#TheMckp [ Tersolat Dengan Jin ]

[TERSOLAT DENGAN JIN]

Assalamualaikum, bismillah.. Terima kasih admin kalau cerita ni d approve. Semua yg jadi atas izinNya.

Haritu ada viral pasal video yang solat dengan hantu tu kan? Jin islam nama dia. Yaa kes aku lebih kurang macam tu, cuma dia tak berimamkan aku, dia sebelah aku. Kalau ada kesilapan teknikal maaf naa, aku bagitau apa yg aku nampak ja.

7hb Feb, kami 7 orang (Aku, CM, Kak Pino, Nuoi, Leha, Naima, Mumu) pegi rumah anak usrah aku yang baru kehilangan bonda tercinta *Al-Fatihah*. Kami nak pegi bagi semangat dan nak melawat sekali. Mungkin sebab kami seronok sangat kot, aku pun tak berapa sedap hati waktu p sana, mungkin sebab kami gerak lewat.

Cuba husnudzhon disini. Okay skip, kami plan nak solat kat surau kg tu, tapi kami nak berwudhuk sesiap kat rumah kakak anak usrah aku ni memandangkan wudhuk perempuan kat surau tu agak terbukak. So 8 orang kami termasuk anak usrah aku ni berjemaah tunggu turn wudhuk. First CM, then aku, lepastu entah sebab ramai sangat tak nyempat nak cek sorang sorang. Oleh kerana dah malas nak p surau, kami solat teruslah kat rumah kakak anak usrah aku ni.

CM solat dalam bilik, anak usrah aku ni bentang 3 sejadah dekat ruang tamu. Aku solat kat sejadah pertama, sejadah kedua kosong, sejadah ketiga Naima solat. Yes aku dengan Naima solat sekali, then anak usrah aku ni masuk sejadah kedua, sebelah aku lah. Dan aku tau Naima dah habis solat dah, Leha pulak masuk. Depa masuk bukan cepat tapi lambat, yelar nak ambik wudhuk lah nak menyembang lah bukan senang kan. Anak usrah aku ni pun dah habis, aku perasan ada orang masuk dan aku expect tu Kak Pino sebab dia rendah pada aku. Aku habis bagi salam, *yee aku solat lambat*, aku terus dongak tengok Kak Pino & yes MEMANG MUKA KAK PINO WITHOUT SPEC ?.

Tapi aku perasan, muka Kak Pino nampak lain. Nampak macam takda nur, macam tak bercahaya gitu. Bawah mata nampak lebam, tepi bibir pun lebam. Kak Pino baca pun tak dengar suara padahal selalu aku solat dengan Kak Pino, akan dengar suara dia sikit sikit. Kak Pino tak gelap, dia sawo matang, tapi ni memang nampak sangat muka takda cahaya. Aku pun husnudzhon lagi, mungkin sebab dah basuh muka, takdak bedak so nampak kusam kot.

Kahkahkahkah!! Nuoi tengah tunggu aku keluar dari sejadah so aku bangun & pusing belakang, Nuoi masuk sejadah 1. Aku pun pergi ambik tudung & barang mekap terus duduk membelakangkan depa, so aku tatau dah sapa yg pergi solat lepastu. For sure aku tak nampak Kak Pino yang real langsung. Dah habis bermekap dgn CM, aku pun bangun g dapur & waktu tu mungkin Kak Pino kat depan dah, aku perasan dia ada atas kerusi.

And me bla bla bla bla meronggeng pakai tudung & nampak Kak Pino betulkan tudung dia, so aku ingat dia dah habis mekap ? For sure kat sejadah aku time tu Nuoi, sejadah 2 Mumu. Bila aku kira balik 8 orang kami, memang ngam semua kami solat, termasuk “Kak Pino Pelesu”. Lepastu semua siap & kami p lepak belakang, dan bla bla bla pukul 8 keluar dari rumah sahabat aku ni. Waktu anak usrah aku hantar kami sampai simpang pun entah lah aku rasa tak sedap hati lagi, rasa sunyi jalan tu walaupun ada 2 3 kenderaan lalu. Aku plan nak bawa depa ronda pekan AS, tapi hati ni rasa nak balik terus, rasa macam jauh perjalanan. Tapi sebab anak anak lain datang dari jauh, aku bawa juga pergi 1 masjid tersohor kat AS ni.

Time ni kami keluar dari rumah anak usrah aku, aku nampak macam 1 sosok panjat tepi kereta, warna kulit macam kita tapi nampak macam ala ala Smeagol dalam watak Lord Of The Rings tu tapi MUNGKIN LAMPU KOT. Husnudzhon lagi! Sampai masjid tu, memang rasa suram dan seram walaupun masjid tu famous sangat. Park pulak depan kubur, lagi suram ku rasakan cia cia cia !! Kami terus ke tempat wudhuk & waktu tu Kak Pino memang tak wudhuk pun, just tunggu toilet. Aku pun macam geram sikit sebab dah lewat tapi Kak Pino still makan angin. So aku pun tegur dengan hemahnya!

“Kak Pino tak amek wudhuk lagi?”
“Eh akak tak boleh solat lah”
“Ouh akak baru mai eyh?”
“Dah 2 3 hari dah aih akak tak boleh solat”

Me was like *Halilintar membelah kepala serta jasadku ini!!* Dan waktu tu berjuta juta soalan aku hembus Kak Pino kahkahkah! Aku siap cakap “ADIK NAMPAK AKAK SEMAYANG SEBELAH ADIK KOT!!!”, Kak Pino memang blur terus, aku lagi lah blur sampai sakit kepala waktu tu. Then naik atas kepala memang berdenyut denyut sangat, memang tak focus solat, CM jadi mangsa dihentam dengan kenyataan aku huhuhu.

Habes solat tinggal kami ja, lampu semua pakcik jemaah tu tutup kecuali 2 lampu besar kat tiang atas, memang gelap dah area kami bertemankan 1 kipas. Aku pun mekap sikit, yang lain tengah rileks sambil menyembang apa entah, tiba tiba time ni CM mai kat aku & kata “Weyh pah, aku nampak perempuan pakai telekung lalu slow ja nak p semayang, aku ingat geng kita sebab seTaw aku kita 2 last, aku kalih tengok takdak sapa!” Aku pun terus keloii anak anak semua sebab depa dah siap tapi dok nganga nyembang dalam gelap lagi.

Haihhh depa ni. Naima dah mcm peluru turun bawah, aku pun pelik tengok dia laju semacam ja. Tengah on the way go to carpark, aku tanya Mumu. “Mumu, benda ni memang ada juga kat masjid?”, dia senyum & dia kata “Benda ni tak kira tempat ibu, ada ja dia”. Tapi time balik alhamdulillah elok ja, takdak apa kot. Nak kata kereta berat memang patut sebab 7 orang, badan pun sodap sodap HAHAHAHAHA!

Cuma nak kata mungkin aku salah tengok, mungkin. Tapi sungguh aku yakin aku nampak Kak Pino kalau dak memang aku takkan macam gila dok soal Kak Pino macam2 !! Tanjat woiii tapi tak seram mana sebab ramai. Apa pun biarlah, dia nak solat ja bukan kacau aku. Aku makhluk Allah, dia pun sama.

Okay again, aku minta maaf kalau salah. Apa aku nampak aku cerita, bukan reka cerita. Bukan sekali ni aku rasa “orang lain” solat dengan aku, banyak kali dah. Selalunya kat masjid. Pernah aku solat kat masjid area SP, dah nak dekat tahiyat akhir, aku nampak kain putih melayang belakang aku p arah kiri, dupdap mak nok oiii, habis solat terus tengok belah kiri, haaaa kuboooo kau!! ?

Pernah jugak solat masjid area sini, memang dah selalu solat sorang kat masjid tu, so kerap nampak bayang hitam jalan kat belakang, then bila sujud rasa macam ramai ikut sujud huhuhu. Selagi dia tak usik, aku tak kisah. Okay tu saja, terima kasih sudi layan kisah aku hehehehehe. Lepasni kalau solat, make sure kawan kawan yg boleh solat tu supaya takdak manusia pelesu lagi. Kohkohkoh. Akhir kalam, maafkan tuan puteri.

Original story by Makcik Kantin Pretty ?

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

12 thoughts on “#TheMckp [ Tersolat Dengan Jin ]”

  1. Dulu waktu blajo kat matrik area utara ade jugak nampak makhluk ala2 smeagol LOTR dok panjat bangunan tutorial,elok plak time tu kes histeria melanda,maybe kawasan utara je kot ade smeagol ni

    Reply
  2. sejadah 1 sejadah 2 sejadah 3..lepas aku solat nuoi masuk sejadah 1.kak pino duduk sejadah 2.. adoiii pening kepala aku baca. kau igt main bola ke passing2 sejadah 1,2,3

    Reply
  3. Kalau nak bercerita tu xpyh syok sendiri dan gunakan bahasa yg mudah org nak baca. Cerita kau ni mcm ape tah, mcm melilau lilau je. Xde centre dlm penceritaan kau. Sory lah tapi aku bg 0/10..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.