Saka Tanpa Bertuan

Hye Assalamulaikum semua… lama tak update apa jadi.. Dok jadi silent reader ja kat FS sambil komen kat orang lain punya cerita. Ok so aku kat sini takkan beletiaq sesaja lah.. tentulah aku ada cerita yg seram suam-suam kuku untuk aku cerita kat para penggemar cerita seram semua.

Cerita kali ni aku nak berkongsi tentang gangguan yg kami sekeluarga terima daripada saka yg langsung tak dak kena mengena dengan kami. Maksudnya orang lain yg membela kami yg kena kacau jadi, secara asasnya aku cerita, saka ni berupakan seekor harimau putih. Selalunya aku nampak benda ni pada waktu maghrib. Kadang-kadang nampak benda ni kat kebun belakang rumah, kadang-kadang nampak kat atas bumbung tengah dok berehat.

Mula-mula nampak tu memang seram sebab satu, benda tu saka so maksudnya benda tu hantu. Kedua, kalau tu bukan saka, maknanya tu harimau dan harimau ni bahaya bila-bila ja dia boleh kokak hang. Jadi bahaya. Tapi yg baiknya dia tak mengganggu ketenteraman. Dia cuma tunjuk diri dia. Dia nak bagitau kat kami yg dia wujud. Tapi tu bagi aku la sebab bagi mak aku, lain pulak cerita dia.

Mak aku kena ganggu dengan kewujudan entiti budak. Dok berlari-lari dlm rumah. Main bukak tutup tv, main ayaq dan gangguan-gangguan kecik yg lain. Jadi benda ni tak mengacau secara hardcore. Tapi yg peliknya kenapa dia kacau mak aku ja. Kenapa aku tak pernah rasa? Mungkin sebab perangai aku yg macam hantu so mungkin dia takmau kacau geng dia. Hihi..

Dan lama-kelamaan kami jadi biasa terutama mak aku. ‘Dia’ bukak tv mak aku tolong tutup dan lain-lain. Dan orang luar pun ada terperasan kewujudan budak ni. Sampaikan ada kawan sekilang mak aku dulu yg mai rumah pun tanya mak aku samada mak aku beranak lagi sorang. What?! Oh lupa nak cerita, budak tu perempuan. Mak aku yg selalu ternampak ni kata yg budak tu comel, pakai baju warna merah dan lingkungan umur budak tu ialah 5-6 tahun.

Tapi benda tu bertahan untuk 7 bulan sebelum ayah aku decide nak jumpa dengan seorang pakar perubatan Islam ni nak tanya lebih lanjut pasai benda ni dan macam mana nak halau dari terus ganggu sebab benda ni mengacau tak seram tapi penat. Dah siap kemas, ‘dia’ sepahkan balik. Jadi dia kata, harimau putih tu adalah saka tu sendiri, dan budak tu adalah harimau tu cuma dia wujud dlm bentuk budak sebab dia nak mak aku terima benda tu jadi sebahagian dari keluarga. Maksudnya dia berkenan kat mak aku. Tapi tentula mak aku takmau, ada anak 2 orang pun dah payah ni kan pulak nak tambah beban nak membela lagi sekor.

Jadi kami kat rumah pakar perubztan tu agak lama sebabkan nak buang benda tu sekali. Dan pakcik tu ada bagitau yg saka tu kepunyaan orang lain dan orang tu dah meninggal. Dan dia takdak waris ataupun waris dia tak mau wallahualam. So pakcik tu mai kerumah dan cari benda tu untuk dibuang dan Ya Allah nak buang tu mudah seolah-olah benda tu faham kami tak mau dia. Cumanya mak aku cerita masa pakcik tu nak buang benda tu, mak aku ada terdengar bunyi budak menangis. Sayu sangat bunyinya. Jadi pakcik tu ambik benda tu (jgn tanya macam mana pakcik tu buang sebab aku tak ambik port) dan buang ke dlm laut.

Tapi kejadian yg tak disangka-sangka berlaku seminggu lepas kami buang benda tu. Kami mula terima gangguan yg pelik-pelik dan lagi dahsyat. Cerita ni aku akan kongsikan lain kali kalau cerita ni di publish. Jadi tu saja kot perkongsian dari aku. Maaf sebab langsung tak meremang bulu roma. Ni cuma pra pengenalan untuk cerita seram yg kami terima. Assalamulaikum. yosh

kerol

8 thoughts on “Saka Tanpa Bertuan”

  1. Agaknyer sblm ni benda lain ganggu sbb yg saka rimau tu bertenggek je kt umah tu agaknya… Cam along kwsn la…… Rimau x de pe lg berpesta la yg lain kot mengacau huhu..😂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.