Mr K – Office

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca. Sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin FS kerana telah mempublishkan cerita saya ini. Cerita pada kali ini adalah berkaitan dengan office saudara saya.

Mari kita mulakan.

Syarikat ini telah lama ditubuhkan iaitu pada tahun 1979. Saya mula bekerja di syarikat ini pada tahun 2015. Baru sahaja berkhidmat selama 2 tahun. Boleh dikatakan saya masih baharu, banyak lagi selok-belok dan rahsia yang tidak saya ketahui tentang syarikat ini.

Kenapa saya berkata seperti itu kerana hampir setiap tahun ada sahaja pekerja yang berhenti dari syarikat ini. Pada mulanya saya tidak mengetahui mengapa mereka bertindak seperti itu kerana bagi saya tidak ada yang buruk tentang syarikat ini. Gaji pun tinggi, elaun makan pun diberi dan kalau nak minta cuti pun senang nak approve.

Pada suatu hari, saya ingin cuba bertanya kepada salah seorang staff yang boleh dikatakan agak senior di syarikat ini.Dia mulanya tidak mahu untuk bercakap tentang hal ini, setelah saya pujuk dan pujuk lagi.Akhirnya dia mahu membuka mulut nya, dia pun mula bercerita. Saya akan menggunakan panggilan Abang Akub(bukan nama sebenar) bagi mewakili dirinya.

“Begini cerita dia, syarikat ini dulu tak ada masalah apa-apa pun hingga laa pada waktu syarikat ini cuba diperbesarkan. Jadi pada waktu itu, ketika bahagian belakang syarikat ini yang pada waktu itu adalah hutan. Ada sebatang pokok yang susah untuk ditebang. Sudah pelbagai cara dicuba untuk menjatuhkan pokok itu, namun tidak berjaya juga. Hingga la pada suatu hari, para pekerja binaan memuja pokok tersebut dan mempersembahkan korban kepada pokok itu. Pokok tu pun jatuh lah” kata abang Akub.

“Habis tu bang, apa masalah dia” kata aku

“Masalah nya adalah bila benda tu dah dipuja bagai, lepas habis jer pembinaan ni. Mana ada lagi orang yang nak puja benda tu. Bermula dari pembukaan syarikat baru ni lah macam-macam benda terjadi. Kalau nak pindah pun tak dapat, duit syarikat dah berjuta-juta digunakan untuk membesarkan syarikat ini.” kata abang akub

“Jadi bang, takda usaha ker nak halau benda tu. Tak kan nak biar jer” kata ku lagi

“Ada, dah macam-macam cara kita orang buat. Semua ustaz-ustaz sampai ke pawang kita orang panggil.Benda tu masih jugak ada dekat sini. Cuma usikan benda tu jer yang lebih ringan dari pada dulu.” Kata abang akub

“Kalau dulu macam mana benda ni kacau.” kata ku ingin tahu

“Yang abang tahu satu jer, dulu ada seorang pekerja wanita yang pada waktu itu terpaksa OT sebab ada tender yang perlu disiapkan. Dia tak pun balik lewat sangat, dalam pukul 7 malam tak salah abang. Hingga laa pada suatu hari keluarga dia ni hubungi syarikat yang dia ni belum balik lagi. Sudah 3 hari dia tidak balik. Bila kita cuba tengok cctv, pada pukul 7 tu memang dia dah balik. Waktu tu dia masuk ke dalam lif dan kemudian bila pintu lif terbuka balik. Tiada siapa pun yang keluar, bila kita check lif tu. Memang dia takda, so lepas tu hampir seluruh bangunan kita cari. Masih juga kita tak jumpa dan akhirnya pihak syarikat pun membuat laporan polis. Tak salah abang, hampir satu bulan kehilangan dia. Kami dikejutkan dengan jeritan dari seorang makcik cleaner, cuba teka apa. Wanita tu berada dalam lif tu, dengan keadaannya yang kusut dan tak usah dibayangkan lah bau dia macam mana.” kata abang akub

“Betul ker ni bang, meremang saya bila abang cakap macamtu. Dah laa saya ni selalu balik lewat” kata ku lagi.

“Kau jangan risau lah, kalau kau kuat semangat. Benda tu tak berani kacau pun” kata abang akub

Selepas aku bercakap dengan abang akub lah aku mula terfikirkan tentang benda itu,kadang-kadang sampai kerja aku pun tergendala sehingga pada suatu hari aku terpaksa OT untuk menyiapkan kerja aku ini. Memang cari nahas betul lah aku ni. Jadi aku pun cuba untuk menyiapkan kerja aku ini secepat mungkin dan alhamdulilah sebelum pukul 6 petang kerja ku sudah siap.

Aku ingatkan takda apa-apa, tapi tidak. Ketika aku cuba untuk balik, waktu tu aku memang tak berani lah nak naik lif dan memandangkan office aku hanya terletak di tingkat 1. Aku pun menggunakan tangga kecemasan, bagiku tangga ni agak selamat kerana tangga ni sudah pun diterangi lampu. Ketika aku cuba turun ke tingkat bawah, aku perasan sesuatu. Masih ada tangga lagi semasa aku sampai ke bawah, aku pun cuba periksa yang aku berada di tingkat apa. Bila aku bukak pintu, aku berada di tingkat 2. Aku dah mula panik, aku pun cuba untuk turun lagi dan periksa lagi aku berada di tingkat mana. Waktu itu aku berada ditingkat satu balik, aku pun mula berasa lega sedikit. Jadi aku pun cuba turun ke bawah, bila aku buka pintu aku berada di tingkat 3 pula.

Aku mula panik lagi, waktu itu aku dah tak tahu nak buat apa lagi.Tiba- tiba aku terdengar bunyi tapak kaki seseorang hendak turun dari tingkat 4.

“Siapa tuuu”kata aku

“Uhukk, uhukk” bunyi seseorang tengah batuk

“Alhamdulilah, nasib baik orang”kata aku di dalam hati setelah mendengar bunyi batuk itu.Aku pun menanti orang itu turun ke bawah. Selang beberapa saat menanti, orang itu masih belum turun ke bawah.Aku pun cuba untuk naik ke atas, mungkin orang itu tengah melepak duduk di tangga sambil menghisap rokok sebab selalunya jika pekerja syarikat itu mahu merokok mereka akan pergi ke tangga kecemasan.Bila aku sampai ke tingkat 4. Tangga di situ sudah gelap. Aku pun segera menuju ke bawah dan aku terhenti seketika apabila melihat satu makhluk berwarna hitam dengan badannya dipenuhi nanah berwarna putih merangkak menaiki tangga cuba menuju ke arah aku.

Aku tidak tahu apa yang harus aku buat. Bagai aku dipukau untuk terus melihat makhluk itu. Apabila aku sedar semula dari lamunan,aku pun cuba melaungkan azan, selepas itu tiba-tiba pintu di depan aku terbuka. Aku ternampak seorang pengawal berada di depan pintu sambil bertanya apa yang berlaku. Aku pun terus keluar dan alhamdulilah aku berada di tingkat bawah. Aku menceritakan apa yang berlaku kepada aku tadi, lalu pengawal itu mengajak aku keluar dari situ sambil berkata

“Cepat sikit encik” kata pengawal itu

“Kenapa ni, apa yang berlaku?” kata aku tertanya

“Cepat encik, cepat. Benda itu ada dekat belakang encik tadi” kata pengawal itu

Akhirnya kami sampai di pondok pengawal dan pengawal itu mengajak rakannya yang ada disitu menemani aku ke kereta kerana mereka khuatir dengan keselamatan aku.Setelah kejadian itu, Aku pada mulanya berniat untuk berhenti tapi memandangkan zaman sekarang susah nak cari kerja. Nak tak nak terpaksa lah aku stay dekat syarikat ini hingga lah aku dapat pekerjaan yang lain.

Maaf jika cerita ini membosankan.Cerita ini bukan lah dari pengalaman saya. Saya cuma menulis semula apa yang diceritakan.

Penulis
Mr K

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

22 thoughts on “Mr K – Office”

  1. macam mana ye aku nak ckp??? ayat2 ko tak best. Aku takde feel nk baca. tapi tetap jugak baca. tup tup, lah! habis. ko rase? tapi takpelah. Terisi jugak masa lapang aku ni.

    Reply
  2. 3/11 setori yg buat aku sayu hati sebab percayakan penulisan kau dan baca sampai abis.. Tp bila da abis baca rasa menyesal itu datang tanpa henti (seakan menghantui) **kalau ada niat nak menulis lg.. Aku just nak wish good luck n do ur best.. Kipidap writer

    Reply
  3. Smalam aku ada buat short horror setori yg jadi kat opis aku and aku mention nama Mr Koh.. Mcm ada kaitan pula ngan tajuk setori dan nama penulis ni..

    **Mr Koh ini u ka? Hahahaha

    Reply
  4. Alaaarrrr…
    Ingtkan pengalaman writer, br nak kagum2 sbb ko masih pikir mase depan dan tabah keje kat situ demi sesuap nasik utk keluarga…
    Ghupe2nye pengalaman org lain…
    Xpelah…
    Nnt sampaikan salam kekaguman akk kt tuan punye bdn yer…

    Reply
  5. Mmg seram duk opis sorang2 walau baru pukul 6 petang..opis aku ni kalau sorang2 siang buta sebab staf ramai gi site atau meeting kat luar mula la mcm2 bunyi..fail jatuh la..kertas seolah direnyuk la..pastu munculkan diri lelaki tembus dinding..huhuhu..kalau mlm stay wat tender sampai kul 9 mesti ramai2..giler nak sorang2..

    Reply
    • Akk dlu keje mmg normally blk dh tgh mlm…
      Sensorglah dok opis tu sambil dgr kerusi bergerak, org menaip, ketuk mengetuk…
      Huhuhuhuuuu…

      Reply
  6. macam mane la ye dipermainkan naik turun tangga mau kurus aku dari tingkat 24 opis ni. Sepanjang kerja sini ade je dengar cerita opis keras la peristiwa 13 mei la apa la. Tapi Alhamdulillah takda apa2 yang tak baik jadi. Setakat kerusi gerak2 tu biasa. Memang susah nak dapat kerja zaman sekarang. Bertahan je la

    Reply
  7. ok story dh ade tp satu je cter psl prmpuan tu yg senior tu cte. dh tu ape jd? m**i ke hidup ke?

    so skg still situ atau mcm ne.

    at least tulis lg gangguan2 org lain yg kena kacau, kate ramai yg breti kije.

    Reply
  8. Erm..baru mkn sesuap nasi pun da blh abes cite ko ni..ok laaaa..xde la x sedap pun cite ko ni..Boleh la buat baca masa ngula2 ni..

    Reply
  9. Membosankan? Aduhhh….berdebar dibuatnya….
    Kongsi lagi, ya, kalau ada pengalaman sendiri atau orang lain.
    Terima kasih kongsi cerita…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.