Bilik Misteri di Rumah Mentua

Assallamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca fs ni…Before ni aku selalu je bace kisah2 dan pengalaman orang lain…So, kali ni aku nak berkongsi pengalaman yang sedang aku alami dari awal perkahwinan hingga ke hari ni berkaitan belaan mak mentua aku…Cerita yang aku ingin kongsikan ini agak panjang dan mungkin kurang menyeramkan..ini jugak pengalaman pertama aku dalam bab penulisan, andai ade kekurangan ku mohon maaf ye…Sebelum aku start bercerita , aku Ana berasal dari salah satu negeri belah selatan.

Pada awal perkahwinan aku dengan suami aku stay serumah dengan family mentua aku belah Selangor…Kisah ni terjadi selepas 3bulan perkahwinan dimane , pade satu malam tu waktu suami aku keluar ngeteh dengan adik beradik die… tibe-tibe mak ni panggil aku “ Ana mari sini kejap “ aku pun datang je la dekat mak “hahh ye mak, ade ape-ape ke?” ..mak pon cakap la “kau amik air ni kau campur dalam setiap kali kau masak atau bancur air untuk Ude” aku pon jawap “OKAYYY MAK”..Then mak ni cakap “kau dengan Wan ni sakit yang sebenarnye”..Hakikatnye aku dengan suami aku je elok je sihat dan tiade ape yang pelik pon…

Lebih kurang 30 minit suami aku pun balik je rumah dan masuk ke bilik… Bila suaami aku masuk ke dalam bilik aku pun tunjukkan botol air tu dan aku bagitahu la apa yang mak dia cakapkan…Suami aku tak banyak cakap pun terus die amik botol air tu die curah dekat tepi tingkap..

Keesokkan harinye lepas suami aku pergi kerja, mak ni tanye “Ana, kau da bagi ke belum?” so aku pun jawap la “Dah mak”…Tapi aku perasan air muke mak ni senyum lain macam, seolah olah mengerikan…Aku terus tinggalkan mak sorang diri aku pergi mengeras rumah…Nama je ada adik ipar perempuan tapi pemalas ya rabbi…Macam mana aku tak cop dia pemalas, makan sambil baring plus mengangkang dok tengok TV…Rumah dibiarkan lintang pukang…Nak buat macam mane aku ni kan tetap orang luar, lebih baik aku diam..

Nak dijadikan cerita dekat rumah mak ni ada 1 bilik yang aku tak dibenarkan masuk termasuk la untuk mengemas..Ade satu hari pintu bilik tu terbuka dengan lampu terpasang, kebetulan aku lalu depan bilik tu nak ke dapur…Pada awalnye niat aku cume nak tutupkan lampu dengan pintu bilik tersebut tapi lain yang aku nampak…Mesti korang tertanye ape yang aku nampak kan…Untuk pengetahuaan korang , rumah mak ni rumah papan…keliling bilik tu tergantung kain kuning sampai tak nampak pun dinding papan tu semua…selain tu dekat sudut bilik tu aku terpandang ada tempat bakar kemenyan dan beberapa batang colok / setanggi yang da dibakar separuh dengan keliling tempat bara tu ade beberapa biji limau purut, beberapa anak patung baby yang mata boleh berkelip tu tanpa baju dan duri ikan pari.

Mase aku tengok semua tu bulu roma aku toksah la cakap memang tegak macam askar Jepun … Aku cepat2 tutup lampu dan pintu bilik tu dan lari masuk bilik..Ape yang aku nampak ni aku tak bagitahu dengan suami aku pun, aku still cool je…Sejak dari peristiwa tu aku rase seperti diperhatikan dan ibu jari kaki aku selalu sakit.

Ape yang aku perasan setiap bilik dan setiap penjuru rumah ade tergantung bunga hiasan ni…Tak terkecuali bilik tidur kami suami isteri…Lepas kejadian bilik angker tu aku jadi tak sedap hati…Belah petang tu lepas solat asar aku tergerak hati nak panjat dekat penjuru bilik yang ade hiasan bunga..Tahu tak ape yang aku jumpe disebalik bunga tu!! Aku jumpe botol mineral kecik yg ade bergulung- gulung kertas…Aku bukak setiap gulungan tu aku snap then aku whatsapp dengan ayah kandung aku, ayah aku cakap tu wafak.Untuk pengetahuan korang, ayah aku boleh mengubat orang secara tak langsung dengan lahirnya aku..

Ade satu petang aku dengan mak tinggal berdua sambil layan drama Naagin..Tibe tibe mak cakap “kau ingat aku tak tahu ape yang kau dah tengok dan apa yang kau cakap dengan bapak kau”..Mase yang mak cakap ni mak langsung tak pandang aku pun sebaliknye die layan drama tu…Dan lepas kejadian tu hidup aku mula tak tenteram weii.

Bayangkan time mandi tu dekat tingkap aku nampak kepala lelaki yang bertanduk , mata merah menyala dok perati gerak geri aku…Last – last aku tumbang dalam bilik air…Aku ingatkaan habis sampai situ je, tapi ramalanku benar benar meleset…Malam tu pulak lepas doa nak tido aku terpandang sekor lembaga berambut panjang berbaju putih lusuh tengah merangkak dekat siling bilik yang aku nak tidur ni.

Aku tunjuk la dekat suami aku, tahu tak ape respond laki aku “abang tak nampak ape pun” ..

Selang beberapa malam kemudian aku diganggu lagi, tapi ni makhluk lain pulak…Waktu tu, aku tengah tidur tahu badan aku rase berat ya amat…aku pun bukak la mata, bukak bukak je mata tengok makhluk mukenye hitam ,berbau hanyir …aku tak boleh nak menjerit atau nak baca ape ape surah…seminggu aku demam weii..

Hari demi hari bermacam- macam rupa dan bentuk yang aku nampak dalam rumah mak tu…Mak pulak makin hari makin lain, bile aku pasang ayat Rukyah die boleh pergi basahkan badan die tanpe bukak baju lepas tu duduk sambung tengik tv…bukan tu je kadang kadang boleh die tidur bogel sebabkan panas padahal rumah tu bukan main sejuk lagi…

Aku dah tak tahan dengan ape yang jadi aku mintak izin dengan suami aku yang aku nak balik kampung nak rehat , suami aku pun izinkan….Sampai je kampung halaman aku , aku terus sakit tak boleh berjalan dan aku hilang deria rasa dibahagian kaki serta aku hilang sedikit penglihatan..Adik aku bawak aku ke hospital…Seminggu aku tersadai dalam ward setiap hari doktor amik darah dan bermacam macam pakar yang datang…Keputusan ujian darah, ct scan brain, MRI dan macam-macam lagi menunjukkan aku sihat tanpa ade ape-ape masalah dan aku dibenarkan keluar hospital.

Sepanjang aku beradalam dihospital suami aku tak dibenarkan balik oleh mak die.

Jadi ayah dengan mak aku bawak aku pergi jumpe seorang ustaz…Dirumah ustaz tu aku mula tak sedarkan diri dan mengamok..Menurut cerita mak kandung aku,air yang mentua aku ni bagi tujuannye nak aku suami isteri dengar cakap die..

Patung yang aku nampak tu sebenarnye benda suruhan die dan makhluk yang aku nampak selama ni belaan mentua aku…Dalam mase yang same die jugak tak nak kami suami isteri ade zuriat …Kononnye kalau ade zuriat die susah nak kikis duit anak die…Ibu jari aku slalu sakit tu belaan die datang hisap darah aku…Tak memasal aku jadi hidangan setan2 die pulak..

Ustaz pon nasihatkan aku supaya jangan jumpa dengan mentua aku atas dasar keselamatan aku hingga aku bercerai berai dengan suami aku…
Suami aku da mula jadi bodoh ikut je cakap mak die…Tapi aku pulak jenis tak putus asa, aku minta ustaz tu air penawar untuk suami aku .. Time tu baru seminggu suami aku lafaz cerai terhadap aku…Bukan aku tak dngar yang pakse lafaz cerai tu mak die la…So aku dari selatan naik ke Selangor aku larikan suami aku..Hehe..aku bagi suami aku minum air penawar tu lebih kurang 45minit suami aku muntah…Ni muntah bukan yang biase-biase, ade bau hanyir , hamis bukan main pekong weiiil sampai dengan aku sekali muntah sebab tak tahan bau tu.

Dalam mase sebulan urusan penceraian dan rujuk berjalan lancar…Alhamdulillah dan suami aku da mulai sedar setiap perbuatan mak die adalah salah dan syirik.

Dari info yang aku dapat dari abang ipar aku yang pertama yang senasib dengan kami pon jelaskan yang mak mentua au memang obses dengan bomoh dan suke sangat cari bomoh tak kira betapa jauh sekali pun die tetap akan pergi..Patut la abang ipar aku tu payah nak jejak kaki ke rumah tu.

Alhamdulillah lebih setahun aku tak jumpa mentua aku, aku dikurniakqn seorang zuriat..Aku minta jasa baik kepada semua pembaca doakan aku sekeluarga dilindungi Allah swt…Next aku akan ceritakan gangguan sepanjang kehamilan aku andai cerita ini mendapat keizinan dari admin
8

23 thoughts on “Bilik Misteri di Rumah Mentua”

  1. kurang pendetailan menyebabkan kurang penyeraman.
    apa yang diceritakan semuanya surface sahaja.
    macam menceritakan pengalaman orang lain daripada pengalaman diri sendiri.

    Reply
  2. Teman nasihatkan kalo boleh kn perbanyakkan lg amalan2 yg sunat di samping yg wajib…selalu baca alquran…lbh2 lg alma’thurat..tu bagus utk elakkan dr sihir…buat ms ni kn tetapkan hati awk suami isteri utk jgn lg tunduk ngan sihir mcm ni…biarpon itu adalah mak mertua…kita cuma boleh berdoa agar mak mertua tu sedar & bertaubat…

    Reply
    • Wafaq adalah TULISAN yang dilukis dalam bentuk SIMBOL, GAMBARAJAH, NOMBOR atau HURUF yang tertentu dimana ianya membawa maksud yang tertentu.

      Antara bahasa glamour yang digunakan dalam penghasilan wafaq adalah dari bahasa SURYANI, IBRANI, HIEROGLIF atau HURUF HIJAIYAH.

      Gunaan wafaq membawa kepada niat yang tertentu seperti pengasihan, kekuatan, amalan, kebatinan dan sebagainya.
      #copypaste

      Reply

Leave a Comment