The Eyes

Namaku, panggil saja #ANAIRAH, 23 tahun dan sekarang sedang menuntut di universiti pendidikan terkemuka tanah air, barangkali nanti senang nak cari sambungan daripada cerita ini, kalau korang minat membaca cerita-cerita yang aku karang selepas ni.

Kisah ini benar-benar berlaku dan terpulang korang saja nak percaya ataupun tidak. Aku dianugerahkan kelebihan ini semenjak kecil dan ianya merupakan kelebihan yang dimiliki juga oleh nenek sebelah ayahku, dek kerana sering terlihat makhluk-makhluk Allah ini, aku terbiasa dan kadang kala tertanya-tanya mengapa aku boleh melihat mereka, Alhamdulillah mereka tak pernah menganggu cuma semenjak peristiwa yang berlaku pada malam itu, ianya telah menghantuiku dan keluarga sehingga kini. Untuk entry kali ini, aku akan ceritakan pada korang peristiwa yang berlaku kepada aku dahulu.

17 tahun lalu……
“Ana, dah solat?” Tanya atuk tengah duduk menunggu waktu ishak. “hehe belum..” aku menjawab sambil bersedia nak solat belakang atuk. Entah kenapa, petang tadi selepas bermain-main dengan anak jiran sebelah, aku rasa tak sedap badan, seolah-olah ada yang sedang memerhati dan berniat tidak baik terhadapku. Rumah aku pada ketika ini adalah sebuah rumah tradisional yang mempunyai dua tangga di bahagian paling hadapan (pintu masuk) dan juga belakang (bahagian dapur terletak di belakang sekali).

Aku jarang sakit, tetapi apabila dah demam memang teruk dan selepas solat tiba-tiba aku terpandang sesuatu di luar jendela rumah, tapi aku buat-buat tak tau sebab masa tu ada atuk. Aku rasa sedikit lega. Untuk pengetahuan pembaca, arwah atuk alim orangnya, sering digelar ustaz dan kalau ada apa-apa sakit ataupun kes kerasukan, ramai orang akan meminta bantuan arwah. Tapi atuk takdelah hebat mana, cuma yang dapat aku simpulkan, amalan atuk yang banyak membantunya dan kami sekeluarga.

Seusai solat, kelibat atuk menghilang sebentar entah kemana, aku pun mengemas-ngemas sejadah, bauan masakan ibu dan nenek menyelubungi rumah pada waktu itu. Oh ya! Aku tinggal bersama-sama atuk dan nenek sebelah ayah kerana pada waktu itu ayah bertugas di luar negara sebelum berpindah beberapa tahun kemudian. Tiba-tiba aku terdengar bunyi orang mengetap gigi, disulami dengan bunyi korang pernah tengok The Eye versi Chinese tu tak? Bunyi masa mula-mula prempuan tu buat transplan mata yang ada bunyi macam makcik tua buat bunyi seram??

Aku tak tau macamana nak describe bunyi tu tapi macam tu lah bunyinya. Apa lagi, secara auto aku terpandang ke depan dekat jendela dan benda tu ada di depan aku di luar rumah. Dengan wajahnya jangan tanya aku macamana, tapi aku dapat rasa benda ni sangat jahat dan menakutkan sehingga aku tak dapat nak bersuara. Sambil berbunyi macam tadi, dia meneyringai kat aku, Allah dah lama tak ingat benda ni tapi sebab nak bagi korang gambaran macamna, giginya hitam dan panjang, mata pula memandang aku, masa tu tubuh rasa ringan dan sekelip mata saja aku dah dalam keadaan separuh sedar. Aku rasa tubuh aku macam kena tindih dengan sesuatu dan digerakkan oleh benda tu.

Aku tak dengar apa-apa, tapi aku nampak atuk, nenek dan semua keluarga aku ada bersama aku mengelilingi aku, aku nampak juga benda tu masih terhuyung haying kat luar rumah tu, samar-samar dan selepas proses atuk baca-baca ayat-ayat suci apa semua (aku tau lah sebab aku salu nampak kang nanti ada yang komen kat bawah kata tak sedar tapi dengar pula aku) keadaan aku menjadi normal.. perasan dia lepas benda tu dah pergi dari aku adalah rasa lemas dan ringan badan. Aku tanya family aku kenapa dengan aku? Apa yang benda tu nak dari aku? Jawapan kepada kesemua persoalan aku tak dapat sehinggalah aku dah cukup dewasa untuk mengerti apa sebenarnya yang berlaku dalam keluarga besar aku (sebelah ayah).

Selepas kejadian ini, aku sering takut-takut nak kemana-mana walaupun dalam rumah, sebab aku dah tak nak terserempak dengan benda tu lagi dah, mesti korang tertanya-tanya kenapa sebab aku cakap aku dah biasa tadi. Susah aku nak menggambarkan hanya orang macam aku je yang tau dan faham, bila aku nampak benda ni aku dapat rasa macamana kejahatannya dan rupa yang dia tonjolkan pada aku adalah rupa benda yang sangat menakutkan bagi aku, dengan sound effects dia tadi tu.

Benda ni juga pandai menganggu, bila kekuatan aku dah mulai pulih, aku dah rasa selamat semula dan berani ke mana-mana, ianya akan muncul. Bukan sekali dua yer, tetapi berkali-kali. Aku masih kecil masa tu, apa lah yang aku tau nak lari memang tak mampu, hanya tergamam melihat benda tu seolah-olah merelakan perlakuannya menakut-nakutkan aku. Benda ni tak ikut aku ke sekolah, jadi aku selalu balik lambat dari sekolah (benda ni berlanjutan selama 2 tahun sehingga aku darjah tiga). Disebabkan sekolah ada dua sesi maka bas yang ambil aku akan datang pada sebelah petangnya juga, aku balik pada masa tu.

Aku terperuk di library membaca buku dan membuat kerja-kerja sekolah sebab takut nak balik rumah walaupun benda tu cuma muncul di luar rumah, terhuyung-hayang dan sebagainya pandangan aku boleh tembus dan bayangkan pernah sekali tengah buang hajat dia sapa aku. Nasib baik selepas tu Allah banyak lindungi hanya sekali tu je. So, semenjak kecil, aku memang selalu nampak benda ni dan sakit (kan aku jarang sakit) tapi sejak diganggu benda tu aku sakit dan tak larat nak bangun. Dah puas berubat siap ada maulana dari Pakistan datang membuat ikhtiar untuk membantu, akhirnya arwah atuk juga yang dapat membantu aku.

Aku tak ingat macamana tapi aku pernah kerasukan sekali lagi, masa tu arwah atuk halau benda tu sehingga ianya tak menganggu aku lagi bertahun-tahun kemudian sehinggalah aku berusia 17 tahun. Berdasarkan cerita mak aku, benda yang menganggu aku ni bertuan tapi mak dan family tak pernah nak cerita kat aku masa aku tanya dulu sampai aku dapat tau angkara siapa. Selepas benda tu tak ganggu aku lagi, aku diserang penyakit kulit yang sangat teruk sehingga sesiapa saja terlihat terasa jijik dan geli apalagi nak bersalaman dengan aku sebab ianya menyerang bahagian tapak tangan dan tapak kaki.

Kulit tangan aku kering sangat dan pecah-pecah sampai bernanah, puas berjumpa pakar kulit, doktor hanya menyimpulkan kes aku sebagai eczema. Tak boleh kena panas, tak boleh kena peluh sendiri tapi yang menghairankan, semakin sapu ubat semakin teruk keadaan kulit aku, setiap maghrib rasa sangat panas dan gatal. Keadaan ni bermula semasa aku tingkatan satu. Kawan-kawan pula ada juga yang mulut puaka mengejek dan kata penyakit aku tu berjangkit. Sudahnya takde sesiapa nak berkawan dengan aku.

Sedih pula rasanya, oleh kerana tertekan dengan keadaan tersebut dan dengan keadaan sakit kulit aku ni, aku terseksa nak menulis dan berjalan sehinggalah aku kemurungan. Tetapi semua tu tak pernah menjadi halangan aku ke sekolah dan mendapat kedudukan yang cemerlang. Aku sangat bersyukur walaupun keadaan aku seperti itu, rezeki dari aspek itu tak pernah putus.

Sepanjang aku sakit kulit misteri tu juga, aku dah tak pernah tinggal solat dan rajin-rajin memagar diri. Aku juga sudah mulai didatangi mahkluk-makhluk sekeliling kawasan rumah yang memang keras (nanti aku ceritakan di entry akan datang yer mengenai rumah aku ni). Pada waktu malam, aku sering terlihat kelibat-kelibat yang pelbagai datang menghurungi aku bagai lalat, aku pernah terdengar bisikan-bisikan ghaib bercerita kepada aku mengenai ajakan yang tidak jelas contohnya “mmmm…nak main tak, meh keluar, jangan tidur..” aku sangat takut tetapi kerana takut syirik, aku didik hati aku untuk tak takut pada makhluk lain selain pada Nya.

Bohonglah aku tak takut langsung, tapi aku lagi takut untuk takut kepada benda-benda tu, lagi dia suka. Tu apa yang arwah atuk aku bagitau dulu. Sehingga sekarang, aku masih akan terasa kehadiran makhluk-makhluk Allah ini, kadang kala seolah-olah mereka ni bagi hint pula kat aku mereka ada…hmmm..

Okaylah korang, nanti aku sambung lagi yer. Maaflah kalau entry kali ni tak berapa seram tapi lain kali aku sambung.

1 thought on “The Eyes”

Leave a Comment