RUMAH SEWA ANGKER DI JERTEH

Hi korang. First, thanks kepada Admin sebab bagi kongsi cerita ni. Panggil aku Duki, aku kat sini cuma nak kongsi pengalaman aku kat rumah sewa “Angker” di Jerteh. Aku lelaki.

Kita start dulu pengenalan ya, aku ni memang boleh nampak benda tu sejak kecil lagi. Tapi bukan sentiasa boleh nampak. Mata aku cuma akan aktif bila aku ni letih sangat atau masa tu melilau sangat. Satu lagi, bila aku rasa bulu roma aku naik dan macam ada hantu kat mana-mana, siap. Memang benda tu ada kat mana-mana. Cuba korang check kat bawah katil ke mana tau ada?
So apa yang aku nak cerita kat korang ni tentang pengalaman aku dan kawan- kawan sekolej yang menyewa rumah sewa berhampiran kolej, dengan harapan ianya selesa, tapi tak.

Rumah kecil, bayar mahal, aircond rosak, tuan rumah tak bertanggungjawab hanya nak suruh kitorang bayar je duit rumah on-time tanpa kompromi. Kitorang dah lah kehabisan wang masa tu ada pulak “penumpang lain” kau tengah-tengah malam. Nama pemilik rumah sewa tu Zack. Sepanjang 3 sem kitorang berada kat situ, sebelum blah ke rumah baru, memang pelbagai “makhluk” aku nampak. Most of time aku yang kerap nampak sebab aku dah boleh nampak dan satu lagi sebab aku ni tidur dalam bilik “makhluk” Nak tahu kenapa? Bila ada roommates yang gatal nak tindih kawan sendiri dan mengigau siapa taknya lari lah aku ke bilik. Rumah tu ada 2 bilik je. Yang lain tidur di ruang tamu, aku je dalam bilik tu.

Start aku kena kacau masa aku tidur dalam bilik tu, dia sahaja nak bagi aku takut kot, malam-malam aku bangun nak minum air, penunggu rumah tu akan buat bunyi ketukan kat atas bumbung, dari belakang rumah sebab ada beranda (dia buat bunyi panjat beranda), lepas tu ke pintu depan, bunyi dia goncang pintu macam nak pecah. Masa tu agak terkejut gila lah aku camne nih, habis ayat dah keluar ni, lepas tu baru dia diam. Aku pun nak tak nak tido je lah dalam bilik tu. Sorang-sorang.

Kali kedua, aku kena tindih sampai adzan subuh baru dia chau. Bunyi macam orang sakit tapi aku tak sure bunyi tu orang ke makhluk sebab banyak sangat bunyi orang mengigau malam tu. Setiap 2 jam akan ada bunyi orang mengigau macam tahan sakit. Kali ketiga bila aku sedar nak kencing tengah malam, dia tunggu aku kat bucu katil. Kedudukan bertentangan dengan aku yang tidur. Lagi- lagi dia tunggu kat celah pintu, muka hitam.Nak taknak aku tidur sampai pagi, tahan je la. Mujur tak meletup.
Hahaha.

Yang fourth ni aku dah kebal sikit. Tapi slow-slow sebab kitorang buat assignment sampai pukul 4 pagi, maklumlah kitorang ni bidang arts. Jadi melukis potret dan kartun tu memang ambil masa lama. Nak kena warna lagi. Malam tu kitorang parti sikit sampai ada sorang kawan ni angkuh bukan main dia cabar hantu nak pukul guna silat dia (dia ni pesilat). Tapi apa yang berlaku, makhluk tu datang, tapi dia tak nampak, aku yang nampak. Ada perempuan tak bermuka pakai kain semua putih macam telekung sembahyang datang jenguk kitorang. Dia senget-sengetkan kepala dia, dia datang jenguk dari pintu depan. Lepas tu dia dari pintu belakang pulak, dua pintu rumah kitorang tak tutup. Ada la dua- tiga orang perasan tingkah laku aku, diorang claim diorang pun nampak gak benda tu. Lepas tu kitorang tutup semua lampu dan pintu terus chau tidur.

Lama dah lama, kitorang hidup dalam tak senang; malam tu kitorang sepakat nak baca yasin lepas maghrib. Maklumlah malam jumaat. Sedap baca, bunyi satu botol macam kena lempar kat dinding. Lepas je kitorang abis baca, aku pergi dapur nampak ada satu botol jatuh. Sah, memang kerja syaiton ni.

Pastu ada satu malam tu aku keluar beli air pukul 1 pagi sebab dahaga sangat. Korang ingat peristiwa kemarau panjang awal 2016, kan? Ha, masa tu tengah malam dalam rumah tu macam dalam api. Aku punya dehydrated kaw-kaw. Yang diorang kawan ni lena tidur dalam peluh. Apa la. Lepas balik je dari 7 Eleven, aku ada terperasan benda tu ikut aku dari belakang. Aku palingkan muka, nampak badan orang slowly hilang. Lepas tu aku berpeluh jugak la, lari balik ke rumah ada kelibat tubuh menyerupai kawan aku kat luar. Buat apa kat luar, tunggu aku? Tak.

Bila aku pandang dia lain macam. Dia terus nyah dari tempat tu. Dia lari. Siapa yang takut aku malam buta ni? Naim ke? (Salah satu nama kawan). Terus bukak pintu tengok si Naim ni tidur terbungkam kat depan pintu. Terus je aku masuk. Mandi, Solat sunat taubat dan Hajat, tidur.

Last aku nampak benda tu kat rumah sebelum kitorang chau, aku dan Si Naim ni nampak toyol kat depan kedai Zack iaitu tuan empunya rumah sewa. Maklumlah rumah sewa ni dekat dengan rumah Zack dan juga kedai makan warongnya. Memang sebijik rupa toyol lalu kat kedai dia. Memang kitorang syak dia ada bela tapi kitorang diam je la. Kitorang ada tanya orang yang tinggal kawasan tu, kawan sekolej, diorang kata memang rumah angker. So kitorang terus cari rumah baru.

Sekarang alhamdulillah, dah masuk rumah sewa baru, tak ada gangguan lagi. Aku pun dah jarang nampak. Semester last sebelum praktikal memang kaw-kaw habis dengan happy ending. Hahaha, sekarang aku praktikal di sebuah syarikat animasi di KL bersama si Naim.

Itulah pengalaman kitorang, especially aku sendiri kat rumah “Angker” milik Zack tu. Bila fikir balik, aku dah kira selamat sebab tak kena histeria ke apa ke. Sebenarnya yang ak cerita tu hanya suku daripada penuh selama 3 semester kitorang kat situ. Hampir setahun la tidur dengan syaiton tu. Nak tulis panjang nanti patah jari aku hahahaah.

And tak lupa, terima kasih kerana membaca cerita yang tak berapa nak meremang ni.

Duki.

7 thoughts on “RUMAH SEWA ANGKER DI JERTEH”

  1. Kojaq toi tuan rumah hang tu kan ??? Dah le bg sewa rmh hantu…penat hangpa bayaq…hantu tu dok pree ja kan…. Awat tak soh tuan rumah hang tu minta kat hantu tu sama…tu blom kira bil api ayaq lagi…..tuan rmh dgn hantu perangai sama ja….ntah2 depa tu sama spesis kot !!!!!

    Reply
  2. Part tuan rumah tu, memang hawau la…
    Pastu dek non, citer ko best, tapi next time ko olah sikit bagi teratur perkataan supaya senang faham.
    Satu lagi, tanda bacaan guna dengan betul, baru best org ada feel baca sampai ke tulang hitam.
    Apa-apa pun, teruskan.

    Reply
  3. Alamak. Apsal aku rasa macam takde excite factor ni. Pastu macam aku sorang je ada masalah nak paham gaya penulisan kau ni. Bosan lah.

    Reply

Leave a Comment