Hapuskan Sihir dan Tangkal

As’salamualaikum. Terima kasih kepada Fiksyen Shasha kerana sudi publish cerita saya. Terima kasih juga kepada pembaca kerana memberi respond yang amat positif. Saya pun tidak menyangka orang akan sambut dengan baik. Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan keberkatan kepada kalian semua. Cerita saya memang tak seram, objektif saya adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat ke dalam alam ruqyah. Maaf, untuk cerita yang lepas kerana banyak typo. Sebab saya menaip menggunakan handphone. Ini cerita saya yang kedua mengenai “SIHIR”. Sebelum itu saya ingin memperkenalkan diri kepada yang tidak mengenali diri ini. Saya Muaz, 20, Sibu, Sarawak. Dan sekali lagi saya kata. Saya bukan ustadz. Saya hanya pelajar.

Kisah ini bermula sewaktu saya pertama kali menjadi perawat. Pada pukul 11 malam saya dihubungi oleh seseorang yang bernama Hj.Hanif dan menyatakan bahawa menantu nya terkena buatan orang. Sebenarnya saya ingin menolak untuk membuat rawatan kerana sudah lewat malam dan hujan. Saya hanya mempunyai sebuah motosikal dan saya tak pandai drive kereta. Hehe. Tapi, kerana kasihan saya pun bersetuju untuk merawat. Setelah bersetuju, saya pun menghubungi rakan yang membantu saya dalam rawatan iaitu Azmi. 11.15 malam Azmi sampai dihalaman rumah menaiki sebuah kereta. Dalam keadaan hujan lebat kami bergegas pergi ke rumah pesakit. Sampai saja dirumah pesakit, saya dan azmi dijemput masuk.

Hj.Hanif: Ustadz, menantu saya terkena buatan orang. Boleh ustadz bantu saya.
Saya: InshaaAllah. Panggil dia kemari. Suruh dia ambil wudhu’.
Hj.Hanif: baiklah ustadz. Tunggu ya.

Tidak berapa lama kemudian. Pesakit pun menghampiri saya. Sebelum memulakan sesi rawatan. Saya menanyakan beberapa soalan.

Saya: As’salamualaikum. Apa khabar? Siapa nama?
Pesakit: Wa’alaikumusalam. Saya sakit ustadz. Boleh bantu saya? Nama saya Syafiq.
Saya: ya. In shaaAllah. Sila bertenang. Boleh saya tahu. Bahagian mana yang kamu rasa sakit?
Pesakit: Perut saya ustadz.
Saya: ohh.. Baiklah.. kalau boleh, buat solat sunat hajat dan solat sunat taubat dahulu sebelum saya memulakan sesi rawatan. Pada sujud terakhir berdoalah kepada Allah. Semoga diampunkan dosa2 yang lampau yang menyebabkan kifarah ini. Selepas itu minta kesembuhan daripada Allah.
Syafiq: baiklah ustadz.

Sewaktu duduk tahiyyat akhir syafiq terus kerasukkan. Terbaring di sejadah sambil meracau. Saya mendekati syafiq terus menyentuh dibahagian perut nya lalu membacakan Surah Al-Fatihah berulang2 kali. Syafiq meraung kesakitan. Saya pukul bahagian perut syafiq dengan telapak tangan. Tidak terlampau kuat hanya perlahan2 sahaja lalu syafiq muntah. Terus syafiq tersedar daripada kerasukkan.

Syafiq: ya Allah, apa dah terjadi. Ustadz kenapa dengan saya?
Saya: Awak terkena gangguan daripada bangsa jin. Syafiq bawa bertenang. Jangan dilayan sangat perasaan. Awak perlu kuat untuk melawan gangguan.

Syafiq: Apa ustadz? Jin? Ustadz nampak ?
Saya: ya jin. Tapi saya tak boleh nampak bangsa jin. Hehe. (tergelak kecil)
Syafiq: Tapi ada ustadz haritu cakap dia nampak jin dalam badan saya?
Saya: Syafiq, Selalu orang bertanyakan. Adakah melihat jin ianya anugerah daripada Allah? untuk pengetahuan awak. Yang boleh nampak jin ada 3 iaitu:
1.Nabi dan Rasul
2.Orang yang berdamping dengan jin
3.Terkena gangguan jin.
Yang selebih nya adalah pendusta. Penipu besar. Berhati2, sekarang ruqyah banyak. Dukun2/bomoh pun dah menyerupai Ustadz sekarang. Cara untuk membezakan mana Ruqyah Syariyyah dan Ruqyah Syirkiyyah. Ruqyah Syariyyah menggunakan Ayat AlQuran dan doa daripada Hadits tanpa pesongan. Kedengaran apa yang dibaca oleh si perawat.

Tidak meminta pengeras seperti paku jarum dan sebagainya. Tiada pengunaan ilmu dalaman seperti menarik bangsa jin menggunakan penafasan. Ruqyah syirkiyyah pula mengunakan mantera2, jampi2, doa2. Contoh penutup doa nya “berkat laillaha ilallah”. Meminta pengeras sebagai perjanjian untuk mendapat kesembuhan. Membacakan kalimat tertentu yang sukar untuk difahami. Jadi, syafiq saya juga ingin bertanyakan. Dirumah ini ada tak menyimpan minyak2 penjaga, minyak2 lama seperti minyak meruyan? Tangkal atau azimat dan barang pusaka yang mempunyai kesaktian(berkuasa)?

Syafiq: Ada ustadz. Tangkal dan minyak menjaga rumah.
Saya: Baiklah. Bawakan kesemua nya kepada saya. Saya akan hapuskan kesemuanya.

Tidak lama kemudian. Syafiq membawa tangkal2 dan minyak terus menyerahkan kepada saya. Jadi saya memulakan sesi brainwash. Untuk membetulkan aqidah keluarga syafiq.

Saya: Tuan,puan. Lihat pada tangkal ini. Seringkali kita diberi tangkal atau azimat. Diberitahu bahawa tangkal dan azimat mampu menjaga kita. Tapi lihat ini. Saya mampu mengoyakkan dan menghancurkan tangkal ini. Itu beerti tangkal ini tiada kuasa. Yang berkuasa hanya Allah. Yang menjaga hanya Allah. Bukan tangkal bukan makhluk. AlQuran jika kamu jadikan sebagai penjaga pun jatuh syirik. Maaf umur saya memang muda. Tapi saya tegas dalam perkara ini. Saya tidak mahu umat hancur terus ditipu oleh syaitan.

Keluarga Hj.Hanif pun mengangguk beerti faham apa yang saya sampaikan. Selepas selesai sesi brainwash. Saya melakukan sesi menghapuskan tangkal dan minyak. Sambil itu saya mengajar syafiq cara untuk menghapuskan benda syirik tersebut.

Saya: Syafiq, ini cara kamu menghapuskan minyak,wafaq atau tangkal. Bukakan kesemua penutup minyak dan balutan pada tangkal. Lalu bacakan ayatul qursi sebanyak 3 kali. Niatkan didalam hati supaya Allah menghapuskan atau menghalau segala jin yang ada pada wafaq/tangkal atau minyak ini. Lalu membakar wafaq dan tangkal ini sambil membaca ayatul qursi berulangkali sehingga wafaq dan tangkal tersebut menjadi debu. Begitu juga dengan minyak, tapi minyak dituangkan ke dalam air yang mengalir.
Syafiq: Baiklah ustadz. Terima kasih kerana memberi ilmu kepada saya.

Selesai kesemua nya. Saya dan azmi segera balik. Pada keesokan hari nya. Jam 9pagi sekali lagi saya dihubungi keluarga Hj.Hanif. kali ini syafiq diganggu dengan lebih hebat. Setiba sahaja saya di depan pintu rumah Hj.Hanif. Syafiq membuka jurus silat. Saya duduk sambil membacakan 3Qul terus menyapukan dikeseluruh badan seperti yang disarankan oleh Rasulullah. Diniatkan meminta perlindungan daripada Allah. Ini dialog saya dengan jin tersebut.

Saya: Ya Maksharol jin! Keluar kalian. Bertaubat kepada Allah.
Syafiq: ya! Kau siapa? (sambil menunjukkan jurus silat dengan sombong)
Saya: Aku hamba Allah. Yang diutuskan oleh Allah untuk memerangi kalian. Siapa nama kau?
Syafiq: Aku habibu. Siapa Allah? Kalau kau kuat. Mari lawan aku.
Saya: Allah pencipta segala makhluk di dunia ini. Jangan cabar aku. Jangan sombong nanti kau merasakan kesakitan.
Syafiq: Aku kuat. Haha. Mari main.
Saya: Baiklh. Tunjukkan jurus kau yang paling sakti. Panggil ketua kau yang paling kuat. Aku tidak takut akan pada bangsa kau. Kau hanya bangsa yang lemah. Merasakan kau yang berkuasa. Takutlah kepada Allah.
Syafiq: ayuh. Jangan bilang ajar dari mulut mu.

Saya terus berdiri dan mendekati syafiq yang sedang menunjukkan jurus nya. Saya berdiri dengan tenang dan berkeyakinan memohon perlindungan daripada Allah. Terus syafiq menyerang saya dengan tumbukkan tapi seperti ada sesuatu yang menahan nya daripada menyerang saya. Dengan lantas saya membacakan “Bismillahi ladhi la yaddurru ma asmihi shay un fil ard wa la fis-sama wa huwas-sami ul-aleem !” berulang kali sehingga syafiq terus rebah tak mampu melawan.

Saya: Saya sudah perkatakan kepada kamu. Kamu hanya bangsa yang lemah. Takut lah kepada Allah. Kembalilah kepada Allah. Kembali pada jalan yang benar. Jangan kamu menjadi pendusta. Jangan kamu jadi bangsa yang munafik. Keluarlah kamu dengan tanpa syarat! Kamu ingin melihat cahaya Islam? Saya akan bacakan ini. Dengarkan “Innaddina Indallahil Islam” sebanyak tujuh kali. Lalu syafiq menangis sambil berkata.

Syafiq: Saya melihat cahaya yang indah. Saya ingin memasukki nya tetapi tidak mampu.
Saya: ya, itulah cahaya Islam. Kamu adalah jin yang kafir ?
Syafiq: betul, saya kafir. Saya mahu masuk Islam. Macam mana?
Saya: Ikut saya bacakan 2kalimah syahadah. Dan angkat jari tauhid seperti yang saya buat.

Saya membimbing jin tersebut mengucap “La illaha illaAllah Muhammad Rasulullah.” sebanyak tiga kali. Terus ini respond jin tersebut.

Syafiq: saya merasakan sejuk dan ketenangan.
Saya: Alhamdulillah. Selepas ini kamu keluar dan pergi ke masjid2 yang ada jin Islam. Belajar lah agama bersama mereka. Dekati Allah. Kembali ke jalan Allah. Jangan mengganggu manusia lagi. Setelah saya azan. Keluar kesemuanya yang ada diperut. Yang ada di kepala. Yang ada di tangan. Yang ada di seluruh anggota badan ini. Tanpa alasan dan syarat!
Syafiq: baiklah.

Saya pun melaungkan azan ditelinga kanan. Selesai azan saya meniup perlahan2 di telinganya. Terus syafiq termuntah-muntah. Keadaan pun menjadi tenang.

Syafiq: Ustadz, saya penat macam ni. Kenapa saya yang kena. Bilalah saya nak sembuh?
Saya: Syafiq, ini adalah takdir Allah kepada kamu. Sejuta ekor jin pun dihantar pada kamu. Jika Allah tidak mengizinkan maka tidak juga terjadi seperti ini. Kesembuhan itu bukannya daripada saya tapi daripada Allah. Saya hanya membantu sebanyak 10 peratus. Jika kamu beranggapan saya yang dapat menyembuhkan. Maka jatuh syirik. Jadi berserahlah kepada Allah. Tidak juga lupa pada Amalan kamu seperti solat 5 waktu. Membaca AlQuran dan berzikir. Kamu memerlukan penghijrahan. Dan pembersihan jiwa. Kamu perlu tahu pembersihan jiwa itu banyak membantu kamu dalam kesembuhan. Jika jiwa kamu asyik stress, memikirkan buruk orang, jahat orang, iri hati, dengki. Maka sukar untuk kamu sembuh. Dalam hadits Rasulullah bersabda “….Ketahuilah, bahwa dalam tubuh manusia ada segumpal darah. Jika segumpal darah ini baik maka seluruh tubuh akan baik, dan jika segumpal darah ini kotor maka seluruh tubuh akan kotor. Segumpal darah itu adalah hati.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim). Dalam diri kamu perlu ada keredhaan dan keikhlasan.
Syafiq: Sentap saya ustadz. InshaaAllah saya akan amal apa yang ustadz suruh.
Saya: Syafiq, maaf, saya bukan ustadz. Saya pelajar. Panggil saya muaz.
Syafiq: ohh yaka, hehe. Berapa umur muaz?
Saya: umur saya 18 tahun. Kamu?
Syafiq: Malunya. Saya umur 24 tahun. Tapi takda ilmu sehebat muaz.
Saya: epp. Saya tidak hebat. “hadza min fadhli robbi” sesungguhnya ini kurniaan tuhanku. Sesiapa pun boleh belajar selagi nyawa masih didalam badan. Belajarlah. Saya pun baru menjinak dalam perubatan Islam. Tiada alasan untuk manusia tidak menuntut ilmu. Selagi waras selagi hidup. Selagi itu kena belajar.

Selepas itu kami pun berbual kosong. Hehe. Selama sebulan saya tidak menghubungi syafiq. Tiba2 pula syafiq menghubungi saya, menjemput untuk merawat keluarga mertua nya. Saya bersetuju untuk merawat mereka. Sewaktu saya merawat keluarga syafiq. 8/10 daripada mereka terkena gangguan. 2 gangguan “hardcore” iaitu Syafiq dan adik ipar nya(Eqah). Yang lain semua gangguan ringan. Semua nya berpunca daripada apa yang mereka simpan tangkal/minyak/wafaq dan sebagainya. Walaupun saya telah menghapuskan kesemua nya. Namun kesan daripada menyimpan benda2 tersebut akhirnya membawa kepada perkara yang memudharatkan. Syafiq menjerit seperti tidak waras.

Syafiq: Arghhh! Sakit!
Saya: Wahai bangsa-bangsa jin! Jika kamu ada bersifat untuk melawan. Maka kamu merasakan kesakitan dan merasa panas. Tenanglah wahai bangsa jin. Aku datang bukan untuk menyakiti kalian.
Syafiq: kau siapa! (bentak syafiq)
Saya: Aku adalah hamba Allah. Jangan bercakap kasar dengan aku. Sila beri kerjasama.
Syafiq: ergh……
Saya: Kenapa kalian terus mengganggu hamba Allah ini? Apa tujuan kalian?
Syafiq: kami dihantar(sihir) untuk menghancurkan keluarga Hj.Hanif. kami juga dihantar untuk membuatkan syafiq ini hilang pekerjaan. Satu persatu akan kami ganggu. Setiap kali bangsa kami yang keluar dari tubuh ini. Akan ditambah pula dengan bangsa yang lain. Ramai yang tidak suka pada syafiq dan keluarga ini. Sebab itu ramai yang menghantar sihir kepada keluarga ini. Saya Islam tapi saya dipaksa oleh dukun. Keluarga saya ditangkap. Jika saya tidak turuti. Keluarga saya akan dibunuh. Saya ketua didalam tubuh ini. Semua pengikut saya taat akan perintah.
Saya: ohh. Jika benar apa yang kamu katakan. Maka ikut saya berdoa.”Allahumma a’inna ala zikrika washukrika wahusni ibadatik”
Syafiq: Sekarang saya merasakan ketenangan. Terima kasih kerana melepaskan keluarga saya.
Saya: Berterima kasihlah kepada Allah kerana membantu. Saya tidak mempunyai kuasa. Semua ini atas pertolongan Allah kepada kita. Maka keluarlah dengan aman. Jangan mengganggu manusia lagi. Kembali kejalan Allah.

Keluarlah kesemua nya melalui muntah. Saya menepuk dibahagian pundak syafiq. Sambil membacakan “A’uzubikalimatillah hittammatimin syarrama halaq”. Untuk pengetahuan syafiq adalah seorang polis. Setelah syafiq sedar. Saya beralih kepada Eqah(Adik Ipar Syafiq).

Saya: As’salamualaikum. Jawab jika kamu Islam.
Eqah: ……….
Saya: Lebih baik kalian memberi kerjasama. Sebelum aku membacakan ayat2 azab kepada kalian. Sebelum aku menyiksa kalian satu persatu dengan izin Allah.
Eqah:……………….BHAAA! hahaahaha.. Terkejut…
Saya: Main2 dengan aku! Aku tak takut pada bangsa kalian. (terkejut juga saya dibuatnya)

Terus saya membacakan ayat2 Ruqyah sambil meletakkan tangan diatas kepala Eqah. Eqah meraung kerana merasakan kepanasan.

Eqah: Panas! Panas! Ampun! Ampun! Aku tak buat lagi. Hahaha. Aku tipu. Kau ingat satu perkara.. Budak ini.. Akan tidur buat selamanya.. Bye..bye..
Saya: kau tiada berhak keatas makhluk Allah. Sesungguhnya kalian makhluk yang lemah. Tanpa izin Allah. Semuanya takkan berlaku. Jika kamu ingin berkasar. Tidak mengapa saya akan siksa kalian dengan ayat2 Allah. Rasakan kepedihan yang teramat. Semuanya dengan izin Allah.

Setelah selama 2 jam saya merawat Eqah. Saya menyedarkan Eqah dengan membaca “Allahumma ‘afini fi badani. Allaahuma ‘afini fi sam’i. Allahumma ‘afini fi bashari.” Sambil meletakkan tangan saya dimata Eqah. Seperti biasa, saya akan memberi bimbingan, memberi kaunseling, menyampaikan tentang tazkiyyahtun nafs(pembersihan jiwa). Saya juga diberi tahu oleh anak sulung Hj.Hanif(Isteri syafiq) bahawa Hj.Hanif bawa mereka berjumpa dengan bomoh.

Saya: Saya bukan bermaksud untuk tidak menghormati. Tetapi kerana saya ingin membetulkan aqidah umat yang telah lama terkubur. Ingin membuka luas minda umat yang telah lama ditipu oleh iblis dan sekutunya. Saya disini memberi peringatan bahawa berjumpa dengan bomoh ataupun dukun itu adalah Haram. Kerana mereka mempunyai hubungan dengan bangsa2 jin. Meminta pertolongan pada bangsa jin itu jelas sekali menduakan Allah. Maka berdosa! Jatuh syirik! Jika nak cepat sembuh pergilah buat rawatan dengan bomoh. Tapi sihat seketika. Jika nak sihat selamanya. Maka Istiqomah dijalan Allah. Minta pertolongan kepada Allah. Bukan pada bangsa jin. Dan bukan pada perawat. Saya tidak mampu menyembuhkan kalian. Tetapi yang menyembuhkan adalah Allah diatas apa yang kamu usahakan.

Cerita ini kurang menarik sebab saya banyak membebel. Ini kerana saya perlu menjelaskan dahulu apa itu Ruqyah Syariyyah supaya kakak/abg/adik/pakcik/makcik faham. Apa itu Ruqyah yang berlandaskan syariat Islam. Usah ditipu lagi oleh iblis. Perangi musuh2 kita. Ohya, sebelum terlupa ada yang bertanya “bolehkah kita mendengar ayat2 ruqyah sewaktu memandu?” jawapan saya adalah boleh. Tetapi dengan syarat, yang pertama si pendengar bukan dari kalangan pesakit yang terkena gangguan teruk. Yang kedua, niat mendengar bukan untuk menyakiti bangsa jin yang ada di sekeliling. Yang ketiga, untuk menambah pahala atau hafalan dan meminta perlindungan daripada Allah.

Jika saya tidak membacakan ayat2 ruqyah semasa menunggang motosikal. Saya takkan merasa selamat. Harap semua bersabar ya menanti cerita saya yang ketiga berkenaan dengan “Buhul” atau juga dikenali sebagai “Voodo”. Cerita buhul ini adalah sambungan cerita Eqah yang mungkin ada menarik sedikit. Hehe. Segala kekurangan adalah daripada saya. Yang baik datang daripada Allah. Saya terima segala akan kritikkan. Mohon ampun, mohon maaf jika ada yang terasa hati. Maaf jika ada salah pengunaan kata. Doakan saya Istiqomah dalam perjuangan. Doakan saya diberi kekuatan dan kesihatan. Semoga kalian dirahmati Allah. Terima kasih kerana membaca. Jika ada apa2 soalan hubungi saya di 01129991372-Muaz.

28 thoughts on “Hapuskan Sihir dan Tangkal”

  1. Haaaa…tu siap bg no fon lagi…
    Ini mmg jelas telus dan jujurnye ni…
    Ikhlas nk membantu org dgn ilmu dan kelebihan yg Allah kurniakan…
    Semoga Allah memberkati dan mempermudahkan jalan dakwah kamu Muaz…
    Adik bongsu akk pon name Muaz…
    Rinduuuu plak kat die…
    Dh lame x bergadoh, hahahahaha…

    Reply
  2. kejap…kalau orang yang boleh nampak jin ni cuma nabi dan rasul, orang yang berdamping dan yang terkena gangguan, kenapa aku boleh nampak? aku boleh nampak ni dari kecil lagi. boleh tolong jelaskan?

    Reply
    • Dengarkan ayat2 ruqyah. Kalau ada rasa sakit2, lenguh, panas, ada bergerak atau marah dan sebagai nya. Itu tanda ada gangguan. Wallahu’alam

      Reply
  3. Alhamdulillah. Terima kasih muaz atas nasihat. Eloklah begini. Di samping berkongsi pengalaman, kita berkongsi ilmu dan ingat mengingatkan.

    Reply
  4. “Kamu ingin melihat cahaya Islam? Saya akan bacakan ini. Dengarkan “Innaddina Indallahil Islam” sebanyak tujuh kali. Lalu syafiq menangis sambil berkata.

    Syafiq: Saya melihat cahaya yang indah. ”
    Abg muaz kalau sy nak tgok jugak boleh ? Kalau sy baca tujuh kali nampak tk?

    Reply
    • Xnampak. Yang nampak tu jin Islam. Kamu boleh nampak melainkan kamu ada gangguan. Pernah sekali pesakit saya yang mengalami situasi sedemikian. Wallahu’alam. ?

      Reply
  5. Muaz, aunty dgr ceramah drpd beberapa ustaz. mmg depa kata, orang yang nampak jin (maksudnya selalu, setiap masa. bukan sekali-sekala spt kenampakan makhluk lain tu) biasanya badan orang ni dihuni oleh jin kerana ‘hanya jin yang nampak jin’.
    mungkin kita nampak jin sbb ada jin yang menghuni di mata kita.
    sebaiknya kita kena diruqyahkan atau meruqyahkan diri sendiri. untuk ‘menutup hijab’ tersebut. kata ustaz tersebut, orang yang nampak jin ni bukanlah satu anugerah sebenarnya mereka terkena gangguan. perlu perbanyakkan amalan dan mencari orang untuk meruqyahkan mereka.

    harap Muaz boleh beri penjelasan lebih lanjut daripada apa yang aunty tulis ni. terima kasih Muaz.
    makcik sbb muaz sebaya anak makcik. tahniah muaz… semoga Allah memberkati dan membukakan lebih ruang dan peluang untuk Muaz membantu orang terutamanya memperbetulkan akidah dengan izin Allah. Allahu akbar

    Reply
  6. Muaz, nak tanya.. adik sy pnh scan oleh seorang ustaz ni.. dia ckp adik sy ada gangguan dari kes histeria masa zaman sekolah. Adik sy xde lah kena histeria masa zaman sekolah..cuma membantu. Time scan tu adik sy respon yg luar biasa..ustaz tu ckp kena berubat tapi dkt sekolah.bayangkanla dh berapa tinggal zaman sekolah.. pernah ada kes mcm ni tak??

    Reply
  7. memang sangat menarik..terus kan menulis..kalau bole dekat tajuk tu letak la nama muaz..supaya senang nanti nak cari dan tak tertinggal cerita dari muaz 🙂

    Reply
  8. Salam Muaz.. Ada ka x minyak yang diruqyahkan? nya mcm minyak utk urut2 sendi jak.. kmk da sakit2 sendi, lalu makcik kmk berik la cgek minyak tok. katanya minyak ruqyah.. xboleh dilangkah. kmk adalah pake ckit2 dlok.. ok jak la.. sbb kmk pun makan ubat diberik doktor so xtauk la apa yg melegakan sakit kmk sebenarnya.. then bapak kmk sakit kaki, pake minyak ya.. nyaman katanya.. lalulah minyak ya tek femes dipake seluruh kluarga kmk.. jd soalan kmk, nang ada ka minyak ruqyah??

    Reply

Leave a Comment