#Althea: Aku dan Azah Ep 1 (‘Ayah’)

Assalamualaikum semua pembaca setia FS. Terima kasih buat FS kerana menyiarkan cerita ku kali ini. Sebelum aku meneruskan, ingin aku katakan di sini bahawa artikel ini tidaklah seram pun. Lebih kepada pengalaman dalam dunia mistik sahaja. Aku berfikir- fikir juga jika entry-entry ku sesuai dengan FS atau mungkinkah mengundang rasa tidak senang. Berserah saja. Ini merupakan sambungan yang aku janjikan dahulu dalam entry #althea. Artikel kali ini merupakan antara pengalaman awal aku bersama Azah di dalam dunia ‘unknown’.

Terdahulu, biar aku perkenalkan Azah dengan lebih mendalam supaya pembaca memahami watak Azah dalam ceritaku ini dan yang akan datang. Azah merupakan seorang yang sangat ceria dan pandai berdikari. Memang dari sekolah dia seorang yang sentiasa senyum dan bergelak sakan. Susah sangatla nak tengok dia bermuram durja dan menangis. Aku mungkin beruntung dapat melihatnya kerana dia cerita A-Z tanpa hijab pada aku. Kadang-kadang tak berhenti cakap orangnya, sampai tak tahu macam mana nak akhiri perbualan. Ada sahaja idea dia menyambungkan perbualan. Dan kerana itu juga, dia memang sesuai sangat dengan alami pekerjaannya sebagai top sales manager di sebuah syarikat yang terkenal.

Azah ini dibesarkan dari keluarga yang kuat agama dan sangat rapat dengan maknya. Cuma dia je sedikit nakal. Dia agak sosial, tapi disebabkan perhubungan yang rapat dengan ibunya yang sering mengingatkan tentang Islam, dia memang jarang tinggal solat dan berzikir. Cumanya pada mula persahabatan kami ni, Azah sering dilema alkisah wang. Dia seorang yang bergaji besar dan dah tentu komisyen dia banyak setiap bulan. Bagi seorang wanita bujang dan tiada apa-apa tanggungan keluarga, memang terlebih dari cukup gajinya. Dia mampu beli sebuah apartment dan sebuah kereta SUV mahal dengan titik peluhnya itu.

Ya, aku sangat kagum dengannya. Aku tak mampu pergi sejauh dia sayangnya. Nasib aku tak seboros Azah. Dia sendiri mengaku, itu kekurangannya. Tak boleh ada duit di tangan. Semua boleh clear sekelip mata. Berbalik kepada keadaan kami mula-mula ‘reunite’ tu, aku sudahpun nekad untuk pulang ke kampung mencari rezeki di sana, jadi aku agak berkelapangan untuk meningkatkan ibadahku. Azah mengajak aku tinggal di apartmentnya yang sebelah sahaja dengan tempat tinggalku sementara aku menghabiskan saki baki tempoh aku bekerja dengan syarikatku.

Aku setuju, lagipun aku tak ada pilihan lain pada masa itu. Azah banyak membantu saat ini. Memandangkan kami ini berdua sahaja, selalulah ada ‘sesi ngopi’ malam-malam. Perbualan demi perbualan, akhirnya muncul alkisah aku pernah berubat sebelum ini. Kami sembang jenis tiada alas. Dan untuk pengetahuan, kami ini kedua-duanya sedikit boyish dari segi kelakuan. Detik permulaannya, apabila Azah utarakan sesuatu pada aku.

Azah: Althea, dari hari tu hang dok cerita kat aku pasal berubat sana sini tu kan? Aku rasa hang elok jumpa ‘ayah’. Dia ni selalu tolong orang weh. Method dia berhasil.

Beberapa kali Azah utarakan cadangan ini, tapi aku menolak. Entahla kenapa aku tidak mahu. Takutkah? Tak berkenankah? Wallahualam.

Aku: Dia jenis pakai ‘kawan-kawan’. Kotla jenis pelik-pelik nanti.(Aku main sebut je) Tengoklah dulu nanti.

Sehinggalah suatu hari, entah macam mana terjadi, kami ni lapar nak makan. Kebetulan ‘ayah’ Azah ni mempunyai kedai makan berhampiran. Aku relakan jela ikut sebab malas nak pergi tempat yang jauh. Terdetik juga di hatiku ini, biarlah aku tengok sendiri macammana ayah ini secara berdepan walaupun hati aku tidak sedap. Mula-mula masuk kedai, badan aku terasa berat. Aku teruskan langkah, ambil tempat duduk dan buat pesanan. Sementara itu, Azah terus ke dalam kedai mungkin berjumpa ‘ayah’nya. Aku memang tahu sedikit sebanyak niat Azah nak pertemukan aku dengan ‘ayah’.

Tak lama kemudian, Azah balik ke meja makan dan makan sama-sama. Katanya, ‘ayah’ ada hal sikit di dalam, sebentar lagi ‘ayah’ datang lepak dengan kami. Aku buat tak amek port sangat. Itu di mulut sahaja, dalam hati ada la dup dapnya. Hampir separuh makanan kami nak dihabiskan, aku dapat rasa dari jauh satu kehadiran dari arah dapur kedai. Aku cuma melihat biasa sahaja sambil cuba ‘maintain cool’. Seorang lelaki berumur antara 45-55 tahun mula menyapa dan duduk di meja kami makan.

Seperti biasa, Azah akan mula pokpek-pokpeknya dengan ‘ayah’. Seperti aku, ‘ayah’ juga berkelakuan ‘maintain cool’. Dia menyembang dengan Azah hal-hal biasa. Sesekali aku melihat dia mencuri lihat ke arahku. Dan ayat pertama dia seperti ditujukan padaku, “datang bawak banyak kawan ni”. Aku diam sahaja kerana kalau tanya aku, aku bukan tau pun siapa ‘kawan-kawan’ tu. Walaupun aku faham maksudnya, aku cuma tersengih kerang seperti tak tahu apa-apa.

Azah dengar sahaja ‘Ayah’ sebut camtu, bagai kena ‘jackpot’ la. Sebab Azah ni nak sangat tolong aku. Jadi ‘ayah’ ni bertanya la sedikit sebanyak tentang keturunanku. Aku jawab acuh tak acuh kerana aku sendiri tidak tahu banyak. Aku kurang senang sebenarnya dengan kehadiran ‘ayah’ tapi aku pula bukanlah jenis biadap pada orang tua. ‘Ayah’ setuju membantu aku, dia kata dekat rumahla. Nanti dia pergi.

Haissh, entahla macam mana nak kata. Pertama sekali, kenapa nak pergi ke rumah. Kami ni dah la dua-dua perempuan. Di kedai tu memang ada satu bilik kecil, dan aku difahamkan memang ramai yang berubat dengan ‘ayah’ di bilik kecil tu. Tapi aku memang tak banyak cakap sangat, lebih pada mengikut sahaja urutan kejadian hari itu. Kami pulang ke rumah, dan tak silap aku, ‘ayah’ sampai dalam pukul 10.30 malam.

Aku cakap teruskan jela dengan rawatan, sebab malas nak lengah-lengah waktu. Jadinya aku duduk bersila menyandar di dinding. ‘Ayah’ menghadap aku.

‘Ayah’: Aku nak buka jalanmu sedikit, nanti mu buat sendirila.
(Sepatah haram aku tak faham, tapi ikutkan jela)

Saat itu, ‘ayah’ menggunakan telunjuk kanannya menunjukkan ke arah jantungku dan berkelakuan seperti membelah kecil jantungku. Mulutnya terkumat kamit. Dia seperti nak menyambung buat sesuatu, tapi terhenti. Kerana pada masa itu, aku seperti orang lain. Orang selalu kata ‘naik syeikh’, lebih kurang camnila kot. Aku rasa seperti seorang lelaki yang ingin membuang kekotoran dalam diri. Aku rasa seperti ada bisa-bisa menjalar dalam diri. Kedua-dua tanganku bergerak dari atas kepala sampai hujung kaki. Agak lama juga keadaan aku yang seperti membuang kotoran ini. Bila tak puas hati, aku ulang-ulang perbuatan ini. Sesekali aku dengar diri aku mendengus marah. Time ini, ‘ayah’ cuma duduk jauh sedikit dari aku sambil menghisap rokok, manakala Azah tengah rakam pakai handphone. (Bagusnya kawanku seorang ini).

Apabila aku berpuas hati, dengan secara tiba-tiba aku memandang ke arah ‘ayah’. Aku rasakan perasaan marah dalam diri. Aku mula bangun seperti orang dalam keadaan kuda-kuda. Saat ini aku nampak ‘ayah’ mula bangun menuju ke arah pintu balkoni. Di bukanya pintu balkoni besar-besar. Saat itu, aku menjadi lebih marah. Entahla gerakan silat apa yang aku buat memandangkan aku tak pernah belajar silat. Ada suatu masa tu aku ingat lagi, kain batikku pakai nyaris terurai ikatan, nasibla cepat aku rasa, kalau tak, memang wayang free hari tu.

Aku: Aku mahu semua keluar dari sini. Ini cucu aku dan jadi tanggungjawabku menjaganya.
(Dalam keadaan ini, aku berjalan ke semua bilik dalam rumah. Sesekali aku berhenti di penjuru tertentu, seperti menarik sesuatu dan mengusirnya)

Tak lama kemudian, aku kembali mengulang perbuatan membuang kotoran di badan dan tersedar biasa. ‘Ayah’ cuma memerhati sambil mencangkung di pintu balkoni tadi. Sesuatu yang bermain di kepalanya. Azah masa ni tersenyum, tetapi sedikit terkejut. Dia tanyakan pada ‘ayah’ apa yang baru terjadi. Aku letih sangat untuk bertanya apa-apa. Rasa macam baru lepas kerja angkat pasir seharian. Walaupun sedikit sebanyak kejadian tu membuka mata, tapi aku rasa bertambah kurang senang dengan ‘ayah’.

‘Ayah’ menjawab pertanyaan Azah yang aku ini dijaga dan bila aku sakit, ada sedikit pertembungan. Sedikit sebanyak aku sendiri boleh ubatkan diri aku, tapi aku tak pernah cuba sendiri. Dia cakap padaku “mu ni ada jati diri yang boleh tarik macam-macam. Nanti bila-bila mu jumpa aku balik”. Aku tidak menjawab, cuma memandangnya sahaja. Walaupun aku kurang senang dengan kehadirannya, aku tetap membayar sedikit di atas ‘bantuannya’ itu.

Malam itu aku tidur dengan keadaan tertanya-tanya. Siapa, mengapa dan apa? Dan yang paling penting, aku musykil bila ‘ayah’ katakan dia membuka jalan untukku kononnya. Jawapan ini telahpun dapat aku dan Azah kenalpasti sekarang. Ya, pada masa itu, kami agak ‘naif’ dengan apa yang terjadi.

Pernah sekali ibuku datang ke Selangor, kami makan di kedai ‘ayah’. Sahaja ibuku katakan kot boleh tolong sakit di kakinya. Ayah pula menyuruh aku yang buat. Dia katakan supaya aku mengambil tenaga dari dalam dan tarik di hujung kaki ibuku. Ibu katakan dia memang merasakan seperti ada suatu tarikan dari lututnya keluar ke tapak kaki. Dan hasil ‘tarikan’ itu, ‘ayah’ suruh aku masukkan dalam botol kepunyaannya. Ini adalah satu lagi pelajaran baru buatku.

Beberapa hari selepas itu, ‘ayah’ menghubungi Azah untuk memintaku tolong dengan kedainya. Dalam hatiku, apa lagi ni. Aku mana pandai buat semua ni. Dalam terpaksa, aku pergi juga. Dia tunjukkan aku satu kawasan di kedainya. Aku mula la meletakkan tanganku di atas tanahku. Ya, memang aku rasa seperti sesuatu. Semacam tulang babi. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Aku cuba tarik-tarik dan aku rasa keluar benda tu dari tanah dan berada di tanganku. Aku cuma rasa, tapi aku tak nampak benda tu. Aku berikan pada ‘ayah’. Dia kononnya mengeluh, katanya, “ini jin tanah nak buat apa. Tak apala, mu tak boleh buat.” Yang pelik, dia pegang elok sahaja ‘benda’ itu di tangan seperti dapat emas. Tak apalah, tak boleh buat lebih bagus aku rasa, tak ade orang cari-cari aku. Aku malas nak terus berada di situ dan terus beredar.

Semasa di rumah, aku duduk di bilik dan mula berkira-kira dengan pertemuan-pertemuan aku dan ayah sebelum ini. Aku rasa seperti ada yang tidak kena. Aku mendapat firasat untuk yang pertama sekali berjumpa, dia bukan membuka laluan ku. Tapi ingin memegang hatiku. Atas sebab tidak berjaya dan aku mula ‘mengamuk’, dia bukakan balkoni untuk memanggil ‘kawan-kawannya’ masuk. Macam-macam yang masuk, dari semacam buaya dan ular, jenis hantu raya pun ada. Oh ya, aku memang tahu ‘ayah’ juga mempunyai beberapa isteri di alam lain. Walau mata aku tidak melihat, tapi rasa aku clear nampak ‘kawan-kawan’nya. Mesti anda rasa besarnya imaginasi aku. Mungkin saja. Biarlah aku dengan keyakinanku.

Kemudian, bab berkenaan kejadian di kedai, apa yang aku tarik itu bukanlah tujuan khianat orang lain pada kedainya. Ianya seperti diwujudkan oleh ‘sesuatu’, tulang babi itu adalah untuk ‘ayah’ gunakan. Cuma masalahnya, ‘ayah’ tidak boleh mengambilnya sendiri. Azah pernah memberitahuku, ‘ayah’ pernah beritahu Azah, ‘ayah’ cuma boleh tarik-tarik jin atau makhluk tapi tidak barang-barang ghaib. Dan dia sambung, aku boleh buat dua-dua. Wallahualam, kerana aku tak pernah buat pun tarik barang sampai sekarang.

Tapi selepas itu, memang aku tidak berjumpa ‘ayah’ lagi dan aku mengelak dari semacam cara apapun. Banyak kali sebenarnya ayah menelefon untuk pesan padaku supaya datang ke kedainya, tapi aku abaikan sahaja. Kepada ‘ayah’, sedikit sebanyak aku berterima kasih kerana walaupun sebenarnya tidak membuka jalanku, tapi pengalaman itu membuka mataku hari itu. Dan masa itulah aku belajar memakai botol untuk membuang jin. Memang boleh nampak jin itu ketara dari dalam botol kalau menggunakan kamera. Walaupun sekarang, dah lama sangat aku tak buat semua tu.

Mungkin pada masa itu, sedikit sebanyak aku geram pada Azah kerana sering mengikut kata ‘ayah’. Akhirnya aku tahu kenapa Azah selalu menurut sahaja kata ‘ayah’. Ini akan aku sambungkan pada entry yang akan datang. Sebab itu entry kali ini, ada episod satu. Lagipun, aku dan Azah percaya, setiap yang terjadi sudah susunan Allah. Betapa cantiknya susunan itu, sehingga kami mampu bangun dengan tenang dan lupakan hidup duniawi yang kononnya ‘gah’ seperti dahulu. Doakan langkah-langkah kami sentiasa seiring dengan kebenaran dari Allah dan bukan mainan syaitan.
Sehingga berjumpa lagi.

Assalamualaikum
#Althea

5 thoughts on “#Althea: Aku dan Azah Ep 1 (‘Ayah’)”

  1. Kata orang ikut hati mati,ikut rasa binasa.. tapi setiap kali hati ini rasa tak sedap sbenarnya dia umpama amaran kepada aku. Ada juga rasa tak sedap nk jumpa org,lepas tu bila dh lama dpt la jwapan knapa awal pertemuan atau pekenalan tu aku rasa tak sdap hati. Aku sdang mencari jwapan utk diri ni. Gangguan x seteruk mana cuma..byk persoalan. Bila bca kisah ni yg pertama dlu, ia sdarkan aku,mgkin kerana aku alpa sbb tu kena ganggu. Terima ksh penulis..kongsi lagi ya. Kalau blh scan org dri jauh hrap blh tlg sya.

    Reply
  2. Saya spt penulis juga…jika tak sedap hati tiba2 atau tak sedap hati jumpa seseorang itu seolah2 amaran utk saya berhati2…pernah juga ditenung lama oleh seseorang (sambil mulut org tu terkumat kamit baca apa ntah) di dalam bank siap ada bauan semacam lagi (aku sorang je bau) terus baca ayat Qursi byk kali sambil tenung balik orang tu hingga dia mengalah…adakah yg memberitahu saya tu “QARIN” saya sendiri?

    Reply
  3. Sebab Saudara waris keturunan Gangga Nagara+Manjung dan Beruas ..keturunan Raja-Raja Melayu Tua yang kebiasaan memang akan mempunyai kelebihan-kelebihan sebegini berdasarkan pembacaan saya …
    Kerajaan Gangga Nagara ni sejak 150 sebelum masihi lagi sudah wujud se-Era Sungai Batu Kataha Nagara dan dari satu Jurai Dinasti yang sama …Sailenderawamsa …yang pernah memegang Kuasa di Kemboja,Loas dan Thailand hari ini di Era 1500 tahun dulu … Banyak sekali Candi-candi dan Istana kota di Indochina dibina oleh Dinasti Ketomala aka Sailendarawamsa dalam Legasi Funan atau Kerajaan Persekutuan Gunung itu …terutamanya dalam era Kembojadesa ….
    Menarik …

    Reply

Leave a Comment