Tajuk: Peperangan Bermula
Penulis: XXXXXX
Genre: Science Fiction
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Besar. Bertemu lagi kita? Kepada yang sabar menunggu, terima kasih. Kepada yang tak pernah follow, don’t worry. Jangan stress-stress.
Aku dalam watak ini adalah penulis sendiri, seorang manusia biasa yang bisa travel ke suatu alam yang penuh misteri, sebuah alam yang tidak jauh dari alam manusia, namun tidak senang untuk seseorang itu menjejakkan kaki kesana.
Nah, setelah beberapa kali aku berdoa lepas solat agar aku dibawa sekali lagi disana, kali ini doa aku dimakbulkan. Kali ini aku tak hanya menunggu, aku meminta, hari-hari aku menyeru Elon untuk dia datang bawak aku ke situ. Ngam-ngam malam hari raya aidilfitri ke-3, jam 11 malam, pintu bilik aku diketuk. Aku ingatkan mak aku nak minta tolong apa-apa, maklumlah anak jantan yang jarang-jarang balik kampong. Sekali sekala balik mesti nak dikerahkan membuat itu ini. Namun, sangkaan aku meleset. Aku buka pintu, cahaya biru terang menyuluh dari luar pintu bilik aku. Angin yang kuat menyerpa masuk. Aku agak terkejut kerana terus ‘directly’ dipampangkan pemandangan dunia sana. Lain pulak kau bawak aku kali ni ye mambang..( Getus hatiku).
Indah…Itu adalah perkataan yang aku dapat aku gambarkan keadaan alam itu. Di sebuah tanah lapang di tengah-tengah bangunan yang tinggi, ada satu sosok tinggi berpakaian ‘robe’ putih bercahaya sedang memanggil aku. Aku toleh belakang, bayangan bilik aku sudah tiada. Semakin aku dekati makhluk yang aku seakan-akan kenal itu, aku dapat cam. Itu adalah Him! Ya, Him yang katanya telah terkorban semasa peperangan di bulan. Aku berlari-lari anak menghampiri Him sambil ingin memastikan bahawa itu benar-benar dia atau pelanduk dua serupa.
Alangkah gembiranya hati aku, yang itu benar-benar Him. Tanpa aku sedar aku memeluk Him dan pelukan aku dibalas oleh Him. Air mata jantan mengalir membasahi pipiku. Masih hidup rupanya ‘sahabat’ aku dari alam lain itu. Him hanya ketawa besar melihat aku menangis. Suara dia yang garau tu buat perasaan sedih bertukar kepada gerun.haha.
Lupa aku nak bertanya dia, apa yang terjadi di bulan tempoh hari, Him terus membawa aku menaiki kapal angkasa yang sudah tersedia dibelakangnya. Dalam kapal angkasa itu terdapat lebih kurang 12 orang tentera yang berpakaian biasa. Macam ‘off-duty’ lah kiranya.
Him: Dah lama aku tak berjumpa dengan kau. Apa khabar orang tua mu?
Aku: Alhamdulillah, diorang sihat. Tapi kau kenal ke dengan mak dan ayah aku.
Him: Aku pernah bawa bapamu ke sini dahulu. Begitu juga bapa kepada bapa kamu.
Aku: Him, aku nak tanya, apa yang terjadi peperangan kau di bulan haritu? Elon kata kau dah mati?
Him: Hahahaha…(Sekali lagi dia ketawa deras)
Aku: Jawabla soalan aku.
Him: Kau fikir senang kami nak dikalahkan (sambil menunjukkan rakan-rakannya yang lain, mereka semua ketawa)
Aku: Dahtu? Kenapa Elon bagitahu aku yang kau dah mati?
Him: Kami Berjaya disana. Cuma tidak terus pulang. Sengaja Elon tipu kau tentang perkara itu. Kami ada misi rahsia di sana sebelum kami dapat pulang ke sini. Ada segelintir makhluk yang mengikuti kau dengan niat mengetahui rahsia negara kami. Atas dasar itu aku minta Elon memalsukan kematian aku.
Aku: Ha? Siapa yang ikut aku? Aku tak pernah nampak la pulak…
Him: Jin, jin kafir. Memang kau tak akan nampak sebab jin itu tidak mahu kau tahu dia mengekori kau. Makhluk terkutuk tu ditugaskan untuk mendapatkan maklumat tentang kami, sejak mereka tahu kamu pernah datang ke sini bertemu aku.
Aku: Habistu? Macam mana? Jin tu ada dalam rumah aku ke sekarang? Ke dia ikut kesini?
Him: Sebab itu aku bawa kau kesini malam ni. Aku nak dia ikut kau. Selebihnya kami akan uruskan.
Aku: Apa-apa jelah. Jangan sampai dia apa-apakan aku sudah.. (sebab aku tak faham permainan mambang-mambang ni.haha)
Fikiran aku melayang melihat pemandangan disana melalui jendela kapal angkasa itu. Kapal itu melalui sungai-sungai jernih dan rumah-rumah yang tersusun dan kemas. Tiada pencemaran barangkali disini.Udaranya bersih, tanahnya subur, airnya jernih. Tapi memanglah jauh cantiknya berbanding syurga yang abadi aku rasa. Pemandangannya lebih kurang kat dunia kita.Alah, macam kat Iceland, Holand, dan di tempat-tempat yang sejuk, cantik, tetapi moden. Tapi entah kemana dia mahu bawak aku kali ini.
Insiden peperangan yang amat mengerikan buat aku, pada kali terakhir aku kesini masih segar dalam ingatan. Minda aku di ‘playback’ oleh peristiwa-peristiwa dasyat peperangan dengan jin kasta tinggi yang menyerang negara Him. Dengan tidak semena-mena, kapal sudah berbunyi isyarat mahu ‘landing’. Aku lihat tempat landing itu di bawahnya terdapat beratus-ratus kapal angkasa yang berbagai reka bentuk bersusun rapi di suatu tempat seakan-akan ‘hangar’ kapal angkasa mereka. Kenapa aku gelarkan kapal mereka sebagai kapal angkasa bukan kapal terbang? Sebab kapal ini mampu ke ruang angkasa. Tu je. Takkan nak panggil helicopter. Sebab
Him: Kita dah sampai.
Aku: Sampai? Kat mana ni?
Him: Ini adalah markas bagi unit udara tentera kami. Mari ikut aku turun.
Kemana sahaja Him pergi aku hanya mengikuti sahaja tanpa banyak bertanya. Kat situ aku dapat tengok makhluk-makhluk polippa sedang sibuk membaiki, menyelenggara kapal-kapal angkasa mereka. Kat sini barulah meriah sikit keadaanya berbanding dekat bandar besar mereka yang sentiasa usang dan sunyi itu. Him membawa aku ke satu sudut dimana tersimpannya senjata-senjata yang canggih.
Him: Nah..Ambil benda ini. Aku akan ajarkan kepada kamu cara menggunakannya.
Aku: Apa ni? Macam senapang ke?
Him: Sama tujuannya, untuk membunuh, tetapi berbeza mekanisma.
Seusai Him bercakap demikian, dia membuat ‘demo’ cara menggunakan ‘senapang’ itu. Senapang itu berbentuk seperti pedang tapi pendek, Cuma lebih tebal dan ada beberapa butang dan ada picu. Untuk menggunakan senapang itu ada picu seperti ‘paddle shifter’ kat gear kereta moden tu. Senjata ni tak perlu ‘reload’ dengan peluru kerana dia gunakan ‘mechanism’ dan tenaga photon untuk mengecas dan sebagai peluru. Picu dia pula ada dua level. Kalau tekan 50% dia macam charge dulu, tekan 100% baru keluar peluru macam cahaya kat muncung depan. Den taktahu macam mana nak explain sebenarnya. Aku tahu susah korang nak bayangkan. Ok ke? Lantaklah.haha
Yes! Setelah beberapa puluh minit berlatih menggunakan senapang itu, aku boleh dikira agak cekap dan mahir guna benda alah tu. ‘Shoot’ pun ‘on-target’ bhai. Him hanya memerhati gelagat aku berlatih sambil memeluk tubuh dan berwajah serious. Kemudian aku dibawa oleh Him dan dua lagi tentera untuk ke tingkat bawah, pangkalan tentera itu. Di tingkat ‘basement’ itu terdapat sebuah pintu besar yang dikawal rapi oleh dua yang makhluk bertopeng putih yang besar dan tinggi. Mereka berdua bersayap, mungkin dari unit elite pasukan udara. Mereka pada awalnya seperti tidak membenarkan kami masuk. Tetapi selepas diberi arahan oleh Him, mereka terpaksa membuka juga pintu bilik itu.
Entah kenapa hati aku tak berapa sedap bila melangkah ke ruangan itu. Di sebalik pintu itu terdapat berpuluh-puluh bilik sel tahanan seperti lokap. Di dalam sel pula terdapat pelbagai bagai mahkluk yang aneh yang aku tak pernah lihat sebelum ini. Ada seperti harimau besar berwarna putih berbelang biru, ada seperti mawas berbulu emas, ada seperti anjing yang besar dan jugak ular yang bersisik seperti duri. Yang anehnya binatang-binatang tersebut walaupun nampak ganas, tetapi bila mereka nampak Him, satu bunyi, satu pergerakan pun mereka tidak buat. Aku mula bertanya kepada Him.
Aku: Makhluk apa mereka semua ni Him? (Dengan nada gementar)
Him: Mereka semua ini adalah tawanan perang kami. Mereka semua makhluk yang terkutuk.
Aku: Terkutuk? Apa maksud kau?
Him: Nanti aku jelaskan kepada kau. Kita sudah sampai. Cuba kau tengok makhluk yang terkurung disini.
Nampak jelas depan mataku. Seekor makhluk seperti lembu berkaki dua. Bertanduk dengan muka bengis dan berbulu seluruh badannya. Rupanya macam puaka yang sudah tua dan berjanggut merah. Makhluk itu diikat rapi ke dinding oleh rantai besi. Kehadiran kami seakan tidak disenangi olehnya. Dia kerap mendengus dan meronta-ronta mahu melepaskan diri. Serious cuak beb tengok benda yang pelik-pelik macam ni.Selalu dengar orang bercerita atau tengok kat TV saja. Pembantu Him membuka sel yang mengurung makhluk itu. Dan Him mengajak aku untuk masuk ke dalam sel yang agak besar itu. Pintu kaca sel itu ditutup semula.
Makhluk Lembu: Hahahahahahahaha! (Bergema bilik sel itu)
Him: Tak usah kamu ketawa. Nyawa kamu dalam genggaman kami sekarang.
Makhluk Lembu: Kalaupun aku mati, masih ramai yang akan menggantikan aku.Hahahahaha. (Sekali lagi dia tertawa deras dan mendegus.)
Him: Ketawalah semampu kamu. Ini aku bawa manusia ini. Kamu masih ingat dia?
Makhluk Lembu: Masakan aku tidak ingat..Aku mengekori dia sejak dari kecil! Budak ini sudah seperti sahabat aku.Hahahaha
Aku: Siapa makhluk hodoh ini? (sambil menunjuk jari kearah makhluk lembu tadi)
Him: Makhluk terkutuk inilah yang sentiasa mengekori kamu sejak kamu pertama kali kesini. Tujuan dia untuk mengorek rahsia negara kami. Kami sudah berjaya menangkap makhluk lemah ini semalam.
Makhluk Lembu: Lemah??? Kau fikir aku lemah?? Kau belum tengok apa yang aku mampu buat! (Makhluk itu meronta-ronta seperti sedang marah)
Makhluk Lembu: Yang Maha Mulia pasti akan membantu aku. Dia pasti akan bunuh kamu semua! Kamu semua akan mati! Musnah! Kamu semua yang lemah! Hahahaha.
Him: Yang Maha Mulia? Hahahaha. (Kali ini Him pula ketawa) (dah macam perang saikologi antara dua makhluk ni)
Him: Aku mahu lihat apa Tuanmu dapat buat kepada kami, dan kepada manusia ini. Kamu fikir kamu semua akan menang peperangan itu?
Aku: Yang Maha Mulia? Peperangan?
Him: Anak muda, ambil senjata ini. Hapuskan makhluk terkutuk ini! (Him mengarahkanku dengan tegas)
Aku: Errr..aku tak berani nak membunuh Him. (Terketar-ketar aku disuruh membunuh makhluk hodoh itu)
Him: Kamu harus ikut arahan aku! (Him seperti marah)
Setelah diherdik oleh Him, aku dengan teragak-agak mengambil senjata dari tangan Him dan menghalakan muncung sejata itu kearah makhluk lembu itu. Aku tanpa segan silu menarik picu dan ‘bedebush’ berkecai makhluk hodoh itu jadi abu. Bau busuk ya amat. Hangit dan bau daging reput terbakar. Naik loya tekak aku. Selepas dipaksa membunuh jin tua itu, bermulalah sesi soal menyoal aku dengan Him.
Aku: Kenapa sampai kena bunuh makhluk ni?
Him: Tiada yang baik jika kita selamatkan nyawanya.
Aku: Kenapa?
Him: Makhluk jijik terkutuk yang menyembah lain selain Tuhan. Apa yang kau fikir harus kita lakukan?
Aku: Kalau dia tidak sembah Tuhan.. kita ajarkanlah dia supaya dia sembah Tuhan.
Him: Anak muda.. mereka lebih arif daripadamu mengenai perihal Tuhan. Tetapi kerana kerakusan dan kesombongan, mereka memilih untuk menyembah raja kejahatan yang hina.
Aku: Raja kejahatan siapa? Iblis? Azazil?
Him: Tidak. Bahkan Iblis pun tunduk kepada raja kejahatan ini.
Aku: Siapa? Dajjal??
Aku menanyakan soalan yang tidak dijawab oleh Him. Sebaliknya dia mengajak aku keluar dari bilik sel tersebut dan keluar ke tingkat atas bangunan markas tentera itu. Kali ini aku mahu jawapan yang konkrit atas semua persoalan yang bermain di fikiran aku. Dah lama aku cuba dapatkan jawapan, namun hanya dijawab secara berkias-kias oleh Him. Aku jadi curious. Well, curiosity kill the cat?
Aku: Him, aku mahukan jawapan. Adakah dajal yang dimaksudkan sebagai Yang Maha Mulia oleh makhluk itu tadi?
Him: Ya.. makhluk terkutuk itu bernama dajal.
Seraya mendengar jawapan dari Him, aku jadi terkedu, takut dan seram. Selama ini aku terbaca hadis dan cerita-cerita mengenai dajal, harini aku dah membunuh seorang pengikut dajal. Jadi aku mahu pastikan apa kaitan aku dengan semua ini.
Aku: Apa kaitan aku dengan semua ini? Kenapa kamu memburu semua pengikut raja kejahatan tu?
Him: Apa kaitan kamu dengan semua ini? Nanti aku terangkan. Dan jawapan kepada kenapa kami memburu pengikut makhluk hina itu atas beberapa sebab. Sebab pertama, bangsa kami menyembah tuhan, seperti juga manusia. Jadi kami tak akan terima yang menyembah selain dari tuhan yang satu. Kedua, makhluk yang terhina itu yang terlebih dahulu melancarkan perang terhadap kami dengan menghantar segala bala tenteranya bagi menghancurkan sisa-sisa kaum kami.
Aku: Apa tujuan mereka menyerang bangsa kau?
Him: Mereka sedang bersedia untuk peperangan besar yang terakhir. Peperangan dengan manusia.
Aku: Maksud kau peperangan akhir zaman? Setahu aku peperangan itu antara Islam dengan Yahudi. Apa kaitannya dengan kamu semua?
Him: Itulah yang manusia tidak tahu… Pengikut makhluk terhina (dajal) ini bukan sahaja terdiri daripada manusia, bahkan sebahagian besar Jin, iblis dan makhluk-makhluk lain. Manusia memang selalu sombong dengan menganggap mereka khalifah di muka bumi. Tetapi mereka tidak tahu terdapat berapa ratus, ribu bumi yang lain?
Aku: Terangkan kepada aku. Aku nak tahu.
Him: Peperangan besar yang terakhir adalah peperangan yang akan menentukan segalanya. Ianya bukanlah peperangan antara Islam dan Yahudi tetapi peperangan antara yang menyembah Tuhan dan sebaliknya. Itulah sebabnya raja kejahatan mahu menghapuskan kami kerana dia tahu kami akan berada di pihak yang berlawanan dengan mereka. Dan mereka berasa terancam jika tahu kami berada di pihak yang sama dengan manusia. Semestinya kami akan membantu manusia. Dan semestinya sesiapa yang berada di bawah lindungan Tuhan akan menang seperti janjiNya. Mereka bodoh dan berasakan diri mereka terlalu kuat dan ingin melawan dengan tentera Tuhan. Hahahahhaha!!! (Him tergelak besar). Mereka mesti terlupa kewujudan makhluk suci (malaikat) yang sangat kuat dan kuasa Tuhan itu sendiri yang Maha Besar.
Aku: MasyaAllah. Beratnya benda ni Him.. Kenapa aku diberitahu semua ini?
Him: Kami memerlukan beberapa orang dari kalangan manusia untuk membantu kami dan menyambungkan kami dengan manusia agar kita dapat sama-sama memenagi peperangan besar.
Hanya senyuman kelat yang aku mampu ukirkan mendengar jawapan yang merunsingkan dari Him. Aku jadi tak senang duduk. Walaupun ketika itu memang aku sedang duduk sambil memegang senjata itu. Jadinya seperti patah pepatah mat salleh, ‘Your enemy is my best friend’. Maksudnya kita akan menghadapi musuh yang sama pada peperangan itu nanti. Jadi kerjasama harus dijalin.
Aku: Jadi apa yang aku boleh bantu? Bila peperangan itu akan terjadi?
Him: Janganlah kamu runsing, bukan kamu seorang yang kami bawa kesini untuk tujuan yang sama. Dan janganlah kamu berasa teratas dari manusia yang lain hanya kerana mengetahui tentang perihal kami. Bila peperangan itu akan berlaku? Itu hanya Tuhan yang tahu. Musuh sudah lama bersiap sedia jasad dan rohani mereka untuk peperangan itu. Sebab itulah dari bapa kepada bapamu (Atuk aku), dan bapamu sendiri kami sudah mempersiapkan mereka dengan segala ilmu yang perlu untuk membantu kami. Tetapi bapamu sudah enggan untuk membantu kami kerana banyak yang hendak dikerjakannya di duniamu.
Aku: Jadinya kamu sudah lama bersedia untuk berhadapan perang akhir zaman?
Him: Ya, sudah lama. Sudah banyak peperangan yang kami lalui dan kami tahu yang terakhir ini akan jadi yang paling dasyat. Selepas tamatnya peperangan. Bumi akan mencapai keamanan dan akhirnya bumi sendiri akan hancur. Kita semua makhluk tuhan akan berpindah ke ‘dunia’ yang baharu. Yang mengikuti ajaran Tuhan akan aman hidup disana. Yang mengingkarinya akan diseksa selama-lamanya. Itu adalah pegangan utama yang kami pegang.
Aku hanya mendengar jawapan dari Him dan mengangguk tanda faham. Tak ada apa yang mampu aku cakap lagi mendengar huraian dia. Rasa menyesal juga terlalu banyak bertanya. Betullah ‘Curiousity Kill The Cat’. Dah lah amalan pun tak seberapa. Yang wajib pun terkadang berlubang apatah lagi yang sunat. Dah beberapa jam aku berborak dengan Him, aku dengan tiba-tiba terdengar sayup-sayup azan Subuh dicuping telinga. Him memberi isyarat untuk menghantar aku pulang.
Him: Aku rasa sudah tiba masanya untuk kau pulang ke alammu. Nanti jika tidak keberatan aku mahu kamu kesini lagi. Banyak yang aku ingin tunjuk dan ajar kamu. Mahukah kamu?
Aku: Aku tak ada masalah. Memang aku suka kesini. Cuma aku nak tanya tak ada carakah untuk aku datang ke sini sendiri?
Him: Ada caranya. Cuma belum masanya untuk aku beritahumu. Lagi satu pesanku, pulanglah ke rumah bapa kepada bapamu (Atuk aku), carilah satu buku yang ditulis olehnya. Banyak catatan dan ilmu yang berguna didalamnya. Minta juga kepada bapamu hasil catatan dia. Kami sudah tidak punya masa yang banyak untuk mengajar kamu semua. Kamu harus belajar dari bapamu. Dan jangan takut dengan makhluk jahat yang menganggumu, baliklah kepada Tuhan jika berasa takut dan terganggu.
Aku: Baiklah. Aku akan cuba. Terima kasih bagi aku peluang kesini.
Begitulah berakhirnya pertemuan aku buat kali pertama dengan Him setelah dia ‘mati hidup kembali’. Setelah pertemuan kali ini baru aku tahu tujuan aku dibawa kesana, dan beberapa persoalan juga telah terjawab. Cuma ada beberapa maklumat yang aku tak dapat nak kongsikan kerana bimbangkan keselamatan ahli keluarga aku.
Yang menjadi persoalan, aku dah bertanyakan hal ni kat ayah aku. Tapi dia menafikan dengan sekeras-kerasnya yang dia pernah kenal dengan ‘orang’ yang bernama Him. Dia juga gelakkan aku dan cakap aku ni kuat berfantasi. Mungkin dia tidak mahu aku terlibat dalam benda ini dan juga mungkin dia ada menyembunyikan sesuatu dari aku. Tapi bila aku berkeras minta nak baca kitab arwah atuk dan buku yang dia tulis sendiri tu, dia tak mahu bagi pulak. Tak apa. Aku akan dapatkan jugak kitab yang Him suruh cari tu satu hari nanti.
Eh korang baca sampai habis ke? Fairy Tale? Rekaan? Ya cerita ini hanya rekaan. Bagi yang tak mempercayainya.hehe. Dalam cerita ni ada kodeks tersembunyi. Siapa jumpa dia power.
Assalamualaikum.
Salam
Next: Kitab yang hilang & Misi Serang Hendap Markas Makhluk Jahat
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Knape dr gaye pnulisan sang pnulis ni mcm saudara ahmad akhlakeen ye? Xde..saje tnye. Sb sy tgh tertunggu2 sambungan kisah akhlakeen tu. Btw nice story..kinda deep thou’..
ahmad akhlakeen pls do come back
Senyap je kan ahmad akhlaken tuu.. tgh tunggu juga sambungan citer dia.. xkan kena condemns sikit dh tak nak sambung story
ahmad akhlakeen nie citer yg mane eh?
Ahmad Akhlaqen : Jalan Pulang.. Try search
Danial is back!
Best bro. Dah lama aku tunggu sambungan Kembara Ke Alam Astral.
Walaupun ko tak letak nama kau aku tahu ini Danial.haha
Markah: 8/10
Banyak pengajaran dalam cerita ini. Jadi dajjal dah ada cuma belum muncul di bumi lagi.
Sama2 perkemaskan amalan untuk menghadapi fitnah dajjal. Amalan surah kahfi bersama2..
Huruf pertama setiap perenggan tue
D.A.N.I.A.L.F.I.K.S.Y.E.N.S.A.S.H.A.B.Y.E
Aku dapat oi kodeks tu!hahaha
bak seribu!
Hahaha… Hg tererr!!!!
terbaeek seyhh ko dpt kodeks tu…tahniah ko layak join bala tentera him bersam danial..dan aku pun nk join gak..huhu
Aq penah baca pasal bangsa polips ni. Certain karya ada tulis psl mereka but nobody if its true. But your story really somehow make me really curious. Can’t wait your next update.
Ok bro sambung.. Jumpa kitab tu nanti bagi aku baca skali.. Hehehe.. Sampaikan salam pada him.. Hahaha
him bgtau jgn takut dgn makhluk yg mgganggu ko, mg ade ke yg dtg kacau lpas tu danial??
Pembetulan pepatah Inggeris tu : An enemy of my enemy is also a friend of mine.
🙂
Him x menyiasat persiapan tentera Dajjal ke mean menghendap aktiviti diorang..Byk bende nak tanye kat Him tu..kim slm ye..
danial bgtau him aku pun nk join ko berperang gak…aku dah training guna senapang angin tau..plz..i’m serious..
him ada teknologi senjata yang leh tembak jin,power lah
TERBAIKLAH
hurmm best jln crita..xrsa mcm fiksyen. !! real..smua btul.bnyk mkhluk ciptaan tuhan yg kite xthu. di laut,di drat ,dibulan n bnyk lg.
I know what the kodeks is…..
Kaum Polippa…
Sebelum ni tulis kaum poli*** je..
yeay! dah jumpa. hihi
lambat lah kau medi! Orang dah habis perang dah hahahahahahaha
aku korek balik.huhu. dah2 aku nak baca. ko pegi jual teh ko.
Sy percaya sebab pernah guna laser gun tu kt alam sana. Alam lain. Tp lama dah..hampir 10 thn lalu. Ketika tu misi menyelamatkan manusia Islam yang diculik ke alam sana. Tapi sama, sy pun tak warak..yg wajib pun rongak. Tp itulah bila Allah nak tunjuk.
betul ke?
woo..best2…x sabar nak baca next part