“Penunggu Rumah Memberi Amaran”

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua! Saya Koh yang menulis cerita tentang “Roh di Makan Penunggu Tanah”. Saya ada terbaca comment2 pembaca tentang cerita saya. Dan Alhamdulillah tiada comment yang negatif. Terima kasih pembaca2 FS. Minta maaf juga jikalau cerita saya itu gantung dan tidak seronok. Sebab saya dengar cerita dari Mak saya sampai situ sahaja.

Ok saya ada satu cerita yang boleh di katakan seram juga yang di alami oleh arwah atok saya. Buat pengetahuan anda semua, Arwah atok saya juga pandai mengubati orang2 yang di sampuk atau dirasuk. Jangan hairan, keluarga kami memang ada ilmu2 perubatan Bugis. Dan buat pengetahuan anda juga. Keluarga dari sebelah Mak saya tidak ada membela SAKA. TIDAK ADA SAMA SEKALI. Keluarga sebelah arwah bapa saya pun tidak ada membela SAKA. Kalau ada pun mungkin saya tidak pernah dengar cerita. Saya cerita ini sebab saya takut ada yang kata keluarga kami membela SAKA. hehehehe

Ok, pada suatu subuh ni dalam pukul 1.30 (dengar cerita dari Arwah Atok saya anggaran dalam pukul 1.30 subuh) dia tersedar dari tidur kerana arwah atok saya ni selalu mimpi yang membuatkan dia tersedar dari tidur. Ketika arwah atok saya terbangun, dia merasa pelik. Kenapa pintu rumah terbuka. Arwah atok saya tidur di ruang tamu rumah. Lalu dia pun bangun dan menutup pintu rumah.

Ketika dia menutup pintu rumah, dia merasa pelik, mengapa ada tapak kaki orang di lantai? Berlumpur pula tu. Jadi dia pun mengikuti jejak tapak kaki itu. Sepanjang dia mengikuti kesan tapak kaki itu, dia terperasan satu benda. Laluan tapak kaki tersebut adalah laluan “Penunggu Rumah” kami. Jadi dia pun merasa tidak sedap hati. Buat pengetahuan anda semua, kalau ada ahli keluarga kami yang membeli rumah baru. Arwah atok saya lah orang pertama yang masuk ke dalam rumah itu untuk “berkenalan dan mengenali sifat2 penunggu rumah” tersebut.

Arwah atok saya meneruskan mengikuti kesan tapak kaki tersebut dan beliau terhenti di dekat meja makan rumah kami kerana dia terdengar bunyi orang mandi di dalam tandas. Dia pun hairan, siapa yang mandi malam2 begini. Semasa dia hendak mengikuti lagi kesan tapak kaki tersebut, kesan tapak kaki tu telah HILANG! Arwah atok saya pun hairan. Lantas dia menuju ke dalam tandas dan membuka pintu tandas. Tapi yang menghairankan, lantai tandas tidak basah sama sekali, baldi pun tidak ada air. Kosong!

Dia pun bercakap di dalam hati,

“Mungkin penunggu rumah ni”

Tiba2 ada suatu suara garau bercakap dari dalam dapur,

“Ya! Saya lah itu!”

Atok saya hanya mendiamkan diri dan menoleh ke belakang, apa yang dia nampak?? Seorang lelaki berambut panjang, berbadan tegap dan besar serta mempunyai paras rupa yang menakutkan. Dia hanya berdiri memeluk tubuh dan hanya merenung sahaja ke arah arwah atok saya. Mereka berdua pun saling berpandangan. Arwah atok saya kenal yang makhluk itu adalah penunggu rumah kami. Lalu dia pun menyampaikan pesanan,

“Berjaga-jaga lah, ada dua pontianak, satu ibu dan satu anak sedang berusaha untuk menganggu cucu kamu yang masih kecil. Ciri2 mereka adalah berambut panjang, mata merah , gigi taring tajam sampai ke paras dada, hidung panjang sampai ke dagu. Kalau cucu kamu mengadu ternampak benda seperti itu. Segera lah bertindak.” kata penunggu rumah kami itu.

Arwah atok saya mengangguk faham. Dan kemudian penunggu rumah kami itu menghilang dengan cara berjalan kaki tidak menyentuh lantai dan masuk ke dalam dinding. Beberapa minggu setelah kejadian itu, adik sepupu saya mengadu dia ada nampak dua makhluk seperti yang penunggu rumah kami itu katakan sedang berusaha untuk masuk ke dalam rumah kami. Bagaimana cerita nya setelah makhluk itu berjaya masuk ke dalam rumah kami? Nanti saya akan cerita kan di lain hari. Harap admin FS sudi untuk menyiarkan lagi cerita saya.

Sekian dari saya , yang buruk itu datang nya dari Saya, yang baik itu datang nya Dari Allah S.W.T harap anda semua terhibur dan jikalau cerita saya tidak menarik. Saya memohon maaf. Terima kasih semua.

9 thoughts on ““Penunggu Rumah Memberi Amaran””

  1. Dik.. Serious, citer dah menarik tapi kenape gantung terlampau pendek? nanti susah nak paham. habiskan satu citer dalam satu tajuk. pembaca happy awak pn happy, orang pon suka baca. kita tak nak ada doa doa caruts dan negatif lepas baca citer awak ni ye. thanks

    Reply
  2. Tak faham dengan sesetengah penulis ni.
    Dorang nak buat cerpen bersiri ke?
    Suka tinggal cerita tergantung.
    Untuk pengetahuan, majoriti pembaca tak suka baca kisah bersiri.
    Sebab apa? Penantian itu suatu penyiksaan.
    Kalau terlepas satu siri, lepas tu kuar pulak siri baru, confirm baca dah tak faham, blur sebab tercicir.
    Mohon elakkan hantar cerita secara runcit.
    Kalau penat menaip, hold dulu, continue sampai lengkap. Lepas tu baru submit.
    Panjang berjela pun orang baca sebab minat.
    Dan kalau boleh sila elakkan karang kisah fantasi ke mimpi ke, tak berapa nak kick orang nak baca.
    Lebih baik cerita daripada pengalaman sendiri, baru feel dia lebih.

    Sekian, aduan masyarakat daripada silent reader FS~

    Reply
  3. Serius, aku baca kisah ni mcm baca komik jepun, dah nak sampai klimak tetiba stop, ada sambungan…potong stim betul

    Reply
  4. tak payah sambung je terus, senang. habis cerita. penat plus marah plus ase nak menyepak menerajang je bila baca benda berhenti separuh jalan.

    Reply
    • Tau xpe. Macam hanett jek plk citer nk episod2 bagai. bkn panjang pn. aku klu dorg hantar citer mcm ni, mmg last aku baca. x hingin nk baca lg. main2 plk. cengey btl. menyampah

      Reply
  5. Ini hanya lah cerita rekaan semata2…
    Boleh pulak penunggu tu bagitau ad bende lain nak kacau..secara logiknya penunggu rumah tu akan berlawan blik dgn 2 ekor tu sbb dh gnggu kawasan die..logik la klo nak cerita kan dh kantoi..

    Cerita bersambung sbb ko nak cari ayat buat cerita kan..xpayah la…

    Jgn tulis lagi..xbest xde sp nk baca.

    Reply

Leave a Comment