“Kalau nampak ayam berdiri atas tunggul jangan tembak.”Ini Kejadian Seram Ketika Memburu

As Salam.. apa khabar admin dan pembaca setia fiksyen shasha. Lama dah aku tak menulis untuk ruangan ni. Kali ni aku nak berkongsi dengan korang kisah tentang masuk hutan. Bukan tujuan hiking tapi ‘menyuluh’ atau kata lainnya memburu.

Aku ni pompuan tapi mempunyai hobi orang lelaki. Antaranya memancing dan yang satu ni lah MENYULUH. Aku tak tau lah kalau korang rasa cerita ni seram ke tidak tapi ini lah kenyataannya.

Yang aku nak cerita ni antara kisah seram aku, pengalaman berburu di pinggir hutan. Subjeknya cuma ayam hutan atau kalau bernasib baik pelanduk dan lebih untung kalau jumpa napoh untuk dibuat lauk.

Selalunya berburu yang begini waktunya hanya 4-5 jam jea. Antara kawasan yang menjadi lokasi perburuanku itu jalan masuknya akan melalui sebuah rumah yang diduduki oleh seorang nenek tua bernama ‘Nek Keda’ (arwah dah 2012 – al fatihah). Nek Keda ni asal Papua New Guine tapi dah berkahwin dengan lelaki di sini (dah meninggal sejak tahun 1988 lagi) maka dia berhijrah ke sini sejak tahun 1945 masa tu umurnya 15 tahun dan merupakan seorang nurse.

Tak tau lah disebabkan dia tinggal berseorangan atau memang kebolehan nenek ni dapat melihat lebih dari pandangan kita aku pun tak pasti. Tapi Nek Keda ni agak sesuatu lah jugak.

Tiap kali kami nak masuk pinggir hutan berhampiran rumahnya dia akan berpesan itu dan ini yang adakala membuatkan aku cuak kerananya. Tiap kali kami nak memulakan aktiviti aku biasanya akan bawa sedikit buah tangan buatnya selalunya masakan aku lah. Maklumlah dia tinggal seorang jea.

Dipendekan cerita petang tu lepas asar aku nak memulakan hobi aku bersama anuar. Nek Keda menemani aku sampai ke hujung denai rumahnya, yang macam biasa dia berpesan,

“Kalau nampak ayam berdiri atas tunggul jangan tembak. Ada ayam cantik yang susah nak dapat jangan kejar. Kat tanah lapang lepas pokok anau tu bebaik lintas. Nak berburu atas sikit lagi.” Ada lagi beberapa pesannya yang kalau aku kongsi pun buat serabut perut jea baca ahahaha.

Macam biasa aku cuma mengiyakan pesanannya. Walaupun aku agak gila gila tapi aku hormat orang tua eh.

Hati aku tak berapa sedap petang tu entah kenapa. Kami pun meranduk semak Anuar memegang senapang manakala aku mengikut dibelakang dalam jarak 2 meter memerhati sekitar, tangan kananku terhunus parang tapik buat menebas ranting2 kecil yang menghalang laluan. Selang 15 minit kami sampai ke kawasan tanah lapang yang Nek Keda maksudkan.

Bayangkan dalam hutan tetiba ada kawasan tanah lapang yang bersih jea. Kata Nek Keda ia adalah perkampungan bunian, ada terdapat berbelas buah rumah juga kat kawasan tu katanya. Aku tak nampak pun rumah cuma tanah lapang jea dan lagi pelik ada dibeberapa tempat dikawasan tu ada pokok bunga. Pernah ada keinginan nak petik tapi aku nie jenis patuh larangan orang tua tua so aku tengok jea lar. Sumpah cantik. Semasa nak melewati kawasan tanah lapang tu aku ternampak kat hujung sepohon pokok ada lelaki memandang aku. Tidak tersenyum tidak juga marah wajahnya. Hanya memandang. Aku pulak melangkah sambil berfikir fikir siapa pulak umatnya lelaki tu lansung aku tak kenal. Kat kampung tempat aku tinggal masa tu walaupun beratus jumlahnya tapi aku kenal setiap orang even kaum keluarga mereka yang tinggal di luar. Kaki aku tetap melangkah sehingga aku terlanggar anuar dihadapan. Anuar terkejut dan memarahi aku.

Aku pulak tersentak dan menoleh kembali ke arah pohon tu. DAH TAK ADA. Sepanjang pemburuan aku terlihat lihat lelaki itu tetapi hanya seimbas seimbas. Sehingga sampai giliran aku nak menembak ayam. Ketika aku memicingkan mata tetiba aku terkejut melihat lelaki tu sedang memeluk ayam hutan tu sambil mengusap gusap kepala ayam tu. Berderau darah aku.

Ketika aku lihat seperti biasa ayam tu pun hilang sekali. Anuar hanya merungut rungut. Kemudian anuar merampas senapang ditanganku apabila dia melihat ayam tadi tiba tiba muncul berdekatan kami. Aku menolak senapangnya lalu tembakan tu jauh tersasar.

‘Apa nie!!!’ marahnya

‘Jom balik lah. Adik takut’

‘Tetiba jea nak balik. Tau takut tadi tak yah lah ikut’
Aaiiikkk … bukan dia yang sibuk ajak aku ke tadi.
‘Kalau tak pun jom pegi tempat lain’ kataku. Lagipun kami dah pun dapat 3 ekor ayam dan seekor pelanduk. Hari pun dah jam 6 waktu tu.
‘Dah lah .. jom pegi atas sikit’ katanya.

Kami pun mula bergerak ke tempat lain. Aku keluarkan semula parang tapik ku. Tiba tiba ada suara berbisik dekat ke telinga ku ‘TERIMA KASIH’…
Aku terkejut dan terlepas parang lalu mencederakan ibu jari kakiku kerana tajamnya parang tu memauk sekali kasut yang ku pakai. Aktiviti kami tamat kerana aku cedera. Kami keluar dari hutan menuju ke rumah Nek Keda.

Sewaktu melewati tanah lapang tadi, aku baru perasan yang jam tangan ku hilang. Aku tak pasti bila yang aku pasti mestilah sewaktu diantara aku melihat ayam aneh tu sehinggalah parang terjatuh. Anuar tetap memapah aku ke rumah Nek Keda dan kemudian berpatah balik ke lokasi tadi, tak lama kemudian tiba tiba Nek Keda menjawab salam. Padahal aku tak dengar apa apa pun. Aku tinjau keluar dari tingkap atas rumah, kelihatan Nek Keda berbual sendirian seolah olah ada seseorang dihadapannya. Aku kebinggungan sendirian.

Seketika kemudian Nek Keda menghampiri aku. Dia menghulurkan jam tangan ku kembali dan memberi tahu aku tercicir jam ku seawal melewati tanah lapang itu. ‘Dia’ nak memulangkan jam aku sebab tu dia ikut aku. Ayam yang nak ku tembak tak jadi tu ayam peliharaannya. Serta dia juga kirimkan bunga ros kampung (pelik kan bunga ros tumbuh dalam hutan) yang aku sentuh dan cium kat rumahnya sebagai tanda terima kasih.

Sumpah, seriau aku nak amik bunga tu. Seram aku. Nek Keda berjalan ke dapur menjerang air sambil terus bercerita. Katanya lelaki tu salah seorang orang kampung sana. Dia memang kenal aku sebab selalu nampak dan Nek Keda pun beritau siapa aku, anuar dan beberapa orang yang suka masuk berburu yang dia kenal.

Kalau semborono aje memang akan dikacau.
Tak tau lah sejauh mana kebenarannya. Cumanya aku penah juga sekali dua ternampak manusia pelik kat dalam hutan atau dalam kebun getah di kampung tu.

Kenapa aku katakan pelik??? Sebabnya mereka berpakaian macam orang kita zaman dulu2. Perempuan berkerudung batik atau pelikat dan lelakinya ntah lah cemana nak klasified tapi macam filem p.ramlee zaman hang tuah tu ler ghopernya. Seram bila ko sendiri yang alami. Hakikatnya pelik dan misteri. Anuar tiba ke rumah Nek Keda selepas isyak sambil merungut rungut beritau dia tak jumpa jam aku. Dia jadi lebih marah bila aku kta aku dah jumpa jam aku kat umah Nek Keda. Aku tak ceritakan hal sebenarnya dan Nek Keda pun tak buka mulut. Wallahhualam.

Mas
FOLLOW FB KAMI.

19 comments

  1. Kita memang berkongsi alam di bumi dengan mahluk2 lain pon. Jadi, dkt mana2 pon jagalah tingkah laku dan adab. Nasib baik tak jadi tembak haha.

  2. Sy percaya kata-kata arwah Nek Keda, sebab tak dinafikan memang mereka (bunian) makhluk Allah yang juga wujud. Mereka juga ada agama sama seperti manusia cuma berbeza alam. Kalau mereka yang terbuka hijab matanya memang boleh nampak. Semua tu dengan izin Allah😊

  3. Berdiri bulu roma baca ni.. Yang ni betul2 seram.. Kalau akak, akak sumpah tak berani macam adik ni… Acah-acah berani boleh la..

  4. Dulu pernah baca dalam novel pasal xleh tembak ayam atas tunggul.. xleh tembak denak tgh terbang dan x bleh tembak rusa lintas anak sungai… pasal ‘geruh’ dia kuat… x ingat dah novel apa tapi kisah pemburu la…

  5. Dulu mase abah jd Manager, abah dibekalkan senapang…
    Penah satu petang dh nk senja abah nk balik dr ronda ladang…
    Ternampak ayam atas tunggul…
    Abah pon amik senapang, lepas sedas…
    Tapi ayam tu lgsg x lari, malah balas dgn kokokan kuat…
    Terus abah tersedar yg tu bkn ayam sebarangan…
    Terus balik rumah…

  6. kat tempat tinggal acik masa kecik2 dulu pun ada 1 kawasan lapang yg cantik kat tgh2 ladang getah siap ada mata air yg mengalir jernih jer mmg cantik dan ada 3 biji rumah lama yg masih kukuh dindingnyer atap jer yg dh takde, time cuti sek rajin jugaklah pegi situ tapi tak berani ambik apa2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.