#DakwatPink – Hira dan Raihal (Part 2/Ending)

#DakwatPink – Hira dan Raihal (Part 2/Ending)

2 hari Raihal menyepi, akhirnya aku dapat SMS dari nombor tak dikenali. Rupanya Raihal, katanya telefon hilang tak dapat dikesan. Sedikit terbatas untuk aku dan Raihal saling berhubung memandangkan Raihal tak ada telefon. Aku okay saja, asalkan aku tahu dia sihat-sihat kat sana dah cukup buatkan hati aku lega.

Sepanjang 2 minggu Kamal dan Sofia berada kat rumah, Kamal asyik menghilangkan diri. Sekejap ada, sekejap hilang. Macam chipsmore. Sofia pulak mula-mula kemain rajin membantu aku, tapi makin hari dia banyak buat hal sendiri. Muncul bila dipanggil untuk makan, sama macam Kamal. Aku rasa macam dorang berdua langsung tak ada fungsi. Ini betul-betul konsep meneman.

Sejak 2,3 hari tu aku mula kerap sakit kepala, pernah pengsan masa dekat office. Bila bos bawak pergi hospital, doktor cakap aku okay. Maybe stress. Aku iyekan saja, kalau dah doktor sendiri cakap aku okay, takkan nak menidakkan lagi keputusan doktor. Kebetulan doktor yang merawat aku tu adalah rakan Raihal, apa lagi…report terus dekat suami aku. Dengan jaminan melalui perjanjian bahawasanya aku akan sentiasa jaga diri, barulah Raihal kembali tenang. Ikutkan Raihal, memang dia nak pecut balik rumah. Aku okay, dan masih okay. Ada Raihal bertanyakan tentang Sofia, aku beritahu Sofia ada temankan aku. Tapi pasal Kamal langsung tak terdetik untuk aku bukak mulut pada Raihal. Akhirnya lupa macam gitu saja.

Lepas solat maghrib, aku dah ready kat dapur nak siapkan makan malam. Tengah kusyuk basuh beras dekat sink, dengar macam orang baling batu dekat tingkap. Depan sink ada tingkap jenis nako, tingkap tu ditutup dengan langsir pada waktu malam. Berbekalkan rasa ingin tahu yang tinggi, aku selak langsir dan tingkap terbuka. Allahuakbar, kelibat pocong sedang asyik menghantuk kepala dekat cermin tingkap nako tersebut. Muka hitam legam macam tengkorak. Mata terjonjol keluar hampir terjatuh. Ulat putih macam ulat sampah tu terkodek-kodek kat celah mata. Pertama kali aku lihat secara live, seluruh badan menggigil. Lutut rasa lemah gemalai. Mata tertacap tepat dekat pocong tu, nak toleh pandang arah lain pun aku tak mampu. Ibarat macam ada orang pegang kepala supaya hadap jugak benda alah tersebut. Agaknya hampir 5 minit aku kaku pandang benda tu, kepala aku mula rasa memusing. Sebelum mata tertutup rapat, sayup-sayup dengar Sofia membebel, malangnya aku tak dapat menangkap apa yang dibebelkan Sofia.

Sedar-sedar je aku kat dalam bilik. Gelap dan sunyi sepi. Dengan kepala yang berat, aku bangun bukak lampu bilik. Aku tak tahu siapa yang angkat aku masuk bilik, mungkin Sofia dengan bantuan Kamal. Aku redha sajalah kalau Kamal turut membantu, darurat. Aku duduk bersandar hujung katil, cuba ‘playback’ semula apa yang terjadi. Mengucap panjang bila teringatkan semula si pocong tepi tingkap. Aku tak pernah berhadapan dengan makhluk sebegitu, namun tak bermakna aku tak percaya kewujudan mereka. Aku percaya, cuma tak sangka akhirnya aku turut alami. Sebelum ni hanya mendengar cerita pengalaman dari kawan-kawan. Lepas ni bolehlah aku pulak yang menjadi pencerita.

Sayup-sayup dengar salakan anjing saling bersahutan, makin lama kedengaran makin dekat. Seolah-olah anjing tu menyalak depan rumah. Makin lama didengar, makin aku perasan bunyi salakan anjing tu berselang seli dengan tangisan seorang perempuan. Mendayu-dayu dan sangat sayu. Bulu roma dah mula meremang, bala apa pulak aku nak hadap ni? Waktu ni baru aku teringat nak baca apa yang patut, mulut terkumat-kamit membaca pelbagai surah. Hampir 15 minit, barulah tangisan dan salakan anjing tu hilang. Oleh kerana masih belum solat isyak, pantas aku mengambil wudhu. Baru saja nak mula solat, keadaan mula rasa tak kena. Macam ada sesuatu kat sekeliling aku. Aku pandang sekeliling, tak ada apa-apa. Aku mulakan solat walaupun perhatian aku tak kusyuk, namun tetap kentalkan diri untuk menyelesaikan solat isyak.

Gangguan yang terjadi tak ku ceritakan pada Raihal, bimbang jika menganggu kerja dan fokusnya. Lagi pun gangguan hanya berlaku sekali saja. Aku anggap mungkin si pocong tersebut tersalah tempat persinggahan. Kamal dan Sofia juga aku tak ceritakan.

Berkenaan Sofia, sejak dia mendiami bilik tengah, baru sekali saja aku jejak kaki dalm bilik tersebut. Itupun disebabkan panggilan menjamu selera tak disahut walaupun hampir 10 kali aku ketuk pintu. Bukak saja pintu, hidung aku menangkap bau wangi bunga-bungaan. Keadaan bilik gelap gelita, langsung tak ada cahaya yang menerobos masuk melalui tingkap. Bukak saja lampu, barulah aku tahu kenapa tak ada sebarang cahaya. Ada kain hitam menutup tingkap, menghalang cahaya dari masuk kedalam bilik. Suasana bilik nampak suram dan membahang. Pelik, padahal aircond terpasang. Ada juga balang-balang berbalut kain berwarna putih. Tak tahu apa isi dalam tu sebab tertutup dengan kain putih tersebut.

Kelihatan Sofia tengah sedap melayan tidur di siang hari. Aku panggil berulang kali, tapi tak ada respon dari Sofia, cuit-cuit pinggang pun tetap sama. Akhirnya aku ambil keputusan untuk tepuk pipi Sofia. Ibarat mengejutkan orang yang pengsan, susah nak mampos. Bimbang jugak kang dari tepuk-tepuk pipi tak memasal penampar pulak yang aku kasik. Entah berapa kali tepuk, mata Sofia terbeliak memandang aku. Anak mata hitam kelihatan besar dari size normal. Matanya jugak kemerah-merahan macam orang sakit mata. Scary jugak tengok wajah dia waktu tu. Lengan aku terasa dicengkam kuat, rupanya Sofia yang mencengkam. Kuat betul sampai berbirat merah. Aku ajak Sofia makan, tapi dibalasnya dengan dengusan kasar. Tak cakap banyak, lepas dah ajak makan terus aku keluar dari bilik.

Sehari sebelum kepulangan Raihal, Sofia terlebih rajin memasak pelbagai jenis lauk-pauk. Terkejut jugak aku tengok. Tapi aku abaikan saja, dah ada orang tolong masak ni feel macam mem besar pulak dalam rumah sendiri. Waktu nak makan tu hanya aku dan Sofia, Kamal pulak taknak makan sekali, katanya masih kenyang dan akan makan kemudian saja. Berselera betul aku makan masakan Sofia, nasi beriani daging buatan Sofia memang sedap. Beriya betul aku menambah. Sofia pulak hanya makan nasi putih berlaukkan ayam masak merah. Hairan jugak aku, bersusah payah masak nasi beriani daging tapi langsung tak dijamahnya.

Raihal tiba di rumah hampir menjengah waktu maghrib. Sofia dan Kamal pagi-pagi lepas subuh lagi dah gerak pulang. Dah diajak supaya menunggu kepulangan Raihal, tapi Kamal menolak, ada urusan yang perlu dilakukan katanya. Sementara menunggu Raihal sampai, sempat aku memasak makanan kegemaran Raihal. 2 minggu tak jumpa suami tercinta, tak tertahan lagi menanggung rindu. Sebaik saja melangkah masuk rumah, air muka Raihal nampak lain macam. Matanya liar memandang sekeliling rumah. Mulut terkumat-kamit seperti sedang membaca sesuatu. Berlari anak aku menuju kearah Raihal, beg pakaian Raihal aku angkat masuk bilik.

Selesai kami berdua makan makan, Raihal duduk di sofa. Dia lebih banyak berdiam diri. Yang aku perasan, mata dia macam memandang sesuatu. Macam ada yang tak kena saja. Tidur malam tu aku bermimpi, aku dikelilingi oleh ribuan ekor ular berwarna hitam pekat sedang menjelir lidah. Aku berdiri kaku tanpa sebarang perasaan takut. Hanya memandang saja haiwan-haiwan berbisa tersebut. Malam kedua pun aku mimpi ular lagi, tapi kali ni seekor ular sebesar anaconda macam dalam movie tu, tengah duduk melingkar di sudut bilik. Hanya memandang aku yang sedang baring, riak yang sama, aku pandang tanpa perasaan takut.

Satu hari Raihal bagitahu nak buat jamuan makan, nak jemput rakan-rakan terdekat. Dan dia minta aku uruskan makanan untuk jamuan tersebut tetapi melalui tempahan katering. Rakan-rakan Raihal yang datang ada la dalam 20 orang. Hanya separuh saja aku kenal, separuh lagi tu katanya rakan-rakan dari zaman U. Dalam ramai-ramai tu mata aku asyik terpandangkan sorang rakan Raihal yang berpakaian jubah kelabu dan bersongkok hitam. Setiap kali mata kami bertentangan, aku rasa tak selesa. Rasa nak marah macam nak terkam lelaki tersebut. Aku adukan pada Raihal, tapi Raihal abaikan aku. Jelas macam dia tak peduli perasaan aku waktu tu.

Selesai jamuan, hanya ada 3 orang saja rakan Raihal yang tinggal. Itupun sebab dorang bantu mengemas. Termasuklah rakan Raihal yang berjubah tu. Dorang berborak dekat luar, dekat meja batu sebelah porch. Aku masuk dapur buatkan kopi, nampak perbualan dorang makin rancak walaupun dah hampir tengah malam. Sedang sibuk mengacau kopi, sayup-sayup dengar orang panggil nama aku. Suara perempuan dan sangat garau. Mula-mula aku masih bertahan kononnya berani, tapi mengenangkan insiden pocong tepi tingkap, terus aku lari keluar rumah. Teko kopi pun aku tinggal macam gitu aje. Raihal dengan rakan-rakan dia macam terkejut tengok aku. Serta merta rakan Raihal yang berjubah tu minta izin masuk rumah bertemankan Raihal dan suruh aku stay kat luar dengan rakan-rakan Raihal yang lain.

Agak lama dorang dalam rumah, hampir 30 minit. Raihal keluar sambil memegang beg plastik berwarna hitam yang agak besar. Sempat aku tanya pada Raihal tentang isi kandungan plastik hitam tersebut, tapi Raihal cakap nanti dia bagitahu. Aku masuk semula dalam rumah bila teringatkan kopi yang dah dibancuh, tapi tak ada. Yang ada cuma teko kopi dalam sink, isinya dah dituang barangkali. Aku ambil teko dan nak bancuh semula, tapi tak jumpa balang kopi. Pelik betul.

Malam tu sebelum tidur, aku tanya Raihal semula pasal isi kandungan plastik hitam tersebut. Oleh kerana desakan demi desakan, barulah Raihal mula bercerita satu persatu start dari telefon dia yang hilang tu. Alkisahnya..telefon tak hilang. Sebenarnya, setiap kali dia nak call aku mesti tak dapat, masuk voice mail. Whatsapp tak sampai tak ada coverage. Sms pun berkali-kali dia cuba hantar tapi tak ada reply dari aku. Padahal aku kat rumah menunggu panggilan dari dia, langsung tak ada call,whatsapp atau SMS. Mujurlah bila guna phone rakan dia, aku terima SMS tersebut. Setiap malam dia kat sana jugak, dia asyik diganggu, tidur malam kena tindih. Jelmaan wanita berkebaya ungu setiap kali dia bangun tidur. Dan wanita tersebut menyerupai muka aku dengan wajah buruk sebelah. Tapi mujurlah dia tak cepat melatah, dia kenal aku dah bertahun. Dia tahu itu Cuma gangguan syaitan walaupun terdetik jugak rasa takut dihati. Masa ni baru aku teringatkan gangguan pocong dan mimpi yang aku alami, terus aku ceritakan pada Raihal. Waktu dia sampai rumah dari outstation, masuk dalam rumah terus dia nampak perempuan berkebaya ungu sedang berdiri sedang berdiri sebelah aku. Dan ada jugak pocong dekat tepi sofa. Plastik hitam yang dia bawak keluar pulak adalah makanan-makanan yang dah disihir. Rakan Raihal yang memakai jubah tu menyuruh Raihal buang, termasuklah balang kopi yang aku cari merata tak jumpa tu.

Baru saja nak lelap mata, terdengar bunyi bising kat luar bilik. Bunyi orang tarik kerusi, ketuk cermin dan bunyi cakar pada pintu bilik. Aku dan Raihal masing-masing terkedu. Raihal mula terkumat-kamit membaca apa yang perlu. Aku pun turut lakukan perkara yang sama walaupun ketakutan mengatasi segalanya. Otak tak dapat berfungsi dengan lancar makanya apa yang aku baca pun berterabur merata.

Bila keadaan agak tenang, Raihal nak keluar check dan suruh aku stay dalam bilik. Hanya 5 minit Raihal keluar tapi rasa macam 50 minit. Lama kemain bila ketakutan sedang terasa. Raihal cakap tak ada apa-apa yang berlaku, cakaran kat pintu bilik pun tak ada kesan. Kerusi meja semua dalam keadaan okay.

Esok tu aku dan Raihal MC. Sebabnya aku migraine. Raihal ajak pergi klinik pun aku taknak, last-last Raihal jaga aku kat rumah. Sepanjang aku duduk rumah, aku hanya rehat dalam bilik. Makan ubat dan tidur. Raihal sibuk buat kerja kat luar. Sibuk mengemas. Masa tulah dia masuk bilik tengah, bilik yang didiami oleh Sofia. Lepas Sofia balik tu memang aku tak masuk mengemas lagi bilik tu. Tak sempat plus terlupa. Sedang nyenyak tidur tu tetiba Raihal kejut aku dan ajak aku ikut dia. Aku bangun dan ikut dia dalam keadaan mamai sebab kepala masih berat. Dia bawak aku masuk bilik tengah. Masuk je bilik tu, MasyaAllah. Dekat lantai penuh dengan cairan merah yang dah kering. Aku agak tu kesan darah. Ada bangkai tikus dalam balang kedap udara. Termasuklah 1 balang lagi terdapat bangkai puluhan ekor cicak yang dah pecah perut. Raihal minta kepastian dari aku, aku bagitahu bilik tu Sofia yang duduk dan Kamal tidur kat depan TV. Waktu aku sebut nama Kamal, dia macam terkejut. Raihal ambil semua balang-balang tersebut dan buang. Aku memang tak hadap dah nak pandang semua tu, mual rasa.

Raihal bagitahu, Sofia yang beriya nak duduk sementara di rumah kami. Kononnya nak kena pergi interview dekat company yang tak jauh dari rumah. Tapi tak sangka pulak si Sofia tu bawak Kamal. Dan dia juga menafikan kononnya dia menyuruh Kamal stay sekali dengan aku. Alkisahnya..barulah aku tahu cerita sebenarnya. Hairannya, tak nampak pun Sofia keluar dari rumah. Asyik melepak saja dalam bilik. Entah bilanya dia pergi interview kerja pun aku tak tahu.

Hujung minggu tu kami balik kampung rumah MIL. Sampai je kampung, muka FIL tengok kami lain macam. Berkerut-kerut muka dia pandang aku dan Raihal. Lepas makan tengahari, FIL ajak Raihal keluar. Aku stay rumah dengan MIL. Hampir maghrib Raihal dan FIL balik, bersama seorang lelaki separuh abad, sebaya FIL lebih kuranglah. Aku tanya Raihal, siapa lelaki tua tu, Raihal bagitahu itu Haji Fadzlan. Kawan FIL. Katanya lagi, FIL minta Haji Fadzlan merawat aku dan Raihal. Aku pelik, nak rawat amendanya, bukannya aku sakit pun. Raihal pun sihat aje.

Lepas maghrib, Ustaz Fadzlan mulakan sesi rawatan. Aku macam nak tak nak je. Rasa annoying, meluat, menyampah semua ada. Raihal pulak dalam keadaan tenang. Haji Fadzlan mintak aku baring depan dia dalam keadaan memakai telekung. Dia minta izin untuk menyentuh kepala aku walaupun berlapik, dan Raihal izinkan. Sesi rawatan dimulakan dengan bacaan surah ruqyah. 15 minit pertama, aku masih dalam keadaan yang sama. Makin lama aku rasa makin mengantuk. Berkali-kali menguap dan aku tertidur. Dalam tidur tu aku mimpikan Sofia sedang berdiri mengangkang atas periuk nasi yang sedang berasap. Sofia seolah-olah tak sedar akan kehadiran aku. Aku rapat kearah Sofia. Makin lama makin rapat, aku jenguk kedalam periuk nasi di bawah kelengkang Sofia, terkejut sangat dengan apa yang aku nampak. Dalam periuk tersebut berisi nasi beriani daging yang dimasak oleh Sofia sehari sebelum kepulangan Raihal. Itulah nasi yang aku makan dengan berselera sekali. Otak makin dapat berfungsi, patutlah Sofia tak makan sekali nasi beriani tersebut. Mimpi tu bertukar kepada Kamal, kelihatan Kamal memegang bangkai tikus yang direndam air dalam mangkuk kaca. Kamal mengacau air tersebut sehingga bertukar warna kepada kelabu. Air yang bertukar kelabu tu dibawa masuk ke dalam bilik aku, dan diminum oleh Kamal lalu disembur pada dinding bilik termasuklah atas katil. Allah..nak muntah aku tengok. Perkara tersebut dilakukan setiap hari oleh Kamal sepanjang dua minggu berada di rumah kami. Tetiba rasa macam tersedar dari tidur, aku celik mata pandang sekeliling, keadaan aku bukan dalam posisi terbaring, tapi sedang duduk bersila berhadapan Haji Fadzlan.

Haji Fadzlan minta Raihal ambilkan baldi, katanya dah tiba masanya. Waktu ni perut aku menggelodak meloya rasa nak muntah. Sebaik saja Raihal letak baldi depan aku, terus aku muntah sampai lembik, segala isi perut dimuntahkan. Bau sangat-sangat busuk sampai aku rasa nak muntah lagi dan lagi.

Selesai saja sesi rawatan, aku duduk bersandar tepi dinding. Letih. Sementara tu Haji Fadzlan merawat Raihal pula. Raihal hanya muntah-muntah tapi tak seteruk aku. Rawatan pun sekejap saja. Bila segalanya selesai, Haji Fadzlan bertanyakan tentang mimpi aku, lalu aku ceritakan dari A to Z.

Menurut Haji Fadlan, aku dah termakan benda kotor untuk membuatkan aku jadi gila. Mujurlah keadaan aku masih ditahap ringan atau ditahap awal. Benda kotor tu adalah nasi kangkang yang dibuat oleh Sofia, tujuannya untuk memporak perandakan rumahtangga aku dan Raihal. Air bangkai tikus yang disembur oleh Kamal pula untuk membuatkan badan aku sentiasa bau busuk. Supaya Raihal tak nak dekat. Memang diakui oleh Raihal yang badan aku berbau busuk. Mujurlah Raihal ni masih dapat bertahan dek kerana kasih dan cintakan aku. Dari apa yang diberitahu oleh FIL, Sofia juga mempunyai Saka dari keturunan sebelah ibunya iaitu adik ipar FIL. Kamal hanya sebagai pembantu Sofia, untuk menjalankan kerja-kerja kotor Sofia tu. Rupanya sebelum ni ibu Sofia pernah nyatakan hasrat untuk menjodohkan Sofia dan Raihal, tapi ditolak oleh FIL sebab taknak Raihal memperisterikan perempuan yang mempunyai Saka. Mungkin juga FIL ada terlepas cakap yang membuatkan Sofia berdendam sehingga sanggup memporak-perandakan rumahtangga kami. Raihal pulak tak tahu menahu tentang tu, kalau dari awal dia tahu memang tak haraplah dia nak benarkan si Sofia tu stay rumah kami sepanjang dia tak ada. Dan mengenai gangguan-gangguan lain pula tu, itu semua kerja keras saka-saka Sofia.

Genap seminggu kami dirawat oleh Haji Fadzlan. Alhamdulillah, aku dan Raihal 100% bebas dari benda alah tu. Segala gangguan pun dah tak ada, Haji Fadzlan ada datang rumah kami, datang bersihkan rumah dan pagar sekeliling rumah. Turut ditemui juga tulang anjing ditanam belakang dapur. Dekat tingkat tepi sink, tempat aku nampak pocong tu.

Sofia sekeluarga pulak dah pindah secara kelam kabut. Sebelum pindah tu Kamal dan ibunya ada datang minta maaf dekat FIL dan MIL dengan apa yang dorang dah buat. Kamal buat semua tu semata-mata nak Sofia bantu dia dapatkan projek-projek besar memandangkan Kamal ni bekerja dalam sektor pembinaan. Sofia pulak mati-mati taknak mengalah, masih dengan egonya. Dia tak bencikan aku dan Raihal, macam aku bagitahu, dia terguris dengan kata-kata FIL sebab menolak hasrat ibunya untuk menjodohkan Sofia dan Raihal sebab Sofia ni ada saka. Makanya, aku dan Raihal yang jadi mangsa. Apa-apa pun, aku dah maafkan Sofia.

Maaf jika ada kekurangan dalam penulisan mahupun penceritaan. #DakwatPink

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

36 thoughts on “#DakwatPink – Hira dan Raihal (Part 2/Ending)”

  1. Pasal FIL korang yang jadi mangsa. Pasal balang apa semua tu sebijik macam aku dan housemate rasakan. Seram tak terkata beb benda tu ada dalam rumah!

    Reply
  2. Mmg takut mkn org masak ni..musykil gak ni kalau baca doa mkn dan bismillah sebelum mkn mmg x lut ke sihir tu? Lagi satu sbg isteri kena la bg tau kat suami apa hal sekalipun terutama bila berhadapan hal spt ini..mana leh diam aje sampai dia balik..aduss berani sungguh penulis cerita ni..

    Reply
  3. MasyaaAllah…
    Tertggu2 citer psiko dr FazAhmad rupenye dpt bace citer psiko dr DakwatPink dlu plak…

    Giloorrr aarrr serumah dgn org cmtu…
    Slumber badak jer deme dok umh org pastu buat keje kotor camtu…
    Eeuuuwwwww…jijik kootttt…
    Lelagi part sembur air tukos gune mulut tu…
    Sanggupnye lahaaaiiii…
    Adeeehhhh mual tekak hakak…

    Reply
    • Kak memang sebijik mcm apa yg sy rasakan dan lalui. Tak sangka dekat org lain pun kena mcm tu lebih kurang macam pengalama saya je ni kak.

      Reply
      • Kebetulan la kot. Dah baca ko punya story. Nampak sama tapi berbeza. Alah..benda2 syirik ni ulang2 buat benda yg sama jgk. Tapi ko dgn dakwatpink tu bukan teman serumah kan? Ataupun dakwatpink tu serumah dgn rashid..kahkahkah

        Reply
    • Kaannn…
      Same dgn kea korg…
      Seram jijik namenyeee…

      Patotnye ar kaannn…
      Kawenkan Sofia ngan Rashid…
      Pastu Kamal ngan Layla…
      Barulah keluarga bahagiaaaaa…

      Reply
  4. Kenpa aq rsa mcm rmai sgt org yg psiko2 nie…jijik la dgn bnda2 kotor cmtu…dowg x rsa ke bnda tu sgt2 menloyakan tekak..selamba derk je dia sembur2 air bangkai tikus…Ya Allah…btol2 setan la keje2 kotor cmnie…

    Reply

Leave a Comment