#CeritaNasa – Kerana 30 Ringgit (Full story)

Salam Admin FS yang disayangi dan pembaca sekelian. Aku Nas by #ceritaNasa. Korang kenal aku dengan nama Nas. Seronok juga menulis dekat FS ni. Kali ni cerita yang aku nak bawakan bukan cerita berbentuk seram, mistik atau hantu. Tapi kisah benar tentang kes pembunuhan. Yelah Yusuf pun polis, hanya kisah tentang jenayah je yang aku tahu. Tak tahulah korang layan ke tidak, tapi aku nak ceritakan sebab ada pengajaran yang tersirat. Disebabkan aku suka melepak office laki aku si Yusuf bila balik Sabah, jadi rajinlah aku baca fail kes jenayah yang banyak berlaku di Malaysia ni. Seperti biasa, nama dan tempat kejadian aku akan tukar. Sekadar perkongsian cerita untuk korang baca dan bagaimana sebenarnya satu-satu kejadian itu bermula…..

Fail Pembunuhan #kisahbenar #ceritaNasa #302kk. Dalam cerita ini watak utama adalah ‘aku’ bagi memudahkan Nas untuk menulis. Untuk yang tertanya bagaimana Nas boleh tahu cerita ni? Cerita ni diberitahu sendiri oleh suspek dalam rakaman percakapan 112. Rakaman percakapan itu mengandungi isi penting dan rentetan kesnya. Ada sedikit yang Nas tambah supaya tidak lopang, tapi tidak mengganggu cerita asalnya. Jadi Nas sendiri huraikan agar menjadi satu cerpen bagi memudahkan pembaca faham.

Balai polis daerah……
Nas ambil fail di hadapannya, buka dan terpampang gambar pembunuhan yang ngeri, mayat hangus terbakar, gambar bedah siasat pun ada, semua dinyatakan secara terperinci,. Nas buka helaian demi helaian, ada beberapa baju dan gambar hotel, juga kawasan perumahan. Gambar dua budak yang kecil terlihat, comel sangat…. Dia ambil sekeping gambar yang menunjukkan seorang lelaki, lelaki itu namanya Haris… Dan kenapa dia membunuh? ceritanya bermula di sini….

Aku baru balik dari jual kotak, fuh! Penat gila kot, maklumlah itu je hasil mata pencarian aku. Adik pula ramai, mak pula tak kerja, ayah dah lama meninggal, jadi sebagai anak pertama yang mempunyai kudrat, aku perlu lah kerja ye tak? Ok! Aku kira bijak juga lah, memang aku berlajar tinggi, dalam adik beradik aku je yang kira habis sekolah dan pandai, malah siap sambung universiti lagi. Mestilah mak aku bangga.

“Haris! Ni ada surat kerja, kau dapat kerja di bandar KK sana, engineer.” Mak aku bagi surat tu, muka dia pergh memang muka gembira lah. Terkabul juga doa aku untuk bantu keluarga dan yang paling penting dapat bantu adik aku yang kecik nak sekolah. Aku rembat surat tu aku cium, aku masuk bilik, aku berangan menjadi pegawai di sebuah syarikat perkapalan. Aku punya berangan sampaikan mak aku masuk bilik pun aku tak sedar. Happy gila mak aku, aku dapat bantu keluarga. Dan memang itulah yang mak aku nak sangat.

“Mak lepas ni tak payah keja lah, biar Haris je yang kerja ok?.” Aku punya suka ni, aku berjanji macam-macam. Adik-adik aku masih di luar tengah main guli, main layang-layang apa semua. Jadi aku pun siap-siap kemaskan baju untuk lapor kerja.

“Bila lapor kerja nya Ris?.”

“lagi dua hari mak.Tapi esok petang Haris bertolak ke KK sebab nak kena siapkan diri lapor pada keesokan harinya.”

“Alhamdulillah… ada duit tak?.”

Aku duduk mengadap muka mak aku. Ok! Ini last aku minta duit mak aku, sebab lepas ni aku akan pastikan aku kerja dan aku bayar balik semua duit yang pernah aku pinjam dari mak.

“Tak ada, tapi boleh tak Ris pinjam RM 30 dulu? Janji lepas ni Ris bayar.” Mak aku pun angguk, dia bagi jelah duit tu.

“Mak ada duit ni je tinggal, nanti jual kotak dan tin, baru mak dapat lagi duit. Jadi cukup ke tiga puluh ni?.” Tanya mak aku, yelah dia risau kot anak dia nak pergi kerja jauh, bukannya ada duit pun, memang aku orang susah.

“Cukup je mak, esok sampai sana lepas lapor kerja… Haris kerja kedai makan ke apa ke, janji dapat gaji hari, untuk tampung sampai lahhhhh Haris dapat gaji.”

Nak dipendekkan cerita, malam tu aku lepak dengan Taji dan Kurik. Dua kawan aku ni lah yang susah senang sama aku, dulu masa aku tak ada duit, dialah yang selalu support aku, bagi pinjam. Dah pinjam tu dia orang tak suruh bayar balik pun. Taji? Tukang dengar cerita je. Kurik yang banyak tolong walaupun sebenarnya Kurik tu orang susah kot. Dia pun bukannya kaya. Yelah kami tinggal di kawasan orang sush. Tapi aku sayang keduanya. Bagi aku Taji dan Kurik kawasan sejak kecik lagi.

“Weh! Kurik kenapa diam ni? Alaaa nanti lepas aku kerja, aku balik lah sini, aku tak lupa ko punyalah.”

“Yelah tu….”

“Betul…. kenapa kau muram je ni? Kau ada masalah ke?.” Aku hairanlah sebab selalu Kurik ni banyak cakap, tapi hari ni dia diam je… selongkar punya selongkar punya selongkar, Kurik bagitau aku yang dia tak cukup duit untuk beli susu anak dia.

“Aku kalau boleh tolong aku dah tolong dah Kurik. Aku pun pinjam mak aku RM 30 ni nak pergi lapor kerja lagi dua hari, tiket bas dah berapa nak ke KK sana. Cukup-cukup ni kot.”

“Ish! Tak apalah aku tak minta ko pun. Aku tahu ko nak pergi kerja.” Kurik tepuk-tepuk belakang aku. Aku ni tak sedap hatilah sebab kesiankan Kurik ni. Dah banyak kali tolong aku, tapi aku sekalipun tak dapat tolong dia, aku memang tersekat, aku sediri pun tak tahu nak cari duit mana. Rm30 ni je untuk aku ke KK lepastu aku cari kerja yang dapat gaji hari dekat sana. Harap-harap kurik faham ler ye?

Lepas lepak malam tu aku balik rumah, tengok mak aku tengah basuh kain apa semua, jadi aku tolong sikit-sikit kerja rumah tu sebab aku tak nak bebankan mak. Dah malam-malam mak aku tak sudah-sudah kerja sambil aku cerita tentang nak belikan rumah dan nak ajak mak aku duduk KK sana, jadi tidaklah mak aku ni rasa bosan.Masa aku cerita ni mak aku senyum je, dia tak cakap apa-apa.

“Kerja dulu Ris, baru janji macam-macam.” Mak aku sudahkan bilas kain sebelum masuk. Aku cuma angkat bahu je. Tak percaya ke mak aku ni? Tapi apa pun aku akan buktikan jugalah.malam tu aku siapkan kemas baju. Bila aku tengok baju kemeja aku yang lusuh alahaiii sedihnya. Itu baju sekolah aku dulu masa tingkatan lima. Punyalah susah hidup aku sampaikan baju tu adalah baju yang aku akan pakai untuk lapor kerja. Aku masukkan seluar yang dua helai dan satu baju untuk esok pakai masa nak bertolak. Aku siap, aku simpan dan aku tidur. Eosk pagi sebelum pukul 5 petang aku dah kena naik bas. Aku tak nak sampai lewat malam sangat, nanti susah nak cari penginapan.

Pagi tu, selepas makan tengah hari, aku jumpa adik dan mak aku semua. Aku cium dan salam mereka semua, dan aku janji aku akan balik untuk ambik diaorang selepas gaji kedua macam tu. Mak aku lahaaiii pesan macam-macam. Ahaks! Aku tahu dia risau, mana pernah aku lepas jauh-jauh, masuk universiti dulu pun dia tahu aku ada kawan, punyalah lama aku menganggur untuk dapatkan kerja akhirnya aku dapat juga kerja, lepas ni boleh bayar hutang PTPTN. Itu yang penting…

“Ni makanan dalam bas, ni minuman, ni kuih, ni nasi….” Macam-macam mak aku bekalkan. Alahai… sayang mak! Aku pun ambik semua dan cakap dengan mak jangan risau sangat. Nanti aku dah kerja, diaorang juga yang senang. Jadi aku pun dengar je nasihat mak aku macam-macam,. Kalau ada buku nota aku dah catit. Tapi anak yang soleh punya pasal aku pun dengar dan angguk. Seumur hidup aku inilah saat paling gembira. Mak aku pula tak sudah-sudah suruh aku cepat nanti tertinggal bas. Padahalnya aku dah lama sedia, mak aku yang pesan macam-macam.

“Oklah! Dah pergi sana semoga selamat sampai Ris.” Mak aku lambai dari jauh, adik-adik aku yang faham diaorang nangislah sebab nak berpisah, yang tak faham tu siap lambai dan hantar sampai tepi jalan lagi suruh aku cepat pergi. Hurmmm

Kurik dah sedia tunggu di tepi jalan. Dia lah yang bawa aku naik motor. Dia bagi helmet, aku ambik pakai, terus kami blah. Sepanjang perjalanan tu angin sepoi-sepoi bahasa, apa yang Kurik membebel di depan aku tak dengar, yelah…. aku naik moto bukan kereta, angin punyalah bersepah. Aku ni tak dalah dengar sangat. Aku iyekan je. Sampai dekat tempat tunggu bas, si Kurik ni ambik balik helmet tu, dia rampas je.

“Apahal ni bro?.”

“Boleh ke tidak?.”

“Apa yang boleh?.” Tiba-tiba boleh ke tidak? Aku pun tak dengar apa dia cakap tadi. Angin kuat, mana aku nak tumpu perhatian.

“aku cakap boleh ke tidak aku pinjam dulu RM30 tu? Nanti aku pulang balik.”

Aku tengok duit dalam tangan aku. Memang tu je yang aku ada.tapi Kurik terdesak sangat. Tapi dia janji sebelum pukul 5 dia akan pulang kan semula sebab dia tunggu duit dari kawan dia untuk bayar balik RM50 katanya.

“Nanti aku bayar balik lah beb. Janji. Kau tunggu je sini. Aku datang sebelum pukul 5. Sekarang baru pukul 2.”

Aku ni ye tak ye je nak bagi Kurik pinjam. Yelah, aku nak guna duit kot. Itu je yang aku ada. Kalau dia tak bagi, macam mana aku nak pergi KK, aku kene lapor kerja esok pagi pukul lapan. Tapi disebabkan Kurik ni dah banyak tolong aku, aku tahu dia tak akan aniaya aku. Lagipun anak dia nak susu. Aku ni masih boleh tunggu lagi. Aku pun bagilah dia duit RM30 tu untuk beli apa yang dia nak. Lepas dia ucap terima kasih, aku duduk dekat bus stand tu tercangok. Aku nak beli tiket tapi duit si Kurik dah ambik. Jadi aku terpaksa lah tunggu juga.

Masa dah menginjak ke pukul 4 tapi Kurik tak juga muncul. Aku call dia, tapi dia tak jawab. Banyak kali aku call, sampailah dah pukul 5 petang, si Kurik ni baru jawab.

“Beb! Mana duit aku?.”

“Haris, kejap beb, kawan aku ni pula buat hal. Kata nak pulangkan 50 aku, tapi aku minta ni mak dia kata dia tak ada pula.”

“Kau tak ada duit langsung ke Kurik? Aku kena bertolak ke KK ni bai.”

“Boleh tak kau pinjam mak kau duit dulu beb?.” Kurik nak suruh aku patah balik rumah dan pinjam duit mak aku lagi? Aku boleh je nak pergi, tapi aku tak pasti mak aku ada duit ke tidak, lagipun aku nak balik rumah naik apa? Tadi Kurik yang hantar aku, sekarang ni aku sorang-sorang. Aku ada juga minta pinjam orang sekeliling, tapi mana ada orang nak bagi aku pinjam. Aku suruh Kurik ambik aku dekat bus stop tu dan hantar aku pulang sebab aku kena cari duit juga nak pergi KK, dan orang yang aku perlu minta adalah mak aku lagi. Bodoh betul lah Kurik ni!!.

7.00malam- Aku call Kurik, masih lagi budak tu tak angkat phone, aku dah naik bengang ni. Aku perlu lapor kerja esok pukul 8 pagi, bas paling last pukul 11malam. Aku telefon Kurik aku marah-marah. Aku suruh dia ambik aku di bus stop. Aku nak balik rumah nak ambik duit, tapi Kurik berjanji dan dia tak datang pun ambik aku.

“Kurik!! Mana kau ni? Datanglah sini ambik aku, aku nak balik naik apa? Aku mana ada duit lagi?.” Aku tengking dia masa ni, tapi macam biasa Kurik kata dia janji akan ambik aku, aku tak boleh tunggu lagi, lama sangat dah ni. Aku perlu cari ikhtiar untuk dapatkan duit tu. Aku dah terbayang muka mak aku, aku kena dapatkan juga kerja ni, ini peluang aku, dah lama aku menganggur aku perlu kerja!!.

9.00malam- Kurik masih tak datang lagi. Aku tak tahu nak buat apa. Tapi Kurik kata, suruh tunggu dan dia akan datang bawa duit sekali, aku rasa lega lah, sebab aku masih boleh lagi dapatkan bas pada jam 11 malam. Sebab nak tak nak aku perlu juga ke KK tu… dalam waktu tu mak aku dah call, sebabnya aku dah cakap dengan dia aku naik bas pukul 5 petang, yelah mungkin mak aku fikir aku dah dalam bas ke,. Aku tak angkat, aku biarkan, tak sampai hati pula aku nak cerita masalah aku ni. Kalau mak aku risau nanti lagi teruk pula mak aku fikir, dah nama pun emak….

11.00malam – bas terakhir bertolak. Aku masih lagi tunggu di situ, dan Kurik pun tak datang, tak nampak muka. Aku ambik keptuusan untuk pergi je, aku tidur je dekat mana-mana, mungkin esok pagi Kurik datang hantar duit. Jadi pilihan aku adalah masjid. Walaupun berkunci, aku tidur luar sebab itu je tempat yang aku rasa selamat dan bertenang. Sepanjang malam tu aku tak boleh tidur, aku call Kurik memang tak dapat. Sekarang ni aku dah tak boleh harap pada Kurik, aku perlu cari jalan untuk dapatkan wang. Nampk juga tabung masjid, nak aje aku rembat, tapi tak baik… aku gelak sendiri. Last-last aku tertidur.

5.00pagi- aku tersedar sebab orang nak azan dan bacaan alquran berkumandang. Aku segan sebab orang dah mula ramai, lepas solat subuh, aku terus blah, berjalan tak tentu hala dengan beg baju aku. Ada beberapa kali yang Kurik call tapi aku tak sedar sebab aku tertidur, bila aku nak call balik aku tak ada kredit.

“Aiseyman….” Aku ketuk kepala, aku tunggu juga Kurik call lagi tapi tak ada, harapan semua. Mungkin malam tadi Kurik cari aku di bus stop. Aku kutuk diri aku sendiri kenapa aku tinggalkan bus stop tu. Aku berlari dapatkan telefon orang dekat masjid tu semula. Aku guna untuk telefon Kurik. Aku cuba tapi dia tak jawab. Berkali cuba dia tak jawab. Last-last aku blah. Aku tunggu lagi berharap Kurik call, tapi masih sama dia tak juga telefon.

6.40pagi-aku duduk dekat tempat menunggu bas, berdepan dengan rumah awek aku dulu. Awek aku janda, aku pernah bercinta dengan dia, tapi tak lama. Dia tinggalkan aku pun sebab aku tak kerja dan aku tak ada duit. Aku menunduk mengenang nasib aku. Aku sepatutnya lapor kerja pukul 8 pagi. Rasanya macam tak sempat aku nak lapor, tengah aku fikir-fikir tu aku nampak kereta awek aku keluar dari kawasan perumahan dia, bawa anak dia dua orang yang nak pergi sekolah pagi tu. Aku mendongak, entah macam mana aku boleh terfikir benda gila. aku nak ke KK juga, aku rasa kalau aku lewat pun sampai untuk lapor mesti majikan aku akan faham, lagipun rumah aku jauh nak ke sana ambil masa juga. Tak kisah lewat dari tak datang terus.

Nampak kereta awek aku dah pergi, aku pun berlari pergi ke rumah bekas awek aku, salmah. Aku tengok kiri kanan, tak ada orang, aku terus panjat ikut pintu belakang, dulu masa kami bercinta, selalu juga aku bawa anak dia berjalan, jadi kawasan rumah dia tu aku kenal. Aku panjat pagar belakang dan aku naik ikut tingkap bilik utama, dari bawa aku tengok sliding tingkap tak kunci, grill pun tak ada. Aku rasa itu jelah jalan untuk aku dapatkan duit. Aku nekad lepas dapat duit sikit, aku nak blah dan pergi ke KK, nanti ada gaji aku bayar balik. Ye! Memang aku mencuri. Sebab aku rasa dengan akal aku yang pendek ni sekarng, dan terdesak, aku nampak tu je jalannya. Nak tunggu Kurik, sampai ke sudah tak ada. Sampai atas bilik dia, aku selongkar semua sekali laci. Yes! Memang ada duit, dan aku ambik RM 50 sahaja, tak lebih. Baru aku nak keluar tingkap, terdengar makcik sebelah keluar rumah siap-siap, adalah makcik dalam lima ke enam orang. Aku jadi takut, aku tak jadi turun. Aku biarkan diaorang semua habis berbual dulu, nanti jadi satu hal pula kalau nampak aku. Tidak lama lepas tu kereta Salmah balik.

“Damn!!.” Aku dah tak tahu nak buat apa, aku nak turun tapi jelas sangat nampak aku tengah memanjat. Aku dah berpeluh tak tahu nak buat apa. Dengar pintu bawah dibuka, dengar suara Salmah aku dah cuak. Salmah terus naik bilik nak tukar baju, aku menyorok belakang pintu je. Tapi bila Salmah pusing, dia hampir menjerit nampak aku, aku cepat-cepat terkam dan tutup mulut dia, disebabkan dia meronta, aku tak ada pilihan, aku terpaksa tumbuk muka dia sampai dia pengsan. Bila Salmah dah pengsan, aku tengok makcik kat bawah tu masih ada lagi, aku cari kunci rumah dia untuk keluar ikut depan tadi. Aku tak jumpa kunci,

“Salmah dah nampak muka aku.” Itu perkara pertama yang terdetik dekat kepala. Kalau salmah beritahu polis, aku kena penjara sebab mencederakan. Aku tak dapat kerja dan aku akan masuk penjara. Ingat perkataan penjara buat aku takut. Aku berfikir macam mana nak bagi Salmah ni tak beritahu polis, senang cerita aku nak tutup kesan pencerobohan aku ni. Salmah dah gerak-gerak hampir sedar. sekali lagi aku tumbuk dia, dia dah lemah dan aku turun ke bawah dapur aku ambik minyak masak.

Hati aku berkira-kira juga ni. Aku tak tahu lah betul ke tidak aku buat ni tapi sekarang ni matlamat aku, aku nak kerja dan aku tak nak Salmah mengganggu aku. Kalau dia lapor pada polis, teruk aku!! Aku tabur minyak masak pada Salmah. Apa yang terfikir sekarang ni nak tutup bukti, aku buat-buat macam rumah tu terbakar. Aku ikat Salmah dekat kaki katil lepastu aku tuang minyak masak tu dekat dia. Aku menggigil tak tahu apa aku buat tu betul atau tidak, tapi aku bayangkan muka mak aku gembira bila tahu aku dapat kerja, aku tetap perlu teruskan kerja.

“Pak cik Haris buat apa?.” Aku terkejut bila tiba-tiba suara tu dekat belakang aku.

“Sh*t!!! Fara? Izham???.” Aku ingatkan budak berdua tu dah pergi sekolah. Apa dia buat di rumah ni lagi??

“Pak cik buat apa?.”

“Kenapa korang tak sekolah!.” Aku tak sengaja tertengking, aku dah serabut kepala otak ni, ada tambahan saksi pula.!! Bila aku sergah budak berdua tu terkejut juga diaorang. Tapi sebabkan dia masih kecil, darjah satu dan tadika, diaorang ikut je apa aku cakap.

“Korang tunggu bawah, mak sakit ni… dia tak sihat, pakcik nak ubatkan. Tunggu dalam rumah tau jangan keluar.” Lepas budak berdua tu angguk, aku pandang balik Salmah. Kenapa time macam ni pula ada budak berdua tu!!! Aku tak fikir banyak, kepala aku dah serabut, aku tengok jam dah pukul 8 pagi. Aku tak banyak cerita aku hidupkan api dan aku bakar hujung katil Salmah. Aku berlari turun dan aku bawa budak berdua tu naik kereta Salmah tadi, aku kunci semua sekali pintu dan buat macam tak ada kesan jenayah. Tapi budak berdua tu????…

9.30pagi- Inspektor Yusuf dapat called suruh ke tempat kejadian ada satu kes kebakaran melibatkan nyawa.

“Abang nak ke mana?.”

“Abang nak keluar ada kes sayang…” Yusuf cium dahi isteri dia Nas, dan memang selalu lah kes tiba-tiba begini berlaku, bukan sekali bukan dua kali, tapi setiap kali. Nas pun dah faham dah, dari awal dulu pun selalu bertekak pasal ni. Isteri dia yang comel tu cuma pesan suruh baik-baik je.

Sampai tempat kejadian, polis sahkan SDR (Sudden death report) Kematian mengejut sebagai kesimpulan pertama. Ataupun kes kecuaian. Tapi Yusuf kata bukan. Dia rasa ada yang tak kena. Berbalah juga dengan pihak atasan tapi Yusuf kata ada yang tak kena. Memang ada yang tak kena kalau mayat hangus macam tu, tak akan lah arwah tak langsung lari? sedangkan tidak ada apa yang menghalang. Mayat dihantar ke hospital, bedah siasat dan tunggu pengesahan

Aku tinggal di hotel berdekatan, budak berdua tu aku tak tahu nak buat apa. Mak aku telefon tak berhenti. Aku serabut!! Aku tak jadi ke KK. Sekarang ni aku dah hapuskan bukti Salmah. Budak berdua ni dan kereta Salmah pun aku perlu hapuskan. nak tutup satu keslahan, jadi banyak pula kesalahan.

“Pak cik lapar…” Izham dah mengengek. Ye! Mereka tak melawan sebab mereka kenal aku. Aku kan dulu pernah bercinta dengan mak dia. Aku belikan KFC je sebab itu yang paling dekat. Sehari suntuk aku di hotel tu. Malam tu aku tengok polis bersimpang siur di mana-mana jalan. Walaupun aku yakin bukti tak menunjukkan aku bersalah, tapi nya aku tetap takut sebab sekarang ni budak berdua tu ada. Jadi keputusan aku adalah bunuh Izham dan Fara lepastu kereta tu aku tolak dalam gaung sewaktu perjalanan ke KK nanti. masa kau tengah serabut dan takut, bermacam masalah dan idea bodoh akan muncul. Sebijak manusia boleh jadi sebodoh kera. Kadang aku terfikir kenapa aku boleh bertindak macam tu.

“Nama dia Haris, kekasih lama Salmah, hanya lelaki ni sahaja yang kita belom dapat siasat.” Yusuf tunjuk gambar tu pada anggota dia. “Semua orang kita dah soal, termasuk bekas suami dan keluarga mereka, tapi anak tak ada pada diaorang, so bermakna suspek utama adalah Haris.” Yusuf cerita serba ringkas, setelah soal sisat dilakukan, barulah kes ini diakui kes bunuh. Laporan bomba mengatakan tidak ada suis terbakar, jiran pula kata tak dengar Salmah menjerit. Bermaksud Salmah dalam keadaan tidak sedar waktu tu, mungkin pengsan atau apa sahaja. Tingkap dan pintu bilik tertutup nampak macam disengajakan supaya asal berkumpul dan mangsa boleh cepat pengsan.

“Jadi lepas ni ke mana tuan?.”

“Rumah Haris. Alamat ada pada aku.” Yusuf keluarkan gambar Haris yang siap diprint. “Sebelum tu kita bagi gambar ni pada mana-mana hotel sebabnya kita tak tahu kalau dia masih lagi di kawasan ni.”

Jadi anggota polis lain semua cari lah Haris di rumah, dan masa nilah kantoi aku terlibat dan apabila mak aku pun mengiyakan yang dia tak dapat menghubungi aku dan mak aku juga mengiyakan yang aku pernah bercinta dengan Salmah.

Aku suruh budak-budak tu berkemas dan bersiap, aku tukar hotel lagi sebabnya aku tak sedap hati. Kenapa polis masih mengelilingi bandar sedangkan kes itu aku dah buat macam kes kemalangan? Yelah aku pun tak terfikir polis tak bodoh, disebabkan ini adalah kali pertama aku buat jenayah, semua rancangan akal pendek aku mengatakan itu adalah jalan terbaik. Sekarang ni, kerja aku tak dapat, aku dah membunuh, dan polis cari aku. Aku suruh budak tu tinggal dalam kereta yang aku dah letak jauh dan tersorok dari kawasan hotel. Lepas masukkan budak tu, aku suruh diorang diam jangan keluar dari kereta. Aku kunci dari luar. Dan aku masuk balik dalam hotel tu untuk ambil barang.

Ini adalah hari ketiga aku merempat. Aku tak tahu nak pergi mana, duit dalam dompet si Salmah dah berkurang. Aku rasa bersalah? Memang aku rasa bersalah, tapi sekarang yang penting adalah selamatkan diri aku, aku dah buat benda besar. tak boleh tutup dah! Bila aku naik hotel, aku perasan staff dekat situ tengok semacam. Aku peliklah, tapi aku tak peduli. Lepas aku naik bilik, staff tu call polis. rupanya gambar aku tdah tersebar di mana-mana hotel.

3.00petang- Aku berjalan masuk bilik. aku tak tentu arah, aku basahkan muka, aku duduk, aku berdiri, aku raup wajah. aku duduk balik dan berjalan keliling bilik. serabut! marah!! bodoh! dan kecewa!!! itulah gambaran hati aku. Tengah aku kemas, aku dengar bunyi siren kereta dari bawah, hotel tu tiga tingkat je. aku tengok ikut tingkap, semua kenderaan polis ada di situ, aku tak boleh lari, aku nak buka tingkap, semua polis dah pandang ke atas.

“Shit!!.” Aku berlari ambil wayar telefon atau apa sahaja senjata. Aku duduk belakang pintu, dan tunggu.

“Reza… kau sana, lepas aku masuk, yang lain ikut.” Itu arahan Yusuf. diaorang semua dah menginjak koridor tempat Haris berada. Yusuf mengetuai serbuan, Jadi dia orang pertama yang akan buka pintu tu, bila diketuk berkali-kali tak buka juga, Yusuf minta kunci dari staff hotel, lepas dapat tu dia masih lagi berlembut untuk memberi peluang Haris serah diri.

“Haris, aku tahu kau di dalam, jadi sebelum aku masuk, baik kau keluar.” Arah Yusuf

Aku masa dengar polis bagi arahan macam ni, aku dah gigil, mana tidaknya aku tahu kemana arah aku lepas ni. penjara!! tali gantung!!! Memang aku nangis tapi aku gagah juga untuk hidup, untuk lepas walaupun dah tak ada jalan lagi. Tak lama lepas tu aku dapat rasa yang pintu tu terbuka, sebaik aku nampak polis tu masuk aku terus ambik wayar telefon tu nak jerut leher dia tapi waktu ni cepat pula polis tu pusing.

“Aku tahu kau di belakang pintu ni. Haris…” Inspektor Yusuf halakan senjata tu pada aku, betul di perut tapi dia tak tekan picu. Kalau tak bersepai usus aku. Tergagap juga aku, wayar tu aku lepaskan.

“Sekarang… mana budak dua orang tu?.” Tanya Yusuf sekali lagi. Bila aku jawab tak tahu, polis tu tak mengamuk pun, tapi aku rasa dia dah agak kot aku akan jawab macam tu

“Bawa dia.” Yusuf arahkan anggota dia bawa, sturuktur dalam bilik hotel diperhati, dan Yusuf tahu budak tu masih tidak jauh memandangkan makanan masih banyak dan coklat serta gula-gula pon ada. Jadi dia arahkan semua anggota cari di kawasan berdekatan.

8.20malam- Guess what? Tak jumpa pun budak tu, polis bodoh juga, ingatkan jumpa.. Jadi malam tu soal siasat dijalankan keatas aku. Aku banyak diam walaupun ditanya banyak kali. Memang aku keras tak nak bagitau sebab itu je satu peluang untuk melambatkan tahanan aku, berkali-kali ditanya pun aku diam lagi. Tapi yang paling aku lemah bila akunampak mak aku datang. Siot! Polis tu bawa mak aku dan adik aku yang nangis semalam waktu aku nak pergi kerja, ya! Mak aku nangis dan dia tanya kenapa aku buat semua ni. Aku tak jawab. Tapi sebenarnya aku tak sengaja pun… aku tak berniat, cuma aku bodoh tu je.
Tak lama tu, keluarga arwah datang bersama bekas suami, semua datang nak pukul aku, nasib baik polis halang, nak tak nak, bila tengok mak Salmah dah menangis dan mak aku pun menangis, lembut juga hati aku nak bagitau di mana Izham dan Fara, aku nyatakan tempat pada Inspektor Yusuf sebab dia yang mengendalikan kes aku, jadi diaorang pun pergi. Jumpa! Tapi budak tu dah pengsan. Panjang umur, masih hidup lagi tapi dimasukkan ke hospital.

Kurik datang… dia menangis dan minta maaf pada aku. Tapi aku tak cakap apa-apa pun. Memang dia penyebab, tapi aku yang bodoh buat semua tu. Kurik memang tak percaya aku buat semua ni, dia cari aku waktu malam tu, dia bersalah, dia datang bawa duit tu tapi tak jumpa aku. Pagi tu bila aku call dia pula, dia tertidur,. Kurik berkali-kali menangis dan minta maaf. Aku banyak diam je. Aku ditahan, perbicaraan dijalankan. Turun naik mahkamah je kerja aku. Mak aku dan Kurik sentiasa ada sepanjang perbicaraan. Dan akhirnya aku didapati bersalah. Hukuman 7 tahun penjara kerana mencederakan, dan ditambah dengan seksyen 302kk, hukuman gantung sampai mati oleh pihak mahkamah.

Hari ni aku dipenjara. Dan Kurik, mak, serta adik beradik aku lawat aku. Kurik masih kawan aku lagi, cuma aku dah tak ada peluang untuk hidup macam diaorang semua. Aku sekarang di penjara dan aku cuma tunggu masa untuk hukuman terakhir dilaksanakan.

“Case closed.” Nas tutup fail di hadapannya. Dia menggeleng kepala membaca satu persatu rentetan kisah tersebut. Betullah kadang-kadang kita ni bila dah terdesak macam-macam perkara kita buat tanpa fikir. Bukan Nas tak pernah mengalami, syukurrrrr tak melebihi sempadan yang ditetapkan. Nas mengambil satu lagi fail. Masih lagi kes bunuh. Baru je dia nak buka fail tu suami dia datang.

“Sayang.. dah malam jom balik.”

“Dah siap kerja?.” Tanya Nas segera bangkit, ambil beg dan dia pun bergegas keluar.

“Kerja mana pernah siap sayang… tapi kita pandai-pandailah cari masa.” Yusuf peluk bahu isterinya. “Nak makan?.”

“Boleh juga.” Nas tersenyum. Dan mereka berdua keluar dari situ.

Tamat untuk kisah “302kk-Kerana tiga puluh ringgit.” Ada masa, disiarkan oleh FS, Nas akan sambung cerita lain. Berdasarkan kisah benar yang Nas sendiri baca. Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

63 thoughts on “#CeritaNasa – Kerana 30 Ringgit (Full story)”

  1. nape aku rasa sedih bile baca cite ni..huhu
    xpe ke ko jadik kn kes ni sbgai cerita kt sini?
    kalo x jdk 1 kesalahan ko buat la next kes plk..
    hahaha..

    walaupun bkn setori hantu tp aku suke setori ni..(8/10)
    next kes pliss..

    Reply
  2. Oh nice story~ Kesian juga kan, niat dia baik nak pegi keja nak tolong mak dan adik beradik dia tapi dah takdir. Tak boleh nak judge orang, tapi kalau saja dia berfikir dengan lebih baik – kenapa dia tidak minta tolong je kat exgf dia? Like – minta tolong hantar ke KK or else boleh pinjam je duit. Tak perlu lah nak mencuri bagai. Hairan~ Pengajaran~ 😀

    Reply
    • atas desakan smpai x boleh nk pikir bnd tu baik ke buruk..
      dengan nak pikir keje..pikir mak die lg..yg die pikir nak duit cara cepat je..

      tapi nape aku cm bengang ngn kwn die si kurik tu eh..huhuhu..sian haris..

      Reply
  3. Ada pengajaran di sebalik cerita. Utk manusia yg suka berhutang tu, jgn bebankan pemberi hutang. Ini dah pinjam tak reti bayar, berjanji tinggi langit. Last2 pemberi hutang yg mengemis minta hutang dibayar. Mujur dlm cerita ni si kurik tu memang berniat nak bayar. Tapi semuanya dh terlambat. Apa2 pun dlm setiap kejadian, panjangkan akal. Redha dgn setiap kejadian, jgn buat keja pendek akal sampai perlu mencuri.

    Reply
  4. Sedihnya. Akal fikiran cetek dan tindakan bodoh tu sendiri sedikit sebanyak adalah dari hasutan dan bisikan syaitan yang pandai mengambil kesempatan dan tak pernah jemu untuk menghumban manusia ke lembah kebinasaan.

    Reply
  5. erm.. bila semua jadi terdesak ++ hasutan syaitan semua menjadi..
    cuma iman jadi pemisah..
    perghhh sejak bila ai boleh bina ayat macam ni…

    Reply
  6. Kesian keluarga terpaksa menanggung malu atas kekhilafan diri sendiri. Perlu berdepan dengan keluarga mangsa lagi.
    Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.
    Haris dah belajar daripada kesilapan sendiri, diharap menjadi pengajaran kepada sahabat-sahabat yang lain.

    Reply
  7. Cianny Haris..xtaw akak nk ckp cmn.tu sebab orang tua kata..jgnnn…jgn bjanji.jangan bjanji macam2..biar sampai dulu..biar buat dulu..biar jadi dulu baru buat janji..bila jadi cmni sesal xguna da..sedih akak bc..walaupun xd niat, bkn dr background yg bmslh to klau dah terdesak setan amik peluang..

    Sedihhh akak …. sedihhh
    12/10

    Reply
  8. Allahu… Sebak sgt bca crta ni,tak terbayang betapa luluhnya hati si ibu apabila mengenangkan ank yg menjadi harapan keluarga tergamak utk buat jenayah berat sebegini. Saya rasa insaf sgt baca kisah ni, kerana kedaifan, memaksa beliau utk bertindak diluar kewarasan akal fikiran.

    Reply
  9. kalaula haris blh fkir pnjng skit… tntu semua ni xjadi kesian dia akibat desakan hidup..klu kwn dia tak paksa dia nk pnjm jugak 30 rggt tu..

    Reply
  10. Ada beza la crita nas dgan kakak sado..sangaaaat byk beza dr segi pnyampaian bhasa. Btw, teruskan berkarya nas. Setia follow crita nas.Terbaik!

    Reply
  11. Di akhir kisah ni..aku dah nampak pengakhiran kisah kau dah yusof..alhamdulillah..pengakhiran yang baik..harap ko ngan husbend berbahagia hendaknya setelah macam2 yang korang tempuhi..kesian sangat..

    Reply
  12. Terkesan nenek baca kisah ni cu…kesian haris..niat utk membahagiakan ibu dan adik2nya berakhir di penjara dan ke tali gantung…ermmm…sesungguhnya qada dan qadar itu telah ditentukan olehNya…

    Reply
  13. Geramnya kat Kurik tu.. smua sebab dia..! Antara sbb kenapa aku tk suka pinjamkan org duit.. Last2 tgk… diri sendiri susah…

    Reply
  14. mmg bila tak berduit…setan mula menghasut buat yg bukan2….mula2 mencuri…pastu membunuh…akhirnya dihukum mati…ketawa si setan durjana kerana berjaya memperdaya insan yang dlm situasi spt ini…sedih sgt cita ni…. 🙁

    Reply
  15. #CeritaNasa ni penulis cerita Sihir Pemisah ke?
    Name watak sama, Nas & Yusuf.
    Yusuf polis di Sabah dalam dua2 citer ni. Tanye je n_n

    Reply
  16. Allah..sedih btl cerita ni..dh brpa kali aku bc..terkesan sgt
    lbh baik kau curi tabung masjid dr kau bt gini..hahaha..2 yg aku fikir

    Reply
  17. Ko kalo nak membongak pon bia la logik..

    Ko ingat senang2 nak bg org awam baca fail kes?

    Ko ingat dlm fail kes ni ada tulis jalan cerita semua mcm ko ckp tu

    Banyak ayat ko dh tokok tambah

    Ko tau apa hukuman,polis klo bg org awam baca fail tanpa arahan btulis? Xkire la bpangkat atau x…

    Nak mnipu tu agak2 la..

    Ak dh jd xminat bc cite ko dh..sia2 je ko bnyk mniou slama ni

    Reply
  18. Allahu.. lbh baik kau bgtau ahli masjid yg ko nk guna duit derma tu rm30 dan pegi KK, bg no fon utk dihubungi utk byr balik sedekah tu.

    betullah kata org, kefakiran menghampiri kekufuran…

    kisah ni tragis sgt, blh buat cerita. kalau org dgr myabe akan ckp elehhhh RM30 je pun tp siapa kita yg tak berada di tempat kejadian?

    kalaulah dia g mtx je ngn salmah rm30 tu…

    kesimpulan; kalau nk tlg kawan, jgn sampai memakan diri.

    Reply

Leave a Comment