Hi & assalamualaikum pembaca FS. Ni adalah entri kedua aku di FS. Aku bukan seorang penulis tapi cuma nak menulis coretan pengalaman aku utk share kpd korang. Cerita sblum ni ada yg kata cerita aku tak logik. Itu hak korang nak cakap apa, aku share pengalaman aku. Nak percaya atau tidak tu terserah. Terima kasih kpd admin klau sudi publish kan cerita ni. Cerita kali ni aku share tentang pengalaman aku & kawan kawan menyewa di sebuah rumah yg terletak di Seremban 3.
Aku 18 tahun. Saja nak merantau. Dari Ipoh ke Seremban dgn kawan kawan. Aku, Lina, Zara, Cah & Yani. Last minute baru dapat rumah utk sewa. Rumah teres dua tingkat yg terletak di Seremban 3. Kami menyewa situ sblum uitm kat situ naik lagi. Now, dah bertahun aku tak masuk seremban 3 dah. Tapi setiap kali dari Port Dickson (PD) otw ke Seremban & terlihat jalan masuk Seremban 3, terbentang luas dalam fikiran kenangan pahit aku kat rumah sewa tu. Rumah tu pemiliknya seorang India. Dia pemilik yg tak pernah tinggal kat situ. Tapi menurut pemilik, rumah tu dah 10 tahun. & 10 tahun tu belum ada siapa2 lagi yg duduk or menyewa. Which means kami adalah orang pertama yg duduk situ, ‘maybe’. Cah cuma deal melalui telefon je.
Sblum masuk rumah, kami datang niat nak bersihkan rumah. Tapi bila smpai aku rasa nak je cakap tak payah lah sewa situ. Sampai je depan rumah, keadaan rumah yg mmg seram & bersemak samun. & aku rasa rumah tu dah jadi macam2 port. Aku membebel lah apa lagi. Tapi bila aku tengok2 keadaan rumah tu mcam dah ada manusia yg pernah duduk situ. Tah, malas nak fikir. Bekas tempat pemujaan seseorang pun ada. ‘Ah mengarut lah!’ aku bermonolog dalaman. Aku pun intai ke luar melalui tingkap ruang tamu. Mata ku menangkap satu susuk tubuh nenek tua bertongkat melintas rumah aku lalu memandang ku. Aku cuma senyum & nenek tu teruskan perjalanan. Btw, jiran2 situ jenis buat hal sendiri & masa tu banyak lagi rumah kosong takde orang duduk.
So kami decide nak upah orang je untuk bersihkan semua sbb kami takdapat stay sini & kena balik Ipoh dulu. Lepas seminggu, kami datang balik dgn barang2. Sblum aku masuk rumah tu, orang yg diupah tu ada kat dpn pintu & panggil aku dgn syarat tangan. Masa tu dia nak balik dah ntah siapa yg jemput dia aku tak pasti tapi dia cuma pesan ‘hati hati kat rumah ni. banykkan baca Al Quran ye dik’. Aku angguk & senyum je. Sblum masuk ke rumah, sekali lagi aku nampak nenek tua haritu melintasi rumah lagi. ‘Hmm, misteri lah nenek ni’.
Perasaan aku bercampur baur. Rasa berat nak duduk situ, tapi kawan aku semua excited. Lain sangat. Macam macam aku rasa. Rumah tu ada 4 bilik. 1 kat bawah, 3 kat atas. Dua bilik kongsi satu bilik air & berdepan dgn master bedroom. So aku share bilik dgn Cah. Bilik sebelah pula Yani. And master bedroom Lina, Zara. Bilik bawah tu kosong je. Sedang aku leka mengemas barang aku di bilik, aku terlihat satu buku kat hujung bilik. Aku capai buku tu. Berhabuk & kulit nya keras. Bukan buku biasa. Aku tak faham apa judul buku tu & selak buku tu. Aku tunjuk kat Cah. Cah ni lain sikit, macam ustazah gitu. Cah marah & minta aku buang. Kata Cah tu macam buku mantera. Tergerak hati aku nak tanya orang yg diupah utk kemas tu. Aku minta no. nya dari Cah. Aku tanya klau2 buku tu milik dia. Katanya tu bukan buku dia & dia dah buang pun buku tu masa kemas. Dia pesan jangan cuba nak buka buku tu klau buku tu ada balik kat situ. Aduh aku dah terbuka kot?
Utk elakkan buku tu ada balik, aku alih almari kat situ. heheh bijak tak? Tak bijak. Lepas aku alihkan almari. Kau tahu apa jadi? Ada satu suara membisik di telinga ‘nak main2 dgn saya ke hahahahah’. Aku tepuk2 telinga aku sambil baca ayat kursi.
Lepas beberapa hari, rumah dah complete semuanya, cantik! Aku kerja di sebuah butik. Keluar pagi balik petang & kadang smpai malam. Rumah mmg takde siapa klau waktu kerja. Yang lain juga sibuk bekerja. Yani pula kerja di KL yg mmg pulang lewat sbb berulang.
Seminggu awal aku duduk situ takde apa pun berlaku. Lepas dari tu, macam2 jadi. Bunyi bayi menangis setiap malam tu dah jadi sebati dalam hidup aku masatu. Awal mmg takut tapi lama2 dh terbiasa. Bayang hitam melintas, ketukan pintu macam nak roboh, bunyi air menitik padahal tak pun, em biasa dah lah semua tu. So suatu malam tu, aku balik dari kerja waktu magrib. Sampai je rumah & park kereta aku nampak Lina mengintai aku dari cermin tingkap bilik dia. Dalam hati lega lah tak sorang2 kat rumah. Masuk je rumah, Lina duduk dpn tv & jemput aku makan apa yg dia masak. Tanpa melengah aku terus makan, ya mee goreng basah favorite aku! Aku borak dgn Lina mcm biasa. Selesai je makan & mengeteh dpn tv, aku naik atas utk mandi. Titiba hon kereta berbunyi. Aku turun lah nak buka pintu. Alangkah terkejut nya aku Lina baru balik dari kerja dgn Zara. Allahu. Aku nak kepastian. Aku tanya Lina ada balik rumah ke. Kata Lina takde pun, kereta dia rosak & tunggu Zara jemput. So, aku borak dgn siapa tadi? Aku makan apa tadi? Terus terasa nak muntah. Allahu. Muntah aku ada segumpal rambut, cacing & darah. Aku tak cerita perihal ni kat dorang. Aku bersihkan & ambil wudhuk utk solat supaya tenang. Aku fikir habis smpai situ je. Rupanya bole pula dia ikut aku solat sambil gelak. Hilang khusyuk aku, bergetar lutut aku. Aku rasa macam dah melampau sngt smpai menyerupai Lina & bagi aku makan bukan2. Rasa geram tersemat di hati. Masatu zaman fb lagi. Aku chat Cah utk cerita apa yg jadi & tanya klau dia kenal mana2 ustaz yg boleh tolong aku. Benda tu marah & dimatikan nya laptop aku. Grrrr! Bertambah geram aku. Terus aku jerit ‘aku tak kacau kau lah setan!’. Benda tu betul2 menyakitkan hati aku, dia boleh pula gelak lepas aku jerit. Aku terus siap2 nak keluar. Aku pergi mcd & buka laptop aku. Aku buka chat Cah balik. Alhamdulillah, ada ustaz yg sudi nak tolong kami. Cepat betul Cah buat kerja. So aku kata hari jumaat lah ustaz datang since aku & Cah cuti hari tu. Yang lain belum tahu lagi perkara ni. Kekadang terfikir juga, aku sorang je ke diganggu? Malang nya aku.
Aku tidur rumah nenek di pd. Rasa trauma makan ‘mee goreng’ tu belum habis lagi. Dalam geram geram takut juga weh. Hari jumaat pun tiba. Ustaz tu datang dgn pembantu dia. Yang lain takde rumah masatu. Sampai je depan rumah. Ustaz tu terus geleng2 kan kepala dia. Cah bagi salam. Ustaz jawab salam & terus cakap ‘rumah apa lah yg kamu duduk ni’. Ustaz tak melangkah masuk tapi bercerita terlebih dahulu di luar. ‘Awal2 lagi saya dah kena. Susah betul nak cari rumah kamu ni. Padahal senang je. Brapa kali lalu lorong ni tak nampak pun rumah kamu. Setengah jam baru jumpa lepas baca2 sikit.’
Ustaz tu melangkah masuk dgn pembantu dia. Ustaz minta aku & Cah tunggu luar. Lepas ntah brapa minit, ustaz keluar. Katanya ‘saya takdapat nk tolong kamu. Saya bukanlah power mana (sempat bergurau ek). Benda tu kuat tambah2 pula ada yg memuja dia sblum ni. Rumah ni dah jadi sarang dia. Seeloknya jangan duduk dulu sblum lain yg teruk jadi. Saya akan cuba cari ustaz yg betul2 bole tolong bersihkan rumah ni’. Gerun aku dgr ustaz tu cakap mcm tu. Jadi serabut nk tidur mana lah kawan2 nanti.
Nak taknak kami diamkan & buat macam biasa since kawan2 pun tak pernah kena ganggu melainkan aku sorang. Baru aku teringat, buku tu! Maybe sbb aku selak buku tu so aku je kena ganggu? Ahad tu kami semua pulang awal. So malam tu kami lepak berempat kat master bedroom kecuali Yani. Yani balik lewat sikit dari kami, so maybe dia penat.
Aku tertinggal charger kat bilik. So aku nk pergi ambil. Otw je aku nk pergi bilik, aku dgr Yani tgh cakap sensorang. Pintu dia terbuka sikit, so aku nampak dia ckp sorang2 & bukan ckp dgn telefon. Lagipun hp dia kat bilik aku tgh charge sbb soket bilik dia rosak. Aku berdiri je situ cuba utk curi2 dengar. Dia tak cakap bahasa melayu weh! Macam mantera pun ada. Dia terus pandang aku dgn mata buntang membesar! Aku lari peluk Cah. Pintu bilik Yani terhempas kuat. Terkejut kiteorg dibuatnya. Zara pula jenis berani + blur sikit pergi jerit ‘wei Yani kau tak reti nk tutup pintu slow2 ke, ingat pintu bapak kau!’ aduh Zara ni. Terus Yani bersuara tapi bukan dgn suara sebenar dia ‘KAU DIAM!’ serious aku kata Zara ni mmg blur! Ada ke gilanya dia pergi ke bilik Yani? Allahu mengucap panjang aku tktau nk buat apa. Cah cuba nk stop kan dia tapi terlambat. Dia dah masuk bilik Yani & Yani tengah cekik dia. Lina dh nangis2 ketakutan dah. Aku dah tergamam & aku tahu tu bukan Yani. Aku nampak buku mantera tu kat atas katil Yani. Aku yakin dia mesti buka buku tu. Cah terus jerit ‘ALLAH!’ & azan berkali2. Jantung aku ntah berlari ke mana dah rasanya, ayat kursi pun tunggang terbalik dah aku baca. Bergetar2 weh bibir aku, menggigil badan aku.
Terus Yani lepaskan Zara. Then Yani berlari turun kebawah. Cepat sangat dia lari smpai tak sempat nak pegang. Cah cepat2 call ustaz, minta bantuan skrang juga. Then kiteorg semua turun bawah nak tengok Yani. Allah! Yani hiris jari dia and sedut darah tu! Cah cepat2 buang pisau tu & pegang Yani kuat2. Yani jerit2 ‘aku lapar! aku lapar!’.
Sementara tunggu ustaz kiteorg keluar, niat nak tunggu kat kedai makan. Tapi time kiteorg nak masuk kereta tu, nenek yg aku nampak melintas rumah tu datang & ketuk cermin tingkap. Aku buka lah. Nenek tu kata ‘nak pergi mana dik. baik tunggu sini. benda tu bole je ikut, benda tu jahat takut nnti kamu semua menimpa malapetaka atas jalan raya pula’. Ah sudah! Makin misteri lah nenek ni. Jadi kami pun dduk dalam kereta sambil buka ayat Al Quran. Yani? Tak payah cakap lah dia mengerang mcam mana.
Lepas beberapa minit, ustaz tadi pun smpai dgn ustaz yg lain. Memula ustaz ubatkan Yani dulu. Kami tak dapat tengok sbb ustaz tak bagi huhu. Lama lah juga. So malam tu kami tidur rumah nenek aku je. Kami balik Ipoh dah lepastu. Lepas beberapa hari, ustaz kata rumah tu dah bersih dah. Cuma kami taknak duduk dah. Kami cuma datang ambil barang kami je. Kata ustaz rumah tu bekas tempat pemujaan & ilmu hitam. Orang tu dah mati. So dia punya benda tu berlegar je kat rumah tu tanpa tuan. Buku mantera tu ustaz ambil & hapuskan. Punca Yani jadi macam tu sbb dia cuba baca mantera tu. And aku turut diganggu sbb buka buku tu. So pemilik rumah tu tipu kami je takde siapa duduk lagi! Geram rasanya. Tu lah pengalaman merantau di tempat orang. So, siapa sebelah awak tu?
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Sebelah saya, awak lah~~~~~~~~~ *teeeettttttttttt
Sebelah cikde malaikat… Jaga diri jaga peribadi..
Suka ngn trademark last awk tu. Btw xkisah la org kata xlogik ke, pnambah prisa ke,ajinomoto ke. Jnji crita saudari syok. Papepown kipidap….
padu citerni
Apa tajuk cerita awak sebelum ni? Ce letak trademark. boleh follow. hehehe
Siapa nenek tu? Tak tanya ustaz ke pasal dia?? Dia betul2 ingin membantu ke dia bermuka2??
bapak lah seram cerita ni!
so sape nenek tu?
org kwsn perumahan tu takde sape2 cte ke gangguan2 yg penah blaku.
Payah nya nak cari penyewa umah yg jujur…nak2 bab umah dia ada angker.
Kalau murah sgt tu..mmglah bersebab ler umah dia…