Pengalaman Malam Burung Hantu Yang Tidak Dapat Kulupakan

Pengalaman Malam Burung Hantu Yang Tidak Dapat Saya Lupakan

Nama aku Munir, aku masih ditingkatan 4 disekolah yang namanya tidak akan aku sebut, aku tinggal diasrama kerana rumah dan sekolah aku berjauhan. Untuk pengetahuan semua sekolah aku kesemuanya adalah lelaki. Seumur hidup aku tidak pernah lagi terlihat atau ternampak hantu dan ini membentuk sifat berani yang akhirnya menjadi sifat bongkak.

Telah menjadi resmi diasrama kami untuk mengadakan malam burung hantu setiap tahun dan yang akan mengelola adalah kami abang-abang senior. Setiap senior akan dipertanggungjawabkan menjaga tiga orang junior. Setiap senior akan meninggalkan junior yang dipaksa menutup mata dengan tali leher ketempat yang sunyi sambil memerhati gelagat mereka. Selalunya senior hanya menempatkan mereka dikawasan padang dan yang paling jauh adalah didepan kantin. Bagi aku senior-senior cuma memilih kawasan ini kerana pertama senang dijaga dan kedua kerana senior-senior ini tidak berani pergi ke tempat yang lebih dalam di kawasan sekolah.

Sekolah aku memang terkenal dengan hantu piano, hantu jepun dan ada juga hantu pontianak. Dalam banyak hantu, hantu pontianak paling popular kerana tiada seorang pelajar pon yang pernah terserempak dan hanya menjadi bualan mulut pengawal keselamatan, menurut mereka pontianak ini tidak menunjukkan rupa fizikal secara terus tetapi kita akan terdengar bunyi suara wanita menangis, menyanyi dan mengilai. Menurut Pak Samad yang merupakan seorang pengawal keselamatan paling lama disekolah aku, dia pernah terserempak dengan satu kain putih. Ketika dia menghampiri, kain putih tersebut seperti ditarik menuju kearah tangga. Pak Samad hanya membiarkan dan terus melakukan kerjanya. Bagi aku itu semua konspirasi warden dan pengawal keselamatan bagi menakutkan para pelajar kerana kawasan itu merupakan laluan pintas bagi kami untuk fly pada malam hari.

Berbalik kepada cerita malam burung hantu, pada tepat jam 1.30 pagi, kami para senior dikumpulkan untuk diberi taklimat oleh penghulu asrama, Nazri atau lebih mesra dipanggil Nas. Dalam taklimat tersebut telah ditekan sekeras-kerasnya melarang untuk para senior membawa junior kekawasan panas sekolah kami iaitu blok bestari. Blok bestari terkenal sebagai blok keramat kerana disinilah pontianak berlegar-lehar. Selesai taklimat aku terus mendapatkan rakan sekepala aku iaitu Rusdi. Aku mengajaknya untuk membawa junior ke blok keramat tersebut, aku berpendapat takde gunanya kita buat malam burung hantu yang bertujuan memupuk sifat berani dikalangan junior sekiranya kita menempatkan mereka di tempat yang tidak mencabar.

Rusdi selalunya akan bersetuju dengan pendapat aku tetapi tidak pada malam ini, dia menolak tanpa berfikir panjang, menurutnya buat apa kita nak buat kerja gila pergi kekawasan tersebut kerana para junior hanya perlu menutup mata mereka dan yang mencabarnya kita kerana senior perlu menjaga mereka. Kalau ada hantu kita yang nampak bukan junior. Seperti ditampar setelah mendengar kata-kata Rusdi. Aku rasa diriku tercabar kerana aku sememangnya tidak takutkan hantu. Aku mengatakan yang kita ni manusia buat apa nak takutkan hantu. Hantu tu orang yang dah m**i bukan mereka boleh apa-apakan kita pon.

Aku sempat lagi bergurau yang aku akan berkongsi rokok dengan hantu yang aku jumpa kejap lagi. Aku cakap kepada Rusdi yang dia dimerupakan seorang yang penakut dan pondan. Nampaknya kali ini aku akan keseorangan ditemani oleh junior yang bakal aku jaga.

Aku ditugaskan menjaga Amat, Ijat dan Acap. Setelah mata mereka ditutup, aku terus membawa mereka menuju ke blok keramat. Setiap mereka aku letak berjauhan, Amat aku letak dibawah pokok, Ijat aku letak depan tandas dan akhir sekali Acap dibawah tangga blok tersebut. Setibanya aku keblok itu lagi, aku sudah rasa seperti diperhatikan dan kurang selesa. Setelah setengah jam berlalu aku terdengar seperti bunyi tangisan yang sayu dari tingat paling atas blok itu. Dari tangisan bertukar hilaian dan kemudian seperti menyanyi.

Aku mula syak Rusdi yang cuba menakutkan aku. Aku menjerit menanyakan kenapa tidak jaga junior. Aku mula ingin menakutkan Rusdi, aku jerit “woi aku nampak pontianak dekat belakang kau”, niat sekadar bergurau. Seperti tidak dilayan aku menjerit kembali “woi Rusdi kalau nak carik aku,carik kat belakang blok,aku nak hisap rokok,kalau lambat aku hisap dengan pontianak dekat belakang kau tu”. Lima belas minit aku dekat situ menunggu Rusdi, aku berasa pelik lalu kembali ketempat aku tinggalkan junior-junior tersebut.

Aku lihat kain putih betul-betul diatas pokok aku menempatkan Amat. Pelik sampai camni sekali Rusdi nak menakutkan aku. Tidak lama selepas itu, aku nampak Acap berlegar-legar didepan tangga. Bila aku hendak kearahnya tiba-tiba Acap berlari menaiki tangga tersebut. Aku mula mengejar dan setibanya ditingkat paling atas aku lihat Acap memasuki bilik darjah yang paling hujung. Sekali lagi aku berasa pelik kerana bagaimana Acap boleh berlari sepantas itu dan masa itu baru aku sedar yang badan aku gemok dan tidak boleh berlari laju. Sesampai ke bilik darjah tersebut aku terus memanggil-manggil Acap.

Aku membuka lampu dan mencari seluruh bilik darjah. Hilang ghaib, tiada sesiapa di situ selain aku. Aku keluar dari bilik darjah tersebut untuk meminta bantuan. Tiba-tiba aku nampak seperti lebihan kain putih seperti ditarik masuk kekelas sebelah. Aku syak yang Acap dan Rusdi cuba mempermainkan aku. Aku masuk ke bilik darjah tersebut dan terlihat kain putih dibawah meja guru. Tanpa membuka lampu aku terus ke meja guru berkenaan untuk menyergah mereka berdua. Setibanya aku disitu, aku melihat seperti seorang wanita berkain putih kotor dengan tanah, berambut panjang hingga ke lantai dan sedang mengendong bayi di tangannya.

Makhluk berkenaan memandang aku dengan wajah pucatnya dan menyuruh aku diam. Buat kali pertamanya, aku melihat hantu yang berada betul-betul didepan aku. Tiba-tiba pintu ditutup dengan kuat dan kegelapan menyelubungi bilik darjah tersebut. Aku berlari menuju kearah pintu. Pintu yang seakan dikunci dari luar menyebabkan aku mula panik dan membaca segala surah yang aku ingat. Tunggang langgang bacaanku. Aku terus merempuh pintu berkenaan dan berjaya keluar dari bilik darjah tersebut. Tanpa berfikir panjang aku terus berlari meninggalkan junior-junior jagaanku. Setibanya diasrama aku terus mendapatkan Nas dan meminta pertolongan dia.

Nas menyuruh menamatkan malam burung hantu bagi mengelakkan kejadian semakin parah. Kali ini aku, Nas, dan beberapa senior ditemani Pak Samad yang terkenal kerana beliau memiliki sedikit ilmu kebatinan. Terdengar Pak Samad mula mengumat ngamit membaca ayat kursi dan beberapa surah lain. Aku membawa Pak Samad dan senior yang lain ketempat kali terakhir aku ternampak Acap. Di bilik darjah tersebut Pak Samad menyuruh Nas untuk azan.

Pak Samad mula membaca ayat kursi dan tiga kul. Dari situ aku mula terdengar bunyi dibawah meja pelajar dibahagian belakang kelas. Kali ini bukan sahaja Acap malahan Amat dan Ijat turut berada disitu. Mungkin juga kerana aku meninggalkan mereka, mereka juga turut disorokkan. Aku dan senior yang lain terpaksa mengangkat mereka pulang keasrama kerana mereka bertiga keletihan.

Pada pagi itu, setelah mereka sedar kami menanyakan apa yang terjadi sebenarnya. Acap menceritakan ketika dia sedang menunggu dibawah tangga, tiba-tiba seorang lelaki berbisik mengaku sebagai senior dia dan menyuruh Acap mengikutinya. Acap yang kehairan terus menanyakan kod rahsia kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut terus menarik tangan Acap dan ketika itu Acap sempat membuka tali leher yang melindung matanya.

Menurut Acap lelaki tersebut badannya besar,hitam dan tinggi mencecah syiling. Lelaki tersebut menariknya memasuki bilik darjah berkenaan dan sewaktu aku mencarinya dibilik darjah tersebut Acap memanggil aku berkali-kali tapi aku seperti tidak mengendahkannya. Menurut Amat dan Ijat cerita mereka turut sama ditarik oleh lelaki besar berkenaan ke bilik darjah yang sama.

Begitulah pengalaman malam burung hantu yang tidak dapat saya lupakan.

Tolong jangan kecam saya, cerita diatas adalah tahyul dan direka semata-mata, dialog dan watak adalah rekaan semata-mata. Hantu juga telah rekaan semata-mata bagi menakutkan anda.
Peace Yo..

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4]
Zailani Jiman

12 thoughts on “Pengalaman Malam Burung Hantu Yang Tidak Dapat Kulupakan”

  1. Separuh cerita baca, aku terus dapat teka yang ni cerita rekaan..Haha.. rupanya betul… banyak baca pengalaman seram sampai aku boleh trace samada cerita tu rekaan atau betul

    Reply
  2. Aku dah tau dh cerita ni reka..
    Masakan budak ting 4 boleh buat karangan mcm ni…wlu ade sikit kesalahan tatabahasa dan sebagainya..tp kau lupa kau xdpt menipu segelintir pembaca seperti aku.sbb cerita kau tu ggang langgang nasib aku baca last skli cerita rrkaan memang aku xsmbung baca la buang masa tau x..bodoh kau ni..aku doakan semoga kau jumpa hantu rekaan kau haha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.