Assalammualaikum semua warga fs. Hari ini aku nak menceritakan pengalaman aku diganggu saka arwah atuk aku sendiri untuk mendapatkan tuan baru.
Sebelum tu aku nak berterima kasih pada admin sebab siarkan cerita aku ni. Tapi kalau admin tak siarkan, maksudnya korang tak akan dapat baca cerita aku ni kan? Okey, sambung (banyak pula membebel aku ni).
First of all, aku perkenalkan nama aku dulu iaitu zai dan aku perempuan (bukan nama sebenar). Kejadian-kejadian pelik ni mula terjadi dekat aku masa arwah atuk sakit. Arwah atuk aku ni duduk sorang dekat rumah dia tapi rumah kitorang memang tak jauh dari rumah arwah atuk aku ni. So, ayah akulah yang selalu datang jenguk arwah atuk aku masa dia sakit. Suatu hari tu, tiba-tiba arwah atuk aku menjerit panggil kitorang. Mujur juga masa tu ayah aku ada dekat luar rumah. Ayah aku pun dengan lajunya berlari pergi rumah arwah atuk aku. Masa tu ayah aku memang terkejut gila sebab dapur rumah arwah atuk aku tu penuh dengan darah. Atuk aku pula dah terduduk sambil mengaduh (mungkin teramat sakit tu).
Arwah atuk aku dibawa ke hospital dan ditahan di wad dalam seminggu lebih. Kos perubatan arwah atuk aku dalam seribu lebih jugaklah. Dua orang pak cik aku ni bagi separuh duit mereka untuk kos rawatan arwah atuk dan itupun sebab didesak oleh ayah aku sendiri memandangkan keluarga aku ni bukanlah orang yang senang berbanding dua orang pak cik aku yang mana gaji diorang pun dah berpuluh ribu. Korang boleh bayangkan tak yang diorang boleh mintak balik duit diorang dekat ayah aku lepas sahaja arwah atuk keluar dari hospital. Masa tu memang rasa nak mengamuk je pastu ketuk kepala sekoq2. Nasib ayah aku berkeras tak nak bayar dengan alasan mereka juga ada tanggungjawab ke atas arwah atuk aku.
Keluar sahaja dari hospital, ayah aku terus tak bagi dah arwah atuk aku duduk sorang2 tapi tinggal dengan kitorang. Mak aku ni tak suka sangat arwah atuk aku sebab mak bukanlah menantu kesayangan arwah atuk dan nenek aku. Dengan kitorang sekali diorang tak suka. Tapi aku memang tabik dengan mak aku sebab dia still sanggup jaga arwah atuk aku walaupun kadang-kadang mengamuk jugalah satu rumah sebab arwah atuk aku ni suka sangat pergi bilik air. Tapi yang peliknya, arwah atuk aku akan terjatuh kalau nak pergi bilik air sedangkan dia nampak kuat bila malam. Seolah-olah macam ada orang pimpin. Mak bagitahu apa yang nampak dekat ayah aku tapi dia tak percaya.
Sejak arwah atuk aku tinggal dengan kitorang, aku dah mula alami mimpi-mimpi pelik tak kira siang atau malam. Kadang tu sampai aku rasa takut nak tidur sebab setiap kali aku tidur, mesti aku akan bermimpikan benda-benda seram macam ular, gambar perempuan yang tengah senyum dekat aku.
Mimpi pertama yang aku alami adalah aku berada dekat depan rumah arwah atuk aku. Dalam mimpi tu aku sorang je dan tak ada sesiapa pun. Aku pun berjalan sampai ke pintu dapur rumah tersebut dan laluan nak ke pintu dapur tu, ada bangku sederhana besar yang menjadi tempat arwah atuk aku duduk. Dalam mimpi tu, memang sebijik arwah atuk aku tengah duduk dekat bangku tu sambil hisap rokok. Tapi benda yang mengejutkan aku, mata arwah atuk aku masa tu warna hitam dan dekat muka dia penuh dengan urat-urat.
Dalam mimpi tu arwah atuk aku ada cakap yang dia nak aku jadi tuan dia dan ambil dia. Mujurlah dalam mimpi tu aku ada baca surah2 untuk aku protect diri aku. Keesokannya aku cerita dekat mak ayah aku, diorang adalah juga percaya sikit2 tapi diorang cakap buat tak tahu je.
Hari2 seterusnya, aku alami mimpi yang lain tetapi dengan niat yang sama iaitu nak jadikan aku tuan dia. Sampailah satu tahap ni, paling teruklah yang jadi dekat diri aku iaitu jalan tanpa sedar. Masa ni aku tengah tidur, tiba-tiba aku dengar macam ada orang duk panggil aku. Aku sedar apa yang jadi tapi kaki aku seolah-olah bergerak tanpa kerelaan aku sendiri. Aku pun bangun dan berjalan keluar dari bilik menuju ke pintu utama rumah aku.
Masa aku nak bukak pintu, abang aku panggil aku dan tanya aku nak pergi mana. Aku tak jawab pertanyaan abang aku dan aku pun buat pusingan āuā tapi aku tak menuju ke bilik. Kaki aku ni laju je melangkah menuju ke pintu yang menghubungkan rumah aku dengan tandas. Masa ni memang aku dah jerit panggil aku sebab risau aku macam tak sedar apa yang jadi. Bila aku dengar abang aku panggil, terus aku masuk bilik dan sambung tidur. Yang paling ngerinya, aku sempat kerling arwah atuk aku dan masa tu memang dia tengah senyum pandang aku.
Keesokannya abang aku cerita apa yang jadi dekat aku. Abang aku ni jenis yang boleh nampak makhluk2 ghaib ni. Abang aku cakap, masa aku nak buka pintu belakang, benda tu memang dah tunggu dekat luar dan hanya tunggu nak masuk je. Mak ayah aku pun punyalah risau sampai terus cari ustaz untuk rawat aku. Ustaz pertama yang aku jumpa ni cakap, arwah atuk aku ada saka dan dia memang nak aku jadi tuan dia. Masa ni memang mak aku yang paling bengang sebab aku bukanlah cucu yang arwah atuk aku sayang tetapi kenapa aku yang jadi mangsa.Proses rawatan aku yang mula2 ni tak lama sangat sebab ayah aku terus bawa aku jumpa ustaz lain sebab aku masih tak ada perubahan.Tak silap aku, dalam 2 3 orang ustaz yang cuba nak ubatkan aku termasuklah kawan ayah aku sendiri.
Pernah satu petang ni, aku tertidur. Memang masa ni aku mimpi aku nampak ada sorang budak kecik ni duduk dicelah2 famili aku. Yang anehnya, aku tak boleh dekat dengan family aku sebab budak kecik tu ada duk perhatikan aku. Dalam mimpi tu aku menangis suruh dia pergi sambil pegang al-Quran. Budak kecik tu boleh pula senyum dekat aku. Sedar je dari mimpi, aku terus bagitahu ayah aku pasal mimpi tu dan terus je ayah telefon kawan dia.
Malam tu juga, kawan ayah aku datang nak ubatkan aku.Dia ada baca surah2 sebelum tiup pada badan aku. Kemudian kawan ayah aku ni keluar dari rumah aku sambil ajak anak dan kawan anak dia untuk tolong tangkap benda tu. Lama jugalah nak menangkapnya sebab abang aku cakap benda tu liar sangat. Boleh pula benda tu lompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Dalam pukul 12 lebih malam macam tu, barulah selesai. Masa ni memang ayah aku lega gila sebab benda tu dah ditangkap.
Aku pun dah tak alami mimpi2 pelik kecuali yang satu ni.
Lepas je aku berubat, aku mimpi benda tu datang dalam rupa yang hodoh dan tinggi. Benda tu marah aku sebab tak ambil dia dan aku pula masa ni dah baca surah2 untuk hilangkan rasa takut. Aku rasa lepas mimpi yang ni, hari2 seterusnya memang dah tak ada mimpi pelik2. Ayah aku pula bawak arwah atuk aku berubat dan selang beberapa hari arwah atuk aku mula tunjukkan diri dia dah semakin lemah.
2 minggu lepas tu, ayah aku hantar arwah atuk aku ke rumah pak cik aku. Sebelum pergi tu ayah aku suruh kitorang adik beradik salam arwah atuk dengan alasan ayah aku takut yang kitorang mungkin tak dapat jumpa arwah atuk aku lagi. Betullah cakap ayah aku, seminggu lebih arwah atuk aku duduk dengan pak cik aku, kitorang dapat berita yang arwah atuk aku meninggal dunia.
Masa ni memang terasa dunia gelap sangat sebab aku rapat jugalah dengan arwah atuk aku masa saat2 akhir hidup dia. Apa yang buatkan aku gembira, masa aku tengok jenazah arwah, muka dia putih bersih je. Pertama kali aku dapat cium dahi arwah atuk aku sebab dulu aku bukanlah cucu kesayangan dia. Tapi setiap kesalahan dia pada aku, sedikit pun aku tak pernah ambil hati dan aku dah pun maafkan.
Setakat ni je cerita aku. Aku minta maaf kalau ada salah silap atau cerita aku terlalu panjang ke. Maaf juga kalau cerita aku ni tak best dan tak seseram yang korang inginkan. Banyak sebenarnya kisah aku yang ingin aku ceritakan tapi kisah aku ni still belum berpenghujung sebab dengki orang tu pada family aku. In shaa Allah aku akan kongsikan nanti.
Al Fatihah untuk arwah atuk aku.
Salam sayang,
Zai.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Hummm tak seram langsung. Penulisan perlu diperbaiki lagi. Cuba lagi
nasib baik dalam mmpi tue ko tak terima..