-Di rumah Nek Kiah-
“Arhhhh…!” nek kiah mengerang kesakitan,terasa tubuhnya bisa dan jantungnya bagai dihiris pisau.Makin diminum air penawarnya, semakin bisa ditubuhnya.
Prraaggggkkkk.Bekas air penawar itu dicampak oleh nek kiah.!
Nek kiah melangkah keluar rumah di pagi buta itu, dia harus melakukan sesuatu.! jika tidak pasti dia akan terkorban.Dari celahan tingkap kayu rumah nek kiah ada sepasang mata sedang memerhatikan. dari raut mata itu seakan sedang gembira melihat nek kiah dalam mencari nafasnya.
Sebaik sahaja kaki nek kiah menyentuh tanah, kedua-dua lututnya bagai dipasak. Nek kiah rebah ketanah sambil berlutut. perlahan-lahan dadanya rasa berat,sesekali terdengar nafas kencang nek kiah.sambil kedua tangannya memegang dadanya sendiri,dia terbaring lemah terlentang kearah langit yang gelap. Tiada siapa yang membantu. tiada siapa yang melihat.! Errrhhhhhhhhh….errrrkkkhhhhhhhhh..bunyi nafas nek kiah.Bertungkus lumus dia mencari nafas.tetapi semakin lama, semakin berat. kakinya mula kejang,matanya terbeliak mencari nafas yang semakin hilang.
Sedang Nek kiah dalam Nazaknya, datang seekor makhluk merangkak kearahnya, semakin lama semakin dekat dan akhirnya muka makhluk itu berhadapan dengan nek kiah. Wajah yang dipenuhi nanah dan sebahagian kulitnya terkopek tidak menakutkan nek kiah sedikit pun,kerana waktu itu nek kiah sedang bertemu dengan sakaratulmaut.Hampir 20 minit bertarung dengan Maut, akhirnya nek kiah menghembuskan nafasnya terakhir di tanah hadapan rumahnya.Makhluk tadi turut berlalu laju dan hilang dalam kepekatan pagi itu.
Tok Guru Muiz baru sahaja selesai melalukan ibadah dan bacaan al-Quran membantu ikhtiar memohon kesembuhan dari Allah.Tok Guru keruang tamu untuk Menemui Muiz yang sedang duduk berzikir,dijarinya tidak lekang menarik butir-butir kayu yang telah disatukan menjadi tasbih.
“Muiz…Pergi Solat sunat Taubat..Mohon kepada Allah.” tiba-tiba Tok Guru mengarahkannya.
“Baiklah tok.” balas muiz tanpa melawan sambil berlalu.
Tok Guru duduk berehat sambil beristifar, dan menyebut “Innalillah” nampaknya Tok Guru seakan merasakan ada kematian di kampung itu. tidak diberitahukan kepada Muiz anak muridnya.
-Keesokan Harinya-
Jam 8.20 pagi-Tok Guru Muiz sudah pun melangkah pulang ke sekolah pondoknya, tetapi dihalaman rumah nek kiah ketika itu kecoh,terlalu ramai orang berkerumun, Shakir yang ketika itu sedang lalu turut berhenti dan ingin melihat apakah yang sedang dilihat oleh orang kampung. Alangkah terkejutnya Shakir apabila melihat Nek Kiah sudah Meninggal dan mayatnya seakan mengerikan.Tanpa berlengah shakir terus menuju kerumah Muiz untuk menyampaikan berita kematian Nek Kiah.
Muiz dan shakir terus menuju kerumah nek kiah.tetapi apabila sampai. Jenazah Nek kiah Sudah ditutup dan tidak dibenarkan sesiapa melihatnya.Muiz sedikit kecewa tetapi dia menghormati aib Arwah.sedang hingar bingar ketika itu tiba-tiba terdengar suara menjerit lemah..
“Tolonggggg~~ sini……Tolongggg~~” semua yang ada ketika itu tergamam, saling berpandangan.
Muiz,Ketua kampung,Shakir dan beberapa orang kampung lain cuba mengesan dari mana hadirnya suara itu.sedang masing-masing mencari tiba-tiba terdengar jeritan seorang penduduk yang berada didalam rumah Nek kiah.
Muiz dan shakir turut serta meluru kedalam,begitu juga beberapa orang kampung dan dihadapan mereka kelihatan Nek Rikiah sedang mengensot lemah.
Beberapa orang perempuan yang turut ada disitu menjerit seperti terkena histeria apabila melihat Nek Kiah kini berada dihadapan mereka. Ketua kampung turut melangkah undur beberapa tapak. Tiada siapa yang berani menghampiri Nek Kiah.Kerana mereka sendiri melihat Jenazah Nek Kiah terbaring dihalaman rumahnya
“ni aku nek kiah la…tolongg aku..” rayu nek kiah apa bila melihat orang takut kepadanya,
Ketua kampung perlahan-lahan menghampiri nek kiah semua bersama beberapa orang kampung lain,dan akhirnya mereka memapah nek kiah.
Dalam kecelaruan, mereka masih menguruskan Jenazah nek Kiah tetapi dalam masa yang sama mereka orang kampung membantu juga Nek kiah yang hidup..Kini ada dua Nek Kiah..!! satu sudah mati dan satu lagi lemah bagaikan orang yang menunggu mati.
-Malam-
Bacaan Tahlil kedengaran bergema hingga keluar rumah Nek kiah,Jenazah nek kiah sudah selamat dikebumikan tadi petang,Shakir,Muiz,SaifulBadrul dan razi turut kelihatan sedang membaca tahlil.beberapa jiran Wanita sedang bertungkus lumus menyediakan makan untuk dijamukan kepada tetamu. Nek Kiah tidak mempunyai Saudara-mara untuk melakukan semua itu.Jadi atas keperihatinan penduduk kampung, yang mengenang jasa nek kiah selama menjadi bidan maka mereka bersepakat membantu membuat tahlil dan juadah untuk tetamu.
Selesai bacaan tahlildan solat isyak, semua tetamu sibuk menjamu selera dan 5 sahabat itu sedang duduk makan diatas pangkin halaman rumah nek kiah.
“Muiz..Guru kau dah balik ke.? dari pagi tadi aku tak nampak” Shakir menanyakan soalan.
“a’ahh…tak lama Tok guru aku balik…kau datang bagi tahu Nek kiah meninggal” balas Muiz sambil menyuap nasi berlaukkan pucuk ubi dan ikan masin.
“Korang tak pelik ke dengan Nek kiah yang ada dekat atas tu?” Razi pula bertanya.
Persoalan Razi menyebab kan semua terdiam,lalu meneruskan makan.Razi memang terkenal dengan celuparnya,mungkin bagi dia perkara itu adalah remeh.atau mungkin memang sudah menjadi tabiat diri nya.
Sebenarnya Muiz,Shakir,saiful dan Badrul juga tertanya-tanya. siapa pula Nek kiah yang hidup itu? kenapa Nek kiah itu nampak lemah dan tak bermaya.Semuanya menjadi persoalan.tetapi puas orang kampung mempersoalkan soalan itu kepada namun Nek Kiah dia hanya diam membisu.
Muiz Pulang kerumahnya bersama Imam Ismail dan isterinya,Cinta pula ditinggalkan dirumah kerana sedang dalam keadaan Period.sewaktu dalam perjalanan imam ismail memesan kepada muiz, agar esok dia menjengah nek kiah dan bawakan makanan untuk nek kiah yang akan diberikan kepadanya esok, kerana Nek Kiah tinggal seorang tidak bermaya hanya mampu duduk membisu.bagaikan orang sedang dalam trauma.
-Keesokan pagi-
“Assalamualaikum…..” suara seorang gadis,dan diketahu sangat oleh Muiz, itu adalah suara Cinta.
“Waalaikumusalam” balas Muiz sambil keluar.
“Ni..ibu suruh bagi dekat awk dan Nek kiah, nanti hati-hati ye” kata Cinta sambil menghulurkan dua bekas makanan
“terima kasih ye… cakap dekat ibu.”
Cinta pun balik dengan hati yang berbunga-bunga. niat dia hanya melihat Muiz, Lelaki yang banyak melindungnya dari kenakalan remaja lelaki lain suatu ketika dahulu.Muiz terus menuju kerumah Nek kiah, sepanjang jalan mulutnya tidak lekang dari zikir, hatinya penuh persoalan dan bercampur baur dengan sedikit ketakutan. Dia juga manusia biasa, masih ada perasaan takut.
Sampai sahaja di rumah nek kiah,Muiz terus memberi salam dan melangkah masuk. Pintu rumah Nek kiah tidak berkunci,dan nek kiah sedang duduk tersandar di kerusi malasnya,
“Assalamualaikum nek kiah,” kata Muiz cuba bersembang dengan nek kiah. Sambil dia duduk di hadapan nek kiah.
“ni saya ada bawa bekal untuk nek kiah makan..” kata Muiz lagi
“Nek kiah dah makan??” Muiz masih tidak berputus asa,apabila melihat nek kiah hanya mendiamkan diri.
Apabila melihat pertanyaannya tidak dijawab,muiz pergi kedapur lalu mengambil sudu untuk menyuap nek kiah. mana la tahu dengan cara itu nek kiah akan bercakap dengannya. Muiz membuka bekas makanan yang dibekalkan oleh Ibu Cinta, Lauk ayam sambal dan nasi putih. Nampak sedap..!
Pranppp… bekas nasi itu ditepis oleh nek kiah menyebabkan makanan itu tumpah kelantai,baru sahaja Muiz ingin suapkan. tetapi telah ditepis sehingga semuanya habis terabur. kini hanya tinggal satu bekal,iaitu bahgian untuk Muiz.
Muiz bangun kedapur dan mengambil penyapu serta kain buruk,dibersihkan dahulu segala maknan yang tertumpah. Sikap Muiz hanya dilihat oleh Nek Kiah mengunakan ekor matanya,Muiz sedikit pun tidak memarahi tingkah laku Nek kiah. Pada sangkaannya nek kiah sudah nyanyok.
Muiz duduk kembali,setelah semuanya sudah bersih. Baru sahaja dia ingin membuka bekal lagi satu, tiba-tiba nek kiah membuka mulutnya.
“Muizzz…” lemah suara nek kiah memangil muiz.
“ya” jawab muiz penuh teruja dan tidak disangka. tetapi tidak ditunjukan pada raut wajahnya.
“Dulu masa arwah mak kamu melahirkan kamu, Nek kiah la yang sambut kamu..” kata nek kiah sambil mengah-mengah.
“iya nek kiah,saya tahu” jawab muiz.
“Nek kiah tak sangka,kamu anak muda yang dahulunya nakal. Kini berubah baik.”
“hehehe..alaaah nek kiah..ni semua atas doa arwah mak ayah juga.”
“kamu mesti nak tahu..siapa yang meninggal semalam tu..dan siapa Nek Kiah sekarang..?”
Muiz tidak menjawab tapi hanya menganggukkan kepala, dengan harapan yang mengunung agar nek kiah menceritakan.
“Kamu bangun,masuk dalam bilik Nek yang depan tu,ada satu meja dalam laci meja tu ada satu kotak…bawa ke sini..” arah nek kiah.
Muiz dengan pantas mengikut apa yang disuruh oleh Nek kiah.Kotak itu dibawa kehadapan nek kiah. perlahan nek kiah mencapai kotak yang diambilkan dan membukanya. Muiz sabar menanti, walaupun sebenarnya hati ingin sahaja terus melihat kedalam kotak itu.
Satu persatu nek kiah memberi kepada Muiz kepingan gambar, Muiz melihat itu adalah gambar remaja dan kanak-kanak perempuan, cuma yang pelik.. gambar itu kembarr..!!
“errrrr..ini nek kiah ke?” Muiz cuba meneka.
“iya,,,itu lah nek kiah…dan lagi satu itu kembar nek kiah..nama dia Rapeah”
“maknanya yang meninggal semalam tu Nek Rapeah la..?” Muiz mula teruja ingin tahu.
“betul..tetapi…dia seorang pengamal ilmu salah..” balas nek kiah sambil termenung jauh.
Muiz masih menanti,cerita yang akan keluar dari mulut nek kiah.
Dahulu….nek kiah dengan kembar nek belajar ilmu bidan ni bersama, kami memang minat nak bantu orang,selepas habis menuntut ilmu bidan,kami bawa diri masing-masing untuk mengembangkan ilmu bidan serta membantu orang, tetapi Manusia ini mempunyai Nafsu, Perasaan tamak dari kembar nek kiah telah menyebabkan dia menuntut ilmu hitam demi mendapatkan lebih banyak duit dengan cara menyihir serta membantu dari segi susuk,kecantikan dan sebagainya.
Nek kiah memanggilnya kembali dikampung sini untuk menyedarkan dia kembali,tetapi rupanya nek kiah silap. Dia telah kurung nek kiah,kemudian membuat kacau. Nek Peahlah yang sebenarnya menyebabkan penduduk kampung diganggu, Wak Hassan warung itu pun ambil pelaris dari nek Peah.
Tapi semalam,masa dia tengah sibuk ingin menyihir,tiba-tiba sihirnya berbalik kepada dia.Air tawar yang dia dah sediakan pun tak mampu memulihkan dia.. dia lupa Kuasa Allah.Masa dia turun dari rumah tak lama lepas tu dia meninggal.
“Ehh..macam mana nek kiah nampak semua tu.kan nek kiah kene kurung.?” tanya muiz pelik.
“Nenek selalu intai dia,tengok apa dia buat.”
“owhh…tapi nek..siapa yang dia nak sihir tu??”
“Kamu..” balas nek kiah ringkas..membuatkan jantung muiz bedegup tersentak. terkejut dengan jawapan yang diberikan
“errr..ok la nek kiah..sy balik dulu ye..haa nanti makan la bekal tu..isteri imam ismail yang bagi” jawab muiz sambil bangun berlalu pergi.
Selepas Muiz meninggalkan rumah nek kiah,di fikirannya terus teringat akan Tok Gurunya, dan tertanya-tanya mengapa nek peah ingin menyihirnya,sedangkan dia tidak ada berbuat silap dengan nek peah.Cuma saat pertama kali dia nampak Nek Peah yang di sangka nek kiah itu.dia melihat satu lembaga berambut panjang menutup muka duduk bertengek ditempat duduk belakang basikal nek peah.
Apabila sampai sahaja dirumahnya Muiz terus merehatkan dirinya,segala pertanyaan didalam dirinya sudah terjawab.dan kini dia tahu bahawa yang dirumah itulah sebenarnya nek kiah,tetapi yang meninggal itu adalah kembar nek kiah.
Tapi…!! tidak Disangka oleh muiz sepasang mata sedang memerhatikannya.!!
“Arrghhh..!!” nasib dia selalu sahaja baik..!! si tua tu pulak dah mati..!” aku mesti lakukan cepat.. kata empunya mata yang memerhati.
-Seminggu kemudian-
Kampung Pangku mula kembali aman..tiada lagi gangguan hilaian wanita dan tangisan bayi..Shakir,Saiful,Badrul dan Razi mula sentiasa bersama Muiz.Mereka selalu berkumpul dirumah Muiz untuk belajar tentang agama.Muiz pula mula didatangi penduduk kampung untuk berubat dari sihir,Jin dan iblis..
Pada Malam itu sedang Muiz duduk rehat sambil berzikir, tiba-tiba terdengar suara Tok gurunya memberi salam.Pantas muiz mempelawa masuk,Gurunya datang bersama seorang lagi murid baru.
“Eh tok guru..dari jauh datang..ada apa hajat ?” tanya muiz gembira melihat gurunya.
“saja nak lawat kamu,singgah sekejap untuk tidur” balas Gurunya..
“owhh..boleh tok guru..”
“haa..ni tok nak pesan..Yang sihir kamu itu bukan Nek Peah.! dia ada sentiasa memerhatikan kamu..” balas gurunya..
Prangggggg bunyi barang terjatuh,.membuat kan muiz tersedar dari mimpi nya..
“Astafirullah…!!” mimpi rupanya…
Muiz bangun dan terus teringat Nek Kiah..!! Aaahhh… mainan mimpi sahaja kot..bisik hati muiz, dia tidak mahu bersangka buruk kepada orang kampung nya.cukuplah dengan kematian Nek peah yang disangka nek Kiah..dan segala tomahan terhadap Nek Kiah..!! kini Nek kiah sudah selamat dari dikurung.. dan semakin sehat..
-Maaf jika penamat ini terlalu pendek. apa pun terima kasih kepada pembaca semua..semoga kalian dilindungi dari sihir dan khianat manusia serta Makhluk Allah.. jika diizinkan kita akan bersiaran lagi.. itu pun jika cerita dipublish.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Lawati laman Facebook penulis:Â https://www.facebook.com/fatestay.nite.96
Mesti saiful yg berniat nak menyihirkan muiz.
Mcm trgantung jea
weh..aku xpaham..nek peah baru nak sihir..tapi yg sihir sblm ni yg tok guru dia obatkan tu si sepul tu kah?
Nice story do.
Keep it up!
Tapi yg aku panas apasal citer FazAhmad tu tak dipublish lagi aduh. Tunggu citer faz ni mcm tggu nak bukak pose, lama bebenor rasanya. cpt la min oi ):
ketawa gegila bace komen ko wey… tula.. lame betul nak tgu cerita si faz ni. asek duk refresh je.. pon x kluar2 jugak.
ketawa ketawa gak. sakit jiwe ni menunggu cite faz.
mcm kena fake hope dgn crush tahu tak. frust la eyy ):
mau tidak frustnye… la nih setiap stori rqsenye ade org comment duk tgu citer faz ni… lame bebenor nak nunggu… mcm tgu bulan x jatuh2…
Tergantung tu takpe kalo pembaca dapat fikir. Masalahnya nak berfikir tu takde klu-klu yang bole aku rungkai sendiri. Sape sebenarnya yg nak sihir dia pulak?
Haah kn.. Lma sgt tgu ceta FazAhmad.. X sbr jgk nie nk tw smbungan..
By the way.. Best ceta nek kiah nie, tp mcm tgantung penuh prsoalan ja..
Itu le pasei nye. raa rasa tu strategi diorang. Kita kan menunggu cite faz tu, hari hari le bukak page nak tengok ade ke idok.
Sambil nunggu sambil bace ler citer lain. Hehe betoi dak! :p
Kampung aku ade sorang nama nek rokiah jugak. Tapi orang kampung x panggil die nek kiah. Orang panggil die “Nek Rock” Hahahahahahaha yea yeahhhhh!
owh..ni msti kes cemburu cinta suka kt muiz..ape ke nme sorg g yg mnat kt cinta tu..lupa lak ak
Citer dh syioookkk tp ending soh berpikir tu yg akk mcm APEKAH…???
Dik…
Citerler kasik clear…
Dh tua2 ni dgn x suke minom susu buat sel2 otak akk mmg xleh berhubung selalu…
Hahahahahahahaha kak. Aii haritu dengor cite umor 15 tahun setengah. cpt betoi umur akak ni meningkat ye
Eh eehhhh…
15tahun setgh ekk ritu…???
Ghasenye 18tahun setgh kooottt…
Ehhh entah yer…
Mcm baru 13tahun setgh pon ade gaaakkk…
Hmmm…
Berapa sbnrnye ni yeeerrrr…???
Why la the names are rokiah dan rapeah??
Itu nama arwah Mak dan Makcik aku..ejaan semua sama..adoilaa…
Hahahaha…
Btw..hrp2 ade sambungan…
Kejap. Macam tergantung. Siap yg nk sihir muiz yang sebenarnya? Ada sambungan ke tak ni? Adehh
crita dh siap ka? klu dh,ok . klu blom buatslow2 ,nnti x best.. hehe
cepat sambung membe psiko plsss…huhuhu
tergantungla cite ni..kalo ni penamatnyee..hurm…
Mne smbung? Xnk le cite gntug cmni
tergantung sepi..
?