Jentik Pyscho

Assalammualaikum dan salam sejahtera para pembaca FS. Kredit to FS sebab siarkan cerita aku. Sebagai pembuka bicara, nama aku Qayla. Aku baru sahaja bergraduasi pada bulan November. Korang agak aku Uni mana. Hehehe. Abaikan, tak penting. Bagi aku, aku dah jumpa dengan beberapa orang budak pyscho yang berbeza level masing2. Memang takdir aku kot berhadapan dengan orang camni. Oklah, aku cerita sikit-sikit dulu.

Kisah ni aku nak kongsi ketika aku di tahun tiga ataupun semester 5. Tahun ketiga aku belajar ni, rezeki untuk dapat kolej kediaman tak begitu ada la pulak. Jadi dengan rasa girang berbaur sedih dalam masa yang sama aku decide nak tinggal luar disebabkan peraturan kolej kediaman ni agak ketat. Kena turun gotong-royong, aktif itu ini dan macam-macam lagi la yg buat aku tak tahan. Aku memang susah bangun pagi sebab selalu tidur lewat untuk selesaikan segala tugasan yang ‘tertunggak’. Lagi pun dah tahun tiga, jadi kena siapkan tugasan tahun akhir (FYP). Oleh sebab tu aku selalu dimarahi felo sebab boleh pula duduk di bawah pokok, alih-alih dah nyenyak tidur ketika gotong-royong dijalankan. Hmmm.

Kebetulannya, kawan aku lagi 3 orang yang aku gelarkan Sherry, Yam dan Tira pun bernasib yang sama macam aku tak dapat kolej kediaman. Boleh je dapatkan kolej dalam dengan buat rayuan tapi kitorang dah sepakat nak daftar keluar. Kitaorang semua berlainan kos tapi rapat dari sem satu sebab dah tinggal sebilik dalam kolej kediaman kecuali Sherry (dia serumah tapi berlainan bilik). Jadi kami pun sepakat untuk menyewa rumah memandangkan semua setuju untuk tinggal diluar agar lebih fokus study dan tugasan akhir. Cari punya cari, akhirnya kami pun dapatlah rumah yang sesuai untuk 4 orang, harga berpatutan dan jarak pun tak jauh pun dari Uni iaitu hanya 10 minit kalau tak jem.

Rumah tu mempunyai dua tingkat. Tingkat atas bilik tidur (dua bilik) dan sebuah bilik air kongsi. Tingkat bawah pula macam biasalah dapur, ruang tamu dan ada sebuah bilik tidur tapi kami jadikan ruangan ‘santai’ memandangkan Tira kos seni muzik jadi keyboard, gitar, violin dan segala alat muzik yang dia ada dia sumbat dalam tu agar tak mengganggu kitorang kalau dia practice nanti. Aku pula suka menjahit, jadi aku bawa sekali mesin jahit aku (mesin jahit portable je). Dua orang lagi tu Yam dan Sherry tak tunjuk sangat minat diorang yang aku tau Sherry ni suka kumpul serangga. Dia ada banyak botol-botol tuk dia bubuh serangga dalam tu.

Sebulan setengah dalam rumah sewa, semuanya berjalan lancar dan tiada apa-apa yang berlaku. Hinggalah pada satu hari ni, Sherry pulang dari kelas petang dalam jam 6.20 (kelas jam 4pm-6pm) kitorang bertiga masa tu takde kelas jadi lepak di rumah. Sherry bawa motor ke kelas, begitu juga dengan Yam dan Tira pula ada kereta. Memandangkan aku takde kenderaan jadi aku selalu tumpang kereta Tira ataupun pinjam motor diorang kalau nak ke kelas sebab kadang2 ada kelas dalam waktu yang sama dan sebaliknya.

Masa Sherry melangkah masuk ke rumah, mulut dia tak henti-henti membebel. Kami yang duduk bertiga di ruang tamu sambil menonton tv masa tu terkejutlah sebab dahla masuk tak bagi salam lepastu membebel pula sambil mundar-mandir bagai hilang akal. Kami yang pelik tengok keadaan Sherry masih terdiam dan terkaku. Yam pun mula membuka mulut. “wei Sherry ko dah kenapa hah? Aku fikir perompak tadi main sergah gitu je. Ko tengah senaman ke ape kesana-kesini.” Tiba-tiba Sherry berhenti dan dia tunjuk kitorang satu persatu. Nak tahu apa sherry cakap? “aku jerry! Tak faham ke!” dengan suara garau. Serta merta aku terlopong dan menggaru kepala yang memang tak gatal.

Yelah Sherry yang bersifat lemah lembut, ketawa pun volume 1 mana tak nya semua orang dalam rumah tu terkejut. Tiba-tiba mengaku Jerry lak. Tira dah gelak besar. “HAHAHA! Ko da kena sampuk tom & jerry ke. Hape benda ko merepek ni”. Yam cepat-cepat menyiku Tira. Akibat mulut celupar Tira, Sherry pun cekiklah si Tira tu. Nasib kitorang ada masa tu. Hah aku dah agak dah. Orang macam ni jangan dijawab tak pasal-pasal kan dah kena. Lepas tu Sherry pun naik ke bilik sambil membebel memukul kepala. Oh ya aku dan Tira duk sebilik, Yam dan Sherry pula sebilik. Tapi kisah Sherry tu nampaknya hanyalah permulaan.

Beberapa hari kemudian, kejadian pelik semakin menjadi-jadi hinggakan Yam dah tak tahan duk sebilik dengan Sherry dan meminta izin untuk pindah ke bilik kami. Yam pun buka cerita masa dia tengah berjaga malam untuk siapkan tugasan, Sherry yang dah tidur nyenyak (sambil berdengkur pulak tu) tiba-tiba bangun dan duduk secara tegak dengan mata terbuntang. Lepas tu dia gelak dan cakap dengan Yam “mesti ko terkejutkan.” Pastu dia sambung tidur balik. Katil diorang memang berdepan, jadi memang jelaslah pandangan antara satu sama lain.

Ingatkan tu je. Tak lama lepas tu Yam dah stop buat kerja dan baring menghadap facebook. Tiba2 tanpa bunyi apa-apa Sherry bukak mata dan dengan suara halus “ko buat ape tu Yam. hehehe”. Yam dah naik angin dan dia marahlah Sherry. Yam memang ganas sikit. “ko ni, janganlah bagi aku terkejut. Nasib baik aku takde penyakit jantung kalau tak dah arwah aku tau tak!” pastu pandai plak Sherry ni merajuk dan berpaling dari Yam. “Aku tanya je… kenapa nak marah aku. Jerry jom tido”. Sambil menangis2. Yam dah cuak masa tu tapi dia tahan dah lah lampu dah off, yang ada cuma lampu daripada laptop dan telefon je lah.

Tu baru sikit. Selepas Yam tidur di bilik kitorang, Sherry merajuk dengan Yam sebab katanya Yam dah tak nak kawan dengan dia. Dia tak nak langsung bercakap dengan Yam. Habis pasal tu, benda lain pulak jadi. Awal pagi lagi Sherry dah bangun dan memasak (masa ni hari sabtu jadi semua ada di rumah). Kitorang pun pelik la kan, nak masak apa sebab kitorang belum beli barang dapur lagi sebab barang semua dah habis maklumlah dah hujung bulan.

Pagi tu, kitorang turun bawah dan Sherry beria-ia ajak kitorang makan. Kitorang pun tanya la apa dia masak and dia jawab ada milo dan tom yam. Wah! Pekena tom yam masa lapar ni memang cun la aku kata. Sekali cek dalam periuk terlompat aku wei. Kumbang dan semut berserta serai yang banyak dalam tu. Bawang besar pun dia campak dalam tu tanpa buang kulit. Memang tak hairanlah mana dia dapat “bahan masakan” dia ni. Kebetulan serai ada membiak di tanam di belakang rumah oleh penyewa sebelum ini kata pemilik rumah sewa kitorang. Air milo yg Sherry maksudkan tu tak yah cakaplah, serbuk pasir ada dalam jug. Patutlah bau hanyir.

Sherry dengan selamba kunyah serai yang dia masak dan suruh kitorang makan. Gigih pulak dia kunyah serai ye dak. Meremang bulu roma dah tak tau nak kata apa. Tira dan Yam pun dah tercegat macam tiang di situ. Dari rasa lapar terus jadi kenyang bila tengok Sherry begitu. Kami pun cepat-cepat amik keputusan sarapan di luar dan sekaligus beli barang dapur. Kitorang ajak Sherry juga takut dia kecik hati tapi dia tolak dengan jawapan dah kenyang. Gulp! Kenyang serai ke. Hmm. Ok jugak dia tak join sekali kang ada pulak benda pelik dia buat lagi.

Lepas selesai beli barang, kitorang pun pulang la rumah dalam 2 jam jugak di luar tadi. Masa nak masuk perkarangan rumah tiba-tiba Tira brek mengejut dan kami semua dalam kereta tu tersasar dari kerusi masing-masing. Boleh pulak si Sherry duk di tengah tempat parking (atas tanah) sambil menggali lubang. Ada lima lubang kecik dia gali dengan menggunakan senduk nasi. Tira dah bengang masa tu nasib baik tak terlanggar tadi. Kitorang pun turun dari kereta dan pergi dekat dengan Sherry. Sherry kata dia nak tanam kawan-kawan dia yang kemalangan tadi. Rupa-rupanya itulah kumbang yang dia masak tadi tu. Huh! Semakin lama kitorang dah semakin seram dengan si Sherry ni.

Malam tu weh, aku tak leh lupa kejadian tu. Tengah kitorang siap-siap nak tido, aku pergilah tandas nak gosok gigi tapi aku nampak pintu bilik Sherry ternganga luas. So aku jenguklah saja nak tengok tapi aku tengok dia takde. Kosong. Pastu aku panggillah Tira dan Yam. Kitorang dah cemas dah, mana pulak si Sherry ni. Tadi elok je ada. Yam cakap mungkin dia balik rumah kot. Tapi kenapa beg semua dompet ada dalam bilik. Hmm aku pun dail no telefon Sherry tapi tak terjawab. Kitorang dah resah gelisah mana pulak budak ni pegi.

Tak lama lepas tu satu sms masuk. “Aku balik rumah. Mak panggil masak kenduri kahwin saudara aku. Esok aku balik.” Tak lama lepas tu sms kedua muncul. “Tolong kemas katil aku eh, nanti mak aku nak datang.” Nasib baik tak terpelanting telefon aku. Aku bagilah Yam dan Tira baca and dorang pun dah cuak sangat. Sebabnya setahu kitorang, mak dia dah takde kot. Mak mana pulak dia maksudkan ni. Kitorang tengok katil dia pun elok je kemas, rapi (dia memang suka benda tersusun). Kitorang pun abaikan je la malam tu sebab dah ngantuk sangat.

Esoknya, kitorang malas nak basuh baju sebab dah start busy kena selesaikan banyak tugasan. Jadi ada banyak kain baju tak bercuci. Lagi pun memandangkan hari ahad dan kelas belum mula, kitorang berpakat nak ke dobi. Langsir, selimut, cadar pun kitorang bawak sekali sekaligus dah alang-alang ke dobi kan. So kitorang bawa dua bakul raga kecik untuk pakaian dan dua lagi bakul plastik hitam besar (bakul sampah tu) untuk selimut dan kain langsir. Masing2 bawa la kain tu sume turun bawah nak simpan dalam bonet kereta Tira. Aku yang first sekali buka bonet kereta tu menjerit sekuat hati wei. Tekejut beruk aku kali ni. Si Sherry tu tengah sedap tidur dalam bonet tu! Hei takkan semalaman dia tidur sini.

Tira dan Yam pun berlari la ke tempat aku and dorang pun terkedu dah tak tau nak kata apa. Lagi satu, macam mana dia masuk kat dalam sini pun aku tak tau. Si Sherry ni pun bukannya besar sangat n tak la pulak kecik sangat tu yang elok dia melingkar dalam bonet tu. Tanpa rasa bersalah si Sherry ni buka mata pastu dia cakap dengan aku “mak aku ajak tidur dengan dia kat sini. Sebab Yam tak teman aku lagi dah.” Hmm dahhhh nasiblah siang Sherry oi dan nasib baik kitorang tak nampak kelibat sape2 pun kat dalam tu. Kalau tak satu masalah lagi jadinya. Yam pun dah bergetar2 kat belakang aku.

Dah panjang sangat aku taip ni, ada masa nanti aku cerita lagi kalau korang minat. Panjang sangat kisah Sherry ni sebab aku tak tahu nak singkatkan. Hehe. Nanti akan datang aku ceritalah kes budak pyscho yg lain yg sampai sekarang aku masih seram dan tak leh lupa.
– Qayla-

19 thoughts on “Jentik Pyscho”

  1. 1st, kau susah bangun pagi…kau solat subuh tak ni..

    2nd, kawan kau tu ada masalah; maybe ada masalah psikologi, atau masalah halus.. kedua2 nya patut kau kena la tolong,bantu dia,cakap kat mak ayah,pihak universiti ke.. apa kehei dibiarnye kawan tu camtu

    Reply
    • kannnnnn. aku pon terpikir mcm tu. dia mcm tak de inisiatif langsung nak tlg kwn dia.
      dibiarkan kwn tu mcm tu. buatnye makin teruk mcm mana la kan.

      Reply
  2. Jelas dr mslh pertama lagi dah tahu kwn tu diganggu makhluk halus. Tapi masing2 buat tak endah .. Kesian bdk tu. Kalau inform pd fmly atau pihak uni awal2 mesti tak jadi teruk sampai macam ny. Pelik mcm mana housemate semua label dia psycho

    Reply
  3. Da tau kwn tu lain perangai…kenapa la x di bwk dia g berubat. Jgn bg alasan tak tau..korang mmg suka melayankan perangai dia mcm tu. Belajat tgi2 …tp akal x bole nk fikir utk cari bantuan utk kwn tu..

    Reply
  4. mungkin ini pertama kali diaorang berdepan kawan mcm ini,jadinya diaorg mungkin tak trfikir langsung pasal berubat cara Islam. tapi aku kesal juga bila shery dibiarkan seorang2,walau takut2,kata dah rapat? apa pun jua masing2 tahu alasan sendiri.

    Reply
  5. hahah ttbe tringat zaman matrik dlu,,.. aku slalu jgk duduk scara tegak tgh2 mlm.. time tu mmg aku xsedar, tp roomate aku ckp aku slalu bangun n dduk tegak dengan mata terbuka tengok jee dia.. seram. aku yg dgr pon seram hahah mana taknya tgh2 mlm ttbe aku bangun prhati jee dia. kdg2 ad jgk aku mrapu .. huuu takuttt.haha

    Reply
  6. Perghhh gila arr!
    Tapi betullah apa yang Langsat tu kabo, sekurang-kurangnya ko buat ler report kat Universiti perihal dak Sherry ni. Tak pun boleh jer refer kat sesapa yang arif. Gituuuu…

    Reply
  7. Aku x tau la ni kisah benar atau x..
    Tpi klu benar..korang selaku kwn mmng trok..x de inisiatif nk tlg kwn korang 2..pas 2 seronok cite kt sini..

    Reply
  8. Mula-mula aku rasa geram sikit sebab komen biar je Sheryy camtu. Tapi part kome jumpa Sherry dalam bonet tu memang tak boleh blah! Dari rasa geram+seram, jadi lawak lak aku. Hehehe. Sorry.

    Reply
  9. Tkkn ko n the gang tk sdr perubahan si sherry..? Dh mcm2 si sherry ni buat, tp korang bleh plk buat dono.. aku rs yg psiko dlm citer ni bkn sherry kot.. tp ko n the gang.. kesian plk aku kat sherry..

    Reply

Leave a Comment