Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca
Cerita pada kali ini bukan lah dari pengalaman saya tetapi dari pengalaman salah seorang kawan saya.Sebelum kita mulakan cerita ini.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin yang mempublishkan cerita saya ini.Saya akan menggunakan panggilan aku bagi mewakili nama kawan saya ini.
Mari kita mulakan.
Aku mula memasuki ipt pada bulan 11 untuk second intake.Pada mula nya aku melihat ipt ini sangat membosankan dan terletak jauh dari kawasan bandar. Betul-betul terletak di tengah hutan. Aku mendaftar asrama agak lewat dan ditempatkan di blok paling belakang tetapi blok tersebut merupakan blok yang baharu.
Bilik ku terletak di tingkat yang paling atas iaitu tingkat 4 dan bilik ku merupakan bilik yang pertama dan terletak bersebelahan tangga.Nasib ku agak baik kerana roomate ku merupakan kawan baik aku sendiri yang baru saja memasuki ipt ni seperti aku dan nama dia adalah Wan(bukan nama sebenar).
BIlik aku agak besar berbanding bilik yang lain dan mempunyai sebuah stor. Biar aku terangkan rupa bilit ini, bilik ini menegak dan dihujung bilit ada tingkap dan disebelah kanan tingkap itu pula adalah stor. Stor itu pula berkunci dan di atas pintu itu terdapat kain kuning yang melekat.
Aku mulanya tidak mengambil endah tentang stor tersebut kerana tidak ada perkara yang pelik pun sehingga lah hari bermulanya kuliah. Pada malam pertama,gangguan agak ringan.Pada waktu itu,tidak salah aku jam baru menunjukkan pukul 9 malam dan memandangkan kelas aku pada esok hari bermula pada tengahari. Aku dan kawanku sedang leka melihat movie di laptop, tiba-tiba kami terdengar bunyi cakaran pada pintu stor tersebut. Kami berfikir bahawa yang membuat bunyi tersebut adalah tikus kerana siling kami adalah kayu.Bunyi tersebut semakin kuat dan terdengar sekali dua ketukan.
Kemudian Wan pun bangun “shuhhh shuhhhhh shuhhhhh” katanya.
Selepas itu kami tidak lagi dengar bunyi tersebut.Pada malam seterusnya, aku tidur agak lewat kerana kelas ku hanya satu sahaja dan bermula pada pukul 3 petang manakala Wan pula sudah pun lena dibuai mimpi. Ketika aku sedang leka bermain Counter Strike, aku terdengar orang sedang batuk. Aku fikir mungkin orang sebelah atau orang sedang melintas bilik aku.Kemudian bunyi itu berlaku lagi dan disusuli dengan bunyi seretan kaki.
Aku pun bangun dan pergi kearah pintu untuk lihat siapa kat luar.Bila aku menjenguk keluar, tak ada orang pun dan aku melihat kesemua bilik di aras tersebut semua nya gelap.Aku pun terus meluru masuk kedalam bilik dan terus tidur.
Keesokan harinya, aku menceritakan kepada Wan tentang apa yang terjadi semalam. Dia tidak mempercayai apa yang aku ceritakan dan berkata
“Alaaaa, mungkin perasaan kau jer tu or bunyi tu dari dalam game yang tengah kau main kot” kata nya.
“Hmmm, yer ker. Mungkin kot” kata ku
Pada malam itu perkara ini semakin menjadi, ketika itu aku dan Wan tengah sibuk bermain game.Tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan di pintu bilik kami. Aku pun bangun kerana mungkin ada kawan ku yang ingin lepak di dalam bilik kami. Apabila aku membukanya, tidak ada orang pun di depan pintu. Aku tutup dan sambung balik bermain. Tidak lama selepas itu kami terdengar lagi bunyi ketukan dan di ikuti suara memanggil nama aku.
“Fiqqq, Fiqqqqqq (bukan nama sebenar),” katanya memanggil.
Aku pun bangun dan pergi kearah pintu.Semasa aku hendak buka, bunyi tersebut masih ada lagi sehinggalah aku membukanya.Sekali lagi tidak ada orang di depan pintu, aku pun keluar dan memeriksa tangga di sebelah bilik ku kerana mungkin ada orang yang cuba untuk mempermainkan aku.Bila aku lihat ke arah tangga, tidak ada orang pun yang berada disitu. Aku pun masuk semula kedalam bilik dan Wan bertanya
“Haaaa, siapa yang datang tu. Dia nak apa” kata Wan
“Mana ada orang lah datang ke bilik kita. Aku fikir mungkin ada orang nak main-main kan kita tapi bila aku lihat dekat tangga sebelah. Tak ada orang lah.” kata aku
Terus muka Wan ini berubah gelisah.Kemudian dia cakap
“Ohhh, ye ker. Aku rasa kita lapar kot, sebab itu lah kita terbayang bunyi tadi. Jom kita pergi ke kantin nak tak.” kata Wan
“Betul jugak cakap kau, aku pun tengah lapar sekarang ni.”kata ku
Kami pun terus pergi ke kantin sambil wan ini tidak berhenti mulut nya membaca sesuatu.Setelah sampai di kantin kami pun membeli makanan dan selesai makan, Wan berkata.
“Kau tahu tak, aku ajak kau pergi sini bukan sebab aku lapar.Lepas kau masuk ke dalam bilik, aku ternampak sesuatu dekat atas pintu(dekat atas pintu ada tingkap kecil). Aku nampak ada kepala orang tapi muka dia aku tak nampak. Bila kita keluar dari bilik, aku tengok benda tu dah masuk dalam bilit.” kata Wan
“Apa?! Habis tu macam mana ni? Aku tak beranilah nak balik bilik. Kita nak tidur mana sekarang ni?” Tanya aku.
“Hmmmmm, aku rasa esok pagi kita balik bilik.Sekarang ini apa kata kita tidur di dalam bilik kawan aku.” kata Wan
Kemudian kami pun pergi ke bilik kawan Wan ni, Alhamdulilah semasa kami tido dalam bilit kawan Wan kami tidak diganggu.Pada esok pagi kami balik semula ke bilik untuk lihat keadaan di dalam bilik.Bila kami periksa tiada apa yang pelik,semua barang masih ada di tempatnya seperti semalam.
“Hmmm, mungkin perasaan aku jer kot. Malam ni kita tengok apa yang jadi.Adakah perasaan kita atau apa?” kata Wan.
“Okay” kata aku.
Kami pun kemas barang sebab tak lama lagi kelas kami akan bermula. Ketika aku berkemas untuk ke kelas, aku perasan yang mangga di pintu stor sudah hilang.Pada mulanya aku fikir mungkin tertanggal dan disimpan oleh Wan.Selepas habis isyak,aku dan Wan lepak di kantin bersama beberapa kawan sekelas.Kami berada di sana sehingga pukul 10 malam, di dalam perjalanan ke bilik.Wan terlihat lampu bilik terbuka.
“Ehh, lampu bilik buka lah. Bukan kita dah off tadi ker?” kata Wan.
“Tak tahu lah aku.Maybe kita lupa tutup kot, kan tadi kita tergesa-gesa nak ke masjid.” kata aku.
“A’ahlah, betul jugak cakap kau” kata Wan.
Setelah kami sampai ke aras 4 dan menuju ke bilt. Aku perasan yang bilik kita orang gelap.Aku pun mula pelik.
“Ehhh, tadi bukan lampu bilik kita buka kan?”. kata aku.
“Yerr, tadi lampu bilik kita buka. Apasal gelap ni.” Kata Wan
Kami pun saling berpandangan. Jangan-jangan benda tu dalam bilik. Aku dan Wan pun cuba memberanikan diri untuk masuk. Bila kami masuk tak ada apa pun yang pelik. Tiba- tiba aku terpandang yang pintu bilik stor kita orang terbuka luas. Bila aku cakap kat Wan yang pintu stor terbuka, Wan pun pergi ke pintu tersebut dan tutup pintu itu. Kami pun pergi ke katil masing-masing dan cuba untuk berehat. Kemudian tiba-tiba pintu stor tadi terbuka lagi.Wan pun bangun dan tutup lagi pintu itu sambil membebel.
“Apasal pintu ni, rosak ker.” kata Wan.
Tak lama selepas itu, pintu itu terbuka lagi dan tiba-tiba kami terlihat ada tangan yang menjulur keluar dari pintu itu.Aku dan Wan pun apa lagi, kelam kabut lah keluar dari bilik.
Disebabkan kebisingan kami berdua, orang-orang disebelah bilik kami pun keluar sambil bertanya apa yang berlaku.Kami berdua pun cerita apa yang berlaku.Kemudian salah seorang penghuni bilik sebelah berkata
“Ehhh, tak salah aku dari tadi aku dengar korang berdua gelak sakan.” kata nya
“Mana ada, kami baru jer balik dari kantin. Bila masa pulak kami gelak.”kata wan.
Selepas itu, kami berdua dan beberapa orang penghuni yang berada dengan kami terdengar bunyi ketukan dari dalam bilik dan disusuli dengan bunyi seseorang yang tengah ketawa.Kami semua pun lari, ada yang masuk ke dalam bilik, ada pula yang lari turun ke bawah.
Aku dan Wan pergi bilik kawan wan ni and untuk makluman anda. Bilit dia betul-betul menghadap bilik kami berdua.Blok dia ni blok lama, blok ni mempunyai bilik yang menghadap sesama sendiri manakala blok aku pula bilik dia hanya bersebelahan dan didepan adalah koridor untuk berjalan dan menjemur pakaian. Mengikut kata kawan wan ni, dia selalu melihat orang berlegar-legar di depan bilik kami. Kadang-kadang dia tengok ada orang berdiri di tangga yang terletak di sebelah bilik kami itu.Dia menganggap bahawa itu adalah aku dan wan tapi yang membuatkan dia pelik, dia melihat orang itu berada di sana hingga ke lewat malam sampai lah ke pagi.
Wan kemudian membisik kepada aku. “jangan-jangan benda tu lah yang kacau kita kot”.
“Aku pun rasa macam tu..takpa, nanti kita siasat” kata aku
Keesokan malam nya, aku dan wan bercadang untuk siasat apa yang terjadi sebenar nya.Adakah ada orang yang cuba untuk mempermainkan kami atau benda tu yang betul-betul kacau(waktu ni kami masih cuba berfikiran positif).
Jadi pada malam itu selepas isyak, aku dan wan sudah pun balik ke bilik kami. Wan kemudian cuba untuk membuka pintu stor tersebut.Pintu tersebut di buka agak mudah kemudian keluar sesuatu dari pintu itu.
“Cisss, kelawar rupanya. Nak jatuh jantung aku dibuat nya” kata Wan
Tapi aku pada waktu itu terlihat ada satu lembaga berwarna putih berdiri betul-betul di depan Wan tetapi wan tidak menyedari apa yang berdiri di depan nya siap menjenguk masuk ke dalam stor itu untuk lihat apa di dalam.
“Waaaa….wannn, keluar wan. Keluar sekarang hoiiii” kata aku.
“Kau ni dah kenapa, kau nampak apa. Bukan nya ada apa-apa pun”. Kata Wan.
“Tukkkkkk tukkkk tukkkk” bunyi dari pintu bilik.
Aku waktu itu betul-betul berdiri di sebelah pintu itu. Di dalam hati ku berfikir ada lagi ker gangguan yang berlaku. Kemudian aku terdengar orang memberi salam.
“Assalammualaikum” orang itu memberi salam.
Aku pun berasa lega sedikit dan membuka pintu dan terlihat penghuni sebelah berada di depan pintu sambil berkata
“Korang berdua okay ke sebab aku dengar korang menjerit” kata salah seorang penghuni itu sambil memerhati ke arah Wan yang berjalan menghampiri kami.
“Ya Allah” mereka semua bersuara.
Aku pun melihat ke arah Wan dan kemudian memerhati ke arah pintu stor itu. Aku terlihat lembaga tadi keluar perlahan-lahan dari bilik stor tersebut dan aku pun menjerit kepada Wan sambil cuba untuk lari keluar dari bilik itu.
“Wannnn lari Wannn, cepat Wann” kata aku
Wan yang terkejut itu pun lari keluar dan penghuni yang berdiri di depan bilik kami pun cuba untuk lari dari situ sambil menjerit Allahhuakbar. Disebabkan itu, aku dan wan beserta beberapa orang penghuni pergi ke bilik warden untuk melaporkan tentang perkara ini. Warden pun mengarah kami untuk pergi ke kantin, tidak lama kemudian aku terlihat warden membawa ustaz pergi ke bilik aku.
Tak lama kemudian, warden pergi ke arah kami dan memberitahu bahawa aku dan Wan tidur di dalam bilik nya. Manakala penghuni yang lain diarah pergi ke bilik masing-masing. Keesokan nya aku dan Wan di pindahkan ke blok lain, bukan kami sahaja yang dipindahkan.Seluruh penghuni blok tersebut dipindahkan ke blok yang lain.Aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada malam itu dan kenapa blok itu diarah untuk dikosongkan.
Maaf jika cerita ini agak membosankan. Terima kasih kerana membaca cerita ini.
Penulis :
Mr K
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Mak aaiiii…
Satu blok kena pindah…
Haru bebenoorrr…
Kannn? Tp pindah sementara nk kasi pulih je kot. Sayangnya kalau bebetul 1 blok dah terbiar kosong jadi gajah putih tak dimanfaatkan.. eh kite pulak yang lelebih. Huhuhu
ala tak tanyer ker apa jadi sebenarnya dgn warden..
lepas pindah da kne kacau lg tak??
kan dah kte nme writer sedikit berhntu…
dh mr.k (bos) thu ai bce cerita fs… nsib kerja dah siap… hihi
taktahu kenapa tapi menyampah bila nampak typo bilit tu. ke memang dari kecik sebut bilit bukan bilik sebab k dgn t jauh kot :’)
Rilekkk jangan nyampah-nyampah. Kita kan 1 Malaysia.. Bilit tu biliklah.
Tuan tanah, kitak urang sarawak kah?
oooo orang sarawak sebut bilik tu bilit ke xD
Sarawakian kot. Nampak bahasa dia mcm orang belah sana je..
oooo sorry raa tak reti beza heheh ;p
Maaf, saya asal sarawak. Memang bilit tu bilik. hahahaha
Satu blok kena pindah? Mmg betul betul puaka sangat tu.
kdg nak ambik tau nak siasat tu bahaya la, ken apercaya benda2 ni memang ada, berani la plak dok p siasat la ampa ni.
geram aku memula bilit bilit da lame2 bilt.. jauh gila punya typo..hahahah.. cerita dah best.. selain bilit.. ending dia pon buat aku gerammmm..
Org srwak pggil bilik tu bilit..Jgn mrh2 x elok.
Adehhh…akak pun nk taw sebab ap.last2 ap ceta…ceta da best dah tp xd ending.bhuhuu akak
Tak tahu nak seram ke nak nyampah ke ape. Seram sebab ada benda, nyampah dengan bilit bilit tu. Hahahaha yang pasti gelak sampai habis baca sebab boleh bayang muka cuak lari lintang pukang. Astu acah berani jom kita siasat la pulak. Hahahahah best
poli kuching kerrrrr
Aku rasa setan tu dah lama bersemadi kt dlm stor ‘bilit’ tu..dah tiba2 ada jiran pulak
Lawak siyal bilit bilit ko nak belit apa??? Hahaha
Maaf, saya asal Sarawak. Kadang-kadang saya tak perasan ejaan saya. Sudah terbiasa. hahahahah
Saat iols terbaca bilit bilit tu, iols dapat mengagak bahawa Mr K adalah asal sarawak. mueheheheheh.. steady Mr K, cta ktk nang best!
?
bilit
bilit
bilit
bilik la.
well, ape jd lps tu takkan kosong selamanya. mustahil xde soksek2 psl kejadian ni kan.
so apa kisah sebenar dari kejadian ini …
hasil dari siasatan kamu tu …
storylah sebab2 kenapa berlakunya kejadian gangguan ini berasal dan bermula …atau sampai kesudah tak dapat cerita ..??