Tajuk : KAU BUKAN NADIA Episod 2
#diabukannadia
ADIB
Suara adib yang termengah-tengah mencari hujung kepada lorong tersebut jelas kedengaran. Dengusan nafas dari rongga hidung dan mulut silih berganti.
“sampai bila aku akan jumpa jalan keluar ni?”. Adib memekik sambil dirinya masih kebingungan.
Sudah jauh dia berjalan, namun belum lagi tiba ke penghujung lorong tersebut. Cahaya yang dikejarnya terasa semakin jauh meninggalkan nya sesayup mata memandang sambil dibelakangnya kelihatan kelibat Nadia semakin menghampirinya.
“Jangan ganggu aku setan! Jangan ganggu aku!”. Adib menjerit kebelakang sambil kakinya terus berlari. Sesekali dipalingkan wajahnya kebelakang. Nadia semakin lama semakin mendekatinya. Senyuman dari bibir Nadia semakin jelas kelihatan.
Kakinya semakin berat untuk melangkah. Jantungnya semakin pantas berdegup. Peluh mengalir laju.
“Adib!…Adib!. Bangun Adib!”. Suara garau Ustaz Hamzah mengejutkanya dari mimpi buruk tersebut.
Kakinya kejang, dadanya berombak mencari nafas yang seakan lebih pantas dari degupan jantungnya.
“Nadia!”. Perkataan pertama yang diungkapkan oleh Adib.
Ustaz Hamzah dan Inspektor Hasyim saling berpandangan. Cuba mentafsirkan sesuatu, tetapi jawapan yang dicari masih belum diketemui.
“baca surah Al-Ikhlas dib. Inshallah semuanya akan baik-baik sahaja”.
Suara Ustaz Salman yang datangnya dari arah dapur. Lampu di ruang tamu dihidupkan suasana menjadi cerah serta merta sambil tangan kanan Ustaz Salman menghulurkan segelas air suam kearah Adib.
“Minum air ni, baca selawat 3 kali, hilangkan haus tu”. Pesan Ustaz Salman kepada Adib sambil mulutnya terkumat-kumit membacakan sesuatu.
Jam di dinding kayu rumah Ustaz Salman menunjukan tepat ke angka 3, namum mata Adib tetap tidak mahu mengalah walaupun badan nya menafikan. Otak nya berputar ligat memikirkan apa yang di mimpikan sebentar tadi. Kelibat Nadia jelas bermain di fikiranya. Sesekali bunyi cengkerik kampung memainkan ritma dingin malam. Ustaz Hamzah dan Inspektor Hasyim kembali lena.
“Zamri..Zamri!”. Suara Nadia seakan terngiang di telinganya.
” Siapa Zamri? Apa kaitan Nadia dan Zamri?”. Adib bersoal sendirian. Mahu saja di kejutkan Alan untuk bertanyakan siapakah Zamri dan apakah kaitan Zamri dengan Nadia. Tetapi ditangguhkan dulu kemahuanya itu memandangkan Alan tidur di bilik bersama anak perempuan Ustaz Salman.
“Tok..Tok..Tok!”. Ketukan dari tingkap kayu berdekatan tempat mereka bertiga tidur mengejutkan Adib. Bagai nak luruh jantungnya ke bawah. Sesekali ditelan air liur . Ketukan tersebut semakin kuat diselang seli kan dengan bunyi seperti tapak selipar bergesel dengan tanah. Adib semakin gelisah. Dia cuba mengejutkan Ustaz Hamzah tetapi langsung tidak di endahkan.
“tak kan dorang tak dengar bunyi ketukan ni, sedangkan jarak antara tingkap ke tempat mereka bertiga tidur tidak kurang dari 2 kaki sahaja. Mustahil”. Bisik Adib sendirian.
Ketukan tersebut semakin hilang di susuli dengan suara hilaian yang semakin sayup. Bulu romanya serta merta berdiri, setegak perasaan gelisah dan takut dengan apa yang di dengari nya. Di capainya telefon dan dimainkan surah suci Al-Quran.
“kenapa tak baca sendiri?”. Suara garau seakan berbisik di telinganya. Perlahan, tapi cukup untuk Adib memahami apa yang di ucapkan. Adib terus memejamkan matanya sambil di tutup telinganya menggunakan kedua belah tangan. Air matanya mengalir laju. Tak sanggup dia berhadapan dengan situasi seperti sekarang. Tidak pernah di fikirkan mahupun di bayangkan bahawa dia akan berada dalam permainan bodoh ini. Hanya satu perkara yang di harapkan oleh Adib sekarang, supaya seseorang dapat mendengar suaranya.
Tetapi malangnya, jeritan dan pekikan Adib seperti tidak dapat didengari langsung oleh sesiapa pun yang turut berada dalam rumah tersebut. Nafasnya semakin perlahan, kaki nya semakin kejang. Nyawanya seakan berada dihujung saluran pernafasan nya. Adib seakan redha dengan apa yang sedang dilalui olehnya. Sosok wanita yang tidak dikenalinya itu semakin jelas dihadapnya. Senyum…..sambil jari nya yang runcing terus merapati Adib. Matanya tertutup perlahan begitu juga dengan nafasnya.
GANGGUAN KEDUA
Bunyi siren Ambulan memecahkan kesunyian pagi itu. Alan kelihatan termenung sayu di tempat duduk bersebelahan Adib. Airmatanya tidak dapat diseka lagi, bahkan terus mengalir laju ke pipi mulusnya. Ustaz Hamzah turut mengiringi Alan. Inspektor Hasyim mengikut ambulan tersebut dari belakang. Ustaz Salman sesekali mengeluh dengan apa yang sedang berlaku. ” Berapa banyak lagi nyawa yang akan menjadi mangsa peemainan bodoh ini”. Fikiran Ustaz Salman melayang jauh. Tasbih di jarinya menari laju senada dengan gerakan bibirnya.
“Ustaz percaya tak kewujudan hantu?”. Inspektor Hasyim memulakan bicara selepas dilihat Ustaz Salman seperti memikirkan sesuatu.
“hantu, syaitan ,iblis adalah benda yang sama, mereka dah berjanji untuk menyesatkan kita sampai hari kiamat!”. Jawapan Ustaz Salman itu menarik minat Inspektor Hasyim untuk ke soalan seterusnya.
Lebih kurang jam 4.35 petang, Adib telah menghembuskan nafas terakhirnya, suasana sebak di sekitar hospital mengiringi pemergian Adib. Kesan cakaran dilehar dan pipi kanan Adib menambahkan lagi persoalan. Jenazah Adib akan disemadikan di di negeri kelahiranya di Kelantan. Ahli keluarga Adib yang turut hadir ke bilik mayat menjadikan suasana semakin pilu. Pemergian Adib juga telah memberikan kesan yang sangat ketara kepada Alan.
Kedua-dua sahabat baiknya telah pergi dengan cara kematian yang hampir sama.
Jam 2.10 pagi. Van jenazah mula bergerak menuju ke Pasir Mas, Kelantan. Perjalanan dianggarkan akan mengambil masa selama enam jam. Alan dan Ustaz Salman turut sama berada dalam van jenazah. Inspektor Hasyim, Ustaz Hamzah dan beberapa orang anggota polis yang lain mengekori dari belakang. Selepas lebih kurang sejam perjalanan, tayar hadapan van jenazah yang membawa mayat Adib telah pancit dan terpaksa berhenti di bahu jalan. Kereta yand dipandu oleh Inspektor Hasyim serta kereta ahli keluarga Adib turut berhenti. Suasana di bahu jalan tersebut agak gelap dan hanya diterangi oleh sinaran lampu kereta sahaja. Dua orang anggota polis yang turut serta dalam rombongan tersebut telah ditugaskan untuk membantu menukar tayar van jenazah tersebut. Setelah hampir setengah jam, tayar yang pancit telah ditukar dan perjalanan diteruskan. Tertapi selepas itu, tayar kereta yang dipandu oleh Inspektor Hasyim pula telah pancit. Atas perbincangan dengan Ustaz Salman, Van jenazah dan kereta yang dipandu oleh keluarga Arwah Adib perlu meneruskan perjalanan. Ssbuah kereta peronda polis juga perlu mengikut bersama sebagai langkah keselamatan.
Sekarang ni, Ustaz Hamzah dan Inspektor Hasyim perlu menukar tayar tu sendiri. Suasana yang sedikit gelap ketika itu sedikit menyukarkan kerja penggantian tayar yang pancit. Hujan mula turun dan mula membasahi jalan raya. Ustaz Hamzah dan Inspektor Hasyim bergegas masuk semula ke dalam kereta. Enjin kereta di biarkan hidup. Sesekali kelihatan kenderaan dari arah yang bertentangan menyalakan lampu tinggi seperti memberikan suatu isyarat kepada mereka. Inspektor Hasyim berpaling ke arah Ustaz Hamzah. Banyak soalan dalam kepalanya. Tetapi dibiarkan sahaja oleh Inspektor Hasyim.
Kalau sebelum ni, Inspektor Hasyim hanya mendengar sahaja cerita tentang kemunculan Nadia yang sering menggangu Alan dan arwah Adib, tetapi kali ini, dia dapat melihatnya di depan mata nya sendiri. Hampir luruh segala yang terkandung dalam dadanya apabila mendengar suara hilaian dari semak behadapan tempat keretanya di berhentikan. Kini apa yang memisahkan antara dia dan bayangan Nadia hanyalah sebuah pembahagi jalan. Matanya terpaku, mulutnya terkunci.
Ustaz Hamzah membuka pintu kereta. Terus dia menghampiri Inspektor Hasyim yang di lihatnya seperti sedang memerhati sesuatu dari semak berhampiran.
“Tuan! Tuan Hasyim!. Ada apa yang boleh saya bantu?”. Suara dari Ustaz Hamzah mengejutkan Inspektor Hasyim yang sedang terpaku memandang semak di hadapan nya.
Cahaya dari arah bertentangan menghampiri mereka.
Perjalanan rombongan Van Jenazah serta dua buah kereta lain yang di pandu oleh dua orang anggota polis dan ahli ahli keluarga Adib hampir memasuki sempadan negeri Kelantan.
Ustaz Salman terus menerus mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran di samping Alan sekadar termanggu seperti memikirkan sesuatu. Sesekali airmata yang mengalir ke pipinya di kesat menggunakan hujung kain tudung hitam yang dipakainya. Bayangan Nadia yang dilihatnya di bilik mayat kelmarin bermain di benaknya secara jelas. Senyuman yang dilemparkan oleh Nadia sememangnya menjadi igauan ngeri untuk nya.
Setelah tiba di Bandar Kota Bharu, kelihatan beberapa orang ahli keluarga Adib sedang menunggu ketibaan Van Jenazah di bahu jalan bertujuaan untuk mengiringi van jenazah ke rumah keluarga arwah. Selepas setengah jam perjalanan dari Kota Bharu, Van Jenazah telah tiba ke rumah keluarga Adib. Hampir penuh halaman rumah dengan kehadiran saudara mara arwah walaupun ketika itu masih awal pagi. Kelibat Inspektor Hasyim dan Ustaz Hamzah masih belum kelihatan.
Sesekali anggota polis yang mengiringi van jenazah dilihat mencuba menghubungi Inspektor Hasyim tetapi gagal.
Surah yassin yang di bacakan mengisi kekosongan pagi itu. Jenazah akan disemadikan selepas solat Zohor nanti. Ahli keluarga terdekat tidak melepaskan peluang untuk memberikan perhormatan terakhir. Alan hanya terdiam kaku di suatu sudut berhampiran jenazah. Rasa terkejut masih lagi membelenggui dirinya. Terlalu pantas!. Masih terngiang olehnya suara Adib yang banyak memberikan kekuatan untuknya.
Kedengaran deringan dari telefon En. Amirul, salah seorang anggota polis yang mengiringi van jenazah dari suatu sudut ruang tamu rumah keluarga Arwah Adib. Reaksi mukanya tiba-tiba berubah. Kereta yang dipandu oleh Inspektor Hasyim telah dilanggar oleh sebuah kereta lain dari arah bertentangan tetapi mujurlah Ustaz Hamzah dan Inspektor Hasyim hanya mengalami kecederaan ringan. Kereta peronda polis di pandu laju menuju ke hospital Kubang Kerian.
Suasana di Bilik Mayat di mana mayat Nadia tempatkan masih di kawal ketat oleh anggota polis. Kelihatan beberapa orang wartawan menunggu disana untuk mendapatkan perkembangan terbaru berkaitan misteri kematian Nadia. Mayat Nadia masih lagi belum dituntut. Hasil bedah siasat mendapati Nadia mati secara terkejut dan pihak polis telah mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh. Namun sebarang klu tentang pembunuhan masih belum di temui ditambahkan lagi dengan kematian suspek atau saksi utama iaitu Adib, menambahkan lagi kerumitan untuk kes tersebut. Gangguan demi gangguan yang dihadapi oleh anggota yang berkawal tambah merumitkan lagi suasana.
PENGEBUMIAN ARWAH ADIB
Selepas solat Zohor, penduduk kampung dan para jemaah surau berhampiran memenuhi perkarangan rumah keluarga arwah Adib. Persiapan untuk pengebumian telah siap dilakukan. Bau kemenyan memenuhi ruang udara begitu juga dengan alunan surah yassin. Selepas arwah Adib di kafankan dan di solat kan, jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan berdekatan. Kelihatan kereta peronda tiba di perkarangan rumah. Ustaz Hasyim yang mengalami kecederaan kecil di kepala turun dari kereta peronda tersebut diringi oleh Inspektor Hasyim. Tuhan masih sayangkan mereka apabila mereka hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Kereta yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba menyebabkan Inspektor Hasyim gagal mengelak. Ustaz Salman datang mendekati Inspektor Hasyim seperti berbisikkan sesuatu disambut dengan anggukan dari Inspektor Hasyim. Ustaz Hamzah sekadar memerhati dari jauh seperti dapat membaca apa yang di bisikan oleh Ustaz Salman.
Awan beransur gelap seperti memberi petanda bahawa hujan akan turun bila-bila masa sahaja.
“Kita perlu cepatkan pengebumian jenazah”. Suara Ustaz Salman memberi arahan. Bimbang kalau hujan turun nanti, akan menyukarkan lagi upacara pengebumian jenazah.
Van jenazah tiba di tanah perkuburan, liang kubur telah tersedia seperti menunggu kehadiran jenazah Adib. Orang ramai yang datang untuk membantu memenuhi ruang dalam tanah perkuburan tersebut. Di sebalik celahan orang ramai, Alan dapat menangkap sesuatu dari pandangan nya. Terus di alihkan pandangan nya ke tempat lain. Sosok tersebutlah yang sering menggangu diri nya semenjak dua hari lepas. Ustaz Salman memerhatikan Alan dari jauh. Senyuman Nadia itu cukup membuatkan segala bulu roma Alan berdiri. Panas sejuk bercampur baur.
Kali ini pandangan nya di alihkan ke bawah. Gelisah, takut, bercampur menjadi satu. Keadaan yang sangat sukar untuk di gambarkan oleh gadis bertubuh kecil tersebut. Sesekali anak matanya kembali memerhati kearah tersebut, “aku tahu kau bukan Nadia! Nadia dah mati!”. Suara Alan mengejutkan mereka yang berada di tanah perkuburan tersebut dan masing- masing menumpukan pandangan kearah Alan. Ustaz Hamzah menghampirinya, bimbang kalau situasi akan menjadi lebih teruk dan akan menggangu upacara pengebumian Adib. Di ajaknya Alan ke suatu sudut yang sedikit jauh dari tapak pengebumian. Ustaz Salman datang menghampiri mereka.
“jangan mudah terpedaya dengan permainan syaitan! Ingat! Allah lagi berkuasa dari segalanya!”. Ustaz Hamzah bersuara. Mereka berdua seakan dapat mengagak apa yang telah di lihat oleh Alan tadi. Sesekali pandangan Ustaz Salman bertumpu kearah celahan orang ramai. Nadia masih disitu dengan senyuman yang cukup menyeramkan. Mulutnya beristighfar panjang. Alan di bawa ke dalam kereta dan di temani oleh Ustaz Hamzah dan dua orang anggota polis.
Upacara pengebumiaan arwah Adib selesai. Mereka perlu pulang ke Perak hari itu jugak. Ustaz Salman mengikuti mereka. Sekitar jam 9 malam, mereka tiba di perkarangan rumah mayat hospital.
RUMAH MAYAT
Ustaz Salman mencadangkan supaya mayat Nadia di kebumikan dalam masa terdekat memandangkan tiada waris yang dapat dihubungi untuk menuntut mayat Nadia.
“Assalamualaikum!”. Suara dari arah belakang Ustaz Salman menyebakan semua mata disitu menumpukan kearah lelaki lewat 30an itu.
Cukup dikenali oleh Ustaz Salman, Salleh, abang kepada Nadia yang telah lamma menghilangkan diri selepas tidak bersetuju dengan perkahwinan Mak Kalsom dengan Pak Zamri, seorang lelaki dari selatan thai suatu masa dahulu. Hampir sepuluh tahun Salleh menghilangkan diri tanpa khabar berita. Tiada sesiapa pun tahu kemana hilangnya Salleh ketika itu.
“Ustaz, saya dapat tahu berita kematian adik saya ni dari surat khabar. Pihak polis mencari waris untuk menuntut mayat arwah. Saya datang nak tuntut mayat adik saya Ustaz”. Kata Salleh.
Alan dan Inspektor Hasyim sekadar memerhati perbualan antara Ustaz Salman dan Salleh.
“Nadia tak pernah pulak bagitahu dia ada abang, setahu aku, dia tinggal dengan emaknya sahaja sehinggalah Mak Kalsom berkahwin dengan Pak Zamri”. Alan bermonolog.
Tiba-tiba fikiran Alan seperti teringatkan kembali tentang Pak Zamri. Ayah tiri kepada Nadia. Kemana hilangnya Pak Zamri tiba-tiba menjadi persoalan dalam fikiranya. Alan yanag sebelum ini diam kembali bersemangat untuk turut sama menyelesaikan kes ini. Semangatnya datang secara tiba-tiba. Alan menghampiri Inspektor Hasyim.
“Ada sesuatu yang saya ingin ceritakan kepada inspektor”. Bisik Alan kepada Inspektor Hasyim.
Mereka mengambil keputusan untuk ke kafeteria hospital. Sambil mata Salleh menjeling tajam ke arah mereka berdua.
PAK ZAMRI
“Nadia ada bercerita tentang ayah tirinya dulu. Namanya Pak Zamri, seorang lelaki lewat 50an dari Selatan Thai yang telah berkahwin dengan Mak Kalsom dulu. Tapi sekarang ni saya pun tak pasti kemana hilangnya Pak Zamri”. Percakapan Alan berhenti disitu.
“kita boleh bertanyakan tentang Pak Zamri pada Ustaz Salman. Mungkin dia tahu pasal Pak Zamri”. Balas Inspektor Hasyim disambut dengan anggukan dari Alan.
Pak Zamri merupakan seorang lelaki melayu dari selatan thai yang telah berkahwin dengan Mak Kalsom. Perkahwinan kedua Mak Kalsom ini jugalah yang mencetuskan pergaduhan besar antara Salleh dan Mak Kalsom lebih kurang sepuluh tahun dulu. Salleh telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Kampung Parit Haji dan tiada sesiapa pun yang mengetahui hilangnya Salleh, sehinggalah kemunculan nya di bilik mayat hospital X. Perkahwinan Mak Kalsom dan Pak Zamri adalah secara paksa oleh penduduk kampung selepas mereka berdua telah ditangkap berdua-duaan di dalam rumah Mak Kalsom di hujung kampung. Perkara itu lah yang menjadikan Salleh cukup marah dengan Pak Zamri dan emaknya.
Kehilangan Pak Zamri selepas beberapa tahun berkahwin dengan Mak Kalsom juga pernah menjadi topik hangat antara penduduk kampung Parit Haji. Ada yang cakap Pak Zamri Mati dibunuh oleh Salleh, ada juga yang cakap Pak Zamri balik ke Selatan thai selepas bergaduh dengan Mak Kalsom. Tetapi kebenaranya tiada sesiapa pun yang mengetahui.
Sekeping gambar seorang lelaki di keluarkan dari fail Inspektor Hasyim.
“Awak pernah tengok rupa Pak Zamri?”. Soal Inspektor Hasyim kepada Alan.
“Saya pernah sekali berjumpa dengan Pak Zamri, masa tu saya hantar Nadia balik ke kampungnya”. Balas Alan sambil tangannya menyambut sekeping gambar berukuran 4r dari tangan Inspektor Hasyim.
“Ya betul, inilah Pak Zamri. Saya masih ingat lagi rupa dia inspektor”. Jelas Alan lagi.
Inspektor Hasyim berfikir sejenak. Sambil tanganya mengipas-ngipas gambar Pak Zamri yang diperolehinya dari rumah Mak Kalsom kelmarin. Selain gambar Nadia, gambar itu lah yang di temui nya disana. Tiba-tiba dia terfikirkan tentang apa yang arwah Adib bisikan kepadanya semasa mereka berada di rumah peninggalan Mak Kalsom kelmarin. Adakah apa yang di bisikan oleh arwah Adib itu yang telah menjadikan Adib mangsa seterusnya.
“Bungkusan Kuning!”. Inspektor Hasyim bersuara.
“Mana beg Adib yang saya suruh awak pegang tadi?”. Tanya Inspektor Hasyim.
“Ada dalam kereta!”. Balas Alan ringkas.
Mereka berdua bergegas menuju ke kereta bagi mendapatkan beg Arwah Adib. Bungkusan kuning itu perlu di dapatkan nya dengan segera. Mungkin itu adalah klu yang mereka cari.
“Cari apa tu Inspektor?”. Tiba tiba seseorang bersuara dari arah belakang mereka. Suara itu telah mengejutkan Alan,begitu juga dengan Inspektor Hasyim.
“Terkejut saya Ustaz”. Sambil di tarik nafasnya sedalam mungkin selepas mengetahui bahawa suara itu adalah dari Ustaz Salaman yang seperti tiba-tiba berdiri dibelakang mereka sambil tersenyum. Dengan tiba-tiba juga muncul Salleh bersama Ustaz Salman.
Alan seperti dapat menghidu sesuatu dari tindak tanduk Ustaz Salman dan Salleh yang secara tiba-tiba menghampiri mereka. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh kedua mereka.
Kepala Inspektor Hasyim di ketuk dari arah belakang. Gelap pandangan nya. Mulut gadis bertubuh kecil itu di tengkup dengan menggunakan sapu tangan. Mereka seterusnya Dimasukan kedalam kereta milik Alan. Salleh masuk melalui tempat duduk pemandu dan kereta Alan meluncur laju meninggalkan perkarangan hospital. Dibelakang kereta mereka kelihatan sebuah lagi kereta yang mengekori rapat. Beg arwah Adib seterusnya di geledah oleh Ustaz Salman mencari bungkusan kuning sebagaimana apa yang arwah Adib bisikan kepada Inspektor Hasyim semasa mereka berada di rumah Mak Kalsom. Gambar Pak Zamri juga turut di koyakan oleh Ustaz Salman.
Inspektor Hasyim dan Alan masing-masing terbaring tidak sedarkan diri.
Kereta terus meluncur laju memasuki sebuah jalan kampung. Jalan yang sama dimana kereta dan mayat Nadia dijumpai. Sunyi, sepi tiada langsung bayangan manusia lain disitu kecuali mereka berempat dan sebuah kereta lain yang mengekori mereka sejak dari perkarangan hospital lagi.
RUMAH KOSONG
Inspektor Hasyim dan Alan seterusnya di usung masuk ke dalam rumah kosong yang terletak lebih kurang sejam dari tempat mayat Nadia ditemui. Rumah tersebut di penuhi semak samun dan gelap gelita. Kereta yang mengekori mereka turut berhenti di situ. Pintu pemandu dibuka dan muncul lah seorang lelaki berpakain serba hitam dengan gaya percakapanyang sedikit pelat.
Inspektor Hasyim di baringkan di atas lantai simen berhampiran bilik air manakala Alan di ikat di kerusi berhampiran tempat Inspektor Hasyim di baringkan. Kaku tidak sedarkan diri.
Bungkusan kuning yang di ambil dari beg Adib di letak di hujung kepala Inspektor Hasyim. Ustaz Salman turut mengeluarkan gumpalan rambut yang di ikat dengan benang merah dan sebuah labu tembikar bewarna hitam.
Kedua-dua bungkusan itu dibuka. Pak Zamri duduk bersila berhampiran Inspektor Hasyim. Begitu juga dengan Salleh dan Ustaz Salman. Pak Zamri membacakan sesuatu dalam bahasa thailand sambil di sambung oleh Ustaz Salman dan Salleh.
Angin bertiup kencang seperti sedang membawakan berita yang kurang baik.
Ustaz Hamzah beristighfar panjang.
Hati nya merasakan sesuatu yang tidak di ingini akan berlaku. Anggota yang sedang berkawal laju menekan butang memanggil. Tapi panggilan tetap tidak dapat di sambungkan. Talian telefon Inspektor Hasyim dimatikan.
Bunyi mantera menyelimuti ruang kosong rumah kosong tersebut. Inspektor Hasyim kaku di atas simen dengan darah yang berlumuran membanjiri setiap inci ruang lantai berdekatan. Kepala Inspektor Hasyim telai di ceraikan dari badan sebagai salah satu upacara untuk yang diseru.
Mantera terus di bacakan sambil mata mereka bertiga tertutup rapat seperti menghayati setiap bait mantera tersebut. Sisa dari badan Inspektor Hasyim di biarkan disitu. Senjata yang di gunakan untuk memenggal kepala Inspektor Hasyim di letakan di tangan Alan. Mereka bertiga menaiki sebuah kereta milik Pak Zamri dan terus meninggalkan rumah kosong tersebut.
Deringan telefon di balai polis Ipoh disambut oleh anggota yang bertugas.
Laporan tentang satu pembunuhan keatas Inspektor Hasyim telah di buat oleh Salleh sendiri.
Serbuan keatas rumah kosong tersebut telah menemui mayat Inspektor Hasyim. Alan turut di temui disana bersama sebilah parang panjang di tanganya.
Alan telah disabitkan kesalahan membunuh dengan niat dan hasil pemeriksaan mendapati Alan mengalami gangguan mental disebabkan tekanan yang di alaminya. Alan telah dihantar ke hospital gila untuk mendapatkan rawatan. Ustaz Hamzah yang turut sama mengendalikan kes tersebut tidak percaya dengan apa yang berlaku. Misteri kematian Nadia, Adib dan Mak Kalsom bukanlah satu kematian biasa. Dia juga percaya, bukan Alan yang melakukan semua itu. Manakan tidak, gadis bertubuh kecil berpewatakan lembut seperti Alan dapat melakukan pembunuhan ke atas Inspektor Hasyim dengan mudah.
KAMPUNG PARIT HAJI
Kereta Ustaz Hasyim meluncur laju menuju ke Kampung Parit Haji. Lokasi pertama yang di tujuinya adalah rumah Ustaz Salman. Kosong, pintu dan tingkap semua tertutup rapat. Seperti rumah yang telah di tinggalkan. Kereta Ustaz Salman juga tiada dalam garaj di hadapan rumahnya. Niat Ustaz Hamzah untuk bertemu dengan Ustaz Salman hampa.
Ustaz Hamzah kembali ke keretanya dan terus menuju ke kedai kopi berhampiran masjid. Tujuaan nya adalah untuk bertanya tentang Ustaz Salman. Nama Ustaz Salman dan Mak Siti diajukan kepada penduduk kampung yang sedang menikmati sarapan pagi di kedai kopi tersebut, namun tiada seorang pun yang mengenali mereka berdua. Ustaz Hamzah semakin pelik dengan apa yang sedang berlaku. Masakan tiada seorang pun yang mengenali Ustaz Salman.
“Encik cari siapa? Boleh saya tolong?”. Sapaan dari seorang lelaki kepada Ustaz Hamzah. Ustaz Hamzah tersentak dari lamunan nya.
Pak Rahman, seorang lelaki berusia berpakaian jubah putih dan berkopiah itu merupakan Imam di Kampung Parit Haji. Pak Rahman memperkenalkan disirnya sebagai Pak Man. Kerusi ditarik dan diletakan bersebelahan Ustaz Hamzah.
” Saya cari Ustaz Salman, isterinya bernama Mak siti!”. Pertanyaan Ustaz Hamzah disambut dengan renungan yang dalam dari Pak Man. Pak Man beristighfar panjang. Nafasnya di tarik dalam-dalam. Reaksi dari Pak Man menambahkan lagi kegelisahan Ustaz Hamzah.
“Macam mana kamu boleh kenal si Salman tu?, dia bukan ustaz dan apa sebenarnya tujuan kamu mencari dia? Boleh saya tahu?”. Giliran Pak Man pula menyoal Ustaz Hamzah.
Ustaz Hamzah memerangkan tujuan sebenarnya dia kembali ke Kampung Parit Haji dan bagaimana mereka boleh mengenali Salman. Kisah Mak Kalsom dan Nadia juga turut di ceritakan kepada Pak Man. Sekali lagi Pak Man beristghfar panjang.
” Salman tu pengamal ilmu hitam, isterinya juga sama, sebagai pembantu dia!. Salleh, abang si Nadia tu salah seorang pengikut dia, begitu juga dengan Mak Kalsom. Dia bergaduh dengan Mak Kalsom disebabkan Mak Kalsom telah di tangkap Khalwat dengan kawan sepergurunya dari Selatan Thai. Juga pengikut kepada Salaman. Kalau tak silap Pak Man, nama lelaki tu Zamri”. Penerangan dari Pak Man seperti meberikan tamparan hebat kepada Ustaz Hamzah.
Nampaknya kes kematian Nadia, Adib dan Inspektor Hasyim hampir menemui pembayang.Ustaz Hamzah meminta diri untuk pulang ke balai. Dalam fikirannya adalah Salman, seorang yang membahasakan dirinya sebagai Ustaz sejak kali pertama mereka bertemu di perkarangan Masjid dulu.
Siapa sebenanrnya mereka dan kenapa mereka sanggup membunuh ahli keluarga mereka sendiri, mereka yang mempunyi pertalian darah daging dengan mereka. Persoalan itu terus berputar ligat di kepala Ustaz Hamzah.
Rakaman CCTV ditempat letak kereta pada malam kematiaan Inspektor Hasyim juga tidak dapat di lihat jelas seperti ada sesuatu yang menggangu.
Rakaman hanya menunjukan Inspektor Hasyim dan Alan tergesa-gesa mencari sesuatu di tempat duduk belakang kereta milik Alan.
Masih di ingat lagi kelakuan Ustaz Salman dan Salleh di bilik mayat hospital selepas Alan dan Inspektor Hasyim berlalu ke kafeteria. Mata mereka memerhati sahaja Alan dan Inspektor Hasyim sehinggalah kelibat keduanya hilang disebalik bangunan-bangunan hospital.
Bersambung.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Writer…
Ustaz Hamzah…
Inspektor Hasyim…
Banyak noo watak sampai asyik tersilap2 jer namenye…
Udahlar akk ni Jawa tp kekdg jd Melayu Mudah Lupa…
Kenalah akk scroll ats smle nk tgk siapakah watak2 yg disebutkan…
Papepon saspen yg tahap klimaks dh kian terjawab…
Cume x sabar tggu Ustaz Hamzah settlekan kes…
adoyaiiii.. cepat sambunggg.. tinggal sikit je lagi tu.. :/
Whatttttt Alan selama ni seorang perempuan????
hahaa..tu la psal..ak pn pelik mulanya..apsal nadia dok serumah ngn alan..adoyaiii..last2 mse adib tmankn dia bwah apartmen tu bru tau dia pompuan, patut la..
kan… aku pun ingat lelaki.. tapi bila dah baca watak Alan ni gadis kecil molek terus tukar.. baca Alan jadi Alana..
Ku pikirkan Alan tu lelaki. Selalunya memang nama lelaki dan non muslim. Aiseh.
Aduhai..sambung lg.. Typo tu biasalah.manusia.. X sabaq nak tau kesudahan
xde name lain ke nak bg budak pompuan tu????!! ?
cepatlah habiskan..
sengsara jiwa sis..
sumpah aku tak paham2 cite ni sebab bebelit belot belut.. nama2 dalam cite ni kompius kan aku.. aku ingat adib n alan tu jantan tapi asik dok serumah la kawan baik ape la.. pastu ep 2 ni baru tahu pompan.. aku pening.. peningggg..
Sambung cepat noooo . Buat suspen jew . Tengah syok2 baca tup bersambungggg . Habis kan laa . Dah macam story Perjanjian Dengan Jin . Ad 4ep . ?? . Yang agk2 ad berpe ep ntah .
Adoi Alan pompuan ka? Confius kan orang la..
Patut la Alan tidur di bilik bersama anak perempuan Ustaz Salman. Ingat kan salah taip..
Watak pun banyak.. sat mcm2 ustaz timbul.. belit-belit cerita
Bile sambunganye?
tolong sambung cepat. hari2 aku bukak fs ni crk cerita kau. tak sabar nk tau next chap. please…..
ini rekaan ke ke mcm mana?
bila nak ada sambungan nih ? dah masuk bulan baru dah . aduhh
Aah le… kite pun dok berkali2 dok cari cont cite ni…
biler nak sambung ni
?
Tukang cerita pun dah mati kena penggal dgn ustaz salman
hmmn apakah?
#cumel
Nanti insyallah saya akan submit sambungan..
kekakangan masa kerja….
Lamanya nak tunggu sambungan, makan tahun ðŸ˜
ada sambungan tak cerita ni?