Atas Pokok Kekabu Itu

Assalammualaikum wbt. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada admin Fiksyen Shasha kerana sudi memuat naik cerita Mel.

Terima kasih dan selamat datang kepada para pembaca ke ruangan kisah mistik yang berlaku dalam kehidupan seharian Mel sekeluarga.

Hari ini, Mel terpanggil untuk menulis pengalaman abah Mel waktu remaja dulu. Kebetulan Mel ‘scroll’ cik google tadi, Mel terjumpa gambar pokok kabu. Seolah-olah masa berputar saat duduk ‘mengeteh’ dengan abah sambil menadah telinga kusyuk mendengar peristiwa-peristiwa seram yang tercatit kemas dalam ingatan .

Zaman sekarang mungkin anak muda kurang pengetahuan am tentang pokok kabu. Tapi Mel percaya orang terdahulu, atuk-atuk, nenek-nenek, cukup arif dengan sepohon pokok saka ini. Macam-macam pantang larang yang ada.

Mel ingat lagi, kalau masa kecil dulu Mel dan sepupu sepapat main dekat dengan pokok kabu, mesti tadah telinga sehari semalam dengar bebelan dan ceramah motivasi tidak berbayar. Tambahan kalau nenek melihat sendiri dengan mata kepala dia yang kitorang main nyorok-nyorok dekat bawah pohon tu. Terasa hilang darah dalam badan dengan renungan tajam nenek suruh pulang ke rumah jangan keluar seminggu.

Oh ye, Mel cerita sedikit pasal pokok kabu ni ye. Nama saintifiknya, Ceiba Pentandra. Masyarakat kita panggil pokok kabu je. Atau bahasa lama lagi, pokok Kapok. Terkenal dengan gelaran Nun, di Thailand dan Gon gau di Vietnam. Dengar nama saja pon dah seram. Hehe.

Pokok Kekabu tergolong dalam famili Bombacaceae. Ia memiliki daun yang jarang dan dahan mendatar bertingkat pada sudut mendatar. Pokok Kekabu malar hijau ini memiliki batang kelabu pucat berduri banyak ditanam dalam kalangan penduduk kampung Melayu. Jadi, korang boleh bayang kan macam mana rupa pokok kabu yang suram, tinggi dan sering menjadi tarikan serangga-serangga membuat rumah padanya.

Mel pelik juga mula-mula dulu. Kenapa nenek selalu sangat naik darah bila kami main berhampiran pokok kabu. Bukannya kami mahu membuat apa-apa ritual pon.

“Aku dah kata jangan main dekat situ!! Hampa ni ketegaq!! Satgi dia ikut hampa balik rumah sapa yang susah?? Aku kata balik, balik!!!”.

Menyeringai muka nenek memarahi kami. Apa lagi, lintang pukang lah kami lari tak cukup tanah. Tiba-tiba rasa macam nenek kebayan pula yang mengamuk sebab ganggu tempat dia.

“Hampa tau dak, ataih pokok tu ada macam-macam. Hampa toksah la dok p main kat situ. Aku bukan saja marah.. aku sayang hampa semua. Tolongla dengaq cakap aku. Nih, langsuir tengah2 malam dok berjuntai ataih pokok kabu nuh. Tempat dia. Hampa bising kat rumah dia tu nanti dia marah”. Bebel nenek Mel dengan loghat utaranya.

Sejak dari tu, kami tak main dah. Biasa la budak-budak bila ditakut-takutkan dengan cerita macam ni, mesti dia dengar nasihat. Tak kurang juga yang rasa ingin tahu membuak-buak dan jadi detektif pergi siasat. Haha.

Tapi Mel taknak cerita pasal pokok kabu dekat rumah toksu kambing ‘port’ kami tu. Mel nak cerita pengalaman abah.

Begini ceritanya,

Nizam (nama abah) dan tiga lagi kawannya, Mat, Paktam, Tobek ber’konvoi’ lah naik moto kapcai ke sebuah rumah kenduri di Kedah. Keadaan di kedua-dua sisi jalan dipenuhi dengan jelapang padi yang kekuningan. Waktu ni, padi dah dituai. Angin sepoi-sepoi bahasa dengan udara nyaman pasti membuatkan mereka yang berada ketika itu lentok.

Tapi perkara lain pula yang jadi pada Nizam dan kawan-kawan. Mereka bergerak seawal 8.00 pagi dan berada di kawasan itu dalam tengah hari rembang. Panas ‘lit-lit’ membuatkan peluh berjujuran membasahi baju mereka meskipun motor bergerak laju pada ketika itu.

Terasa angin kering menghempas ke pipi lantaran tiada pelindung muka di helmet. Tiba ja di kawasan ni, Nizam memperlahankan motor. Disebabkan Nizam yang memandu arah dihadapan, rakan yang lain pon ikutlah memperlahankan motor.

Secara tidak langsung Nizam memberhentikan motorsikal di sisi jalan.

“Weyh, hang awatnya benti nih? Kita dah lambat, perut aku dah dit-dit lapaq nih. Moto hang rosak ka? Tayar pancit? “. Mat yang berasa hairan terus memeriksa tayar motor itu.

“Hampa tengok sana. Bagitau aku, apa hampa nampak?”. Sambil Nizam menunding jari ke arah sebuah kereta saga merah yang berhenti di tepi jalan.

Tiada apa yang pelik. “Ala, apa nya hang ni Zam. Kereta saga. Berhenti tepi. Biasalah tu. Kot tak tahan nak membuang ka”. Tobek menjawab.

“Jom”. Nizam membalas. Lalu terus berjalan ke arah kereta tersebut tanpa menunggu jawapan mereka yang lain. Nak tak nak, ikut jela. Terpinga-pinga Mat dan Tobek. Paktam hanya berdiam dari tadi.

“Assalammualaikum pakcik. Ada apa ni?”. Nizam memulakan bicara. Kelihatan muka seorang lelaki berumur 40 an resah. Isterinya pula menangis sayu di sebelah.

“Anak pakcik. Tak taulah nak oi. Kami nak balik rumah dari kampung. Tiba-tiba dia diam seribu bahasa. Tanya tak menyahut, diam ja. Tiba-tiba dia cakap dia nak muntah. Pakcik berhenti la tepi jalan. Suara dia masa tu dah lain dah. Pakcik ikut kan ja. Bukannya apa, pakcik ingat dia tak sedap badan. Last-last jadi macam ni. Tengah-tengah kawasan macam ni nak minta tolong sapa tak tau.”

“Mana anak pakcik?” Paktam memandang sekeliling kawasan. Takda apa pon. Bayang pon tak nampak. Nizam mencuit bahu Paktam. Lalu mata Paktam turut melirik ke atas sepohon pokok kabu.

“Allah…!” Hanya lafaz itu yang mampu terkeluar dari bibir. Mat dah tak sedap hati. Kecut perut masing-masing. ‘Ni kalau dia buat nak lepas, boleh mati hamba Allah ni.’ Hati Nizam mengulit kerisauan. Gerun apabila kepala masing-masing mendongak pandang ke atas pokok kabu tu.

Di atas sebatang dahan yang kelam, bersaiz sederhana dan rapuh, ada seorang perempuan berbaju kurung sedang bergayut dalam keadaan tudungnya telah tertanggal, kasutnya telah tercampak entah ke mana.

Masing-masing buntu macam mana gadis tersebut boleh panjat ke atas pokok kabu tu? Dengan berbaju kurung. Mustahil bukan? Tak lama kemudian, beberapa orang kampung datang membawa seorang dukun dan pak ustaz sebagai ikhtiar untuk memujuk benda yang telah merasuk Hani turun tanpa mencederakannya.

Mata Hani tajam merenung setiap orang yang berada di bawah. Sambil kakinya bergoyang-goyang, sesekali seperti mahu terjun ke bawah. Bibirnya ditarik ke kiri pipi, sinis.

“Benda ni marah dekat dia. Mungkin dia ada ganggu tempat makhluk ni. Kuat benda ni. Aku tak boleh tolong. ” Pak dukun mengalah. Teresak suara ibu Hani sedih melihat keadaan anaknya. Ustaz yang dipanggil juga berkeluh, peluh membasahi dahi. “Aku minta maaf..”.

Nizam yang sedari tadi berdiam diri terkumat kamit melafazkan kalam Allah Yang Maha agung, yang dipelajarinya dari abang kepada ayahnya, juga dari ilham yang dikurniakan.

“Zam.. hang nak masuk campuq ka. Aku memang kesian. Tapi aku tak tergamak tengok budak ni mati satgi kalau dia terjun. Tinggi tu. Jomla zam..” Mat memujuk untuk beredar. Risiko untuk berubat kalau benda tak mau berinteraksi dengan kita.

Namun Nizam masih berdiri. Fokus. Lalu menjerit bingit lah suara Hani di atas pokok kabu. Orang ramai mula menapak jauh dari pokok kabu itu. Risau dan takut beriringan menguasai hati masing-masing.

“Saya minta sesiapa yang kuat, tolong pergi betul-betul bawah pokok, bersedia untuk sambut Hani. ” Nizam secara tak langsung bersuara lembut. Mata yang memandang terpinga seketika dan terus mengikut arahan. Tak kurangnya Mat yang jiwanya meruntun untuk turut mengekori Tobek dan Paktam bergerak mendekati pokok kabu.

“Hurgh!!! Aku tak kacau kau!!! Kenapa kau datang sini?!!!! “. Suara garau wanita tua memekik dari atas.

“Kau yang kacau budak ni. Dia hamba Allah. Dia tak berdosa. Kenapa kau ganggu dia.”

“Aku tak ganggu diaaaaa lah!!! Aku nak main-main dengan dia. Ni tempat aku. Kau pergi!!!”.

“Dengan nama Allah, aku minta kau keluar dalam keadaan dia selamat turun ke atas muka bumi ini”. Tegas.

Hahahahahahahahaha!!!! Ngilaian tawa yang nipis dan nyaring langsung kedengaran.

“Kau ingat aku nak dengar apa kau cakap ke…. kau nak tengok budak ni mati?!!! ” makhluk yang menghuni badan Hani bermain-main untuk menguji. Kejap suaranya dilenggokkan.. langsung menjerkah garang.

Bibir Nizam tak henti melafazkan ayat alquran. Meskipun saat berdialog, hatinya tak putus-putus meminta pertolongan dari Allah swt. Matanya dipejam kan. Tangan digenggam erat.

Nafas naik turun beriringan dengan kalam suci.

“Aku tak main-main. Kau baca lagi, aku bunuh pompuan ni”. Jerkah makhluk tersebut keresahan. Tak semena dia melompat ke dahan atas yang rapuh. Orang ramai menjerit kerisauan tatkala terdengar ranting mereput.

Boleh dikatakan semua bermain dengan emosi masing-masing. Andaian masing-masing. Takut kalau anak gadis tidak berdosa itu dilepaskan ‘dia’ begitu sahaja.

Tiba-tiba Hani yang tadi mencangkung di atas dahan, bangun berdiri perlahan-lahan. Mukanya sayu memandang ke bawah. Diam seribu bahasa.

“Semua bersedia, tolong sambut Hani seboleh mungkin. Inshaallah, dengan izin Allah semua selamat. ”

Jantung berdegup kencang. Tertahan-tahan hati. Ada yang meragui untuk menyambut. Takut-takut tak dapat menampung Hani.

“ALLAHUAKBAR!!!”. Nizam lantang mengeluarkan kalam tersebut sambil kaki kekudanya melutut ke bumi dan tangan di hempas ke tanah.

Sunyi seketika sebelum semuanya panik melihat tubuh Hani tak semena melayang lemah rebah dari dahan tersebut. Mereka yang ada menguatkan hati, tangan dan kaki.

“Allah!!!!” Masing-masing melaung saat tangan mereka menyambut Hani.

Ibu Hani yang tak ketinggalan menyambut, terus memanggil-manggil nama anaknya. Hani tampak sangat lemah. Bajunya sedikit terkoyak dan tubuhnya penuh calar. Kaki dan tangan berdarah. Rambut yang tersanggul rapi di dalam tudung sebentar tadi kini kusut menutup wajahnya. Mujur badannya yang kurus memudahkan mereka memyambutnya.

Paktam mengambil sehelai baju yang dibawa dan diberikan ke Nizam untuk menutup aurat Hani yang terdedah. Kesian anak gadis itu. Setelah mengucapkan terima kasih, dan diberi air penawar, Nizam meminta diri untuk menyambung perjalanan yang terbantut tadi. Alhamdulillah semua selamat.

Mel tanya abah, macam mana abah tahu kak Hani ada atas pokok tu? Abah cakap.. semasa menunggang motor, dia rasa tak sedap hati dan mendapat alamat ada ‘benda’ sebelum sampai ke kereta saga di hadapan lagi. Lalu abah mendongak ke atas. Tu yang abah tahu.

Pasal nama Hani? Pakcik tu yang memperkenalkan nama anaknya saat bercerita macam mana Hani boleh sampai ke atas pokok sana.

Lepas dari cerita abah ni, Mel akan rasa seram setiap kali memandang pokok kabu tua yang tumbuh tinggi dan rimbun berwarna kelabu kusam di tepi parit yang dipenuhi lumut dekat rumah toksu kambing. Dahla buah kabu berwarna coklat ranum banyak terjuntai.. dengan untaian tali-tali halus pokok menari-nari ditiup angin malam.

Memang taklah nak saja-saja pergi main dekat situ. Tegak bulu roma setiap kali lalu. Seolah-olah ada mata yang memerhati.

Terima kasih membaca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

44 thoughts on “Atas Pokok Kekabu Itu”

    • So apa beza ko dgn jahilliah plak? Org ajet2 bagus mmg jenis menghukum org sesuka hati ke? Org yg betul2 alim ulama ni takde plak jenis mcm ko. Sebab dorang ilmu penuh d dada. Tahu mcm mana nak menegur kalo nampak kejahilan seseorang.

      Reply
    • Hehe minta maaf. Mungkin kabur dari segi penjelasan. Mel letak istilah pokok saka atas gelaran yang diberikan oleh ahli sains. Gelaran tu bukan atas alasan ada ‘benda’ yang menumpang. Tapi disebabkan menjadi tempat utama pelbagai jenis serangga dan ulat yang berumah padanya. Inshaallah takde ikut percayaan kurafat. 🙂

      Reply
    • Pernah tak dengar durian saka? Tak ada kena mengena dengan saka jin/hantu jembalang. Ia merujuk kpd pokok durian yg jangka hayatnya puluhan tahun.

      Reply
    • ala bodoh nya kau ni.. budak yang tulis ni takda pulak dia cakap pokok saka jin hantu ke apa.. adoii.. abis harta puSAKA ko tanak claim warisan arab jahiliyah jugak ke.. baso gong

      Reply
  1. mmg ler pokok kekabu nih tempat bliau.da penah nmpak siap menyanyi bagai tepi pantai atas dahan pokok.sambil pndgan bliau menghadap laut.mmg boleh percaya cita nih tapi xsangka lagi dasat cik lang nih

    Reply
  2. Assalammualaikum admin FS dan readers sekalian ..Maaf yer kalau cerita seram nie tak mencapai keseraman kalian semua,Aku cuba untuk menulis..Sebelum tu terima kasih admin sebab dah publish kn post Aku ‘Wanita misteri di kem batu 5,Mentakab’ dan nie cerita kedua Aku..Cerita dia macam nie..Aku dapat whatsap dari akak,dia maklumkan aku bahawa anak sulung dia dirasuk..Kebetulan masa tu husband dia takada kat rumah,memandangkan aku yang dekat dengan dia..Dia pon call aku..Sepantas kilat berdesup ambil segala barang yang penting dan terus ke rumah akak aku..Seperti ada yang mengekori aku di seat belakang Aku maintain cool sambil baca surah lazim Al Quran,seat belakang aku memang tak menjeling langsung walaupun bulu roma dah menegak semacam,menegak sebab sejuk,malam tu sejuk dia lain macam.. jalan pon suram dan gelap ,cermin pandang belakang pon aku turunkan sedikit..Tak sanggup nak toleh pandang cermin tu,buatnya aku pandang time tu dia senyum nganjing kat aku mau pengsan time drive tu..biasalah orang penakut imagine kena lebih..haha
    Sampai di kawasan perumahan hati aku dah rasa tak sedap giler,bdebar debar..Rasa seperti ada yang mengekori dan memerhati,aku tarik nafas panjang panjang sebelum membaca ayat pendiding diri ambil kekuatan sebelum masuk.. aku ketuk pintu dahulu lalu membukanya untuk masuk,anak bongsu akak umur setahun dah menangis kedengaran dari luar,terbuka nya pintu utama angin laju menerpa muka aku..Perasaan nak marah masa tu sebab terkelepot tudung aku tapi malas nak keruhkan lagi keadaan..akak berdiri membelakangi aku sambil menggendong anak dia..Aku tanya Anis mana ? anak sulung akak yang berumur 12 tahun..perlahan lahan tangan nya diangkat lalu menunjukkan kearah bilik..mungkin disitu Anis dikurung sementara,aku dah kalut berlari nak masuk kedalam bilik tu mana lah tahu akak aku ada dalam tu..tetiba ada suara memanggil aku Shaa..akak kat sini depan bilik Anis senang nak tengok tengok kalau Anis terlepas keluar..Aku? terkaku..kepala automatik pandang ke arah akak palsu aku tadi..emmm…takada wehhh yang ada suara mengilai je dari dalam bilik Anis tu..aku pulak yang menangis masa tu..haha..akak bagi aku anak dia ,dan dia pon berlari meminta pertolongan dari jiran jiran..mesti korang cakap kan kenapa tak panggil jiran masa Anis tu dirasuk?jawapan dia tak boleh dengan anak bongsu dia menangis,anak kedua lelaki tapi penakutnya nauzubillah..haha..oh yer akak aku ada tiga anak ,husband dia outstation kerja sebagai pemandu kereta di sebuah syarikat.
    Jiran datang bersama ustaz Kamal,Ustaz tanya dimana anak kamu ? Akak menunjukkan bilik Anis..Ustaz Kamal buka pintu untuk melihat Anis,Anis duduk seperti bertapa membelakangkan kami..Ustaz mula bertanya dengan tenang..kamu siapa?dari mana?kenapa masuk dalam badan budak nie?!!mende tu gelak wehhh..bergema bilik tu jadi..pastu dia nangis..Dia cakap budak nie dah ambil anak aku!!!hmmmm…hmmmmm…hmmmmm makhluk tu nangis pastu dia jerit..arghhhhh!!! budak tu bodoh !jahat…!..Ustaz tanya lagi dia culik anak kau dimana ?makhluk tu cakap di sungai sambil nangis nangis…Aku cakap dalam hati sensitif betul makhluk nie..Tetiba dia pandang kearah aku macam tahu apa yang aku cakap..terkejut wehhh!! Dia pandang tak puas hati sambil tersenyum nganjing nampak gigi taring ..Ustaz tanya akak aku Anis ada bawak balik apa apa tak ? Akak aku cakap ada batu warna putih yang ada ditepi pantai..memang cantik batu tu..lokasi aku rahsiakan ..hihihi..muka makhluk tu mula menghampiri muka ustaz..kamu pon bodoh !jahat! mulut ustaz membaca sesuatu ..arghhhhhhhh…sakit laa orang tua jahat !!!suara Anis bertukar garau dari sedih tadi..dia menjerit nyaring..lepaskan aku bodoh!aku panas …panasssssss…budak nie ambik anak aku!Lepaskan aku…aku panas…Anis menangis,mendayu dayu wehhh ! muka dah bertukar berganda hodoh,muka dan badan seperti ditoreh pisau tajam,bernanah ,darah menitik nitik atas lantai ,mata tersembul terkeluar..Bau busuk menusuk ke hidung.. kat dapur pinggan seperti dibaling merata rata..ustaz membaca ayat suci al Quran lalu menghembuskan di ubun ubun Anis sambil cakap aku akan pulangkan anak kamu secepat yang mungkin..makhluk tu menjerit jerit garau..kecut jugak perut hampir jer nak terkeluar air kencing.Keadaan kembali tenang,sebelum keluar Ustaz pesan pulang balik barang yang diambil,tak mustahil ‘dia’datang balik untuk menuntut anak ‘dia’ .
    Keesokkan harinya sabtu,aku yang jaga anak anak akak disebabkan akak kena kerja,kebetulan aku cuti akak minta tolong tengokkan anak dia.Aku oke je..Tengahari pukul 12.30 aku dah sibukkan diri kat dapur nak siapkan makanan untuk budak budak nie.. kat dapur nie biasalah dapur,disebelah dapur ada tempat untuk sidai kain dan ampaian sekali.Seperti ada yang memerhati aku disebalik mesin basuh tersebut,jantung dah mula laju,budak budak nie dah senyap tak sepeti biasa.Aku kuatkan diri untuk melihat..Allahhhhhh!!!! ada sepasang mata tengah memerhati aku didapur..Aku kuatkan diri untuk melihat lebih lama disitu..hmm ..Anis rupanya ! aku jerit suruh keluar dari situ kalau berani tunjukkan diri..Aku ingat Anis kena rasuk lagi ..rupanya dia cakap gini .. Nie Anis laaa…aku jerit lagi..keluar dari badan Anis sekarang jugak !!!!! suara tahap maksimum dah aku rasa..haha..pastu dengan selamba dia cakap mak andak !’’ nie Anis laa ..kakak main nyorok nyorok dengan adik (yang lelaki tadi) ..Malu wehhh dah lah menjerit tahap maksimum tadi..haha.. tu jerlahh maaf kalau tak seram, Cuma aku takut tu yang anak buah aku nampak macam hantu,kerap sangat layan fiksyen shasha sampai meroyan aku dibuatnya..Terima kasih semua !

    Nota: Tiada kena ngena dengan yang hidup atau yang mati !

    Reply
  3. Seb bek Hani seliimmm…
    Kot kena kat akk, sume surender xmo sambut…
    Usahkan org yg sambut tu patah riuk, pokok kabu tu pn mau melendut dahan eii jejak tanah…
    Hahahahahha…

    Reply
  4. Dekat rumah atuk dulu ada pokok kabu ni. Asal malam je ada yang mengilai atas tu. Kecut perut semua bila dengar. Memang maghrib semua dah tak keluar rumah dah. Hehehe. Best cerita. Throwback pulak.

    Reply
  5. Pokok kabu tua malam² memang seram kalau tengok, dulu masa heboh pasal Restoran Bendang Tujuh Relung tu pun sebenarnya tapak restoran tu ada pokok kabu besaq.

    Reply

Leave a Comment