Aku keluar dari bilik. Petang itu cuaca tidak seperti biasa. Panas. Bahangnya seakan menyiat-nyiat kulit. Aku berdiri di koridor sambil membuang pandanganku jauh ke padang yang terbentang luas menghijau di hadapan asrama puteri ini. Suasana petang itu sunyi, sangat selesa untukku yang sememangnya amat menyukai suasana petang yang sunyi dan mendamaikan.
Aku mengatur langkah ke hujung koridor, berhampiran tangga. Aku berhenti. Mataku tidak berkedip memandang kehadapan. MasyaAllah! Indahnya pancaran matahari berwarna jingga. Ya, sungguh indah alam ciptaan Tuhan.
Aku termangu menyaksikan suasana indah itu. Burung-burung berterbangan, dan tiba-tiba, “splashhhhhhhhh!!!”
Jantungku terhenti. Aku telan liur. Ya, tidak salah lagi, pendengaranku tidak salah. Pili air di dalam tandas di sebelahku terbuka. Aku mengambil nafas dalam, lalu aku beredar pergi.
Tiada apa yg menghairankan sebenarnya apabila pili air dalam tandas itu terbuka. Namun yang menghairankan ialah apabila pili itu terbuka sendiri!
Assalamualaikum dan hai. Aku Sher, 20. Hari ini, aku akan berkongsi beberapa kisah yang mana telah diceritakan oleh ibu ketika beliau menuntut di sebuah sekolah luar daerah dan menetap di asrama. Segala nama dalam cerita ini adalah nama samaran. Cerita ini adalah kisah benar. ‘Aku’ dalam cerita ini merujuk kepada ‘ibu’ penulis.
Tahun 1992.
Aku melanjutkan tingkatan 6 di sebuah sekolah menengah di luar daerah yang agak jauh daripada kampungku. Semenjak hari pertama aku menginjakkan kaki ke sekolah ini, aura negatif sudah dapat aku rasai. Aku bukan sixth-sense, but some times benda tu yang out of sense. Aku tak kacau dia, dia yang cari hal dengan aku.
Hari pertama orientasi, cikgu dan fasilitator sudah memberikan warning.
“Sekolah ini bukan seperti sekolah lain. Sekolah ini ada peraturan khas yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, dan jika kamu mahu selamat, pastikan peraturan ini kamu tak langgar sampai habis sesi persekolahan kamu di sekolah ini.”
Peraturannya berbunyi:
– Jangan menyanyi di dalam tandas, jangan buang pad wanita merata-rata dan pastikan basuh, jangan urai rambut ketika malam, jangan ke tandas bersendirian, jangan duduk bersendirian di dalam bilik asrama, jangan bising sehingga lewat malam, dan terakhir, jangan pernah memasuki Tandas 3B.
Peraturannya sangat aku ingat kerana peraturannya sememangnya pelik bagiku. Kenapa tak boleh nyanyi dalam tandas? Kenapa tak boleh urai rambut waktu malam? Dan kenapa Tandas 3B tidak boleh dimasuki? Dan takdir Allah, aku ditempatkan di blok B, Tingkat 3, bilik 9. And guess what? Tandas 3B, sebelah bilik aku je.
Cerita 1
Aku, Yani dan kawan-kawan lain sedang mencuci pakaian di tandas ground floor. Tandas tersebut tidak berbumbung, memang khas untuk mencuci kain dan menjemur pakaian. Waktu tu senja. Tahu-tahulah bila semua dah berkumpul, memang bisinglah jadinya. Waktu tu jugaklah Yani, roommate aku yang sixth-sense ni dongak atas dan pandang ke arah blok asrama B di hadapan kami.
“Wuish, akak dah nak balik ke tuuuuu?” laung Yani sambil melambai. Aku pandang ke arah dia lambai. Kosong, hanya burung-burung berterbangan di langit.
“Woi, kau lambai siapa gila?” tanyaku hairan.
Yani ketawa. “Akak tandas bilik sebelah kita, baru je terbang balik situ tadi.”
Plap! Laju tangan aku hinggap di lengan Yani yang hanya disambut oleh tawanya.
“Rileklah Wi, kalau kita jahat dengan dia, dia jahatlah dengan kita. Jangan takutlah.”
Ya begitulah tips daripada roommate sixth-sense dan psycho itu.
Cerita 2
Aku memang jenis study lepas isyak sampai ke subuh-bila hujung minggu sajalah. Jadi malam tu, lepas isyak, aku pun duduk di meja belajar ku yang terletak berhadapan tingkap yang menghala ke koridor. Dan tingkap pula dah usang dan cermin pun dah takda. Dah rongak ibarat gigi. Masuk pukul 12, 7 orang roommateku yang lain dah masuk tidur dan tinggallah aku sendiri. Sedang aku tekun belajar Sejarah Islam tiba-tiba dapat ku rasa ada angin pantas lalu di hadapanku. Aku pandang ke hadapan.
Dia. Karmila.
Aku terdiam. Aku tak tahu nak rasa apa. Itulah kali pertama aku bertentang mata dengannya. Berbaju hitam, rambut lebat dan sangat panjang, wajahnya pucat putih macam kertas, matanya hitam, kosong, dan wangiannya seperti bunga melur, sangat wangi. Dia hanya berdiri di situ, diam memerhatikanku, sepertimana aku sedang memerhatikannya. Lalu kemudian, dia hilang.
Aku menceritakannya pada Yani esoknya. Dan Yani kata itulah Karmila. Yani siap kata “bersyukurlah kau dia tak tunjuk muka setan dia kat kau.” Amboi, sedangkan muka semalam pun dah menakutkan, apatah lagi muka setannya?
Cerita 3
Waktu itu Majlis Sukan Sekolah Peringkat Daerah, dan sekolah aku terpilih untuk jadi tuan rumah. Jadi semua pelajar yang terlibat dengan mana-mana pertandingan sukan akan datang ke sekolah kami. Hari itu pertandingan bola jaring telah diadakan. Sedang perlawanan berlangsung, tiba-tiba “aaarghhhhhhhhhhhhh”.
Bunyi wisel refree membingitkan suasana apabila seorang perempuan dari sekolah lain tiba-tiba histeria di tengah-tengah court. Seorang ustaz dipanggil untuk memulihkan keadaan.
“Siapa kau?” tanya ustaz Ali.
“Karmila.”
Ustaz Ali dan semua yang berada di situ terkejut.
“Karmila penunggu di tandas 3B?”
“Ya.”
Mata pelajar itu putih, bebola mata hitamnya tiada. Namun tidak seperti kes kerasukan yang biasanya pelajar akan lari sana lompat sini, pelajar ini hanya duduk diam dan menjawab setiap pertanyaan ustaz dengan tenang.
“Bukankah kau sudah berjanji tidak akan menganggu pelajar di sekolah ini?” soal ustaz.
Pelajar itu mendengus lalu kepalanya bergerak-gerak.
“Ya! Tapi dengan syarat mereka tidak berbuat kotor di tempatku! Tempatku kotor, busuk! Aku tidak suka!!!” Pelajar itu menjerit, marah.
Ustaz Ali mengeluh. “Apa yang kau mahu kami lakukan supaya kau lepaskan pelajar ini?”
“Aku ingin berjumpa semua pelajar perempuan yang sedang berada si sekolah ini.”
Semua pelajar terkejut. Aku yang berada di situ lagilah terkejut.
Lalu atas arahan pihak sekolah semua pelajar perempuan diarahkan berkumpul di padang sekolah saat itu juga. Sambil diawasi para ustaz, pelajar itu ataupun ‘Karmila’ menyentuh tangan setiap pelajar perempuan di sekolah itu. Saat tiba giliranku, aku sumpah cuak. Jantungku berdebar. Dia menyentuh tanganku. Dingin. Dingin sangat. Macam ais.
Tiba-tiba dia memandangku tajam. Matanya masih putih. Mukanya pucat. Walaupun dihadapanku itu manusia namun hakikatnya perasaan takut itu masih ada.
“Harwina…” Dia sebut nama penuh aku! Semua mata tertumpu padaku.
“Janganlah takut sangat, kamu bukan orang yang aku cari.” katanya sambil tersenyum lalu berlalu kebelakang. Wuishhhh bapakkk ah dia boleh rasa tahap takut aku macam mana hahahaha
Selesai 70 pelajar di’scan’, pelajar itu kembali ke hadapan bersama para ustaz.
“Pelajar itu bukan pelajar sekolah ini.” katanya tidak puas hati.
“Karmila, lepaskan pelajar ini.” Ustaz Ali membawa bicara.
“Baik, tapi aku mahu tempatku dibersihkan. Aku benci tempat kotor.”
“Baik.”
Usai sahaja ustaz berkata begitu, terus pelajar itu rebah menyembah bumi.
Dan hari itu juga, kami semua telah mengadakan gotong-royong perdana. Dan hasil gotong-royong kami, kami jumpa banyak pad wanita yang tak berbasuh, merata-rata tempat. Patutlah dia mengamuk. Pandai jaga kebersihan jugak rupanya ‘benda’ ni.
Cerita 4
Kejadian inilah yang paling menggemparkan satu sekolah aku dulu. Al-kisahnya, ada seorang junior bernama Raisa. Raisa ni baik orangnya, pendiam, dan tanpa diketahui rupanya dia sixth-sense. Pada suatu petang yang indah, tiba-tiba sekolah digemparkan dengan bunyi siren. Bunyi jeritan daripada blok Tingkatan 4 sangat membingitkan suasana. Aku sebagai salah seorang pengawas bergegas ke tempat kejadian.
Sesampai aku di sana aku terus diarahkan untuk bersama para pelajar lelaki dan para ustaz dan pengawas yang lain untuk kejar si Raisa ni. Aku pun tanpa usul periksa dengan muka penuh tanda tanya pun join je lah adegan kejar mengejar ni. Sumpah penat weh, satu sekolah kami tawaf. Budak tu punyalah laju lari. Macam pelesit. Sampailah dia ke satu blok ni dia naik sampai rooftop, then dia nak terjun! Nasib baik ada seorang senior lelaki ni dapat tangkap adik tu kalau tak dah arwah agaknya sekarang.
Bila dah tangkap pelajar tu meronta lepas tu pengsan. Kami pelajar perempuan diarahkan untuk bawa pelajar tu ke bilik kaunseling. Di bilik kaunseling, Raisa terpaksa diikat ke kerusi dan ditahan supaya tak lari. Jenuh nak kejar woi kalau terlepas. Lepas tu, Ustaz Ali masuk je terus budak tu buka mata. Seram, mata dia merah. Dia pandang je ustaz tu. Dia mendengus marah.
“Keluar kau. Aku benci kau!” Jeritnya.
“Kenapa kau menganggu pelajar ini? Apa salah dia?” Ustaz Ali menyoal tenang.
“Dia tidak salah apa-apa.” Jawab Karmila.
“Habis tu?”
“Aku nak berkawan dengan dia.”
Terundur Ustaz Ali dengar jawapan Karmila. Kami pun terkejut. Nak berkawan?
“Aku sunyi. Dia yang selalu menemani aku. Dia baik. Aku suka dia.” Sambung Karmila lagi.
“Kamu tidak boleh buat begitu, Karmila! Dia masih hidup! Dunia kamu berbeza!” suara Ustaz Ali mula naik seoktaf.
Mata Raisa menjegil memandang Ustaz Ali.
“Sebab itu aku mahu bawa dia bersama dengan aku!”
Terbeliak mata aku dengar dia cakap macam tu. Patutlah dia nak bawa terjun budak ni tadi! Astaghfirullah…
Ustaz Ali meraup muka sambil beristighfar. Dia mengeluarkan garam lalu diletakkan di ibu jari kaki Raisa. Apa lagi, meroyanlah setan tu.
“Sakit bodoh! Sakit! Lepaskan aku!!”
“Kau tinggalkan pelajar ini! Jangan ganggu dia!”
“Tidakkk!! Aku suka dia! Aku nak berkawan dengan dia!! Aku sunyi!”
Sekejap Raisa menangis, lepas tu dia mengilai. Lepas tu dia merayu minta di lepaskan, tak lama lepas tu mengilai lagi. Nasib baiklah sis ni hati sado sikit layan je lah setan ni. Daripada perasaan takut jadi menyampah pulak tengok perangai setan ni degil sangat.
Tengah Ustaz Ali fight dengan benda tu, datanglah sekumpulan ustaz ke bilik kauseling tu. Ustaz-ustaz ni semua dari Masjid daerah (Masjid ye nak. Bukan Majlis daerah). Masuklah seorang demi seorang ustaz ni ke dalam bilik kaunseling tu sambil berzikir. Tapi ada seorang ustaz ni tak masuk, ustaz tu berdiri je kat hadapan pintu.
Ustaz Ali bertanya “Syed, kenapa tidak masuk?”
“Maaf ustaz, tetapi pelajar itu tidak menutup aurat dengan sempurna.” Haaa terkesima tak dengar jawapan dia? Aku pun macam wow. Mesti deep ustaz-ustaz lain tu.
Lepas tu, tiba-tiba je si Raisa ni menangis. Menangis yang tersedu-sedu, sedih sangat. Ustaz pun tanya, “Kenapa kamu menangis?”
Raisa menunjuk ke arah pintu sambil menangis.
“Cahaya… Aku nampak cahaya…”
“Cahaya apa?” soal ustaz.
“Cahaya. Putih. Cantik sangat.”
Aku pandang ke arah cahaya yang dia maksudkan. Yang aku nampak hanyalah Ustaz bernama Syed yang taknak masuk tadi tu. Aku hairan.
“Aku nak pergi ke arah cahaya tu… cantik…” katanya sambil tersenyum.
“Pergilah.” kata ustaz.
Dia menggeleng. “Aku tak boleh…”
“Kenapa?”
“Cahaya itu adalah lelaki…”
Lalu dia menangis sedih sekali. Aku tengok Ustaz Syed. Dia ke cahaya tu?
Tak lama kemudian, Raisa senyap. Rupanya Karmila sudah pergi. Raisa pun dirawat dan malam itu juga ibubapanya bawa dia balik.
Cerita 5
Benda ni terjadi bila aku terpaksa tidur satu malam lagi dekat asrama sebelum cuti sekolah. Sebabnya; aku terlepas bas untuk balik ke kampung aku pada hari itu. Malam tu, kawan-kawan aku pun masih ada lagi yang tinggal dekat asrama. Malam tu aku tidur awal. Pukul 9 malam lagi aku dah tidur. Roommate aku ada juga, tapi masing-masing pergi bilik aktiviti menonton TV dan berdating. Maklumlah, dah nak naik cuti panjang.
Aku pun tidur. Tapi masa aku tidur, aku ketindihan. Aku macam antara mimpi dan sedar, aku nampak ada seorang perempuan, berkemban, rambut basah sedang duduk hujung kaki aku sambil mengilai. Memang mengilai macam Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam tu. Tapi aku tak boleh nak bangun.
Lepas tu, aku tersedar, aku nampak Qis depan aku. Dia kata “Wi, jomlah join kami. Ahmad pun ada sekali. Kami kat sana tu haa…” Dia tunjuk satu tempat ni. Aku kata “Tak apalah, aku penat sangat.” Lepas tu Qis cakap, “Beraninya kau Wi. Kau tahu tak, kau seorang je tido dekat satu blok B ni?” Aku geleng dan cakap “Tak ada apa lah. Okey je.” Lepas tu aku pun tidur balik. Aku tak sedar dah Qis keluar.
Esoknya aku bangun, aku tengok semua bilik dah kosong. Aku pun mandi dan bersiap. Aku masuk bilik je aku tengok Qis tengah kemaskan katil dia.
“Nak balik dah Qis?” soal aku.
“Ha’ah Wi. Semalam kau okey tak?”
“Okey je. Kau buat apa naik bilik pukul 3 pagi semalam?”
Qis senyap.
“Qis?” Aku toleh pandang Qis dekat belakang aku.
“Bila masa aku naik bilik Wi? Aku dekat bawah je lah ngan dorang.” Muka Qis hairan.
“Kau biar betul? Kau siap ajak aku lepak ngan kau kat sana…” Aku tunjuk arah dia tunjuk semalam. Qis pandang arah yang sama.
Aku baru perasan. Arah dia tunjuk semalam tu, adalah hutan! Hutan belakang asrama! Aku telan liur.
“Habis tu, siapa semalam tu, Qis??” aku toleh belakang.
Allahuakbar! Wajah pucat dengan mata hitam terperosok kedalam betul-betul terhidang dimataku! Dia menyeringai.
“Qis dah balik Wi. Hahaahahahaahahahaaaaahaaaaaaaaaaaa”
Ibu aku ditemui pengsan oleh aunty sekuriti yang menjaga asrama puteri itu. Bila ibuku sedar, dia dah berada di rumah. Menurut nenekku, ibuku meracau-racau sepanjang perjalanan balik ke kampung. Ibuku dirawat dan dipindahkan daripada sekolah tersebut.
Begitulah cerita zaman sekolah ibu aku dahulu.
Okey, siapa Karmila? Karmila merupakan seorang pelajar Tingkatan 6 di sekolah tersebut dan telah terlanjur bersama kekasihnya. Kekasihnya tidak mahu bertanggungjawab dan kerana itu, Karmila telah menggantung dirinya di dalam tandas 3B dan mati di situ. Menurut cerita mayatnya ditemui 3 hari selepas dia membunuh diri. Ketika zaman ibu aku, kerusi dan tali gantung yang digunakan oleh Karmila masih dibiarkan di dalam tandas tersebut. Dan tandas tersebut ditutup.
Roh Karmila telah mengganggu pelajar-pelajar di sekolah itu. Karmila suka menyamar menjadi pelajar sekolah itu, mana-mana pelajar yang suka menguraikan rambut mereka waktu malam akan diganggu dan di tarik rambut mereka. Yang suka menyanyi dalam tandas pula, dilaporkan ada pelajar menyanyi lagu cindai ketika mandi, lalu Karmila menyambung nyanyian tersebut.
Akibat daripada gangguan yang terlalu banyak, ustaz-ustaz di sekolah itu telah membuat perjanjian dengan Karmila agar tidak menganggu pelajar di sekolah itu. Karmila meletakkan syarat agar kawasannya sentiasa dalam keadaan bersih.
Sampai kini sekolah tersebut masih wujud, namun tidak tahulah sekiranya Karmila masih lagi menjadi legend sekolah itu.
Sekian, adios amigos! Jumpa lagi!
Q & A – Article ‘Best Friend’
– yepp hi people! akulah Sher, penulis ‘Best Friend’ tu. Ramai nak tahu apa jadi dengan aku dan juga Bunga, kan?
√ Aku dan Bunga dah lost contact. Last aku nampak dia masa ambil result SPM.
√ SPM Bunga yer? Not bad jugaklah, Alhamdulillah. Tapi dia tak puas hatilah. Huhu
√ Bunga tak pernah contact aku, minta maaf ke apa, aku pun dah tak tahu dia kat mana sekarang. Mungkin tengah baca article ni, mana tahuuuu
√ Aku? Alhamdulillah dah okey dah hehe
√ Pendinding dalam? It’s Iman awak. Kuatkan dengan solat, ibadah sunat and anything yang mendekatkan diri dengan Allah.
√ Pendinding luar? It’s basically surah-surah lazim je. But nenek aku ada ajarkan beberapa ayat yang dia pakai jugak tapi aku pun tak berapa pakai sangat sebab aku rasa bacaan dia pelik. Pakai surah lazim je, doa penghapus sihir, doa penghalang santau semua tu amalkan before makan or anything.
Thanks for your support everyone, and untuk doa-doa kalian, only Allah can repay your kindness.
Hantar kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
serius seram..best !!!
BESTTTTT!!!!!!!!
8.2/10
seram !
best..hakak bg 8/10 la..huhu
Cerita seram yang ade unsur persahabatan dan kasih sayang…
Lg best antu pn tau jage kebersihan, yg manusia plak tau mengotorkan jer…
ikr , and bab ustaz tu mmg deep parah
tiap kali sekolah berhantu.hantu perempuan tu memang terlanjur dengan kekasih ke?
sekolah lama aku pun sama.
nama Karmila juga.suicide sebab bf dia tak nak bertangungjawab.
8/10
amboi…lewat juriFS bg point arini..
Serius best sngt.. Seram 9/10
9.7/10
pipah suka cite ni
jgn lupe kawan2 sume…yang menjelma bukan roh x tenteram ke ap…tapi tipu muslihat syaitan untuk menyesatkan manusia…hantu, iblis dan syaitan adalah dari golongan jin…dan jin ada yang islam dan ada yang kafir…boleh rujuk buku “Biografi JIN” karya Sheikh Mohd Faizal Bin Omar…
bagi setiap yang mati akan terus ke alam barzakh…xde dalil yang menyebut roh x tenteram akan bertukar jadi hantu…
tapi ada baiknya jugak jin karmila nie…sukakan kebersihan…mungkin sebagai peringatan kepada umat manusia supaya menitikberatkan kebersihan…wallaualam….
Lagu cindai dh ada ke 1992, siti nurhaliza masuk pertdningan rtm thn 95…
maybe lpas tahun 1995 la kot cikde…
Betoi juga, selepas itu, Mungkin ada kesinambungan si Karmila tu, wallahualam
Yang ni wins???
boleh la..seram gak