#Fik(ulek mayang)

Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam satu malaysia.Terima kasih Admin yang sudi approve cerita aku.Ini merupakan kali pertama aku hantar cerita ke FS.Nama aku fik,aku berumur 22 tahun dan aku semestinya lelaki.

Kisah yang aku taipkan ini tentang ulek mayang.Ramai yang berkata tarian ulek mayang seolah olah memuja hantu.Tidak dinafikan ramai yang telah kerasukkan kerana tarian ini.Jadi aku ingin menceritakan pengalaman aku menari tarian ulek mayang semasa berada di tingkatan 5.

Sekolah aku akan dilawati oleh sekolah lain serta pegawai pegawai pendidikan dalam masa dua minggu lagi.Jadi untuk memenuhkan jadual mereka apabila berkunjung ke sekolah kami,guru yang mengendalikan acara tersebut memohon kepada kelab kebudayaan untuk melakukan persembahan.Cikgu tarian kami memilih untuk melakukan persembahan ulek mayang katannya tarian ini jarang dipertontonkan.Hendak atau tidak kami terpaksa turutkan kerana cikgu tari tidak mahu mengajar tarian lain selain ulek mayang.

Dua minggu berhempas pulas,berlatih sehingga ke lewat petang dengan sibuk menghadapi peperiksaan sedikit sebanyak memberikan aku tekanan.Lagi lagi aku tiada ruang berehat kerana hari jumaat aku harus menghadiri kelas tambahan dan sabtu aku ada aktiviti kawad kaki dengan bebanan semua itu tubuh aku jadi tak bermaya dan letih teramat.

Malam sebelum persembahan,guru tarian aku ingin membuat latihanĀ  buat kali terakhir,entah kami pun tak tahu kenapa dia nak buat pada malam itu dan bukan petang.Nasib kami semua penghuni asrama jadi kami tak beberapa kisah dengan waktu latihan.Malam itu kami buat persembahan di dalam dewan beberapa orang tingkatan lima dan satu dipanggil untuk menjadi penonton.Kami seperti biasa berlatih hinggalah sesuatu telah terjadi pada aku.

Ini berdasarkan cerita Kawan aku.Disaat di kemuncaknya dimana aku ketika itu menari bersama Alia lagu yang dipasang daripada cd berhenti dengan sendiri dan terus mereka semua berhenti menari. Selalunya kalau muzik dimatikan mesti cikgu yang tutup kerana ada kesalahan yang kami lakukan. Dan disaat last day macam ni semua dah maki cikgu dalam hati dan merungut apa yang masih dia tak puas hati tetapi melihat cikgu yang juga kehairanan membuatkan kami tertanya dan baru mereka perasan yang aku masih lagi menari dan aku sendiri menyanyikan lagu itu. Kata Rul suara aku masa itu merdu tetapi memang mendirikan bulu roma.Mereka semua dah pucat melihat aku.Penonton yang juga melihat dari tadi dah mula kecoh.

Alia yang berada disebelah aku menarik tangan aku supaya aku berhenti menari tetapi aku rentap tangan aku dari dia dan terus menari. Lagi sekali Alia ingin menghentikan perbuatan aku tetapi di halang oleh cikgu katanya biar aku menghabiskan tarian kerana tidak mahu keadaan bertukar menjadi parah sementara itu cikgu telah menelefon ustaz Sham yang merupakan ustaz sekolah aku yang memang agak pandai dalam bab mistik.

Sesudah aku menamatkan tarian,aku rebah tidak sedarkan diri. Mereka yang lain agak lega melihat semuanya berakhir tetapi jangkaan mereka meleset sama sekali apabila budak form 1 yang bernama sara tiba tiba mengilai dan Adi yang menjadi penonton juga turut terkena. Mungkin badan Adi sudah mempunyai lubang,ini memudahkan ‘benda’ itu memasuki tubuhnya.(akan aku ceritakan tentang kejadian yang menimpa Adi sebelum berlakunya kejadian ini pada entry seterusnya).Bagi tidak mahu berlakunya ‘jangkitan’ penonton yang lain diminta balik ke dorm masing masing.

Sambil menunggu ustaz tiba mereka yang lain berkumpul membaca yassin bersama sama,Ayat yang di baca tengelam dengan jeritan daripada Sara dan Adi. Dalam 15 minit menunggu akhirnya ustaz Sham dan dua orang ustaz muda bersamanya tiba.Baru sahaja mereka bertiga masuk ke dalam dewan aku yang pada mulanya baring tidak sedarkan diri bangun duduk bersila.Mata aku merenung dengan penuh kebencian ke arah pintu dimana ustaz bertiga berada.

Aku: Siapa suruh kau datang ke sini?Pergi dari sini segera!
U.Sham: Patutnya kau yang pergi dari sini dan tinggalkan tubuh dia!.
Aku: Aku tidak akan sesekali pergi dari sini!Mereka yang memuja aku untuk datang ke mari.
U.Sham: Nampaknya kau telah salah sangka,Bukan mereka memanggil mu tetapi mereka mahu melakukan persembahan sahaja.
Aku: Sama sahaja.Bagi aku mereka seolah olah menyeru aku danĀ  sekali aku diseru aku tak akan mudah untuk pergi meninggalkan mereka sehinggalah mereka mati!.

Kata kata daripada aku tidak dibalas oleh ustaz sham, malah ustaz Sham semakin dekat menghampiri aku.Ustaz Sham memberi isyarat mata suruh mereka yang lain memengang aku. Mulut ustaz Sham terkumat kamit membaca sesuatu sambil memicit ibu jari kaki aku. Aku meraung kesakitan,kaki aku menendang ustaz sham tetapi ustaz sham masih lagi ‘steady’ seperti tadi. Pelbagai kata kata kesat aku lemparkan kepada ustaz Sham tetapi ustaz Sham sedikit pun tidak terganggu malah beliau tenang membaca beberapa potong ayat Al-Quran.

Aku: Berhenti!Aku panas.
U.Sham: Aku perintahkan kau tinggalkan tubuh manusia ini sekarang juga sebelum aku membakar kau lagi teruk daripada ini.
Aku: Jangan berani paksa aku atau kau yang akan tanggung akibatnya nanti wahai manusia lemah.Berhenti baca benda tu!Berhenti.
U.Sham: Rul tolong azan ditelinga Fik sekarang.

Rul yang memengang aku terus bangun dan melaungkan azan ditelinga kanan aku.Ruangan aku bertambah kuat sebelum menjadi senyap dan aku pengsan di riba Rul.Aku tersedar daripada pengsan. Terkejut aku melihat aku dikelilingi oleh orang ramai.Serious aku blur dengan keadaan sekarang. Dan di saat aku melihat ustaz Sham aku rasa benci teramat sangat kemudian pandangan aku menjadi gelap semula.

Ustaz Sham yang duduk di kaki aku bangun dan menuju ke kepala aku. Rul telah pun berubah posisi memengang tangan aku semula.Ustaz Sham membaca beberapa surah dan meletakkan tangannya dileher aku serta merta mata aku membuka luas merenung ustaz sham.

Aku:Lepaskan aku bodoh!
U.Sham: Aku suruh kau keluar cara baik tapi kau nak main cara kasar… Allahuakbar

Sebaik sahaja ustaz Sham berkata terus tangannya digerakkan seolah olah menyembelih aku.Aku kembali mengelepur sehingga mengakibatkan Rul dan yang lain terpelanting. Aku seperti ayam yang akan disembelih yang menanti kematian dan cukup putaran tiga ratus enam puluh darjah terus aku kaku dan tidak sedarkan diri.

U.Sham:Muhammad Syafiq…Fik bangun Fik.

Aku membuka mata semula apabila telinga aku menangkap suara yang seolah olah memanggil nama aku. Aku bangun dari baring serious badan aku rasa sengal dan bisa masa tu. Aku melihat dua orang ustaz muda sedang merawat Adi dan Sara dari itu aku dapat agak yang aku juga turut dirasuk.

U.Sham: Alhamdulillah Fik dah sedar.. Minum air ni dan sebelum tu terima kasihlah kepada Allah kerana Allah telah menyembuhkan Fik dari kerasukkan,lepas ini banyakkan melakukan amal ibadat, jangan sesekali meninggalkan solat wajib dan jangalah leka,jaga diri jangan bagi peluang untuk ‘mereka’ masuk dalam tubuh fik lagi.

Aku hanya mengangguk dan mengambil air daripada ustaz Sham. Ustaz Sham bangun dan pergi membantu dua orang ustaz muda itu.Rul berbaring disebelah aku dan dia ketawa kecil,aku pantas pandang Rul.

Aku: Kau pahal?Apa dah jadi dengan Adi dan budak perempuan tu?
Rul: Aku cakap bodoh kang marah.Kau tak nampak apa yang ustaz buat tu?Tu semua berpunca dari kau.
Aku: Apa aku buat?
Rul: Kau tiba tiba kena sampuk dengan hantu ulek mayang tadi tak pasal yang lain kena tempias.Tapi serious lawak weyh,Fik seorang yang berani tiba tiba kena sampuk,lepas ni aku 100% pasti saham kau akan jatuh.
Aku: Kau tak kena boleh la cakap.Dah la jom balik dorm,aku serious tak larat dengan esok nak menari lagi.
Rul: Ayat cover malu la tu.Hahaha

Dalam hati aku masa tu nak je aku lempang Rul tapi memandangkan keadaan aku ketika itu tidak mengizinkan maka aku hanya membiarkan Rul ketawa. Keesokkan harinya kami melakukan persembahan seperti biasa dan Alhamdulilah semuanya selamat dan tiada yang berlaku.

Sampai sini sahaja kisah aku.Terima kasih kerana sudi membaca.InsyaAllah jika diberi kesempatan akan aku ceritakan pengalaman aku yang seterusnya.Maaf jika ada kesilapan ejaan dan tatabahasa… Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

13 thoughts on “#Fik(ulek mayang)”

  1. sekolah aku pun dulu ada buat persembahan ni masa berkhemah. masa tu aku darjah enam . group pbsm aku buat lakonan, tp group puteri islam menari lagu ni dengan lemah lembutnya. diorang menari malam tu hampir tengah malam . dengan tibe2 nya angin yg kuat datangg.. Aku ingat ke angin dr pantai, tetapi ternyata aku silap . Keesokkannya, salah sorang kawan aku yg turut menari lagu tersebut bagitahu,” bile selesai menari malam tu, aku otw nak ke khemah . Then tibe2 aku nampak ada benda tengah peluk bantal aku . Yg peliknya, masa tu kan takde orang, jd apekah benda tu? “..

    Reply
  2. saya pun penah buat persembahan menari lagu ulek mayang ni. lpas asar,kami bkak lagu tu utk suke2 dgar smbil pikir langkah/style tarian sterusnya. sorang member laki na solat kat blkang bilik/studio, dia cite time dia sokat dia mcam nmpak ada kaki lain kat blkang dia then terasa ada org tgok2 dia time dia na solat. pastu hari lain,ptang tu hujan tapi kami tetap praktis mnari. tiba2 plak angin makin kuat, tong smpah yg besar kat luar studio turut melayang. hbis bersepah dgan smpah2 bertaburan. baru kami berhnti kjap sbb salah sorang dari kami dah mula takut2. then tiba hari persembahan, smua ok tapi lpas je turun dari pentas,sorang tu dah lemah. dia kata dia nmpak ada puteri dlam kalangan penonton. alhamdulillah saya tkde kena apa2.

    Reply

Leave a Comment