Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah dah 3 cerita saya admin FS terima dan publish. Terima kasih banyak-banyak admin kerana sudi publish cerita saya.
Ramai pembaca nak tau tentang apa yang saya borakkan dengan jin Islam yang dalam kongsi dalam tajuk Tumpang Kereta. Ada yang tanya, saya tak takut ke? Ada yang tak percaya. Terpulanglah kepada individu masing-masing. Apa yang saya borak-borak dengan jin Islam tu, biarlah rahsia. Cuma boleh bagitau gelaran je, BW. Kenapa BW? Sebab dia sangat minat Bruce Willis. So, saya gelarkan dia disini BW. Saya dah biasa dengan benda-benda macam ni. Alhamdulillah, setakat ni masih lagi ok dan saya memang suka interview mereka. Ok, cukup setakat ni aje kot pasal jin Islam tu.
Kali ni saya nak berkongsi kisah saya ketika saya berumur 14 tahun. Biasanya kalau cuti sekolah, saya dan keluarga saya akan balik kampung. Walaupun mak dan ayah saya balik sekejap je, tapi kadang-kadang, mereka benarkan saya dan adik-adik tinggal di kampung. Kalau duduk dekat rumah bosan. Jadi, kami duduk la dekat kampung sampai habis cuti. Arwah Nenek masih ada dan dia memang suka kalau cucu-cucu dia balik. Arwah Nenek tinggal dengan Maklong.
Cuti sekolah dipenuhi dengan segala jenis aktitviti dan permainan. Rumah Maklong saya ni tepi sawah. Kadang-kadang kami suka main-main dekat bendang, main laying-layang. Macam-macam lagi. Ada la satu hari ni, hujan turun pada awal pagi. Maka kami tak boleh la main dekat luar. Nak tengok TV tapi lepas cerita kegemaran dah habis, kami bosan semula. Nak main hujan, takut kena marah dengan Maklong dan Arwah Nenek. Mereka ni memang terkenal dengan kegarangan dan cubitan sakti mereka. Memang sakit!
Sepupu saya mencadangkan untuk bermain congkak. Kami pun setuju memandangkan dah lama tak main congkak. Apa lagi, kami terus ambil congkak yang tersimpan di bawah katil dan ambil guli (ada satu baling besar sebab sepupu saya yang lelaki suka main guli). Kami bermain di ruang tamu. Oleh kerana seronok main congkak, hari tu memang kami main congkak je. Waktu tengah hari, kami berhenti main sekejap untuk makan. Lepas solat Zohor, kami sambung kembali.
“Dah la tu main congkak. Pergi main benda lain la pulak. Tak bosan ke main congkak dari pagi?” tegur Paklong.
“Seronok Abah, main ni. Dah lama tak main,” jawab sepupuku.
Kami teruskan bermain sampai la ke petang. Oleh kerana petang tu cuaca elok, kami lepak-lepak dekat luar rumah sambil minum air the dan makan kuih karipap. Masa ni baru la kami rasa lenguh tangan sebab main congkak sejak pagi.
Malam tu, hujan turun dengan lebat. Kami dipaksa tidur awal memandangkan kami tak ada kerja lain untuk dilakukan. Kami masuk bilik, borak-borak sekejap tentang plan yang nak buat untuk esok hari, lepas tu tidur. Hujan lebat macam ni memang seronok tidur.
Dalam pukul 2/3 pagi, sepupu saya kejutkan saya untuk temankan dia ke tandas. Dia cakap dia tak tahan sangat dah. Dia ni sangat penakut. Kalau boleh dia nak saya temankan masuk dalam tandas tu sekali! Saya pun bangun la nak temankan dia. Hujan masih turun tapi dah kurang lebat. Masa kami keluar dari bilik, saya terdengar bunyi bising, macam ada benda melantun di lantai dengan kuat. Kemudian, saya ternampak ada dua orang perempuan sedang bermain congkak. Sepupu saya tak nampak pun mereka. Jadi, saya syak ini mesti makhluk halus. Saya temankan sepupu saya ke tandas. Masa nak balik semula ke bilik, dua orang perempuan tadi masih lagi bermain. Bunyi mereka main congkak sangat kuat tapi saya sorang saja yang dengar masa tu. Kalau orang lain dengar, memang dah lama bangun dari tidur sebab bising sangat, di tambah pula dengan hujan.
Saya perasan, guli yang mereka guna sangat besar. Macam saiz bola golf. Mereka berdua mungkin tak perasan masa saya dan sepupu saya keluar ke tandas tadi. Kami masuk semula ke bilik dan kunci pintu. Saya tak dapat tidur sebab bunyi guli tu terlalu kuat.
Esoknya, kami kena marah dengan Paklong.
“Korang punya kerja la ni, main congkak sampai ke petang. Semalam diaorang datang main, sampai bergegar rumah dibuatnya!” marah Paklong. Kami semua memandang antara satu sama lain. Sepupu saya yang penakut ni dah pucat dah muka dia. “Lain kali jangan main congkak sampai tak berhenti. Nanti ada orang lain yang main. Tu nasib baik dia main congkak je, kalau dia main pancaragam, mau runtuh rumah ni!”
Saya tergelak part pancaragam tu. Tak boleh bayang diaorang main pancaragam macam dalam TV tu. Sejak dari hari tu, sepupu saya yang penakut ni tak lagi berani main congkak, apatah lagi menyentuh congkak. Saya dan sepupu saya sorang lagi masih bermain tapi sekejap je la. Nanti ada orang sambung main tengah malam, susah la pulak.
Itu saja cerita saya setakat ni. Maaflah kalau cerita kali ni kurang seram. Insya Allah saya akan ceritakan pengalaman saya yang lain pula.
#butirstar
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
tengah pikir, kalau guli diorang besar mcm bola golf, lobang congkak tu muat ker..? kalau pakai congkak diorang sendiri mesti lobang nye besar gaban.
alahai.. bosan plak rasa
storyline ok.. hope for more..
ada pantang larang ke main congkak ni?
katanya lepas main, guli nak kena keluarkan, congkaknya terbalikkan (ni yg slalu dengar lah). kalau tak, malam adaaa jer yg main.
yg kes ni diorang khayal bermain dari pagi sampai petang. org tua panggil ‘berhantu’. haaa… memang berhantu pon.
Congkak mmg ada macam-macma ceritakan?
Kalau masa kecik dulu-dulu, lepas main congkak, lubang guli tu arwah nenek pesan kena isi dengan guli.
Jangan terbiar kosong. Kalau tak diisikan, kena telangkupkan congkak tu. Tapi tak la pulak arwah nenek ckp kenapa. Dah baca kisah ButirStar ni, baru tau, mungkin inilah sebabnya.
👍
Ceritanya lagi kah?
Apa main congklak bisa datangkan arwah ke??