Terima kasih kepada FS kerana publish kisah ni. Pelbagai respon yang diterima pada entri pertama tempoh hari. (baca sini: Sindrom Narcissist)
Seperti biasa, ingin diterangkan bahawa kisah ini bukanlah kisah seram sihir, hantu dan jembalang. Akan tetapi ingin memperlihat bagaimana seorang Narcissist ini boleh menjahanamkan orang sekeliling. Di sinilah seramnya perkara ini.
Jam menunjukkan pukul 10 pagi.
Adi dan Azim sedang bermain di ruang tamu, sementara itu Haikal masih lagi berada di bilik melayan ngantuk. Iza pula awal pagi lagi telah keluar untuk COD barang yang pelanggan hendak beli.
“Abang, abang tak teringin nak sekolah ke” Soal Azim kepada Adi. Azim merupakan anak bongsu kepada pasangan Haikal dan Iza.
” Ikutkan memang nak dik, tapi kalau abah dengar kita nak sekolah. siaplah kita.” Balas Adi.
” Abah cakap, abah nak ajar kita dari rumah. Tak perlu sekolah.Tapi abah masih tidur.” Tambah Adi.
“Takpelah bang, lagipun kan abah selalu ajar kita pasal agama. Tulis jawi, baca quran. Walaupun azim baru umur 10 tahun, sekarang Azim dah pandai membaca doa tidur dan doa makan. Abah kata, pelajaran agama lagi penting daripada pelajar di sekolah.” Kata Azim. Kali ini lebih panjang bicaranya.
“hmmm”
Terdengar deheman dari bilik tanda Haikal sudahpun bangun.
Adi dan Azim pun hentikan di situ sahaja perbualan mereka.
Haikal keluar dengan mata sembab sambil memegang telefon pintarnya. Seraya duduk di penjuru dinding dan skrol satu persatu komen hasil status yang dimuatnaiknya malam tadi.
Sedikit tersengih Haikal melihat 4.5K comments terpapar pada statusnya. Sesekali mukanya berkerut sakit hati melihat kecaman yang tepat mengenai ‘hatinya’.
===
Terdengar bunyi kereta Produa lama pemberian ayah Haikal di luar. Tanda Iza sudah pulang dari berjumpa pelanggan.
Iza masuk dengan wajah sugul.
” Bang, ada benda nak bagitahu ni.” Iza memulakan bicara.
“Apa dia?” Haikal menjawab sambil mata masih lagi leka pada skrin telefonnya.
“Tadi terserempak dengan tuan rumah masa kat pekan tadi, dia tanya pasal sewa rumah. Bang, kita nak bayar bila sewa ni?Macam dah 3 bulan tak bayar ni.” Ujar Iza
Haikal letakkan telefonnya di lantai;
“Alaa. dia tu memang sengaja. Mesti dia ekori Iza sampai jumpa di pekan. Abang dah balas dah whatsapp dia tempoh hari. Kata nanti abang bayar.”Bentak Haikal.
” Dia tu dah cukup kaya dah, takkan baru 3 bulan tak boleh ihsan pada kita. Rezeki orang kaya tu, di dalamnya ada rezeki orang susah macam kita ni.”Tambah Haikal.
“Betul tu bang, Iza pun ada bagithu tadi dekat tuan rumah pasal tu”
“Dah tu, tuan rumah balas apa?”
“Tak ada apa bang, dia geleng kepala je.”
“Inilah perangai orang kaya zaman sekarang ni, ingat rumah, harta semua ni berguna ke bila dah mati? Semua ni lah yang aka dihisab di alam akhirat nanti. Makin banyak harta kita, makin lamalah dihisab.” Haikal mula masuk ke dalam ‘mood’ brainwash.
“Tuan rumah kena tahu, mengahalalkan hutang itu pun adalah dituntut oleh agama. Dia tak tahu ke betapa besar pahala jika kita halalkan orang yang berhutang pada kita.”
Iza dan anak-anak mengangguk tanda faham.
“Dahla, abang dah lapar ni. Laksa malam tadi masih ada kan? Panaskan. Anak-anak tu pun tak makan lagi tu.” Haikal mengarah.
“Baik bang”
Iza pun berlalu pergi ke dapur memanaskan laksa semalam…
“Walaupun aku ni tak kerja, tapi aku masih lagi pentingkan makan minum anak bini aku.” Bisik hati Haikal
aik pendeknya. mcm separuh cerita je…
Secoet sgt .. x puas baca.
Mmg seram btl ni .. setepek kena atas muka.
mcm mental disorder…kesian anak bini dpt ketua keluarga mcm ni…
Seramnya.. Tak ada ubat ke penyakit ni?
Aku kesian kat Iza.
Brainwash habis.
Mesti bekeng je makpak si Iza tu.
Dulu kembang idung bermenantukan retis.
Eh!
Ehhh…hahaa…
tu je?lol
Apa nk buat dh itu pilihan deme…ngikutkan sgt gila laki dia tu…kesian sgt kt anak2 tak serupa anak org lain…retis apa mcm tu…show last minute pon dh kn reject…semua salah sendiri…inilah balanya bila belajar bkn berguru…belajar semata2 ikut buku…kita doakan yg baik2 jer lah ..demi anak2 deme & isteri yg x tau apa2…
Ya Allah sabarkan lah hatiku…
dah sah2 x betul cara pemikiran suami dia…xkan istri dia x sedar suami dia buat tu x logik…atau istri dia hari2 dh kne brainwash agaknya…
Menghalalkan hutang? Hshshshshs
Hari2 makan laksa semalam.. part 3 mesti cerita pasal sakit tp x nak makan ubat sebab haram.. ksin xda sebab guna animal testing… nak sihat doa sepanjang hari mintak disembuhkan.. tau tak ape paling seram kat cerita ni??
Part yg cerita ni benar2 wujud kat malaysia… tu yg paling seram.. one day andai kata Allah Swt cabut nyawa anakmu atas sebab kecuaian mu.. itu pun mungkin x mampu memberi pengajaran padamu..
pemalas punya laki ingat ada berkat ke asyik berhutang.