Selepas Saka Harimau Dibuang

Assalamualaikum readers dan admin FS. Apa khabar? Moga sihat semuanya dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

Buat yg dah baca cerita aku yg lepas, ini adalah kesan yg terjadi selepas saka harimau tu dibuang. Jadi sedikit sebanyak cerita yg lepas dapat membantu kamu semua untuk memahami penceritaan ni. Buat yg belum baca aku punya cerita yg lepas, ni aku tolong paste link: https://fiksyenshasha.com/saka-tanpa-bertuan/

Ok jadi cerita ni terjadi dalam 4 minggu lepas kami buang saka yg tidak bertuan tu. Kami sangkakan lepas ja buang benda tu, keadaan tenangla tapi lain pulak yg berlaku. Rupanya saka tu semasa ada, dialah yg menolong kami menjauhi segala gangguan luar. Tapi bila dah buang ni kami dah takdak pelindung. Jadi mau tak mau terpaksa hadap.. jadi kat sini aku mudahkan pembacaan pembaca dengan buat list.

GANGGUAN 1: MAKANAN
Bermula dengan makanan, kami seolah diberi tanda kekacauan yg akan melanda. Nasi yg ditanak, pada mulanya elok, tapi bila dihidang, hancing baunya semacam ada yg gatai p cangkung kencing dalam periuk nasi. Benda ni jadi bukan sekali dua, tapi banyak kali! Memang kacau emosi. Perut lapaq lagi mau main2. Tapi bukan nasi ja, pernah mak aku buat sambal petai, bila dah masak nak tuang dalam mangkuk, tengok-tengok ada taik weh dalam tu. Sapa yg gatai pi berak dalam makanan ni?! macam-macam jenis, ada sekali tu, nak masak gulai patin, siang ikan elok bersih, tapi bila dah masak tengok ada ulat dalam tu dan yg tak sangkanya, ulat tu hidup. Lama jugak benda ni kami terpaksa hadap, sebelum mai lagi ganguan yg lain.

GANGGUAN 2: BAYANGAN MENYERUPAI KELUARGA
Aku belajaq di bumi perlis, tak jauh dari keluarga di kedah. Ada satu masa tu, aku kena kumpul info dari masyarakat setempat sebab aku ada esainment luar. Masa nak interview orang tu okay takdak masalah. Tapi bila waktu malam, aku nak edit, nak compile kan semua video yg aku dah buat ni, kat situ muncul masalah. Tapi macam biasalah, student mana buat kerja waktu siang malam baru pulun. Ada satu footage dalam video yg aku nak masukkan ni, ada bayangan ayah dengan adik aku. Jelas dalam video tu dok perati aku yg waktu tu tengah interview orang. Aku punn tak sedap hati call ayah aku tanya samada dia ada mai perlis ka dak tapi dia kata dak. Habeh tu dalam video tu sapa?

Tak cukup dengan tu, hampir setiap malam, bila aku nak tidur, selimut aku mesti kena tarik. Dan bila aku bukak mata nak tengok sapa, aku nampak bayangan macam mak aku dok pegang selimut kat hujung kaki aku. Bila baca ayat kursi, al fatihah semua benda tu akan hilang tapi mai balik dan berulang-ulang buat benda yg sama. Jadi aku dengan mata semacam panda pi kelas sebab tak cukup tidoq. Tak guna punya hantu.

Tapi yg paling ekstreme hantu tu boleh menyerupai orang lain, dia jadi kawan aku. Kebetulan malam jatuh pada minggu study week, jadi yg ada dlm bilik cuma aku dengan kawan aku ni. So aku pun buat hal macam biasa selak buku selak phone dan aku terperasan kawan aku ni bangun, pergi tandas blabla benda biasa dia buat. Tup-tup selang dalam 30 minit aku rasa, kawan aku ni telefon, dia cakap dia tak balik malam tu sebab nak overnight. Aku pun apa lagi, bangun capai mana yg patut terus pergi bilik member satu course.

GANGGUAN 3: BARANG BERSEPAH
Okay so part ni macam klise cerita hantu yg lain jugakla. Selipar kat luar bilik dah elok tersusun bila nak pakai hilang sebelah. Cari punya cari jumpa dalam tong sampah. Mula-mula tu bengang la syak member main2 ka apa tapi makin lama makin kerap so takkan la member ni takdsk kerja lain nak buat kan? So biarkan dia disitu. Dia hilangkan, kita cari dan berulang rutin tu. Buku, makanan, baju dalam almari pun jadi mainan benda tu nak main. Buku yg dah elok tersusun, bila tinggal sekejap, tengok-tengok dah bersepah. Dan benda-benda ni berulang hampir setiap hari.

Jadi kami sekeluarga bertahan hidup dengan gangguan ni hampir 2 bulan sebelum ayah aku cari alternatif lain untuk atasi masalah ni. Kami berkeputusan nak jumpa dengan pengamal perubatan Islam yg tolong kami buang saka dulu tu. Aku ringkaskan, gangguan yg kami hadapi ni, sebenarnya gangguan luar yg dah lama nak mengganggu tapi sebab dulu saka harimau tu ada benda-benda ni tak dapat masuk sebab tu dah jadi guard untuk halang anasir luar dari masuk. Dan kami decide nak pagarkan rumah untuk elakkan sebarang gangguan lagi.

Sekian, it sahaja kisah dari aku.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

kerol

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

3 thoughts on “Selepas Saka Harimau Dibuang”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.