Makhluk Besar,Berbulu, Bergigi Taring. Bigfoot?

Assalamualaikum warga FS. Ok seperti yang dijanjikan, aku akan sambung cerita mengenai si Man pemburu. Bagi yang tertinggal membaca kisah pertama aku, boleh la baca kisah tu kat FS bertajuk “makhluk kenit“. Bagi yang tidak mengenali aku, Aku Kero, orang yg tidak pernah nampak atau terlihat makhluk-makhluk halus, hantu dan jembalang secara langsung tetapi aku dikelilingi orang-orang yang mempunyai kisah-kisah mistik, aneh, dan menyeramkan.

Dah tentu semua pernah dengar mengenai makhluk yang popular di dada akhbar, di kaca tv dan di rancangan pelik tapi benar sekitar tahun 2000 an. Makhluk yang dimaksudkan ialah “bigfoot”. Orang lama tidak lah menggunakan gelaran bigfoot seperti orang-orang putih. Orang lama memanggil makhluk ini “Mawas” dan orang asli menggelarnya “Hantu sejarang gigi”.

Mawas/bigfoot/hantu sejarang gigi yang digambarkan mempunyai fizikal yang tinggi daripada manusia dewasa, berbulu seperti beruk atau monyet dan berjalan menggunakan dua kaki seperti manusia. Penampakan demi penampakan dengan bukti yang meragukan seperti gambar-gambar yang kabur, kesan tapak kaki yang didakwa orang milik bigfoot di hutan dan cerita-cerita pengalaman orang yang terserempak dengan makhluk berbulu ini di dalam hutan. Adakah ia benar-benar wujud? Atau hanya salah satu jelmaan jin? Sama-samalah kita fikir dan nilai sendiri.

Kisah bermula dengan si Man yang merupakan seorang pemburu. Man gemar memburu dengan seorang rakan karibnya Halim. Satu hari Man pergi berjumpa dengan Halim bagi merancang untuk pergi memburu rusa di sebuah hutan di negeri perak. Setelah perancangan rapi dibuat, masa pun sudah dipersetujui mereka berdua, maka bertolak lah mereka ke tempat berburu itu. Mereka pergi menaiki sebuah kereta iswara lama dan terpaksa meredah laluan tidak berturap sehingga di pinggir hutan. Setibanya di pinggir hutan tersebut, mereka keluar dan memeriksa peralatan, parang yang terselit di pinggang dan senapang yang disandang serta umpan bagi menarik rusa nanti sudah siap. Lalu Man dan Halim perlahan-lahan meredah semak samun yang setinggi pinggang sehingga lah jauh kedalam hutan kawasan pepohonan kanopi lebat..

Hampir sejam juga mereka meredah hutan, sampai lah di satu kawasan yang tepat untuk memasang umpan. Kawasan itu hanya mempunyai beberapa batang pokok yang tinggi, dan di lantai hutan ada semak samun dan pokok-pokok renek setinggi pinggang orang dewasa. Terdapat dinding batu kapur yang berlumut dan tinggi di bahagian belakang tidak jauh dari tempat Man dan Halim berhenti.

Man memeriksa Laluan dan denai-denai yang menjadi laluan binatang-binatang seperti rusa, kijang, tapir dan juga babi hutan. Man mencari tanda-tanda yang masih segar menandakan laluan- laluan itu masih digunakan binatang seperti tapak kaki, ranting- ranting pokok yang patah dan najis rusa. Setelah yakin, Baru lah umpan yang berupa garam batu yang dibungkus menggunakan plastik yang dibuat lubang-lubang kecil padanya dipasang berdekatan dengan laluan-laluan binatang tadi.

Garam memang disukai oleh binatang hutan seperti rusa, kijang, dan juga seladang. Binatang ini akan menjilat-jilat garam batu itu. Siap sahaja Man memasang umpan, dia mengarahkan Halim memanjat sebatang pokok yang agak besar dan tinggi berdekatan laluan yang dipasang umpan tadi. Pokok yang dipanjat mereka itu hampir setinggi 15 meter, di dahan-dahanya tumbuh sejenis pokok paku sarang burung yang banyak terdapat di hutan kanopi ini. Mereka memanjat sehingga di dahan yang pertama lebih kurang 5 meter tinggi. Dahan itu memang sesuai kerana pokok paku sarang burung yang menjadi “camouflage” ditambah pula pakaian berceloreng askar yang dipakai Man dan Halim pasti dapat mengaburkan pandangan binatang-binatang yang bakal menghampiri umpan mereka.

Minit pun bertukar jam, Man dan Halim masih terpacak di atas dahan pokok itu sambil menunggu kelibat si rusa bertemankan bunyi-bunyian hutan seperti unggas dan serangga. Matahari yang sebelumnya terpacak di atas kepala sudah mula condong di ufuk barat menunjukkan hari sudah memasuki waktu petang. Jangankan kelibat rusa, tiada seekor binatang pun yang melintasi denai-denai itu. Halim sudah mula bosan, dan menyalakan sebatang rokok. Man pula masih terlihat sabar dengan mata yang meliar memandang ke arah denai-denai itu jika terdapat sebarang pergerakan rusa yang menghampiri umpan dengan selaras senapang patah kemas di genggamanya.

Tidak lama kemudian, terdengar satu bunyi-bunyian ranting patah, dedaunan kering di lantai hutan di pijak-pijak dan pokok-pokok renek yang dikuak dengan kasar menghampiri dinding batu kapur yang belakang sedikit sahaja daripada denai-denai yang dipasang umpan itu.

Halim memandang Man dengan muka yang sedikit gembira, penantian berjam mereka mungkin membuahkan hasil seekor rusa dewasa yang boleh dibawa pulang dan dijadikan juadah istimewa. Akan tetapi muka Man terlihat serius dan matanya meliar memandang arah bunyi itu. “kenapa Man? Bukan rusa ke?” tanya Halim kepada Man. Man tidak bersuara dan hanya menggunakan isyarat supaya Halim mendiamkan diri. Halim akur dan sedikit resah. “Jika bukan rusa apa benda tu” Halim tertanya-tanya dalam dirinya.

Bunyi-bunyian itu semakin kuat dan hampir dengan lokasi mereka seakan “sesuatu” yang besar melintas dengan kasar di kawasan berhampiran mereka. Tekaan Man tepat, bukan binatang buruan mereka yang muncul dekat dengan dinding batu kapur yang berlumut itu. Akan tetapi apa yang digambarkan ialah satu sosok yang tinggi lebih kurang 3 meter, bertubuh besar berbulu kelabu gelap, berjalan menggunakan dua kaki tidak setegak postur manusia berjalan, tetapi sedikit bongkok dengan tangan yang agak panjang sehingga ke lututnya.

Mukanya kemerahan seperti beruk tunggal jantan bergigi taring panjang tetapi tidak sepanjang mulut beruk, lebih pendek mukanya seakan manusia. Makhluk ini berjalan rapat dengan dinding batu kapur itu sambil tangan kirinya memegang dinding itu. Ia seakan mencari sesuatu. Matanya meliar memandang kawasan Man dan Halim berada. Man dan Halim yang berada di atas pokok terpaku seribu bahasa. Tidak bergerak seinci pon ketika terlihat makhluk yang menggerunkan itu. Takut akan keselamatan diri mereka. Dengan saiz dan taring makhluk itu, senapang pun terlihat seperti batang kayu yang tidak berguna.

Makhluk itu seperti tidak sedar akan kehadiran Man dan Halim di atas pohon itu. Mungkin kedudukan mereka yang terlindung dek pokok paku sarang burung dan pakaian mereka sendiri yang membuatkan penyamaran mereka tidak mudah dilihat. Makhluk itu merengus dan meneruskan perjalanan sepanjang dinding batu kapur itu lalu hilang dari penglihatan.

Hampir sejam juga Man dan Halim tidak berani turun dari pohon itu. Gambaran makhluk yang menggerunkan itu seperti terpaku dalam kaca mata mereka. Seandainya mereka turun dan makhluk itu masih berada berdekatan menghendap mereka, tidak dapat dibayangkan kematian yang bakal mereka tempuh. Halim menyalakan sebatang rokok bagi menghilangkan rasa gerun. Terlihat tangan Halim terketar-ketar menyeluk kocek baju dan memetik pemetik api bagi menyalakan rokoknya.

Termenung jauh cuba memproses apa yang dia saksikan. Man terlihat tenang selepas sejam, dan mengajak Halim turun daripada pohon itu dan menyiasat perkara itu. Sama ada mereka bermimpi atau penunggu hutan yang cuba mensakat dan mengaburi mata mereka dengan sesuatu yang tidak wujud. Halim akhirnya mempunyai sedikit keberanian dan turun dari pohon itu bersama Man. Mereka melangkah dengan perlahan dan berhati-hati sambil mata meliar memandang sekeliling jika makhluk itu belum beredar dari situ.

Sampai sahaja di kawasan dinding batu kapur itu, Man teringat akan tangan makhluk itu yang diletakkan di dinding batu itu sewaktu ia berjalan menyusuri dinding. “Jika ia wujud, pasti ada tanda di batu itu” ujar Man. Man dan Halim mendongakkan kepala melihat jika ada tanda di dinding batu itu, dan terlihat setompok selut/lumpur di betul-betul lokasi tangan kiri makhluk itu diletakkan. Kesan seperti dikesat oleh tangan. Man pula melihat kawasan yang dilalui makhluk itu benar dilalui oleh sesuatu berdasarkan kesan-kesan dedaunan kering di lantai hutan dan pokok-pokok renek yang patah dilanggar olehnya.

Malah apa yang menguatkan lagi makhluk yang mereka lihat itu benar-benar wujud ialah kesan tapak kaki yang besar dan pelik di kawasan tanah berselut di situ. Sama seperti yang digambarkan oleh orang-orang lama dahulu dan orang-orang asli, bahawa kaki “Mawas” atau “Hantu sejarang gigi” bersaiz besar malah ia berposisi terbalik. Ya terbalik, anda tak silap baca. Kaki mawas/hantu sejarang gigi bertumit didepan dan berjari di belakang. Sebab itu pesan orang dulu-dulu jika terlihat bekas tapak kaki yang besar di dalam hutan, jangan berjalan lawan arah daripada arah jari kakinya kerana kaki Mawas/hantu sejarang gigi ini terbalik.

Anda tidak akan jauh daripadanya jika berbuat demikian, malah anda semakin menghampirinya tanpa tidak disedari. Dan nasib yang bakal menimpa mereka yang terserempak dengannya tidak akan berakhir dengan baik. Kerana ia haiwan/makhluk liar yang mungkin menjadi buas jika terasa diancam. Pesan orang dulu-dulu bukan semuanya karut, dan pesanan mereka lebih banyak berkias.

Man dan Halim beredar dari kawasan itu dengan segera. Takut berlaku apa-apa yang tidak baik kepada mereka. Mungkin ia hanya bagi amaran dengan menampakkan dirinya kepada pemburu-pemburu yang menceroboh kawasan perburuannya. Jika masih berdegil mungkin buruk padahnya. Man dan Halim pulang dengan tangan kosong. Rusa yang dicari lain yang munculkan diri.

Adakah bigfoot/mawas/hantu sejarang gigi memang wujud? Pada pendapat saya ianya bukan makhluk halus mahupun jin yang menjelma, tetapi sejenis haiwan yang sudah hampir pupus dan pelik. Binatang hutan yang pelik-pelik bentuk dan rupanya serta unik sering digemari oleh jin-jin untuk dijadikan sebagai peliharaanya.

Oleh itu binatang-binatang seperti ini sukar untuk dilihat mungkin kerana dighaibkan jin-jin ini. Hanya sesekali terlihat secara tidak sengaja oleh manusia lalu muncullah kisah-kisah penampakan seperti kisah Man si pemburu ni. Apa-apa pun itu sekadar pendapat saya, nilailah dengan akal dan fikiran yang sihat dan rasional. Kisah Man terserempak dengan makhluk seakan dewa hindu saya ceritakan selepas kisah ini dipublish FS ye.. Hahahaha… Terima kasih.

-kero-

6 thoughts on “Makhluk Besar,Berbulu, Bergigi Taring. Bigfoot?”

  1. Dalam bahasa jawa hantu berbentuk seperti mawas/gorila ini dipanggil Gondrowo.

    Dalam masyarakat Melayu di Malaysia hantu berbentuk seperti gorila ini dipanggil Hantu Raya.

    Jangan terperanjat, Gondrowo adalah seekor hantu yang kuat seks, suka mengentot, suka bersanggama.

    Suami yang membela Gondrowo, silap-silap selama tiga jam isterinya mengentot dengan Gondrowo tak terpancut-pancut, Si Isteri sudah lebih 15 kali klimaks, semasa dua jam mengentot Gondrowo.

    Reply

Leave a Comment