SUMPAHAN POCONG (tamat)

Sebenarnya ramai yang marah dengan penulisan cerita Sumpahan Pocong 1 dan Pocong 2. Bukan sengaja aku menulis pendek, tetapi dah terbiasa aku menulis di FB jadi ia agak terhad. Maka aku cuba part by part. Tetapi hari ini aku cuba menulis lebih panjang. InsyaAllah setiap komen anda negative atau pun positif sy menerima dengan hati terbuka, dan mengharap teguran dari anda. Saya menulis untuk menyedarkan kita, bahawa makhluk ini wujud, dan kembalilah kepada Allah. Kepada PEROKOK tu berhentilah merokok, kerana saya sudah berjaya berhenti. Mengapa tidak anda? Selamat membaca. Selepas ini saya tidak akan menulis by part lagi. Terima kasih sekali lagi kepada pembaca yang sudi membaca habiskan cerita ni.

Kejadian aneh yang aku alami, aku rahsiakan dari pengetahuan hasrul kerana aku sendiri tidak pasti adakah aku bermimpi atau ini semua reality. Aku lalui hari ini seperti biasa tetapi apabila malam mula menjelma tiba-tiba jantung aku berdegup kencang, nafas aku seperti kosong. Penyakit kelmarin itu datang semula malah kali ini lebih teruk

“Adakah aku diserang sakit jantung?”, “atau aku kena asma”, tetapi aku sendiri tidak ada penyakit asma. Aku lihat jam di dinding menunjukkan pukul 07:15pm petang.

“Rul nanti tolong bawa aku ke hospital”, kata aku pada hasrul yang sibuk bermain game.

“ok”, balasnya ringkas tanpa menoleh.

Aku baring diruang tamu rumah sambil melihat hasrul, dalam masa yang sama aku rasa nafas aku semakin pulih, mungkin aku keletihan. Tetapi aku mesti pergi ke klinik untuk check jantung aku, risau jika aku mempunyai sakit jantung.

“dah siap ke?”, tegur hasrul.

“aku pergi macam ni jela”, jawabku lemah.

“ok”, balas hasrul ringkas sambil mengambil kunci kereta aku yang terletak diatas meja.

Aku membiarkan hasrul yang memandu kereta kerana aku bimbang jika tiba-tiba aku pengsan dan membahayakan orang lain. Setelah berjalan hampir 40minit aku dan hasrul sampai ke hospital waktu itu sudah pukul 08:05malam. Aku lihat hospital sudah seperti supermarket yang sedang ada buat jualan “SALE” penuh dengan orang, hiruk pikuk,bunyi ambulans sudah seperti muzik.

“woi dah jom la”, tegur hasrul yang melihat aku masih berdiri disisi kereta. Aku terus mengorak langkah menuju ke arah Kaunter daftar. Hampir 30minit menunggu baru lah nombor aku dipanggil. Aku melangkah masuk ke bilik doctor dan menerangkan segala apa yang aku alami. Doctor terus menulis dekat sehelai kad namun aku tidak faham langsung tulisannya yang aku faham hanya xray dan Ecg. Aku dibawa ke bilik Xray kemudian membuat ECG. Selesai semua aku dibawa jumpa ke doctor semula.

“encik huzaifah, dari apa yang kami lihat pada ujian ini anda tiada alami apa-apa sakit berkaitan jantung dan paru-paru. Jadi saya rasa awak mungkin terlalu letih atau stress”, kata doctor sambil menerangkan panjang lebar symptom yang aku alami.

“ok, terima kasih doctor”, kata ku sambil keluar dari bilik dan kelihatan hasrul sedang menunggu sambil bermain game di handfonenya,

“dah jom la”, jawab aku mengejutkan hasrul yang sedang leka dengan handfonenya.

“ehh, dah ea”, balas hasrul sambil berdiri dan menuju ke kereta. Aku pulang dengan perasaan hampa. Sampai sahaja dirumah aku terus baring diruang tamu, manakala hasrul terus menuju ke dalam biliknya. Sambil terbaring aku mula teringat peristiwa di mana aku melihat lembaga putih didalam kereta dan hasrul yang mengajak aku ke hospital rupanya tiada. Serta kejadian pertama sekali sewaktu ingin menulis cerita amukan pocong, semua tu bermain dikepala aku.

Sedang aku melayan fikiran aku, tiba-tiba “tukk..tuk….tukkk…tukkk” terdengar tingkap diruang tamu yang berada jarak 1meter dari tempt aku diketuk. Pantas aku terduduk, jantung mula berdegup kencang. Tidak dinafikan aku dalam ketakutan, ”Tukkkk.Tukkk…Tukkk” bunyi ditempat yang sama, perlahan-lahan aku menyelak langsir untuk melihat apakah yang sedang mengetuk tingkap rumah aku. Setelah diselak hanya kelihatan seekor cicak melarikan diri. ”Huhhh..cicak rupanya”, bisik hatiku. Aku tahu cicak akan mengetuk ekornya jika ingin mengawan. Dengan pantas aku melepaskan langsir yang aku selak tadi, tapi belum sempat tertutup aku terlihat satu lembaga putih bergerak pantas melalui tingkap aku, dan bila dilihat dari bentuknya aku tahu itu lembaga yang sama menganggu aku sebelum ni.

“A……llaa….hhhh”aku tergagap tidak mampu menyebut kalimah Allah dengan betol, ketakutan lebih menguasai diri, bau busuk mula menyelubungi kawasan rumah dan dada aku mula sesak, berat, terasa kosong. Mata menjadi gelap.

“Wei..zai..bangun zai…dah pagi ni”, aku terdengar suara sayup halus memecah kesunyian dan aku mula tersadar,

“Ya Allah, dah pagi. Allhamdulillah”, aku berkata sendirian bersyukur

“kau kenapa, macam takut je”, balas hasrul yang pelik melihat gelagat aku

“tak ada apalah”, balas aku sambil bangun untuk mandi.

Sewaktu aku mandi hidung ku masih terbau hamis busuk semalam, dan aku fikir mungkin ada haiwan yang m**i disekeliling rumahku. Selesai aku membersihkan diri aku terus pergi kerja seperti biasa, hasrul pula sudah pergi lebih awal.A ku berkerja seperti biasa tiada apa yang aku rasakan pada diri aku waktu itu tetapi setiba waktu makan pagi jam 10:00am sesuatu yang aneh berlaku ketika saat aku meneguk air, seakan air itu sangkut ditekak aku. Jantung aku berdegup kencang kembali penyakit itu datang semula. Pantas aku bangun dari duduk lalu mencapai kunci motor dan terus pergi ke klinik yang berada 100 meter dari tempat kerja aku.

“Encik tiada apa-apa, mungkin encik terlalu penat atau stress, banyakkan berehat, blaa..blaa…blaaa”, Doctor cina itu membebel ke arah aku. Sama seperti doctor semalam.

“ok, terima kasih doctor”, balas aku sambil keluar.

Sewaktu aku keluar dari klinik aku lihat ada seorang budak sedang melihat tajam ke arahku, matanya tidak berkedip, membuatkan aku rasa tidak selesa. Aku terus ke tempat keje dan mengisi borang keluar halfday,

“ko kenapa?”Tanya hasrul yang pelik dengan kelakuan dan tingkah laku aku semenjak kebelakangan ini.

“tak ada apa la, aku ok je”, balas aku cuba merahsiakan.

Tiba sahaja waktu rehat tengah hari aku terus pulang ke rumah dengan keadaan lemah dan dipenuhi dengan 1001 persoalan tetang apa yang menimpa aku. Terus aku menjatuhkan p******g aku ke sofa di ruang tamu sambil melihat kipas yang berpusing, dari eprlahan semakin lama semakin laju, dan laju, tiba-tiba kepala aku pening permukaan rumah menjadi tokong besar dan aku terbaring dibawah loceng besar, sangat jelas waktu itu aku melihat semuanya. Penyakit misteri aku mula menjengah kembali.

“Alllahhhuuuuuakhbarrrr….!”
“LAaillahaillallah…..”

Hanya perkataan itu yang terlintas difikiran ku dan terus terlontar dari mulutku, aku cuba menjerit sedaya upaya aku, tapi seperti tiada suara yang keluar. Aku berserah segalanya pada Allah, dan sehabis serah namun dalam kehampaan dan harapan yang satu datang seorang lelaki berjubah serta beserban putih menghulurkan tangannya, aku tanpa memikirkan apa-apa terus menyambut. Setelah tangan aku menyentuh tangannya keadaan tokong kembali jadi rumahku. Aku tersandar ketakutan, penuh dengan persoalan.

“tok…tok…tok…”
“tok…tok…tok…..”

Pintu rumah aku diketuk, aku terus memandang jam didinding menunjukkan pukul 1:50pm.
“Siapa pulak yang datang ni”, bisik hati aku penuh curiga dan ketakutan.namun aku gagahkan juga bangun dan buka.

“Allah”, spontan perkataan itu terkeluar saat pintu dibuka dan aku melihat nenek dalam lingkungan usia 90tahun terpacak dihadapan pintu aku.

“anak..nak beli tapai?”, Tanya nenek tu melihat aku

“tak la nek, saya x makan tapai”, jawabku menolak dengan sopan, sambil mata memandang tajam ke arah bakul yang dibimbit oleh nenek itu. Dari apa aku lihat bakul itu mungkin diperbuat dari daun mengkuang yang dianyam kemas dan rapi.

“akak ada tak anak?”, tanya nenek tua itu sambil mejengah ke dalam rumah aku.

“saya duduk bujang la nek, tiada akak”, jawabku ringkas.

Kemudian nenek tu pun berlalu sambil senyum melihat aku. Aku pula dengan pantas menutup pintu rumah dan kembali duduk ke sofa.

“Ya Allah, apakah ujian yang sedang aku lalui ini?”, hatiku berbisik memohon kepada Allah.

Waktu terus berjalan dan kini semakin malam, aku mula takut pada setiap malam yang bakal tiba.

“zai, kau kenapa sebenarnya?”, Tanya hasrul sambil duduk melihat aku yang asik termenung berfikir.

“sebenarnyaaa, aku kene kacau dengan hantu”, balas aku, sambil terus menceritakan kepada hasrul kisah dari awal hingga akhir kejadian petang tadi. Setelah hasrul mendengar cerita aku. Dia bercadang untuk berubat secara tradisional.

“patut la pergi hospital n klnik tak ada apa-apa,kau sakit lain ni”, kata hasrul

“ntah la…aku dah penat”, balas aku malas bermain soalan

“takpa esok kita pergi berubat,” kata hasrul cuba memberi semangat.

“ikut kau lahhhh”balas aku lemah.

Seperti biasa setelah jam 11:00pm hasrul akan masuk ke bilik tidurnya dan aku pula masih terkebil-kebil tidak mampu melelapkan mata, dan waktu ini jugalah semua misteri bermain diminda tetapi hari ini mungkin hari baik untuk aku apabila aku sudah mula mengantuk pada pukul 11:35PM itu waktu terakhir aku lihat sebelum aku terlelap. Lena aku tidak lah seperti diharapkan dan aku terjaga pada jam 02:10am, waktu itu aku melihat jam dihandfone, dan terasa tekak sangat dahaga baru aku sedar dari pagi aku tidak minum seteguk air pun. Aku memusingkan badan aku yang sebelum ini dalam posisi menyereng kepada terlentang, apabila terlentang jantung aku bagai direntap kerana jelas aku melihat sesusuk tubuh wanita rambut paras pinggang tergantung dikipas diatas aku. Kelihatan lidahnya sedikit terjelir muka mengerutu dan aku cuba bangun tapi rebah semula.

“AAaaaaaaaa..aaaaaaa”, hanya itu ungkapan aku mampu sebut

Sebaik badan rebah dan aku memusingkan tubuh untuk tidak melihat makhluk itu lagi aku dikejutkan dengan sebungkus kain putih yang kini berada dihadapan aku terbaring sama,waktu itu aku tidak mampu berkata apa-apa. Kalimah ALLAH pun tidak mampu aku sebut..kelu.lalu gelap.

“zai….zai…bangun zai..kau kenapa”, sayupp aku dnegar suara orang memangil nama aku. Aku gagahkan untuk membuka mata, tetapi terlalu gelap. Kemudian terdengar sayup suaran azan berkumandang. Semakin lama semakin kuat dan aku semakin bertenaga membuka mata, aku lihat dihadapan aku hasrul sedang duduk sambil cuba mengejutkan aku.

“kau kenapa zai?”, Tanya hasrul setelah aku mampu duduk dan tenang.

“hantu rul, rumah ni berhantu”itu sahaja yang mampu aku luahkan.

Azan yang aku sangkakan azan subuh rupanya adalah azan dari handfone hasrul, dan waktu itu jam pukul 3:50am. Aku tidak mampu tidur lagi, manakala hasrul pula turut berjaga menemankan aku.
Siang pun menjelma Hasrul dan aku mengambil cuti untuk pergi berubat, puas kami pusing mencari tempat berubat akhirnya jumpa seorang bilal disebuah masjid, kebetulan masa itu kami ingin solat zohor dan saja bertanya pada bilal yang kebetulan ada dimasjid.

“Assalamualaikum ustaz, maaf boleh kami Tanya sini ada tak perawat islam?”, Tanya hasrul

“waalaikumusalam, siapa yang sakit dan sakit apa?”, Tanya bilal tadi cuba mendapatkan kepastian.

“dia ni sakit ustaz”, jawab hasrul sambil memegang bahu aku.

“lepas kamu solat ikut saya ke rumah”, jawab bilal tadi sambil berlalu meninggalkan kami untuk solat zohor dahulu. Sesudah solat zohor kami terus mengikut bilal kerumahnya. Dan sesi rawatan keatas aku pun dilakukan,agak dalam 30minit bilal itu membaca ayat dan cuba mengesan gangguan ke atas aku. Akhirnya dia duduk dan menyuruh aku duduk dikerusi .

Maaf ya anak, saya nak Tanya, sejak bila perasan benda ini terjadi?”, tanya bilal sambil merenung ke arah aku.

“dah dalam 3 mnggu lebih”, jawab aku menganggarkan.

“ok, apa yang anak kene ini digelar sumpahan Pocong. Benda ini sejenis sihir yang dibuat untuk melumpuhkan sesiapa yang tidak disukainya, untuk kamu ketahui sihir ini kamu akan bermimpi didatangi pocong dalam keadaan mukanya tidak berwajah tapi hanya gelap. Itu petanda sihir ini sudah mendekati kamu dan jika kamu telah melihat makhluk itu dihadapan kamu, bererti kamu sudah kene. Sihir ini jarang digunakan oleh bomoh-bomoh biasa hanya bomoh tertentu sahaja mengunakan sihir ini. Saya mencadangkan kamu cuba dekatkan diri kepada Allah. Kembali kejalanNya. Kamu akan merasa sesak nafas, lemas dan kadang berasa tidak bermaya. Kerana tubuh kamu ibarat diikat seperti pocong”, bilal itu menerangkan kepada aku.

Aku menunduk lemah, seperti tiada harapan untuk kembali sembuh. Sejak pertemuan dengan bilal itu.aku pun mula berhenti merokok. Mendekatkan diri kepada Allah, bertahjut, dan sejak itu juga aku selalu didatangi makhluk-makhluk pelik, yang tinggi tapi kurus keding, ada yang tidak berwajah hanya bibir kelihatan besar rambut panjang, dan paling selalu aku temui adalah makhluk berbungkus.
Hijab aku pun kadang etrbuka dan tertutup, malam aku tidur tidak lena, bertemankan ayat-ayat manzil aku biarkan terbuka sehingga ke pagi. Tetapi aku tidak pernah berputus asa untuk berubat walaupun sudah banyak tempat aku pergi. Sehingga kini atau hingga akhir hayat aku, dan orang yang menyihir aku juga telah aku ketahui.

Encik Huzaifah (MrFroggy)

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

17 thoughts on “SUMPAHAN POCONG (tamat)”

  1. Sebab kan part 1 dgn part 2 aku bace smpi tersenggut muka ke keyboard, so part yg ni aku bce smpi PEROKOK je….pastu aku scroll down smpi komen….k bye!

    Reply
  2. cerita kau ni dari yg first sampai akhir…semua merapu..kata penulis tapi langsung x mcm penulis.. imaginasi ek? x mcm real doh story kau

    Reply
  3. kali ni macam ok lah sikit tapi tetap mendatar , hambar n mcm takde ‘soul’ menyebabkan seram tu tak sampai. ehh entahlah

    Reply
  4. Tetibe tertgok perenggan akhir…bilal kata kena sumpahan pocong….bla bla bla….sesak nafas..bla bla bla….penulis wat solution utk berhenti merokok…..what ??

    kesimpulannye…..kepada perokok2 diluar sana….sila berhenti merokok sebelum kena sumpah pocong….haaa…

    Reply
  5. Bau busuk tu yg mcm bau bangkai ek? Ke mcm ada satu bau yg susah nk tafsir? Nk kata bangkai bukan, nk kata lumpur pun bukan. Bau itu ke?

    Reply
  6. Pastu sakit dada tu, mcm sakit mencucuk cucuk tu ek? Bila bgn tidur rasa letih sgt sgt mcm buat banyak kerja? Ada tak sesekali rasa macam tercekik, walhal tk makan or minum pun?
    Itu tanda tanda kita “sakit” ke?

    Reply
  7. Hiraukan komen2 negatif ni bro. Bagi aku cerita kau ni best gila. Banyak pengajaran dan cara penulisan kau kemas dan cara penyampaian kau pun mudah difahami. Netizen ni tahu mencemuh je, tapi dia tak tak tahu usaha keras kau. Betapa sakitnya kau bergelumang dengan sihir. Apa-apa pun, kuatkan hati dan cekalkan jiwa. In shaa Allah, kau mampu lawan semua permainan iblis dan syaitan ni.

    Harap yang busuk hati mensihir kau tu insaf dan kembali ke jalan Allah. Sedang manusia itu menyembah iblis untuk menjatuhkan manusia yang lain, iblis dan kerabatnya sedang terkekek-kekek mentertawakan sifat manusia. Keep strong bro. “Kita menjaga hubungan kita dengan Allah, Allah pasti akan menjaga kita”

    Reply
  8. Salam. Aku taktau la pulak fiksyenshasha ni dah jadi akademi fantasia. Kemain ramai lagi tukang judge. Apa salahnya enjoy sahaja cerita2 dalam ni. Peace

    Reply
  9. Wow bnyaknya pengkritik. Yg pngkritik ni smua prnh tulis cerita kat sni ke. Cuba lah tulis mana yg rasa hebat sngt tu. Nk kritik jugak.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.