Salam sejahtera pembaca FS. saya tergerak nak share kisah ni lepas salah sorang rakan FB saya mengatakan dia tunggu² saya post cerita ni dekat FS. Baiklah kisahnya begini.
Kisah ni saya alami sendiri sekitar 2013. Saya dan empat orang kawan lain dalam perjalanan pulang dari kampung salah sorang rakan saya dekat Endau.Perjalanan pulang kami ke Johor Bahru akan melalui satu jalan yang famous dengan pelbagai kisah mistik. Dari dulu lagi kalau saya lalu kawasan ni mata memang selalu meliar kiri kanan konon-kononnya nak cari mana la tau ternampak bebola api ke, cahaya ke tapi malangnye tak pernah nampak. Siapa-siapa yang biasa lalu jalan nak ke Mersing-Endau dari Johor Bahru memang akan tau jalan yang ada kubu tinggalan askar jepun. Ada lebih kurang 4 – 5biji kubu yang masih tersergam elok di kiri dan kanan bahu jalan.
Baiklah, berbalik kepada kisah saya. Sebelum kami bertolak pulang, mak rakan saya ada pesan supaya berhati-hati semasa memandu. Dan ada satu lagi pesanan yang pelik, beliau suruh kami berhenti rehat kat mana-mana untuk lepaskan waktu mahgrib kemudian baru boleh sambung perjalanan. Kami dengar tapi takdela nak amik serius sangat pesanan tu. Saya decide untuk duduk di sebelah seat pemandu time nak balik ni memandangkan saya yang drive masa perjalanan pergi. Rakan saya yang drive ni nama dia Fatin.
Kami bertolak pulang sekitar jam 6 petang. Sepanjang perjalanan, 3 orang lagi rakan yang duduk kat belakang mulut diorang tak berenti bercakap. Ada je cerita dan lawak yang diorang buat. Biasa la perempuan. Time pergi excited, time nak balik pon excited. Tetiba saya perasan diorang da makin slow, slow, dan akhirnya senyap. Laaa, rupenya dah tido. Penat sangat la tu. Saya decide untuk taknak tido sebab nak teman Fatin drive dan pastikan perjalanan kami selamat. Sembang punya sembang, saya sempat kerling jam pada meter laju dah pukul 7 petang. Dah nak maghrib, tapi kami takde berhenti pon untuk berehat seperti yang dipesan oleh mak rakan saya tadi.
Langit belum lagi gelap. Kami tiba akhirnya di kawasan yang berkubu. Satu persatu kubu kami lepasi. Saya masih lagi mengomel dengan Fatin dengan harapan dia tak mengantuk. Tujuan sebenarnya saya mengomel-ngomel ni sebab nak hilangkan rasa tak sedap hati, sejak dari lalu sebelah kubu yang pertama lagi hati rasa macam ada benda tak kena. Sampaila di kubu yang terakhir saya rasa, jalan tu lurus je dan ada kubu jepun yang terletak sebelah kiri di atas bukit. Dari jauh saya nampak ada satu susuk berdiri di hadapan kubu tu. Semakin dekat dengan kubu tersebut semakin jelas apa yang saya nampak. Akhirnya kami dua serentak membisu. Yang kami nampak adalah seorang Askar Jepun sedang berdiri tegak, berpakaian lengkap seperti askar di zaman jepun. Saya pasti tu bukan manusia. Rupa hantu tu takdela menakutkan tapi mukanya sangat pucat, putih dan bermata sepet. Badannya gagah, memakai baju hijau dan seluar askar, topi ada lambang bulat merah di tengah. Hantu jepun tu berdiri tegak menghadap jalan dalam keadaan ingin menahan kereta kami. Saya perasan ada satu beg besar di kaki hantu tersebut.
Kami dua masih membisu dan saya lihat jam tepat pukul 7.20pm memang waktu maghrib! Selepas je Fatin drive melepasi hantu jepun tu, saya terus capai buku surah yasin yang memang ada dalam kereta. Hati macam tegerak nak tengok cermin sisi sebab nak pastikan betul ke apa yang saya nampak tadi tapi tak berani. Saya lihat ke arah Fatin, dia masih diam membisu dengan muka yang sedang ketakutan. Saya takdela tanya nampak tak bende kat kubu tadi sebab saya rasa Fatin pon nampak.
Selang 5 minit selepas melepasi kubu yang terakhir, tiga orang rakan yang tido kat seat belakang semua terjaga serentak. Salah seorang dari mereka perasan saya memeluk surah yasin dan Fatin diam membisu memandu dalam keadaan ketakutan, bertubi-tubi soalan keluar dari mulut mereka ingin tahu apa yang berlaku. Kebetulan Fatin masa tu datang bulan, kawan yang sorang kat belakang ni dah nangis². Aiii, lebih betul la dia ni. Orang lain yang nampak, orang lain yang nangis. Mungkin dia ni lemah semangat.
Kami berhenti di salah sebuah pam minyak di Kota Tinggi untuk cool down. Saya bertanya kepada Fatin, rupanya benar dia pon nampak apa yang saya nampak dekat kubu jepun tu. 3 orang yang kat belakang tu dah tak keruan. Saya dan Fatin masih lagi tak banyak cakap, masih terkejut dengan apa yang berlaku. Akhirnya, rakan saya yang menangis tadi buat keputusan untuk terus jumpa seorang ustazah yang dia kenal memandangkan kami semua macam dah hilang semangat. Perjalanan nak ke rumah ustazah rasa sangatla jauh. Dengan sesatnya lagi. Dengan yang menangis lagi.
Akhirnya kami tiba di rumah ustazah tersebut. Waktu tu lebih kurang pukul 9.00 malam. Time kami sampai kebetulan ustazah ni baru je habis berubatkan sorang pesakit dia. Kira kami nasib baiklah sebab ta payah tunggu lama. Tanpa menunggu lama, ustazah memanggil Fatin dan rakan saya yg menangis tu duduk dihadapannya sambil beliau membaca² ayat Al-Quran dalam keadaan mata yang dipejamkan. Selang beberapa minit kemudian, beliau berhenti membaca. Saya dan rakan lain saling berpandangan menantikan apa yang ingin dikatakan oleh ustazah.
“Benda ni dekat betul dengan korang semua ni.” kata ustazah.Katanya lagi, benda yang ikut kami tu sebenarnya ada 2. Mereka marahkan kami sebab kami tidak memberhentikan kereta waktu tu. Saya yang dengar ustazah tu cakap ada 2 yang ikut terus tanya balik macamana rupa mahkluk yang ikut kami tu? Yelah, yang saya dan Fatin nampak cuma sorang je mana ada dua. Kata ustazah, “Sorang berbadan tegap besar dan tinggi, muka putih dan bengis, matanya sepet dan dia pakai pakaian askar. Sorang lagi berbadan gempal rendah berdiri bersebelahan dengan yang tadi.” Berderau darah saya bila apa yang ustazah nampak sama dengan apa yang saya dan Fatin nampak. Kata ustazah lagi, hantu jepun yang muka bengis ni sangat jahat dan berniat untuk terbalikkan kereta kami sebab kami tak memberhentikan kenderaan dan tak endahkan dia. Tapi hantu yang satu lagi tu tak benarkan. Gila kau! Mana ada orang nak tumpangkan hantu jepun naik kereta sekali kan?
Mengucap panjang aku lepas dengar ustazah cakap hantu tu nak terbalikkan kereta yang kami naiki. Sebenarnya memang aku dah tau kawasan tu banyak kali berlaku kemalangan. Alhamdulillah umur kami masih panjang. Ustazah memberikan kami semua air yang telah dibacakan dengan ayat Al-Quran. Dia pesan, kami tak dibenarkan keluar waktu malam dan perlu pulang sebelum waktu maghrib. Dan jangan pakai baju hitam lagi untuk tempoh seminggu. Kebetulan memang kami semua pakai baju hitam waktu tu, biasalah makhluk jahat ni sukakan benda gelap, senang nak merasuk dalam badan.
Keesokan harinya, rakan saya yang nangis² dalam kereta tu tak kerja. Saya, Fatin dan dua orang yang lain bekerja macam biasa tapi semua macam ayam berak kapur kat dalam ofis. Senyap, termenung dan masing² muka pucat. Saya ni suka melukis, jadi tak semena-mena tangan saya rasa macam nak lukis hantu jepun yang saya nampak semalam. Memang masih jelas kat kepala apa yang berlaku. Setelah siap lakaran hantu tu, saya tunjuk dekat Fatin, kemain dia marah saya kenapa lukis lagi benda tu. Ada jugak saya risik-risik Fatin selepas jumpa ustazah hari tu ada apa-apa perubahan tak. Katanya setiap malam macam ada benda luar tingkap cakar². Tetapi makin lama gangguan makin berkurang.
Sekian kisah saya berkenaan hantu jepun di kubu jepun. Terima kasih kerana sudi membaca.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Baru lalu kt situ 2 hari lepas, drive sorg2 dr rompin pukul 7 ptg sampai jb pkul 9 malam.. kerap juga lalu sebab husband duduk kt rompin n sy plak kerja di jb.. setakat ni alhamdulillah xde apa2 mintak2 lah selepas ni pon xde apa2
bila dah lalu kat tempat yg angker mcm yang diceritakan,mesti hati tak tenteram n asyik terfikir2 ja… N
memang x la nak tumpang kan…aduh..serba serbi xboleh la benda ni..x tumpang kan marah..da tumpang kang wat kacau pulak..hurmm..masalah2
Kawasan kubu tempat jin yg nak kan darah dan cuba buat kemalangan.Jadi hati2
Lain kali bila nak lalu situ buka ke ayat suci al quran, tp jangan kuat sangat. Hanya utk jadi pendinding Dr mereka2 tu mengganggu .
InsyaAllah Allah SWT akan lindungi kita