Selamat pagi dan selamat sejahtera. Nama aku M. Lelaki 31 tahun. Intro lain sikit bermula kali ni. Kena tambah umur dah. Haih. Ini pengalaman aku penampakan makhluk halus. Dalam family kitorang panggil “menatang @ natang”. Aku ada submit 10 kisah sebelum ni so siapa yang tak baca dari awal susah nak faham. Start balik dari Tokyo, aku busy kena pindah office pergi tingkat atas. Korang ingat Kak Yulie je busy pindah rumah? So sangat delay nak share kisah pun susah. Lepas ni ada bilik sendiri, dah tak share meja dengan orang dah. Boleh la aku type untuk FS tanpa gangguan.
Lepas tu akak Gee Sirat, thanks for the advice. Kisah 10 masa type kat rumah, kelam kabut. Cindy tak ada masa tu. Noah asyik merengek je. Kucing saya pulak suka baring atas keyboard. Agak sukar menaip dalam keadaan tu. Tergesa-gesa masa tu nak submit. Maka maaf la ye. Tu yang Hantu Dapur pun ada. Ramai ajak nak jumpa aku. Nak tengok Natang or nak borak-borak. Sorry aku terpaksa tolak. Selain keluarga, kami cukup berahsia pasal kebolehan kami. Kami ada sebab sendiri yang kami saja perlu tahu.
Pasal kisah lepas, ramai yang cakap pasal bunian tu. Aku tak tau pasal bunian, mana asal diorang, semua la. Aku taknak tau kalau boleh. Ada kakak ni suruh belajar dengan Carlito Rocker pasal bunian. Taknak la. Dah cukup apa yang ada sekarang. Carlito Rocker cerita dia aku ada baca. Seram la pengalaman dia. Jangan la bagi aku jumpa dia.
Lagi satu ramai Tanya pasal arwah Lily. Dia meninggal masa bersalin. Anak diorang je hidup. Mak tak dapat diselamatkan. Yang nak PM Jerry tu, Jerry kata dia nak next GF yang pandai jaga anak dia. Kalau tak, dia reject awal-awal. Before that, nak bagitahu cerita aku tak seram. Aku hanya berkongsi kisah yang readers perlu tahu yang bukan kita manusia je dalam dunia ni.
AKU NI KALAU NAMPAK AKU JADI PENAKUT. JANGAN BAYANGKAN AKU HERO DALAM INI CERITA.
KISAH 11 – Beautiful Shah Alam
Hari ni Intro-related panjang sikit eh. Nak bagi tips sekali pada reader yang student nak interview lepas diorang grad. Ni macam ala-ala IIUM confession sikit. Harap bersabar eh mood seram tu ada, tapi lambat sikit keluar.
Hari Khamis aku buat interview kat UiTM Shah Alam. Lepas pindah office ni, aku perlukan P.A sebab skop kerja aku dah lain. So aku interview 9 orang satu fakulti ni. Semua tengah exam final semester. Yang bagi ni aku pilih random, dari list 30 orang yang kawan lecturer arwah Lily bagi. Aku pilih dari yang current CGPA 3.87 sampai la 2.85 paling rendah. Aku highlight sikit.
1st candidate; perempuan, pointer 3.87. Aku ingat ok la. Tapi datang interview pakai baju kurung, lepas tu pakai blazer, kasut Nike. Dia baru masuk pintu, aku dah reject. Pelik, pakaian tu tak sesuai untuk company. Lagi-lagi kau nak kerja untuk corporate office, PA pada bos kau. Maaf la, tapi kami bank commercial, kalau bank berasaskan kerajaan boleh kot pakai macam tu. Bukan nak rendahkan martabat ye, tapi untuk peringatan pada diri sendiri juga agar jadi yang lebih baik. So untuk adik-adik yang perempuan bertudung, interview sila pakai seluar dan blouse. Tutup aurat juga. Jangan risau.
Kemudian yang kedua, budak Kelantan. Rambut ala-ala pramugari MAS. Pointer dalam 3.5 macam tu. Masuk pertandingan itu ini. Hebat. Cakap English fluent. Tapi bila Tanya dia HQ company kat mana dia boleh jawab in KL but I don’t know where it is because I am not KL girl. WTF? Bila tanya pasal job description, satu benda tak tahu, alasan dia sibuk study final exam. Ko nak cakap dengan bos macam tu ke in future? Industry bank ni duit tu ibarat barang permainan kau. Hilang duit kau masuk jail. Walaupun kau tak tahu macam mana hilang. So adik-adik, nak interview jangan jawab macam tu ye. Gi buat research. Kalau tak tahu pakai ayat ni. “if I am being selected, I will ensure that the answer to the question will be my priority upon joining.” Sejuk hati interviewer bila dengar.
Lastly aku agree ambil budak perempuan ni. Pointer dia 2.92. Pakai tudung, blouse and bergaya corporate; orang Kedah. Kenapa aku pilih dia, even pointer teruk. Sebab dia satu-satunya calon yang masuk-masuk je mintak name card aku, which is tunjuk dia confident, and well-prepared. Memang dia dah study pasal company aku, siapa big boss aku and bla bla. And aku focus interview dia dalam 10 minit je. Lagi sejam lebih pada borak-borak. Ini calon yang aku nak. Gaji starting dia mintak, even tinggi bagi freshie tapi ok kalau kualiti macam tu. English dia power so boleh la aku suruh dia translate report aku nak hantar US nanti. Lagipun, dia janji bagi aku pinjam CD Too Phat abang dia. Aku punya dah hilang. Ok jom masuk cerita hantu.
Masa interview, aku teringat beberapa tahun lepas masa kami 3 sepupu masih bujang. Ada satu hari tu, semua cuti serentak. So tak ada hala tuju, kami pun jumpa arwah Lily, masa tu lecturer kat UiTM Shah Alam. So nak jadi cerita Lily tunggu la kami dekat kat satu café depan library UiTM. Fakulti apa, aku tak ingat, yang aku ingat depan library tu ada butik Canterbury . Masa tu petang, hujan lebat sangat. Aku ngan Sepul berteduh depan Pos Malaysia dalam UiTM tu. Jerry pergi ambil Lily. Tiba-tiba kami nampak ada Natang lalu lepas tu terbang. Kami buat tak tahu je la. Aku tengah sibuk dengan iPod. Lepas tu ada lagi, ada lagi. Sampai dalam 10 ekor juga la terbang ke arah sama. Sampai si Sepul gi intai diorang terbang gi mana. Lepas tu Lily ngan Jerry datang. Sepul Tanya la tu bangunan apa. Lily cakap tu Menara UiTM. Famous ngan Natang juga. Dia kata, kalau kelas malam kat situ, mesti separuh kelas tak datang, takut hantu. Kami pun nak pergi tengok la, macam best. Tapi lif pulak maintenance. Kami nak naik tangga malas.
So kami pergi la minum kat Hotel UiTM. Sambil minum, sambil borak pasal Natang di Shah Alam. Banyak gila Lily cakap, sebelum Shah Alam maju, Shah Alam kelapa sawit dan hutan. Masa nak bangunkan Shah Alam, Natang semua dia pindahkan ke Bukit Cerakah dan Puncak Alam tapi beberapa tahun ni, Puncak Alam develop juga so Natang berkeliaran sekitar Shah Alam. Oo lupa. Lily masa tu tinggal Shah Alam, rumah sewa dia di seksyen 4 dekat ngan masjid Negeri. Lepas tu Lily minta diri, dia ada kelas nak mengajar.
So kami bertiga stay la kat situ sambil fikir mana kami nak pergi jadi Ghostbusters. Ni semua Sepul punya idea. Kitorang Google, plus apa yang Lily cakap, kami buat list. Jerry kata dia tak nak halau, nak borak je ngan Natang. Aku pun on la sebab kalau tak, tak tau nak buang masa malam tu macam mana, sebab pukul 3 pagi ada Champions Legue kat tv, game Manchester United of course.
Malam tu kitorang gerak lepas solat isya’. Sebelum tu kitorang makan nasi lemak famous kat Shah Alam. Lily suruh try Nasi Lemak Pokok Jati seksyen 3. Depan asrama lelaki. Panjang juga beratur. Nasi lemak tepi jalan naik van je pun. Tapi sebab nak rasa apa yang sedap, kami beratur juga. Masa beratur, aku rasa macam ada Natang berdekatan tapi aku buat tak tahu je. Tiba-tiba Jerry keluar barisan. Dia ajak aku. Sepul stay beratur la. Tak jauh dari situ, Jerry pergi, korek tanah lepas tu kitorang jumpa bunjut kuning. Dalam tu ada paku ngan rambut. Jerry kata, baru tanam petang tadi, tuju untuk Nasi Lemak Pokok Jati. Yang hantar pun actually jual Nasi Lemak tapi area lain, tak jauh dari situ. Ni biar orang nampak van Nasi Lemak tu tutup sentiasa.
Jerry pun baca-baca lepas tu campak paku dalam longkang, rambut tu dia bakar pakai lighter. Lepas tu kami nampak ada Natang terbang dari atas van tadi. Lepas Natang terbang, barisan beratur nak beli nasi lemak makin panjang sampai nak masuk pintu masuk asrama dah. Nasib Sepul masih beratur maka kami order je la. Kedai ni tak pakai pelaris, memang nasi lemak dia sedap.
Lepas beli nasi lemak, kami tuju ke destinasi pertama. Rumah deposit RM50. Ni macam famous je so kami berminat la nak tau apa yang ada. Kami tak tahu la rumah tu betul ke tak sebab gambar pun tengok Google je. Kami sampai sana, kami panjat pagar. Aku check post box, ada bila air, bayaran terakhir bulan lepas. Maknanya rumah tu ada manusia yang jaga. So kami sapu-sapu laman rumah, kami start makan. Masa start makan, mula dengar suara bunyi perempuan nangis la, lepas tu mengilai, lepas tu nangis balik. Aku buat muka serius padahal mata melilau tu cari Natang. Jerry ngan Sepul makan macam tak ada apa berlaku tapi Jerry cakap ngan aku, yang menangis dengan mengilai tu Natang yang sama, ada dalam rumah. Lepas makan kita kopak pintu.
So makan la kami dengan cahaya lampu jalan yang samar-samar tu. Lepas makan, kitorang nak masuk, pintu grill tak kunci tapi glass door kunci. Aku intai dalam tu, banyak Natang tengah lari macam nak menyorok. Sepul buka glass door pakai dawai. Kerja-kerja macam ni serah kat dia je. Lepas tu kami masuk. Sejuk angin tiup. Tiba-tiba ada Natang nak serang Jerry. Memang silap la. Serang la Sepul ke, aku ke. Ni attack Jerry. Jerry cabut tangan Natang tu sudahnya. Lepas tangan tercabut, ada Natang lain datang. Budak perempuan. Dia kata dia ketua situ, kami nak apa datang tempat diorang. Jerry pun dialog ngan dia. Aku dengar je la.
Budak tu cakap, tuan dia suruh dia dan rakan-rakan jaga rumah tu, jangan bagi orang tak dikenali masuk dan tinggal. Jerry Tanya mana tuan dia. Dia cakap dah berpuluh tahun tuan dia tak balik so dia and Natang lain tunggu je la. Bila Tanya pasal tuan sekarang, dia kata tu bukan tuan asal diorang. Selagi tuan asal dia tak balik, dia tak akan pergi dari rumah tu. So itu la cerita rumah tu. Dalam tu ada budak kecil, Natang bentuk anjing, encik Pochong, and paling best, yang tak ada muka. Yang tak ada muka ni suka menyamar jadi muka orang lain.
Destinasi kedua, rumah Mona Fendy. Ni kat seksyen 12 tak silap. Sebab ikut GPS. Besar kot rumah dia. Mesti kaya dulu ni. Macam biasa, kami panjat dinding. Tak sia-sia jadi pengakap dulu. Heh. Tapi sayang, satu Natang pun tak ada. Yang ada pun ular, tu ular betul, bukan ular jadian. Mati juga sebab aku bunuh. Takut aku kalau-kalau dia gigit aku, jadi macam Spider-Man ok juga; tapi kalau aku mati, kesian Cindy dia nak kahwin ngan siapa. Dah duduk sana, ada la dalam setengah jam kami tunggu, sikit bayang pun tak ada. So mitos kata rumah tu berhantu kat Google, macam tak betul, kalau nak kepastian korang pergi la rumah tu sendiri. Bagi kami, tak ada.
Tempat ketiga, Intekma Resort. Kami masuk sana, guard tak halang pun. So merayau la kami sewenang-wenangnya. Suasana dia seram. Tapi suasana je la. Tiba-tiba nampak Bayang Natang. So kami pun ikut Natang tu. Kalau nak bayangkan, dia macam orang berjalan juga, tapi tak jejak tanah. Tapi Natang ni warna kelabu. Memang susah nampak. Tapi ada sesetengah warna seakan-akan hitam. Menurut Pak Lang, warna hitam ni biasanya orang bela. Ok sambung. Kami ikut, naik tangga hingga la bayang tu masuk dinding. Tapi dalam tu bukan hotel. Tak ada katil almari pun. Yang ada kerusi untuk belajar dengan whiteboard. Mungkin dia transform jadi kelas kot.
Tapi Jerry tak puas hati. Dia buka semua pintu nak cari Natang tapi tak ada. Sampai la Sepul bakar rokok, seekor Natang keluar nak telan asap yang Sepul hembus. Baru teringat, Jin makan asap. So kami bakar la rokok Sepul banyak-banyak campak kat merata tempat. Banyak Natang keluar nak makan asap. Ada yang terbang, ada yang jalan, ada yang merangkak. Ni tips siapa nak tengok Natang sangat tu buat la macam ni. Lepas tu pakai cermin mata cermin warna kuning. Buat masa Maghrib. Kalau tak jadi, jangan marah aku haa, tapi kalau nampak, tanggung sendiri. Ok lepas tu, Jerry tangkap satu Natang yang tengah merangkak.
Jerry cakap kat dia kalau nak lepas, jawab apa komuniti makhlus halus buat kat resort tu? Natang tu pun jawab, tuan pengarah lama suruh diorang menetap kat situ sementara sebelum pindah pergi Bukit Cerakah. Tapi lepas tu pengarah tak ambil diorang pun. So diorang tunggu sampai hari ni untuk pengarah tu ambil diorang. Apa nama pengarah tu, aku tak nak reveal sini. Dia bekas Menteri bergelar Dato’. Tapi dia dah meninggal dunia lama dah. So siapa nak ambil semua Natang tu? Jeng jeng jeng
Destinasi last kami pergi food court seksyen 6, depan pasar. Lily kata, student ramai beli nasi kat situ. Kalau ada yang sakit perut pun, mesti akan ada yang beli. Sampai je, lepas parking kereta, kitorang menyorok la seberang jalan kedai yang dimaksudkan itu. Tak ada apa yang istimewa, Cuma kedai tu tinggalkan semua peralatan; sudip, senduk, sudu garfu, pinggan, mangkuk semua dekat luar kedai. Jam dah 1 pagi tapi mata masing-masing segar lagi. Lama juga kami tunggu tapi tak ada apa-apa aktiviti Natang pun.
Lepas tu, sampai la satu kereta Alphard datang, aku rasa tuan kedai. Naik Alphard tapi kedai buruk. Driver tu lelaki, turun buka pintu tapi tak ada siapa keluar. Tapi Jerry cakap banyak Natang turun dari Alphard tu. Maybe sebab dia nampak clear view, aku terlindung sikit. Lepas Alphard jalan, baru nampak ada 3 Natang, fizikal dia macam manusia, jilat semua la; sudip, senduk, sudu garfu, pinggan, mangkuk. Setiap satu diorang tak lepas jilat. Dalam 5 minit, Alphard tu datang balik, jemput Natang pergi. See, masyarakat kita masih amalkan benda ni. Orang kata zaman moden la skeptical la apa la. Tapi tetap ada. Jerry pergi kat pinggan mangkuk tu, ambil pasir, buat bacaan surah sikit, tabur kat pinggan mangkuk. Lepas tu lari la. Mana la tau kan, Alphard tu patah balik. Satu hal pulak
Itu last. Lepas tu kami tuju ke seksyen 7 pergi satu mamak ni, ramai gila orang. Kedai Mamak tu pun besar. Famous juga kalau aku sebut mesti semua tahu. Tapi masa tu bola belum start. So order la minum. Tengah teguk air tu tersedak aku. Aku nampak Natang bertenggek kat dinding atas cashier. Perempuan hodoh baju buruk ada kepak. Dia tengah renung kitorang. Kitorang pun tengah renung dia ni. Lepas tu jelas suara dia suruh kitorang pergi. Jerry cakap tu pelaris, ada lagi satu dekat dapur. Jerry cakap dia malas nak buat kecoh, ajak kitorang pergi dari situ.
So masa bayar Sepul cakap la dekat waiter tu, Cantik itu perempuan atas cashier. Ada kepak lagi. Masa waiter tu pergi cashier ambil duit baki, dia macam cakap kat satu lagi waiter sambil tuding jari kat kami. Duit baki pun sampai, waiter lain yang hantar. Tapi waiter tu bawak anak lesung batu. Dia suruh kami pergi kalau tak, dia pukul kepala kami ngan lesung. Maka kami pun pergi dari sana. Terus gi rumah Lily sewa sebab nak tengok bola. 3 pagi pergi rumah anak dara adalah tindakan yang tak elok ye adik-adik, Rerama Biru dan juga Pali. Ingat tu.
Itu saja kali ni. Actually, Shah Alam tu merata-rata ada Natang. Panjang pulak kisah kali ni. Sorry la ye. Bye-bye
p/s: Rakan-rakan kalau nak cari kisah lama type Makhluk Halus atau Makhlus Halus. Sebab ada beberapa kisah aku typo Makhlus. Sila betulkan
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Dik, kau ni kerja bagus tapi rendah diri. Akak suka. Tapi kisah kali ni akak rasa kau serius sangat. Tak santai macam biasa. Tapi akak suka. Macam dah matang
:D..never fail to entertain me.
Best…. suke bace crite dr m nie… truskan ya
as salam bang, mmg best pngalamn.. boleh pulak bawak ckp2 ngn natang.. da tips utk kurangkn takut tgk natang?
yela, sy pun nak tips utk elak takutkan natang. help me ! haha
Syok cita..buat smbungan tau
tu bngunan saas bang…mmg berhantu..sbb tu smpai sekarang x di catkn bngunan tu…dlm uitm shah alam almost sume tmpt ada bnda tu…pasal kedai mamak..rasa mcm penah pg kedai tu…sy kalau setiap kali pergi mana2 kedai mamak..mmg waiter situ x ambl order dri sy..mcm x nmpak sy atau pelaris tu ttup pndangan waiter…tp bila sy betul2 nk marah..bru la dorg terhegeh2 nk ambk order..mgkin menatang tu takot kot…hehehe..intekma pon pnh masuk n pnh pg iv kat sana…saja cuba nasib…mmg agak seram kwsan tu…saya ada satu soalan..bro m n sepupu2 bro m pernah x berbaiah atau mengucap dua kalimah syahadah depan arwah atok bro m masa kecik2 dlu?ada sebb knpe sy tnya ni…
sama laaaa, mamak selalu tak nmpk sy kalau p sana.. tp kedai melayu pn sama.. dieorg tak nmpk, nnt bila dh marah (satu perangai sy kalau mamak/waiter tak nampak nk amek order, sy suka jatuhkan kerusi) ahahhahahaha. nnt baru terhegeh hegeh nk dtg amek order. apesal ek
emm…last komen saya nak kenal anak Jerry… adakah saya yg dimaksudkan nak kenal Jerry? anak mudah jaga sbb saya mcm magnet kanak2… Jerry tu org dewase x semudah jaga kanak2… mgkin de yg berani kot…huhu…
Abang jerry ni macam tegas je orangnya. Kirim salam ek
Nice.
Hi M saja mau bagitau start hari ini aku terpaksa mewajibkan diri aku utk makan makanan dari restoran sahaja (memandangkan housemate aku d mula makan makanan tidak halal dalam hostel…)so kalau boleh tolong lah share lagi info pasal pelaris d kedai makan… boleh guna utk elak benda kotor dari restoran thnx bro.
Tips kalau makan kat kedai or org bagi or kat mana-mana la, amalkan ayat ni “Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiunfillardi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim” hembus kan dkt makanan/minuman. InsyaAllah akan dijauhkan dari kemudaratan. Aku sllu amalkan, kalau kedai tu mmg guna pelaris nanti nampak la ada rambut or bulu kat makanan, makanan terus rasa tak sedap, kdg lepas makan terus rasa nak membuang. Hahaha.
Terima kasih banyak2 kongsi ilmu ni. Aku screenshot ape ko kongsi tuk aku amalkan nanti.
salam, pasal pelaris kedai makan ni pernah dengar kisah yang sama dari seorang perubatan islam. kedai mamak 24 jam la biasa ada macam ni. benda tu menyerupai perempuan bertenggek juga, duduk kat cashier. Kalau kat penang berlambak kedai mamak 24 jam ni. tak terelak dah.huhu
We want more!!!
We want more!!!
We want more!!
Ehh over pulak aku ni. Hahahaha kaih sambung. Tak sabaq nak baca ceqita hang lagi.
Kirim salam kat jerry sekali nah. ?
Nanti balik Sabah inform tau, Sy nak bawa awak tngok natang kat kampung Sy, ustaz pun tak berani nak lalu sorang2 kat situ.. Sy yg takde sixthsense ni pun hari2 nmpk, tempat lain tak nampak pun.. hmm
salam…dr episod 1-11 x prnh menghampakan.mmg buka FS ni sbb nak bca cerita dr mr M…
Tlg bg tips sikit mcm mana nak tau kedai mkn guna pelaris atau tidak. Sy kerap travel. So mkn kt luar ni susah nak dielakkan. Tq
Tips kalau makan kat kedai or org bagi or kat mana-mana la, amalkan ayat ni “Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiunfillardi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim” hembus kan dkt makanan/minuman. InsyaAllah akan dijauhkan dari kemudaratan. Aku sllu amalkan, kalau kedai tu mmg guna pelaris nanti nampak la ada rambut or bulu kat makanan, makanan terus rasa tak sedap, kdg lepas makan terus rasa nak membuang. Hahaha.
menarik..
heh.. kim salam dekat jerry..
kbai…
aisseyyhhh ramai nak pm jerry..
selamat maju jaya.
macam biasa selain carlito rocker, cerita M de best, detektif tuh mana entah..
ada la jugak ilmu baru leh belajo dari korang.
suke layan cite lu bro…..
Mmg cite ko straight to the point.xde nk meleret2 sampai x tau ape tujuan ayat tu sbnrnye..nice bro!
Assalam, ni nak tanya sejak hari tu dah, awak kata senang nak buka hijab ni, cemana yer? please
Dia tak nak cerita bab tu. Bahaya. Pak Lang dia dah warning.
Assalamualaikum dan salam sejahtera uoollssss…
Akk dh bape hari x bukak FS ni…
Pepagi ni niat nk bka kot2 M share citer, ghupenye mmg ade kooo…
“So tak ada hala tuju, kami pun jumpa arwah Lily, masa tu lecturer kat UiTM Shah Alam. So nak jadi cerita Lily tunggu la kami dekat kat satu café depan library UiTM. Fakulti apa, aku tak ingat, yang aku ingat depan library tu ada butik Canterbury…”
Lily lect Fakulti Applied Science kah???
Ke Office Mgt…??
Library tu PTAR 1 dik…
Cafe tu bawah menara SAAS yg haunted tu…
Lift situ jgn msk sensorg, mau kang x pepasal sesat barat jadinye…
Psl bebudak UiTM interview pepelik tu mmg buat akk selaku Kak Long UiTM berdukacita ni…
Bajet muke lawo pointer tggi ingt org terkesima amik ko kejelah ekkk…
Silap besorlah ko dik…
M ni tgk puteri bunian pon die x cair inikan plak tgk bukan puteri yg kekwat poyo mcm ko, silap besooorrr…
M naik tingkat opis merangkap naik pangkat nooo…
TAHNIAH…!!!!
Bile nk open table belanja akk ni…???
Pastikan kedai xde aweks berkepak bertenggek kay…
Opis akk kt HEP tu dlu pon berpenghuni gak…
Akk ni dhlar patern keje smpi tgh mln.sensorg kt opis…
Pastu ade jer yg baik hati temankan…
Bunyik org menaip…bunyik kerusi beralih2…
Idokler akk penah nampak cume dapat layan bunyik jelah sbb ble staff lelain blk akk pon tutup kunci pintu bilik layan bizi sensorg…
Lily beruntung…mati syahid…
Semoga Allah merahmati mengasihi arwah di sana…
Semoga juga Jerry diketemukan jodoh setanding kebaikan Lily…
M dh settle pindah opis…
Syiokleeerrr…siap ade PA kooo…
Makin ligatler menulis pasni ekkk…
Akk plak masih dalam progress…
Last wiken urusan tertangguh sbb blk Banting, biras akk meninggal…
Innalillahiwainnailahirajiun…
Assalam kak yulie.apa khabar?Dari apa yg akak cakap,mesti akak bekas student lulusan UiTM kan…?
Akak yulie,kongsi la cerita kak yulie kalau ada..
Buat M,terima kasih share 11 kisah anda.best..sy seronok baca.Harap2 diteruskan ya…Mana tau satu hari nanti boleh terbit novel.sampaikan salam pada semua ya.
Cikedot…
Akk ni diploma UiTM…
Degree UiTM…
Keje pon UiTM…
Pencen awal (pdhal keje 3tahun jer, haahahhaha) pon kat UiTM…
Bertemu jodoh pon mase degree, asben pon produk UiTM…
Mmg kami ni sgt sgt UiTM Di Hatiku…
Mase jage HEP UiTM Shah Alam+Pasir Gudang dlu, kirenye akk ni pemes ar di kalangan student dan staff…
KAK YULIE kesayangan student gituuuu…
Haahahahah sila jgn muntah kay…
Pengalaman tu ade tapinye akk ni susah nk ingat secara detail…
Lg pon akk sukeeee cube ignore bajet berani lar konooonnn…
Huhuhuhuuuu…
Opppsss…
Lupe plak nk jawab salam…
Waalaikumussalam…
Kabare waraaassss….
Alhamdulillah…
Cumeeee kenkdg mood ke laut sket sbb kenkdg dtg mood maleh nk berkemas pindah umah…
nyanyi sikit kak. Bersatu kita pelajar UiTM kita bangsa berjaya…Taat dan setia ku untuk negara penuh semangat waja….aaaAaaAaaaAaaaAAaaa….
hihi
Wujudku di sini di tanah anak merdeka…
Bagai obor ilmu memayungi putera puterinya…
Pelopor hidup budaya bangsa agama negara…
Hhuhuhuuuu…
Akk mmg xleh lgsg dengar/nyanyi lagu2 UiTM nih…
Lelagi mase konvo, x kesahlar sesape yg konvo pon…
Mestiiii akk akn menangis2 ngalir2 airmata tersedu2…
Sgt sgt sgt touching deep into my heart…
Huwaaaa…
Salam kk yulie. sy pn produk uitm gak dari dip smpai degree .. alahai bila dgr lagu nie rindu plak kt uitm .. akk study uitm mana dlu kak? kos ap?
Akk DBS UiTM tp amik kat francais, KYPM Bangi…
Konvo msh kt DSB tu…
Pastu smbg degree Int Buss kt UiTMSA, fac BM…
Dlu keje HEP setiap Isnin perhimpunan ble nyanyi lagu2 UiTM akk msti dh sok sek sok sek…
Mmg cannot goo btol…
Buek malu yooo…
Hahahahah…
Amboi ingatkan m je yg ramai peminat.kak yulie pun dh ada peminat ye.hehehe
Papepun m tlg kim slm gak kt jerry ye.hehehe
Sbb nama panggilan dr sepupu pn jerry gak.apakah ini jodoh..hahaha
Arwah lily tu bahagian office management kot kak yulie..sebab M ni kan mintak tolong carikan calon PA dia daripada lecturer kawan arwah lily..kak yulie ada kenal ke lecturer nama lily masa kerja uitm shah alam dulu?
Oooo haah kaannn…
Bkn ape, asben dlu applied sci dan masih rapat ngan lect sna smpi skrg…
Kwn akk a.k.a rumate akk dlu skrg lect kt OM…
Maybe die kenal kot…
Tetbe nk jd Detektip Konon ni…
Hahahahahaha…
Zaman akk keje dlu, akk susah+payah nk ingat org sbb akk incharge Unit Aktiviti Pelajar…
Sooo scope keje akk sgt sgt sgtlah luasnye, dr UiTMSA sampailah ke kampus cawangan…
Tapi…org ramai yg kenal akk…
Sbb diorg nk buat xtvt kena go tru akk utk bajet…
Termasuklah Farid Kamil yg penah merayu2 akk soh luluskan bajet xtvt kelas diorg…
Gituuuuu…
Hahahahaaa poyooo…
Walaweh..glemer kak yulie ni kat uitm rupanye sampai farid kamil pun merayu2..hahaha.. moh cepat siasat kak..ramai orang nak tau identiti jerry, sepul & mr M cucu2 ibrahim ni..bukan natang je nak kenal..kakaka..
Pasal siasat tu akk x teruskan kot…
Akk respek pendirian M yg x mahu dikenali…
Biarlah M terus selesa bercerita dan mengisi masa kita semua dgn pengalaman2nya…
Hahahahahah…
Kenalah merayu sbb akk tukang tapis bajet…
Tapi…
Akk tak termakan muke ensem romantik Farid Kamil tu pon…
Xtvt group die buat under kelas, kirenye assignment…
Mane boleh bagi bajet…
Yg dapat cume Lulus Tanpa Bajet jelah…
Xtvt bawah persatuan baru boleh lulus bajet ikot terma dan syarat…
Kak Yulie sgt telus dan tulus tau…
Hahahahahha…
Kak yulieeee…rindu..hahhaha…kak yulie n M msg2 sebok pindah memindah ye…tahniah…rezeki…
Saya pun ex uitm shah alam, om114 2000-2003,fakulti sy kt sebelah menara tu, mmg haunted kt situ, kalau class mlm xleh nk elak lalu menara sbb sy duk kolej seroja. Biasa kitaorg jumpa kt dataran menara tu, ramai2 serba Hitam, ingatkan student seni persembahan buat training utk fesko rupa2nya ramai2 natang tu menari terus terbang2 beramai2. Kami plan nk gi tapau mknan kt fesko depan hep. Tp dah jumpa natang ramai2 tu, terpaksa la balik seroja mkn Maggie. Mmg uitm shah alam penuh dgn natang2 tu.
best best. xpenah skip cerita2 M nih. btw hi jerry. nak kenal boleh? kikikiki
Best.teruskan menulis. banyak tips berguna. saya bagi 10/10 bintang.
Terima kasih bg tips interview.. ?
Cerita mcm geng ghosbuster tgh cari hantu..hahaha..best
Aslkum menarik cerita n pengalaman .saye silent reader je xpandai nk karang ayat ,tpi saya nk tengok menatang ni..jika diiznkn la..tapi abg saya ckp klau menatang ni akan tonjolkn diri die klau ilmu die lebih dri kita .tpi saya nk tgk..!!
Salam, cerite sgt best..dan byk info berguna. Nak tnye.. klu kdi mkn ade pakai pelaris dan kite xtahu.. sblm makan tu kite baca doa makan, akan jadi ape2 x kalau betul die pakai pelaris? Tq
Fuhh dh cam Group Team paranormal versi omputeh lak korang ni….x leh g hint ke kedai mamak mana kt seksyen 7 tu sbb slalu gak g area situ….:P ..
Anak lelaki jerry mesti comel seperti arwah ibu dia 🙂
Best. Best. Best.
kalau dapat nak jugak tahu cerita tok brahim dan asal usulnya serta.
macamana natang boleh kenal darah cucu tok brahim?
Natang suka ke darah cucu ?
Tak puas bace la en M. Blh bg tips tak utk elak kena pelaris ni. Tak pernah trpikir mamak pun gune jin. Sy xberkesempatan mkn mamak sek7 tu lg, slalu ramai org paking pun ssh
kirimsalam jerry. nak kenal pleaseeee.
uitm dihatikuuuu…yg tu menara .mmg seram..
Nasik lemak jati mmg sedap,aku dulu selalu makan..nasib baik bersih. Hehe. Dulu pernah gak g rumah seksyen 2 rm50 tu, tp xpernah masuk..takot..
Dan kedai mamak seksyen 7..besar..ramai orang? Ada 3 je kedai mamak yang femes camtu kat seksyen 7..1 dah tutup skrg,pindah lokasi..rasa2 mana ye antara 3 tu..jeng jeng jeng..
tu le psl..cm blh agak je kedai yg mne… mmg xpegi mkn dah la kt ctu lg..
Salam, M. Asyik tertunggu2 je next episode. huhu..
Terungkai jgk misteri rumah sewa murah kat shah alam tu.
Adoi, ramai lagi yg guna benda2 syirik/khurafat ni. Sedeyyy
Btw, boleh bagi tips macam mana nak taw kedai tu pakai pelaris ke x?
kalau kita baca doa ade ape2 effect x kat natang tu?
At least dia tak kacau makanan kita ke..
oh ye.. tang natang naik alphard tu xleh blah.. kerlassss ngko haha..
Best.
Looking forward for the next post.
*thumbs up*
satu je nak komen. Hai Jerry :B
adoiii….nak lgi story ye dik….akak siap bayangkn ko ni mcm muka Lee Min Ho …hahahahaha..tp versi Mlysia…
dlu tmpt aku tggl ni ada 2org makcik berniaga kuih sama2.. aku namakan cik kiah dgn cik yan.. kuih cik kiah ni sorg pon xde yg beli.. tp kuih cik yan ni habis licin.. ada org crita, hantu belaan cik yan ni kencing kat kuih2 cik kiah.. n org tu mmg bleh nmpk benda2 ni.. last skali, dorg x berniaga sama2.. n cik yan dgn sorg lg ni la yg sihir fmily aku..
Bro M ckp kt jerry sy obses dgn budak. Tp sy student lg hahaha. Ad x cara nk detect kalau ‘ad peneman’sbb klu sy sendiri kdg2 rse ad y teman. Pernah jugak mimpi ad hantu ajk berkawan sbb dia nk jg sy.
Mungkin dia transform jadi kelas kot.
Kekeke kekeke
thanks for the tips utk interview..
tp kalu interview utk gomen, better bju kurung @ blouse?
kak Yulie, ade advice?
Pakai je seluar n blouse. Boleh padan dengan tudung. Akak dulu HR. Sekarang surirumah
thank you kak..
Sameee…
Skrg pon akk Pengurus Rumahtangga, hahahhahaah…
Xleh jd surirumah lg sbb jd suri kena duduk2 rilek2 jer soh bibik buat keje umah…
Kita bisnes online je sekarang. Anak-anak dah sekolah
Better seluar+blouse…
Baju kurung pon xde salahnye…
Seluar/baju kurung yg penting nampak formal dan KEMAS+RINGKAS…
Jgnlah terlalu berbunga2 cinta atau meriah bebenor warne tu dik…
Tudung xyahlah berbelit2 bersimpul2 tahap kain kapan tingginye…
Kasut yg fully covered, sebaiknye warna gelap, HITAM yg terbaik…
Riak muke mesra tapi tegas…
Jawab soalan dgn kompiden terang dan nyata jgn meleweh2 wpon jwpn kita tu salah, hahahahahah…
Jgn takot utk menjawab bile interviewer mcm acah2 nak buli/bg soalan mengenakan…
Kdg2 majikan perlukan subordinate yg boleh melawan lelagi utk kerja yg akn byk deal ngan org…
Tapi klu ko apply keje tukang gubah bunga xyah praktis bab melawan tu plak, kang lunyai bunga satu pasu…
Papepon yg penting byk buat review psl company yg dimohon…
Buat majikan rase dihargai…
Kenkdg bodek tu penting tp jgn menyerlah gediknya tu…
Dlu lepas abis degree akk sukeeeee sesaje g intrvw tp blom nk keje sbb rehat2 dlu…
Carik pengalaman katenye…
Dr 6 intrvw, 5 yg akk lulus…
Yg satu tu ak x lulus sbb die nk bayar gaji akk RM1500 utk buat keje HR+akaun+marketing plus akk kena jd tkg bukak+tutup pintu opis setiap hari…
Akk sound setepek interviewer tu “apa yg encik fikirkan bila encik boleh terfikir gaji RM1200 tu terlalu hebat utk semua tugasan yg bakal saya buat dengan kos sara hidup yang perlu saya tanggung di bandar ni…? I am not that desperate…”
Ayat akhir sebelum sesi tamat…
“Kami akan hubungi cik utk sebarang respons…”
“Tak perlu respons sebab saya tak berminat…terima kasih…”
Hahahahahahha PADAN MUKA…
Citer gah berdegegar psl company tahap international konon tapi kedekut+pembuli…
Blahlaarrr…
Typooo…
RM1200 sahaja jer yer…
Udahlar opis tgh bandar…
Ansuran keta+sewa umah+mkn minom…
Giloorrrr…
Udahler keje menimbun…
tu dia..pnjg lebar..
mucho gracias kak…
muahhhh…
Bile ko mintak pendapat dr akk kena bersedia utk ayat yg sgt panjang lebar…
Contoh adalah wajib ok…
Hahahhahaha…
Tips plg mudah…
Pegilah iv bebyk kali x kesah utk post pape pon utk cr pengalaman…
Trial n error utk ilmu…
Pengalaman tu mmg akn sgt sgt sgt berguna bile adik nk attend iv utk post yg adik betul2 harap/nak…
Thank kak yulie! Tips yang sangat membantu.
Mmg cter M nie di tunggu2…
Takut nk mkn kt luar kn…zaman makin moden tp org bniage nie still nk pakai pelaris…
Nampaknye rmai la org dok nk knal ngan jerry…??
Citer M tak pernah menghampakan kami walaupun seminggu tunggu M update..faham dgn tugas M yg makin sibuk..ade 2 orang yang minta tips nak tengok natang..tak payah la korang nak tgk natang ni wehhh..kang tak tenang hidup korg wehhh
Jerry ramai peminat la plak..si M ni sibuk promote jerry..jerry tahu ke si M duk citer n promote pasal dia nih ?
Post kali ni serius nampak tegas. Still best.
Looking forward for the next post.
Btw sy student UitM PuncakPerdana. Sini pun banyak natang tapi bkn sy yg kena. Student IS. Mohon tips IV and bekerja lagii.
Thank you.
Oh and also tips detect pelaris. My father suka makan kat luar lebih lagi mamak dari muda. Baca cerita ni terus ingat dia. So maybe i can use those tips to avoid makan situ.
Thank you again ! 🙂
part Jerry cabut tangan natang tu, teringat plak cite korea let’s fight ghost..
hero tu pun bleh nmpk n belasah hantu..
haha..
mmg lawak cte tu..
kak yulie its back. haha
Back sekejap2…
Arini pulun bace setiap post smpi abis dh sume akk settlekan…
Sok lusa smbg membizi smle…
Heheheheh…
gigih kak yulie baca semua post. kalau kt komen ni cari nama kak yulie je nak baca komen kak yulie hahahah
Dari episod 1 sampai yang 11 follow sampai tertunggu2 .
kisah kali nie pendek. alah tak puas baca , bila nak sambung lagi.
Mr.M nie dalam masa yang sama macam dok promot si jerry tu..
Jerry nie kalau ikut-ikutkan orangnya garang. Lain kali buh sekali nombor fon si jerry tu kat sini .hahahaha. kbai.
Saya paling suka baca kisah Encik M kat FS ni. Bahasa santai, senang nak faham dan yang paling penting pengalaman Encik M sendiri. Saya kalau bab2 cite hantu ni, paling suka kisah benar tapi saya baca jugak yang rekaan semua tu.
Daripada kisah 1 sampailah 11. Gigih chu’olsss baca. Selalu baca sebelum tidur, kira macam bedtime story ler heeee. Kipidap mr M, memang terbaikkkk cerita mr M. Setiap kali baca mesti berdebar je rasa lepastu takut sorang2. Hahaha. Kirim salam kat Noah, kata kakak ciyin kirim sayang kat pipi Noah. Hihi
Tolonglahhh sambung cerita lagi. Manatau dapat bukukan cerita pengalaman mr M ni. Wuhuuuu~
tak pernah tak best…x nk komen apa2…kim salam kat jerry dah le…kikikiki…
kak yulie ada meriah sket….hahahha
Meriah ekk…????
Haahahha…
M ni mesti adik menakan kak Yulie nehhhh..kikiki
Haaa…????
Akk cume tau huruf M je dik…
Tapi siapa M ni mmg hakak tau siapalah gerangannye empunya badan…
Klu akk sedara dgn M, akk dh paw die shawl FV sehelai, hahahahhaah…
Best nya cousin Mr. M semua! Cerita lah banyak pasal jerry lagi sebab dia nampak macam hero dalam cerita cerita Mr.M hahahaha
Bila next update? Lol
Nak lagi…
Al-Fatihah utk arwah Lily. haha rami nak try Mr Pilot Jerry ye. Package nak bapak dapat anak skali ok.
Lately busy gile dengan proposal opis yang melambak2 sampai nak muntah buat proposal hari2. bukak email baru perasan tajuk baru cite Mr M dah keluar. Sebab tajuk Mr M yang umur 31 ni gigih jugak la curi2 baca. Siap nama kena petik skali ye last2 tu hehe.
“Terus gi rumah Lily sewa sebab nak tengok bola. 3 pagi pergi rumah anak dara adalah tindakan yang tak elok ye adik-adik, Rerama Biru dan juga Pali. Ingat tu.” amboi2 manyak syok lepak rumah anak dara pukul 3 pagi hahaha.
Weh apehal sume nak buang natang kat Bukit Cerakah? lama tak pegi situ.
pasal kedai mamak yang ade pelaris tu rasa boleh kata semua kedai ade kot. Dulu penah skali tnmpk ade beruk besar atas kawah kari kedai mamak dekat Ipoh. Beruk dok melamai2 panggil orang masuk kedai.
Mr M penah jumpa Bajang tak? kalau ade share la cerita pasal bajang pulak. Lagi satu, penah jumpa tak saka ? haha just tanya je. Btw Jerry memang power, ok bye!
hooiii laaaa. Tengah dok ralit baca story ni. (mata tengok pc tapi macam boleh nampak orang depan tapi tak clear la buat apa) masalahnye nampak ade sorang girl dok seblah member meja depan ni. Dalam hati dok pikir, member meja seblah kot. sebab 2x datang dari belakang pastu pegi dekat member ni, nampak dok tertunduk2 dekat seblah dia. Sebab yang musykil sangat bila member meja seblah datang pkai tudung color lain baju color lain. Mula la panjangkan tengkuk dok tengok baju sorang2 takde pulak member yang sama mcm nampak tadi. Sebab tak perasan pon muka dia, tadi dok ralit tengok pc je. Member depan ni baru balik dari hospital anak dia sakit dok wad 5 hari. Adekah natang dari hospital atau natang dari opis ni? adoi kalau dok baca cite hantu memang depa datang ke? ayooooayyooooyooo
Aiyoookkkkk…
Kakoootttt…
atoot kak yulie. natang Mr M ke pe kt opis ni. misteri betui semalam huhu
Wah sempoi steady n slumber jer erk korang. Tapi yg bagusnya korang tolong apa yg patut…tu aden puji. Good job.
Best
Alahai. Aku rumah kat shah alam. Hampeh mu ni Mr.M hahaha
dasyat kau M.
bang. ada baca novel BANGLO SEKSYEN 12 tak?? try baca. sya sarankan abg baca eh… sya peminat seram tp, x harap nak tgok natang2 ni semua. mekasih hiburkan hati sya..hehe…kim salam org rumah bang!!!…kbaiiiii
gigih saya baca dari episode satu sampai 12 hari ini.. dari pagi tadi.. ni baru habis baca.. tapi tergerak hati nak komen kat sini….
thanks untuk cerita yang best ni…
umah saya banyak natang.. dari nenek smpi ke cucu dikacaunye…
da macam sumpahan je…
jemput datang kerumah……
Pengalaman yang sangat best!!!
Bab menara, bab mamak sek 7, bab rumah mona fandey, bab food court sek 6, mmg kebabom dan terjawap segala persoalan yang dah bertahun-tahun.
Terima kasih buat anda bertiga.
yuhu.. i’m a fan! best gila cite kau. Suka…. tak bosan baca!
salam mr.m nk tnye. bangunan suk shah alam tu byk natang tak? sbb dlu kje situ.. mcm seram jugakla even hari2 ramai org. lg2 kt dlm opis .opis dlu kt tgkat 3. slalu mmber kne kcau klu tdo dlm bilik fail.. huhuuuu. try la pi situ cari natang..mesti bsepah.
nasik lemak jati tu.. dh 4 tahun carik..mmg asek xberbuka je.. aku mengidam nk makan nasik lemak makcik tu..(sambal kerang sedap..ngn begedil-aku dh ngencess masa tulis nih)
byk kali turun shah alam dari penang..nk carik naik lemak jati tu..asek xde..
so adekah boleh simpulkan yang mkcik tu dimandrem supaya org nmpk kedai die tutup??? aku mmg betul2 dh tutup..haha
I see you don’t monetize your site, don’t waste your traffic, you can earn extra cash every month because you’ve got hi quality content.
If you want to know how to make extra money,
search for: best adsense alternative Wrastain’s tools
best bca smbil lyan lagu hindustan(teri meri),memang layannn.
#cumel..
Best
Terbaek
Seram
Memang bagus
best
Nice
Cerita yg best, byk pengalaman dan pengajaran.
Kirim salam kat Jerry, jaga anak elok2.
In Shaa Allah ada jodoh dia nanti.
Mana hilang nya M ni ye .. bertahun dh tggu sambungan citer dia
Kalau aq, aq akan ambik yg pakai bju kurung kerana dia nmpk lebih sopan walaupun interview swasta…lagipun pointer dia paling tinggi…maybe org yg awk awal2 reject tu kakak saya😢😢😢