi tak seram sangat sebab ada bff hantu yang wangi and cantik plus cerdik addmaths. Hehehehe.
Bkn setakat cerdik tp siap tolong buatkan lg homework tu…
Syioookkk wooo…
kan kak. huntonggg
Dah tua2 ni xde homework dah…
Sooo akk nak klu ade yg boleh kemaskan umah dan iron baju…
Hehehehehhe…
⭐⭐⭐⭐⭐
kita dgn jin tak ada apa2 urusan yg terikat… nina ni cuma jelmaan jin yg suka merupa seseorang… jgn terpedaya dgn tipu-daya syaitan…
Takot kan bile syaiton ni memperdaya dlm keadaan lemah lembut sharing is caring camni…
Bikin cair tgkp leleh luluh hati…
Huhuhuhuuu…
Maybe tu Qarin nina …sbb qarin ni ada yg baik…ada yg x…seeloknya elakkan berhubung walaupn sifatnya baik…