Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua warga FB and semestinya pembaca FS.Semenjak dua menjak ni saya memang sangat suka baca cerita-cerita di FS dan sekarang baru rasa terdetik ingin berkongsi serba sedikit pengalaman yang pernah dialami oleh saya. Pertama sekali, saya minta maaf kalau cerita saya ini tidak menakutkan dan sangat berterima kasih jika cerita ini di publish.
Nama saya Cha.Kali ini, saya ingin ceritakan pengalaman saya dengan dua orang sepupu, iaitu Bibi dan juga Farah. Cerita ini berlaku dalam tahun 2012, lebih kurang beberapa tahun yang lalu semasa saya di tingkatan 4.Cousin saya iaitu Bibi, seorang yang agak penakut dan senang Nampak ‘benda’ kerana hijabnya yang terbuka dan kakaknya, Farah seorang yang agak berani lah juga. Saya pula lebih kurang in the middle la.Kami ni memang sangat rapat.
Nak di mulakan cerita, mereka pun bercuti lah di kampung saya semasa cuti sekolah.Kami pun berkumpul dan duduk cerita-cerita macam biasa di balkoni rumah tetapi perangai dan kelakuan Bibi tidak seperti biasanya yang banyak celoteh.Kali ini, dia banyak diam dan muka kelihatan sangat pucat. Kami pun Tanya lah dia kenapa.
Bibi: “Semalam kamu takda rasa apa-apa kah?”
Me: “takda pula, kenapa?”
Bibi: “semalam semasa saya mahu naik tangga rumah, saya tertengok bahagian paya dekat rumah kamu, and saya nampakkk… ada ‘orang’ berdiri dekat busut pakai baju putih dan rambut panjang”
Selepas ja Bibi cakap macam tu, kami pun apa lagi, terkejut lah tapi masih tidak berapa mahu hadam cerita dia sebab takut itu perasaan dia saja jadi kami pun keras-keras menafikan yang itu sekadar khayalan dia saja. Disebabkan itu, Bibi mengajak kami untuk lepak kat balkoni rumah saya malam ni dan tengok dengan mata kami sendiri yang apa dia Nampak tue bukan sekadar khayalan.
So, nak dijadikan cerita, malam itu kami pun siap-siap lah nak duduk kat balkoni rumah. Saya siap bawa kamera bagai, konon mahu snap la (macam berani sangat) untuk dijadikan bahan bukti. Malam tu, jam sudah menunjukkan 9 lebih mahu dekat jam 10. Kami pun keluar ke balkoni rumah.Saya duduk di kerusi membelakangkan paya dan Farah duduk di buaian yang berdepan dengan paya.Time tu Bibi pun keluar lagi, dia masih di dalam rumah. So, saya dengan Farah sempat lagi cerita-cerita di luar.Tiba-tiba Farah terdiam, dan focus tengok pada bahagian paya sambil berayun di buaian.Saya masa tu belum syak apa-apa lagi, saya ingat dia berkhayal.
Tidak lama kemudian, Bibi pun keluar dan tiba- tiba terpaku berdiri di pintu rumah sambil lihat bahagian paya.Bibi siap Tanya saya lagi kamera mana, masa tu kemera memang di tangan saya sudah.Tiba-tiba Bibi bersuara, “Cha, ‘dia…dia ada sudah’ dengan muka pucat gila. Farah sudah siap mahu buka langkah seribu sudah masuk dalam rumah dan saya masih berdepan dengan Bibi cuba kuatkan semangat mahu toleh pada bahagian paya dan ketika saya toleh, iya sebenarnya Bibi memang tidak mengadakan cerita, memang ada ‘seorang’ tengah berdiri berkain putih dan rambut panjang tengah berdiri bersebelahan busut di tepi paya. Berderau darah tak payah cakaplah.Saya rasa jantung saya terjatuh pergi bawah nasib ja tidak pengsan di tempat kejadian.
Kami pun terus berlari ke dalam rumah dan masuk ke bilik saya.Setelah sampai di bilik, semua masih menggigil dan pucat dan berkeras tidak mahu tidur dekat tingkap.Almaklumlah takut sangat.So, akhirnya Farah tidur dekat tingkap, Bibi di tengah dan saya di sebelahnya.So, untuk hilangkan rasa takut, kami pun bercadang untuk tidur lah sebab cerita punya cerita tak sedar jam maw menunjukkan dekat jam 11 malam. Masa tue, mama saya dah tidur dan papa sy pula pergi outstation. So, tinggal kami bertiga la. Baru nak tidur, tiba-tiba kipas berhenti dengan sendiri. Dahla baru nak hilang rasa takut, dah datang balik.Time tu kami dah tengok sesama sendiri, tak lama lepas tu tiga – tiga berselubung dengan selimut.Tiada siapa berani mahu pasang kipas tu balik tapi gara- gara panas yang amat, saya pun bangun and start pasang kipas tu balik. Time tue baru saya sedar, semasa kami masuk tadi, pintu dah tutup ka belum. Sana start sudah gelabah, semua tidak berani keluar bilik mahu tengok pintu rumah sudah tutup ka belum. Last – last semua sekali keluar bilik tengok dan syukurlah pintu sudah tertutup Cuma belum terkunci. So, saya pun kunci pintu rumah and kami pun sambung tidur sampai esok pagi.
Keesokannya, saya Tanya Farah apa yang dia Nampak sampai focus sangat pada paya, dia kata dia Nampak macam ada seorang tengah berdiri tinggi dan tengah melambai – lambai ke arah dia. kami cerita lah dengan mama apa yang kami alami, and guess what, mama cakap malam tu dia dihimpit. Dia cakap, tiba – tiba dia rasa ada berat macam di hempap dan sukar untuk bernafas. Mungkin ini angkara kenakalan kami semalam lah ni.Nak jadi ghostbuster konon.
Sejak dari hari itu, tiada siapa berani pandang paya tu kalau dah malam – malam.Tapi mama kata ‘benda’ kat paya tue tak mengganggu, Cuma mungkin dia just jaga ja tempat tu.Wallahualam… Setakat ini dululah cerita yang saya dapat kongsikan.Ada masa lagi, saya akan ceritakan lagi pengalaman-pengalaman lain saya dan cousin-cousin saya.Terima kasih dan minta maaf jika membosankan dan tidak menyeramkan.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ok..berdebar jgk bace
ko asal mana? lain mcm jer susunan ayat ko…
Meremang bulu roma