Aku Di sini

Selamat Pagi/Petang/Malam kepada semua pembaca FS. Aku mintak maaf awal-awal sebab nie first time aku menulis pengalaman aku dekat mana-mana blog. Biasanya aku cerita face-to-face jer. haha
Terima kasih sangat kepada admin FS (kalau cerita nie dipublishkan) sebab bagi kesempatan dekat first writer macam aku. Cerita nie adalah cerita betul yang berlaku sepanjang aku bergelar Pelajar. Sikit pengenalan tentang diri aku, nama Ast (24). Dalam cerita nie aku cuma nak bagitau betapa beratnya tanggungjawab sebagai ibu bapa. Maaf kalau cerita nie tak capai target seram yang korang semua inginkan. Moga terhibur dengan cerita seram suku nie. Enjoy the story!

Dalam penceritaan nie ada beberapa watak penting antaranya Yaa, Mun dan Jun. Cerita nie berlaku November 2014 di mana aku dapat tawaran sambung belajar di sebuah IPT Pantai Timur yang terletak di Terengganu. Tempat aku belajar nie sebenarnya merupakan pekan kecil di kawasan tersebut (maaf nama tempat dan IPT terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu). Sebelum tu aku bagi gambaran hostel yang aku duduk dulu. Merupakan sebuah rumah banglo 2 tingkat di tengah-tengah kawasan perumahan dan berdekatan dengan masjid yang mengambil masa kurang dari 5 minit berjalan kaki. Tingkat bawah mempunyai 2 bilik memanjang (biasanya budak asrama panggil dorm) yang boleh memuatkan lebih kurang 10 orang, 2 bilik biasa yang boleh memuatkan 4 orang, 1 tandas panjang, 1 bilik mandi (tipikal toilet and shower asrama) serta 2 tangga berdekatan dengan bilik air dan juga dorm. Tingkat atas pula ada 4 dorm, 1 bilik biasa dan 1 tandas.

Dapat tak gambaran hostel aku tu? Harap korang faham la sebab tu dah habis baik yang aku boleh terangkan pun. haha. Bilik aku adalah bilik yang paling hujung sekali di tingkat atas dan dalam bilik aku ada lebih kurang 9 orang tapi katil ada 12 (double decker). Aku duduk katil atas dan Yaa duduk katil bawah aku. Katil kami nie hujung sekali berhadapan dengan pintu belakang. Mun pula duduk katil atas hujung sebelah depan betul-betul menghadap pintu utama dan Jun duduk katil sebelah Mun tapi bahagian bawah. Kiranya Mun dengan Jun ni jiran la cuma bezanya katil sorang atas sorang bawah jer.

Okey cukup pengenalan watak-watak penting dan reka bentuk hostel, kita masuk dalam cerita pula. Untuk bulan pertama sehingga bulan ke 3 aku menetap di hostel tiada apa-apa perkara pelik yang berlaku sehinggalah 1 hari nie di hujung bulan Feb atau awal bulan Mar (tak ingat) Yaa nampak lebih pendiam daripada biasa (walaupun hakikatnya aku dengan Yaa masih lagi dalam proses menyesuaikan diri. Haha). Malam tu aku ke tandas seperti biasa, buat apa-apa yang patut sebelum nak tidur. Lepas tu Yaa datang sebelah singki yang aku guna tu then dia tanya.

Yaa : Ast, kau takut dengan hantu tak?
Aku : Nak kata tak takut tu tipu sangat la, tapi boleh la hadap lagi kalau dengar cerita. Asal Yaa?
Yaa : Sepanjang seminggu lebih nie, aku ada nampak kelibat orang berjalan dengan kelibat hitam dekat dua-dua area tangga dalam rumah ni. Satu malam tu, aku nampak orang lalu ikut tangga depan tandas and terus ke bilik tapi tak tau masuk bilik siapa sebab orang tu lalu jalan tengah nak ke dorm. Lagi satu, orang tu naik tangga and lalu depan tandas tu membelakangkan aku.

Hah aku dah start garu kepala waktu nie (bukan sebab kutu eh, harap maklum). Cemana orang tu naik tangga tapi mengundur? Plus konfiden gile dia naik macam tu. Huyohhh! Kalau aku tu mau dah tergolek macam nangka busuk kut. Haha (iklan kejap).

2 hari lepas Yaa cerita tu, Yaa datang dekat aku lagi and cerita apa yang dia dapat tentang hostel daripada senior-senior yang duduk dekat tingkat bawah tu. Yaa bagitau yang last year pun ada kes dekat hostel nie, pihak IPT pun dah buat apa-apa yang patut untuk menggelakkan daripada gangguan-gangguan yang tak diingini dari terus berlaku. Pada hari rabu malam khamis minggu yang sama sebelum tidur tu Yaa ajak aku berborak.

Yaa : Aku rasa tak sedap hati la Ast. Selalunya kalau aku rasa macam nie mesti ada benda nak jadi.
Aku : Tak ada apa tu Yaa. Perasaan kau je tu.

Untuk penggetahuan korang Yaa nie ada kelebihan sikit, dia boleh melihat serta merasa akan kehadiran “benda” nie semua especially bila benda-benda nie nak dia tau akan kehadiran mereka. Dan yang sebenarnya minggu tu aku dah mula rasa tak sedap juga, cumanya aku endahkan jer malas nak fikir sangat takut nanti terbawak-bawak perasaaan tu.

Malam tu hujan lebat, well musim tengkujuh la katakan (musim hujan) memang hujan memanjang. Kawasan Pantai Timur nie kan banyak tumbuhan hijau, so bile malam tu dah memang sedia sejuk di tambah pulak dengan hujan tengah malam tu lagi-lagi lah sejuk. Kena pula atas kepala tu ada kipas dinding sebijik. Hurmmm, memang naik beku dah aku atas katil tu dengan tak bawak selimutnya (tu pun nasib bawak sweater dengan kain batik!). Nak dijadikan cerita, tengah pagi tu dalam pukul 3 lebih ke 4 lebih macam tu aku terbangun nak ke tandas sebab tak tahan sejuk. Mula-mula cadang nak tidur jer sampai esok pagi baru buang hajat kecik tu. Tapi makin ditahan makin menjadi-jadi dia nak keluar.

Dengan mata yang mengantuk tu aku gagah jugak la gi tandas pepagi buta tu dengan keadaan yang sunyi sepi. Masa tu tak pikir dah ada orang ke tak de ke yang penting melepas dulu. Lepas dah selamat membuang apa yang patut tu, aku duk pikir cemana nak balik bilik nie? Sebabnya bilik aku hujung sekali dengan lampu koridor yang hidup segan mati tak mahu jer gayanya tu. Dengan duk terbayang-bayang apa yang si Yaa duk cerita sebelum tidur tu, lagi bertambah rasa nak tidur dalam tandas. Hahaha.

Dengan semangat yang berbaki tu aku gagahkan juga keluar dengan ingatan yang tersemat di minda “kalau nampak apa-apa, ini semua mainan syaitan jer”. Aku keluar dari tandas terus ke singki untuk basuh tangan tanpa tengok cermin lepas tu jalan keluar tandas terus ke bilik. Tak tengok belakang dah. Sampai jer dekat bilik, aku masuk ikut pintu utama. Tutup pintu then terus ke katil aku dekat belakang.

Tambahan sikit maklumat, bilik aku memang tutup semua lampu bila nak tidur sebab ada budak katil atas yang tak leh tidur dalam terang dan aku ada rutin kebiasaan yang pelik sikit di mana aku suka pandang keliling bilik sebab nak make sure tak ada apa-apa yang out of ordinary. Hahaha.

3 orang jer yang tidur katil atas tu termasuk aku dengan Mun. Biasa kalau nak panjat katil aku akan duduk antara katil aku dengan katil orang sebelah. Masa nak panjat nie aku jalankan rutin aku macam biasa yang mana aku duk scan setiap penjuru bilik, atas almari, tepi pintu dan segala sudut yang boleh aku nampak dari tempat aku tu. Dalam duk pandang-pandang tu aku terperasan macam ada orang duduk peluk lutut dekat katil Mun yang hujung sekali tu dekat bahagian kaki katil. Lepas tu aku duk tengok lagi sekali sebab kali nie aku nampak macam kepala orang tapi bahagian kepala hingga ke dada jer dekat situ. Ada la dalam 5-10 kali juga aku toleh nak make sure betul-betul. Sampaikan Yaa perasan then dia pusing then tanya aku.

Yaa : Kenapa Ast?
Aku : Tak ada apa. Tunggu kejap Yaa.
Yaa : Kau nak tidur dengan aku ke Ast?
Aku : Boleh juga. (sambil aku angkut segala mak nenek aku atas katil sambil pandang dekat katil Mun).
Yaa : Okey ke Ast?
Aku : (sambil sengih). Aku okey.

Sambil nak turun tu aku tengok dekat katil Mun lagi sekali sebab aku macam tak nampak Mun dekat katil dia, so aku anggap yang Mun tak tidur bilik jer malam tu and benda yang aku nampak tu just gumpalan selimut dia jer.

Pagi-pagi lagi masa nak mandi and bersiap Yaa tanya aku.

Yaa : Apa yang kau nampak semalam?
Aku : Aku nampak macam ada orang duduk dekat katil Mun tapi aku tak pasti sebab gelap sangat.
Yaa : Semalam masa kau lompat dari katil nak gi tandas aku terjaga dah tapi aku tak bangun. Berani kau bangun gi tandas sorang-sorang pagi tadi Ast?
Aku : Kalau aku tau kau bangun, tak ada la aku gi sensorang. Nasib baik aku bangun gi tandas tau, kalau tak mandi hujan la kau bawah katil malam tadi. hahahaha

Masa rehat aku gi jumpa dengan Mun, nak tanya semalam dia tidur bilik ke tak. Mun kata dia tidur jer dekat bilik. Aku tanya lagi, “kau ada bangun ke dalam pukul 3 lebih ke 4 lebih macam tu?”. Mun kata tak ada, dia tidur lena malam tadi. Hah sudah! Apa yang aku nampak malam tu? Elok jer nak masuk waktu asar tu si Yaa gi bercerita dengan budak-budak bilik semua pasal apa yang aku nampak malam tu. Lepas tu bertubi-tubi la soalan yang aku dapat dari budak-budak nie semua.

Mas : Betul ke Ast kau nampak malam semalam?
Aku : Betul la tu. (cakap sambil lewa)
Mas : Kau nampak dekat katil aku ke Ast?
Aku : Tak der la. Aku nampak dekat katil Mun tu.
Nina : Mas, malam nie tidur katil aku boleh? Aku takut la.
Yaa : Korang jangan takut sangat dengan benda-benda nie. Nanti lagi dia suka.

Malam tu semua pakat rapatkan katil dekat tengah-tengah bilik. And semua nak tidur katil atas sebelah aku. Lepas tu cantik jer dorang punya plan nak letak aku tidur dekat katil hujung yang aku nampak benda tu. Dengan alasan aku seorang yang berani. Memang tidak la jawapan aku kan. Dorang tak tahu dalam berani tu aku nie penakut juga sebenarnya! Kesudahannya budak bilik depan si Mey yang offer diri nak tidur situ. Susunan malam tu bermula dari Mey, Mun, Jun 4 orang budak bilik, aku dan Yaa. Sebelah siangnya salah sorg budak bilik aku nie beli la lampu malam sebab dia nak guna kotak tu untuk hantar barang dia balik dekat rumah. So lampu malam tu dia sedekahkan untuk kegunaan bilik. Malam tu merupakan malam perasmian bagi lampu malam tu. Sayangnya perasmian tu bertukar menjadi pengakhirannya lampu malam dan merupakan permulaan bagi Jun.

Malam tu lepas aku dengan Yaa panjat katil Mun masej Yaa mintak tolak buka lampu balik.

Mun : Ast, Yaa. Tolong buka lampu bilik!
Yaa : Kenapa?
Mun : Mey tak bergerak and dia genggam tangan aku kuat sangat. Jun pulak duk kata dia takut dari tadi.
Yaa : Okey.

Yaa ajak aku temankan. Lepas aku buka lampu bilik aku terus panjat katil Mun sebab nak tengok kenapa dengan Mey. Aku duduk sebelah Mey sambil panggil nama dia banyak kali. Sikit pun dia tak respond. Aku try leraikan gengam tangan Mey dekat Mun tapi makin kuat pulak Mey gengam tangan Mun sampaikan Mun terjerit kecil. Sambil aku cuba nak leraikan gengaman Mey sambil aku baca ayat kursi dekat telinga Mey.

Aku : Mey, ikut aku baca ayat kursi sekali.
Mey : …. (hanya diam dan menggelengkan kepalanya)
Yaa : Ast, cuba urut tangan dia sambil selawat.

Beberapa minit selepas tu Jun yang duduk sebelah aku menjerit kuat sambil tutup telinga dia and jerit PANASSS! Elok jer Jun jerit terus Mey boleh bangun dan lompat turun katil pergi dekat pintu utama. Aku tercengang kejap dengan situasi tu lepas tu aku turun pergi dekat Mey. Budak bilik yang lain semua dah lari. Ada yang lompat dari katil (katil double decker yer semua), ada yang berlari ke hujung katil satu lagi.

Aku : Korang semua jangan lari.!
Qis : Aku takut la (dan diikuti oleh beberapa anggukan kepala yang lain).
Yaa : Bukan korang jer yang takut. Aku pun takut jugak. Sini la tolong pegang Jun nie.
Mey : Kak Ast, boleh tolong alihkan lampu malam dengan patung atas katil tu?
Aku : Okey. Kenapa dengan kau tadi? Tak boleh gerak ke?
Mey : Tadi saya kene tindih. Benda tu pintal rambut saya and cekik leher saya tak bagi saya cakap dengan yang lain.
Aku : Kau okey tak sekarang? Tolong bagitau senior dekat bawah and warden boleh tak?
Mey : Okey kak.

Aku pun panjat tangga katil then duduk depan Jun lepas tu join dorang semua baca yasin. Yaa suruh bawak Jun turun dari katil takut dia melompat ke apa. Dengan dia yang tengah meronta-ronta mintak dilepaskan. Korang bayangkan la, dekat 4 orang badan boleh tahan besar juga la duk pegang Jun yang badan kurus tapi dia still boleh gerak lagi. Nak di tekan kuat-kuat karang takut patah riuk pula badan budak Jun nie. Dalam tengah baca yasin tu Jun menangis jer sampai Ustaz sampai. Cuba korang bayangkan kejap, sebelum ustaz tu datang punya lah ramai budak lelaki dalam bilik aku dengan dekat luar asrama.

Dahla kami nie semua berbaju tidur jer, yelah kejadian pun masa nak tidur kan takkan aku nak pakai baju keluar jenjalan pula kan? Dengan tak pakai tudungnya memasing, terus aku minta budak yang ada dalam bilik tu bagi tuala untuk tutup kepala dan simpan “anak-anakku” yang cantik tersidai depan katil memasing tu dalam almari. Hahahaha

Ustaz masuk jer bilik tu sambil scan bilik then pandang dekat satu sudut nie.

Ustaz : Ada sesiapa yang nampak atau mengalami apa-apa yang pelik ke dalam bilik nie?
Nina : Semalam Ast ada nampak benda dekat situ (sambil tunjuk dinding tempat katil Mun).
Ustaz : Apa yang kamu nampak?
Aku : Macam orang tapi suku badan jer. Dari dada ke atas.
Jun : Hahaha (dalam keadaan tutup mata dan menangis).

Aku, Nina dengan Yaa dah pandang Jun semacam. Hahaha

Takut weyh.! Seram dengar benda tu ketawa dalam tangisan macam tu. Ustaz baca beberapa potong ayat dalam Al-Quran lepas tu tiup dekat ubun-ubun kepala Jun. Ustaz pesan, kalau tak keberatan esok datang la ke darul syifa’ bawa budak nie sekali. Lepas tu ustaz kata lagi dah tak ada apa dah. Lepas Ustaz balik, budak-budak nie semua tak nak tidur sebab takut lagi. Puas dah aku dengan Yaa pujuk kata tak ada apa dah. Sampai lastnya aku kata dekat dorang semua yang aku dengan Yaa akan berjaga malam nie baru lah ada yang nak tidur.

Dalam pada nak tidur tu pulak ada yang dengar nama dia kena panggil 3 kali. Bunyinya jauh macam dari pintu belakang. Kalau sorang jer yang kena aku boleh la nak tipu kata mainan minda jer tapi nie dah dekat 3 orang dengar masa yang sama pulak tu. Budak-budak nie dari nak tidur terus berlari dekat aku dengan Yaa and kata jangan berhenti baca yasin tu. Kitaorang terus baca sampai la ke subuh. Lepas solat subuh bagi yang boleh solat tu semua pakat tidur dekat tempat Jun baring tu. Aku tengok Jun pun macam dah okey sikit. Dah boleh buka mata and cakap-cakap dengan Mun.

Jun : Mun, siapa yang bagitau ustaz pasal ada orang nampak benda tu malam kelmarin?
Mun : Tak tau la. Cuba tanya Ast.
Aku : Kenapa kau tanya?
Jun : Aku nak bagitau yang benda tu suka bila tau ada yang nampak dia malam tu.
Aku : Macam mana kau tau? Kau sedar ke semalam?
Jun : Aku sedar jer, tapi tak boleh nak control badan sendiri.
Aku : Kau jangan cerita dengan yang lain. Biar kita 4 jer yang tau (memandangkan aku, Yaa, Jun dan Mun jer yang masih berjaga waktu tu).

Aku rasa cukup sampai sini dulu la kut aku cerita. Dah panjang sangat aku punya entry yang nie. Kalau di publishkan nanti aku akan ceritakan punca gangguan malam tu dengan kesan selepas kejadian malam tu plus sikit cerita pasal Mun kena ganggu pulak. Maaf kalau cerita nie seram. Terima kasih sekali lagi Admin FS! Peace yoo. >.<
#Astrophile

7 thoughts on “Aku Di sini”

  1. banyak bunyi pulak budak ni aku sepak kang terabur gigi. tkdk keja lain ka yg nak bash org? aku perati ja budak ni comment ja mesti maki. dya punya story ada kacau hg ka? suka hati mak bapak dya la nk bt story mcm mna pon atleast dya ada jgk create hg tu ada apa? buat semak lg ada la. bengang pulak aku fgn budak tk ckop umoq ni tu pon jgn spm victim konon. tk mcm bdk spm pon dok nmpk mcm bdk syndrome down ja? ? hahaha sila meninggal ke neraka hg tu nma putera neraka konon haa elok dgn neraka hg ??

    Reply

Leave a Comment