Koleksi SenahTon : Budak Kecik Suka Sampah

Assalamualaikum Admin dan pembaca tegar FS. Ini merupakan penyampaian pertama aku untuk FS dan harap maaf jika karangan atau penceritaan tak best. Nama aku atau SenahTon.
Jom selami kisah aku.

Aku merupakan pelajar ketika itu, sekarang dah tua. Ini kira mengimbau kembali cerita 10 tahun lepas zaman persekolahan ceritanya pasal sekolah aku ni boleh dikatakan baru lagi. Aku dapat masuk sekolah ni pun dengan result suam – suam kuku je.

Persekitaran sekolah baru almaklum la mesti kedengaran mistik sikit. Kisah seramnya adalah dekat hostel aku. Aku cerita sikit pasal tempat penginapan aku selama 2tahun.Hahaha. Kau ingat hotel. Hostel perempuan dengan lelaki saling mengadap so boleh teropong2. Tengah antara tu dewan makan. Tepi sikit surau. Bilik aku tingkat 3. Jenuh SenahTon nak angkut barang 1 almari. Dalam bilik seramai 14orang. Katil 2 tingkat. Dan semestinya aku katil bawah hujung tepi pintu. Errrr.. tak nak aku tadah air kencing orang. Hahaha. Jahatnya aku. Tapi ini kisah benar mungkin dia tak sengaja. Kawan aku dah maafkan dia. Korang agaknya pernah kena macam tu tak. Haha.

Aku jenis gila-gila tapi dengan yang kawan yang rapat je tau perangai aku. So nak dijadikan cerita. Aku ni salu buat kerja wanita di malam hari. Waktu semua kawan2 syok2 tidur bermimpikan kempunan nak makan roti keras ketung cicah air milo manis kaw dewan makan.Hahaha. Aku pergi tandas buang ape yang patutla. Contoh cuci muka la, basuh baju la, letak softlan je sentalnya idak kemain, iron baju dalam gelap la dan macam2 lagi. Rajinkan SenahTon.

Nak dicerita hari kejadian tu aku ingat lagi, panas bukan main berbahang. Dan aku tak sihat pulak dan sepanjang aku belajar kat situ aku memang sakit tapi sakit kulit atau elergik. Sebab tu aku banyak puasa sebab makanan yang dihidangkan selalu ayam. Sakit hati aku tak dapat makan ayam. Eh iklan jap. Aku masih buat rutin harian malam2 buta macam biasa. Waktu malam kami rapatkan katil lagi afdal. Haa nampak tak demand nak katil Queen je. Aku tanya kawan katil sebelah,“Wei Wan, aku nak tukar tempat tidur dengan kau boleh?” Wan pun cakap ok. Sebab aku nak tukar tu sebenarnya aku demam tambah panas. Elergik aku lagi menjadi-jadi. Katil Wan dekat dengan kipas jadi aku tidur tapi tak boleh tidur.Huhuhu.

Wan tanya aku “ SenahTon nape kau tak tidur lagi.” Aku cakap nak tidurla ni tapi badan tak sejuk lagi. Aku kalih kepala kiri ke kanan dan sebaliknya. Tiba – tiba waktu aku pusing kepala nak kalih ke kiri aku nampak sesuatu. Berpeluh jantan acik macam lari marathon. Jantung tak yah cakapla. Berhenti mengepam. Hilang agaknya naik flight pergi Korea. Aku cuba kalih badan ke kanan tapi tak boleh bergerak. Opss. Benda tu ada cahaya dari matanya jadi silau pulak aku nak pandang. Aku ingat lagi badan benda tu kecik je macam budak 5 atau 6 tahun. Warna hitam.

Dia berdiri sebelah katil kawan yang hujung sekali. Aku dah nangis, takut, terkucil semua adalah. Tangan aku nak capai Wan tapi tak berjaya. Lagi cuak aku. Kalau la budak kecik tu datang kat aku macamana berhuhu aku jadinya. Aku baca ayat kursi banyak kali, tenangkan hati dan call jantung aku yang kat Korea tu. Dalam 10minit aku dah boleh gerakkan badan. Aku terus peluk Wan. Wan apa lagi mengelabut terkejut aku peluk dia tak nak lepas. Aku waktu tak boleh cakap macam tersekat.Wan tenangkan aku. Wan macam syak something wrong. Dia cakap kita cerita esok je. Aku tukar balik tempat tidur terus tidur mati. Takut SenahTon ni kan.

Keesokkan pagi aku menyelinap dalam perhimpuanan barisan kelas orang lain semata- mata aku nak bercerita pasal budak kecik kat Wan. Wan dah dapat agak aku semacam je semalam. Nak tukar tempat tidur. Tak boleh tidur. Benda nak jadi. Serik aku.

Sebenarnya sebelum kejadian tu, aku ada tegur kawan sebelah katil Wan, Ran namanya. “Ran nanti kau tolong bersihkan sampah bertimbun tu. Buangla. Kesian kat aku ni.” tapi tak dilayan pun. Aku suruh dia bersihkan sampah tu sebab aku tak boleh persekitaran yang kotor. Aku kan tepi pintu jadi bahagian sampah part aku dah setel. Sentiasa bersih kot. Hahaha. Lepas kejadian tu aku tak ingat samada aku yang bersihkan atau sape tah. Lupa. Dan lepas yang aku kena tu, aku tak kena lagi. Alhamdulillah. Maybe tempat kotor benda halus pun suka kawan. Tapi aku tak nak kawan dengan dia. Budak kecik punya pasal aku sampai nak terkucil. Luar biasa betul budak tu. Hahaha. Jagalah kebersihan ye saudara dan saudari.

Itu sahaja daripada SenahTon untuk cerita kali ini. Ada jugak kisah seram lain tapi tunggu. Eksyen SenahTon ni. Tak banyak mana pun koleksi cerita seram aku. Terima kasih kerana meluangkan masa pembaca FS sekalian. Lariii..

5 thoughts on “Koleksi SenahTon : Budak Kecik Suka Sampah”

  1. Cerita agk seram tp bila selit lawak yg entah pape. Terus cerita jd xbest. Better cik senahton tukar cara penceritaan.

    Reply

Leave a Comment