26/06/2006

Assalamualaikum pembaca fiksyen shasha. Kalau admin sudi menyiarkan kisah saya ini , i would like to say million thanks in advance. Maafkan saya jika kisah ini tidak seram dan panjang bagi kalian , namun ia meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya sendiri. Okay , pendekkan mukadimah lah ye.

Sebenarnya kisah ini terjadi 10 tahun yang lepas , di sebuah asrama di sebuah sekolah menengah. Tidak perlu saya nyatakan disini nama sekolah dan nama negeri. Mungkin ada dikalangan kawan-kawan saya yang membaca.

Seperti mana asrama-asrama sekolah yang lain nya , sudah pasti mempunyai kisah misteri yang tersendiri , bukan ?

Pada tahun itu , saya masih di bangku sekolah menengah dan itu adalah kali pertama tinggal di asrama. Nak dijadikan cerita , pada tarikh keramat itu , kami ada latihan drama di dewan sekolah. Biasalah perangai pada waktu itu , kami masih lagi nakal. Bermain , bergelak ketawa. Latihan drama itu berterusan hingga ke waktu maghrib. Memandangkan sudah manghrib , kami pun pulang ke asrama. Kerana pada waktu maghrib , pelajar dikendaki keluar dari asrama . Yang islam ke surau untuk solat. Yang bukan islam akan terus ke kelas untuk prep. Pelajar tingkatan 5 lelaki dan perempuan , dan pelajar lelaki tingkatan 4 akan prep di kelas . Manakala pelajar tingkatan 4 perempuan akan prep di dewan makan beramai2 dan dipantau oleh pengawas. Kami yang baru balik dari latihan drama masih mandi di asrama kerana mendapat pelepasan untuk keluar lambat dari asrama.

Sebahagian dari kami mandi di dalam toilet. Sebahagian lagi mandi di shower. Keluar dari shower akan ada sinki yang ada cermin. Saya dan 3 lagi rakan, mereka saya gelar P, D dan J mandi di shower sambil berborak-borak. Dan ada beberapa rakan yang lain .Tengah kami mandi , seorang rakan yang berbadan kecil , saya gelarkan dia V, masuk menyatakan dia berasa kurang sihat lalu masuk mandi ke toilet.

Tengah-tengah mandi , tiba-tiba kami terdengar bunyi orang muntah diikuti bunyi “bukkkk” seperti ada benda berat terjatuh. Rupa-rupanya si V jatuh pengsan. Kami pun angkat si V yang berbadan kecil itu untuk dibawa ke bilik. Walaupun badan kecil tapi dia sangat berat.Kami merasa pelik namun kami diamkan saja. Si V ni bukan islam ye. Lalu si J yang merupakan ketua pengawas datang untuk memeriksa keadaan si V , dia berasa tidak sedap hati dan berlari ke bilik nya untuk mengambil air suci bagi agama mereka(Holy water).

Setelah J merenjis holy water ke badan V , dan membacakan doa , si V sedar tapi mamai2. Tapi V bertanya apa yang dibuatnya baring di katil padahal waktu itu seharusnya dia mandi. Rupa-rupanya si V tidak sedar apa yang berlaku. Lepas kejadian itu , kami pun buat seperti biasa dan balik ke bilik masing-masing untuk bersiap.

Saya dan P berjanji untuk ke prep bersama. Saya tidak ke surau kerana sudah lewat. Setelah mengambil beg untuk ke kelas di biliknya , P langsung ke bilik saya. Saya tgh bersiap-siap. Tiba-tiba pandangan mata saya gelap dan beberapa tika kemudian saya melihat P sedang menangis dan merayu saya untuk kembali. Saya berasa pelik. P mendesak saya cepat2 bersiap dan keluar dari bilik. Saya yang masih kehairanan hanya menurut kata-kata si P. Dalam perjalanan P bercerita, tadinya saya adalah bukan diri saya telah menghalau P dan ingin masuk ke dalam almari. P sedar itu bukan diri saya menangis dan merayu agar tidak mengganggu saya.

Di dewan makan, V duduk bersama senior kerana keadaan dia yang “tidak berapa sihat”. Saya duduk bersama rakan-rakan yang lain. D dan P duduk selang beberapa meja sebelah saya. J duduk selang beberapa meja di hadapan saya. Tiba-tiba , saya melihat J merenung ke arah saya. Rambut nya yang panjang mengurai ikal mayang itu kelihatan berserabut , mata nya membuntang dan mulutnya berdarah!! Saya menjerit ketakutan dan kemudian saya rasa dunia saya malap . Yang kedengaran hanyalah bunyi riuh rendah tangisan dan raungan saya , tangisan rakan2 yang lain dan suara surah yasin dibacakan ke telinga saya. (Maaf girls! Saya insan yang lemah)

Beberapa minit kemudian , ustaz datang setelah keadaan riuh. Keadaan kembali pulih. D telah dijemput ibu bapanya untuk balik ke rumah. Kami kemudian balik ke asrama , V masih dalam keadaan lemah. Senior-senior dan semua penghuni bilik V yang beragama kristian membacakan doa di sekeliling V. Saya berada di bilik saya yang selang 2 bilik dari bilik V tidak dibenarkan keluar dari bilik pada malam itu. Kerana merasa penat , saya terus tertidur . Alhamdulillah. Lena hingga ke pagi.

Pagi itu , P dan rakan-rakan yang lain bercerita. Selepas saya meraung di dewan makan. D menangis sambil kejap-kejap ketawa di bawah meja ingin duduk dengan saya tapi tidak ditahan oleh senior yang lain. “Nak jumpa A , nak jumpa A”,katanya. Si V pulak sudah mula tak sedarkan diri, meracau terpaksa dikawal oleh beberapa orang yang lain.

Tapi alhamdulillah , tidak ada apa yang ekstrim berlaku pada tarikh itu.. namun, peristiwa itu berkesan di hati beberapa orang yang mengalami nya. Sehingga kini, setiap kali tarikh 26/06 menjelang, saya merasa takut peristiwa itu akan berulang walaupun saya sudah menikah. Saya takut akan apa yang dilihat oleh mata saya pada malam itu. Beberapa minggu lepas tarikh keramat itu , saya dapat tahu V telah bermain di belakang dewan seorang diri. Mungkin dia “ditegur” di belakang dewan tersebut. Namun untuk bertanya padanya , saya tak berani

7 thoughts on “26/06/2006”

Leave a Comment