Asrama Si Darah Manis

Assalamualaikum dan hai hai buat pembaca FS. Thanks admin kalau cerita aku nih dipublishkan. Nih first time aku berkongsi cerita kat sini, kalau kurang seram ataupun cliché ja dengan cerita yg lelain ampun ye diknon. Aku cuma nak sharing beberapa kisah yang pernah aku lalui satu ketika dulu. Tudia ketika dulu kau. Memang betul-betul jadi kat diri aku, terpulang nak percaya ataupun tak. Cumanya ambik la iktibar disebalik cerita aku nih. Hah, aku orang Kedah. Kalau terkeluar bahasa utagha harap boleh la paham. Nak kata panjang ka pendek ka aku taktau nak agak sebab tak mula lagi, harap hampa hampa semua enjoy lah na.

Aku nih nak kata boleh nampak direct ‘benda benda’ tuh tak lah. Tapi kadang kadang aku boleh rasa macam contoh, tengah tengah hari matahari terpacak atas kepala aku dok basuh pinggan kan, tetiba bulu roma aku merinding kat leher. Takkan sebab sejuk kot ? Dan selalu time aku tak suci la benda tuh rajin dok mai kacau aku, tapi sekarang alhamdulillah dah makin berkurang gangguan tuh sebab ayah aku dah bawa pi berubat. Kalau letih sangat paling tidak kena tindih dengan benda tuh.

Benda benda nih start jadi masa aku berumur 13 tahun, sudah 12 tahun pun berlalu tapi gangguan nih melarat sampai sekarang. Sekolah aku satu-satunya pelajar perempuan sahaja di Perlis. Yang mana boleh agak tuh diam diam sudah la na. Rumah aku yang jauh dari sekolah dalam 30 minit perjalanan untuk ke sekolah, menyebabkan nak taknak aku kena duduk asrama lah masa tuh. Asrama pelajar ada satu blok, 4 tingkat. Sebelah kanan ada bilik air/tandas dan dewan makan, sebelah kiri warden guru. Di hadapan warden guru terletaknya surau.

Belakang asrama cuma ada ampaian baju bersambungan dengan bilik air dan ada satu pokok tinggi+besar. Pokok nih tingginya sampai ke tingkat 4 asrama. So, boleh imagine tak kedudukan setiap tempat? Good ! Bilik aku hujung sekali sebelah kanan, katil aku pun hujung sekali sebelah kanan kiranya katil aku nih dekat dengan dinding yang ampaian baju. Katil double decker, aku pilih tidur kat bawah sebab masa tuh aku tidur buas kot. Tak pasal pasal jatuh katil tak ke naya .Setiap malam sebelum tidur memang kami akan buat halaqah untuk bacaan al-mulk dan bacaan harian ayatul qursi.

First time aku kena kacau masa tuh aku dalam keadaan tak suci. Time tuh semua pelajar dah tidur, aku terjaga masa tuh sebab dengar budak budak kecik dok berlari-lari kat bahagian ampaian baju belakang bilik aku. Dok bergelak kukikukikukik. Ya Allah, memang riuh la dengar budak budak dok berlari ulang alik (main aci ligan kot). Memang dekat sangat dengan katil aku, hanya dinding saja pemisah di antara bilik dengan ampaian baju. Tak nampak pulak kelibat budak-budak berlari kat cermin nako bilik di sebelah ampaian tuh hmm.

Pastu aku tengok jam kat dinding dah pukul 3 pagi, takkan anak-anak warden tak tidur lagi kot. Naif lagi masa nih positif 24 jam. Yang lain tidur elok ja, takkan tak dengar pulak ada budak-budak dok berlari? Dalam masa 2-3 minit, tetiba hilang bunyi tuh. Dengar pulak orang dok mandi sambil nyanyi-nyanyi. Akak mana pulak yang keluar mandi masa nih, awal gila mandi! Sumpah sedap gilaa suara tapi sepatah apa aku tak paham dia dok nyanyi lagu apa. Lagipun warden dah pesan jangan keluar mandi awal masa 3-4 pagi. Aku paksa diri aku untuk tidur sebab aku dah rasa lain dah masa nih. Seram sejuk seram sejuk dah. Elok-elok dah lelap, tetiba aku rasa macam ada orang kejutkan aku. Allah, time nih terkejut taktau nak habaq lah diknon oi.

Macam nak tercabut jantung! Ada tiga kepala dok tergantung kat hujung katil aku, ala yang tempat orang dok sidai tuala kain bagai tuh. Tiga-tiga kepala tuh dok genyeh tepat pandang kat aku sambil kepala kekiri kekanan kekiri kekanan macam buaian gituh. Mata bulat macam nak terkeluar. Muka tiga-tiga nih lain tapi bukan nak kata la, memang huduh tak sangga! Ada yang berambut panjang, yang lagi dua kepala tuh aku tak ingat dah macam mana sebab tak sempat nak tenung lama-lama. Aku nak baca ayatul qursi time nih tak boleh tuh yang depa seronok nak kacau kot. Memang aku dok keras situ la tak berani nak bergerak. Nak cuit kawan aku yang tidur sebelah nih pun macam tak terdaya saja. Hanya mampu tarik selimut satu badan terus paksa pejamkan mata. Last-last tertidur dalam ketakutan nasib tak pengsan!

Sejak masa ni la setiap kali aku dalam keadaan tidak suci, benda benda nih seronok datang kacau aku. Pernah masa tuh aku terjaga dari tidur, aku nampak kelibat warna hitam dok berdiri kaku menghadap aku kat sebelah katil kawan aku dalam cahaya samar-samar. Aku buat taktau, aku terus pejam mata. Cuba la buka balik mata dalam beberapa saat nak tengok aku nih mimpi ka mamai ka apa, pastu pap! Benda tuh kat sebelah aku hoi! Dok besimpuh menghadap tepi katil aku. Tak nampak pun muka dia, satu badan dia gelap gelita. Time nih dah tak boleh nak bergerak, aku pulak yang kaku.

First time kena tindih, ingat dah kena strok muda-muda. Aku hanya mampu menyebut ‘Allah’ berulang kali dalam hati sambil pejam mata. Memang tak lah aku nak buka mata lagi. Akhirnya terus terlelap dalam ketakutan sampai keesokan hari. Aku diam ja takda nak cerita kat kawan-kawan aku masa nih. Ambik syiling pi public phone call mama aku bagitahu yang aku nak balik rumah sebab rindu nak balik, padahal takut kena kacau. Baru tingkatan 1 dik non mak jah oi. Akhirnya mama aku pujuk nanti hujung minggu datang melawat aku di asrama, disebabkan ini lah hanya bertahan setahun sahaja aku tinggal di asrama. Sanggup berulang alik lepas tuh naik bas.

Selalu jugak la benda tuh dok mai mengesot-ngesot (dalam keadaan duduk) sampai ke katil aku. Dengar kuku dok cakar-cakar kriiittttt kat tingkap nako sebelah katil aku. Pernah satu malam tuh, aku ajak kawan aku Ina dan Idah tidur sekali tiga orang satu katil. Kat katil tingkat bawah. Aku kiri, Ina tengah, Idah kanan. Masa nih pukul 12 malam tak silap aku, yang lain semua dah tidur. Kami bertiga tak tidur lagi, rancak dok menyembang bergelak sakan. Aku la masa nih tukang bercerita pong pang pong pang sambil bertongkat dagu baring menghadap Ina dan Idah. Dok sedap-sedap bercerita tetiba Ina dan Idah pandang aku lain macam, macam takut-takut.

Dah pasaipa pulak minah dua orang nih, aku tak habis bercerita lagi masa nih terus dua orang nih berpelukan tidur depa dua abaikan aku dalam keadaan terpinga-pinga. Dalam keadaan seribu persoalan aku pun tarik selimut terus tidur. Esoknya masa berjalan ke dewan makan aku pun buka la soalan. “weh Ina, semalam awat (kenapa) hampa (awak) tidoq macam tuh ja? Kami (saya) takdan nak cerita bagi habis lagi, hm”, dalam keadaan merajuk la konon haha. “Bukan kami takmau dengaq, semalam tetiba muka hampa jadi orang lain. Dok ngeyeh kat kami dua dengan mata besaq (besar) gila jengil kat kami!”, terang Ina sambil berjalan. Itulah padah buat bising malam-malam kan ada benda lain dah join sekaki. Memang tobat lahum dah lepas tuh tidur awal.

Petang-petang selalunya lepas habis prep jam 6 petang, pelajar akan beriadah dan tidak dibenarkan berada di dalam bilik sebelum jam 6.30 petang. Padang sekolah bersebelahan dengan surau sekolah. Ina dan Idah ajak aku ke tandas sebab depa dua nih nak terkucil, yelah masa sekolah memang kalau nak ke tandas kalau boleh nak angkut satu geng pi sekali kan. Aku masa nih malas nak ikut sebab seronok dok hayun badminton. Tengah asyik-asyik dok main badminton, 15 minit kemudian Ina dan Idah lari tercungap-cungap ke arah aku dan yang lain dalam keadaan muka cuak sangat.

Aku dah pelik terus tanya, “pasaipa hampa dua nih? Ada anjing ligan ka?”. Setahu aku sekolah nih memang tak pernah lagi anjing berkeliaran. Terus dua orang nih tarik tangan aku masuk ke bilik sambil diperhati oleh akak senior (ketua bilik, tingkatan 6 atas) bilik aku. Dah kenapa akak senior nih usha tajam pulak? Macam marah, jem! Masa nih pun semua pelajar beransur pulang ke bilik bersihkan diri untuk ke surau menunaikan solat maghrib berjemaah. Akak senior tadi masuk saja bilik terus panggil Ina dan Idah ke katilnya, yang lain disuruhnya keluar bersihkan diri sebelum terlambat untuk ke surau. Jadi yang tinggal di dalam bilik hanya lah mereka bertiga. Sudah selesai mandi semua, masuk bilik aku tengok Ina dan Idah dah teresak esak menangis. Muka akak senior tuh memang acah garang macam mak-mak orang sambil memberi nasihat kat dua orang nih.

Confirm kena marah tapi sebab apa? Jadi sebelum aku pi menyampuk nak tahu cerita baik aku siap-siapkan diri ke surau, kang tak pasal habuan aku pula yang kena jerkah. Masa di surau aku duduk di saf hadapan hujung sekali menghadap ke asrama. Kiranya aku dok di tepi pintu surau, nampak la asrama. Masa bacaan doa, aku pandang ke arah asrama di tingkat dua. Ada kepul-kepul asap kelabu dok ulang-alik di tingkat tuh dalam keadaan samar oleh cahaya lampu koridor. Tak puas hati, aku tenyeh mata takut mata problem ke. Ya memang sah ada kepul asap tuh tapi aku diamkan saja. Tak ambil port sangat. Keesokan hari, aku dan kawan yang lain yang tahu pasal Ina dan Idah kena marah dengan akak senior pun pergilah tanya dengan dua orang nih tragedi besar apa sampai kena marah, pi vivi ja pun. Tak logik di situ, ke’curious’an makin membuak-buak haha.

Versi Ina dan Idah cerita kat aku : masa tuh depa (mereka) pi tandas sekolah sebab sudah dekat dengan padang sekolah disebabkan sudah tidak tahan untuk membuang. Tandas nih terletak hujung sekali betul-betul sebelah kelas aku. Masa dua orang ni nak buka pintu tandas, tetiba ada dua orang perempuan berkemban tengah elok ja dok basuh baju. Sejurus buka pintu, dua orang perempuan nih pandang ke arah Ina dan Idah dalam keadaan pandangan yang marah. Ina dan Idah terkejut sebab mana ada pelajar datang basuh baju di tandas sekolah, lagipun tandas asrama ada ja air tambah pula masa macam nih semua orang di padang.

Cantik dua orang perempuan berkemban nih, berambut panjang dan yang penting tak pernah tengok akak dua orang nih kat asrama. Siapakah? Pastuh, yang berkemban seorang nih bangun datang dekat dengan Ida dan Idah dan bertanya, “siapa suruh datang sini ??”, dalam nada yang perlahan dan tegas sambil mata pandang tepat ke Idah. Si Idah menjawab, “kami nak kencing kak, nak masuk asrama jauh sikit”. Akak berkemban tuh pun membalas dengan sedikit menjerit sambil senyum sinis tanpa berkedip mata, hah sempat hang tengok akak tuh berkedip mata ke tak noh. “Lain kali jangan datang sini lagi dah!”. Terus Ina dan Idah melolong masuk ke tandas membuang hajat dengan keadaan yang ‘speechless’. Sudah kenapa akak dua orang nih marah sangat, nak vivi ja kot.

Tup tup lepas buka ja pintu tandas tengok akak dua orang yang berkemban tuh dah hilang. Cepat pula basuh baju? Air dan buih kat lantai takda langsung. Kering sahaja macam tidak ada langsung ciri-ciri orang baru basuh baju. Apa lagi, terus berlari tak pijak tanah dah masa tuh kawan aku Ina dan Idah menuju ke padang. Masa nak melintasi kelas aku, sebelah tuh ada pokok buluh. Pokok buluh tuh bergoncang kuat padahal takda ribut pun masa tuh. Lagi laju lah Ina dan Idah pecut 50 km sejam! Baru aku paham kenapa akak senior tuh marah sangat dengan Ina dan Idah guna tandas sekolah sebabnya depa sudah pesan masa senja senja jangan pi kawasan tandas belakang sekolah tuh dan jangan main dekat pokok buluh tuh.

Untuk pengetahuan hampa semua, ura-ura mengatakan (cewah) pokok buluh tuh tempat tinggal benda-benda tuh. Tak sure aku, aku dengarkan saja. Yang pasal ampaian baju belakang asrama tuh, warden bagitahu selalunya anak-anak jin akan keluar bermain dekat tempat ampaian tuh sebab tuh lah akan ada sesiapa yang akan dengar bunyi anak-anak kecil berlari. Disebabkan itu jugak warden larang untuk ke tempat ampaian ataupun mandi terlalu awal. Biasa lah, masa kita malam masa ‘depa’ siang. Jin dibuat daripada api, kita manusia daripada tanah. Sebab tuh bila kita masuk sesuatu kawasan tetiba terasa bulu roma merinding disebabkan tindakbalas tubuh badan kita, selalunya ada kehadiran benda-benda camnih Wallahua’lam. Aku nak terangkan pun tak berapa pandai, harap hampa boleh faham lah na.

Masa akhir tahun, kan masa macam nih gotong-royong kelas. Aku yang terlebih gigih dan rajin tak kena pada tempatnya membawa balik pasu bunga dan langsir yang digantung di kelas aku sebab sayang nak buang, cantik lagi aku fikir kalau dibasuhkan. Membazir saja nak buang. Aku yang naif bawa balik rumah pi gantung dalam bilik pula. Takda masalah biasa la pi cari masalah, budak lagi kot tak paham sangat. Sejak tuh la aku kena kacau di rumah pula. In shaa Allah aku sambung cerita tuh dan pokok besar yang sampai ke tingkat 4 tuh pun nanti aku sambung in shaa Allah.

Maaf kalau tak berapa nak seram. Ingat! semuanya makhluk ciptaan Allah. Tidak ada sesuatu yang diciptaNya sia-sia. Memang hobi benda-benda nih nakal nak sakat kita. Kalau setakat nakal manja gitu takpa, ada yang sampai menyesatkan manusia tuh yang lebih parah. Dekatkan diri dengan Allah, Insha Allah kita sentiasa dalam lindungan rahmatNya. Assalamualaikum.

15 thoughts on “Asrama Si Darah Manis”

  1. Memang dulu masa dok asrama yang di maksudkan ni, macam2 jadi. Masa tu duduk dorm kat tingkat 2. Kena pulak katil betul2 mengadap pokok besaq tu. Alhamdulillah bukan aku yg kena kacau.

    Reply
      • Macam2 cita. Tak larat nak karang, yg pasti masa saya masuk tahun 94 dulu ramai member2 cita ada beberapa penampakan, terdengar benda2 yg tak sepatutnya dengar pagi2 buta, cering bulu roma tu tak yah cakap la.. hampir setiap mlm, tu pasai pi tidoq dekat katil member2 yg lain sebabnya katil aku tu satu2nya katil kat belakang almari tengah dorm dan aku sorang ja yg duduk katil double decker tu.

        Reply
  2. Hashtag #sekperempuan …
    Tau…tau…
    Heheheheee…

    Part ade aweks berkemban kt toilet tu mmg horror sbbnye kwn hang berdua tu mmg lgsg x terpikir tu benda alah tu…
    Slumber gigih gak menonong msk toilet wpon dh kena jegil kena sound…
    Kompem bengang jer aweks tu sbb kwn hang x takot kt depa…
    Hahahaaha…

    Reply
  3. haha..ni kira junior lah?time kak lg syiok, kna histeria ramai2..kak pn pnah kacau masa form1..kul 4 bangun mandi dgn kwn.. baru nk kluaq bilik dengaq org susun buku dlm bilik..terus naik katil, tdoq balik..haha
    mmg punca pokok buluh and pokok besaq blkg tu

    Reply
  4. Pokok besar tu memang ada keluarga yg duduk. Tp dah tebang. Kebetulan, ampaian favourite saya mmg bawah pokok tu. Alhamdulillah x jadi apa2. Dulu tandas tu dah lama x pakai tp pihak sekolah dah baiki & boleh guna semula dgn elok. Tandas tu mmg saya suka guna sbb bersih & org jarang pakai. Kalau masuk sorang2 mmg rasa lain, rasa mcm jauh dr org, sunyi, redup. Kalau boleh saya juga nk dgr kisah tandas murid yg ada pada dewan perhimpunan. Tandas murid dekat dewan tu agak lama xguna, lastly lama pihak skolah buat tandas tu jd store sukan skarng. Saya harap confessor boleh sangat2 sambung cerita & kongsi banyak lagi cerita dgn kami.

    Reply
  5. Kalau betul la sekolah yg d perlis tu..

    ada laluan mcm trek utk pejalan kaki d belakang asrama..
    tahun 2004-2006 selalu ikut laluan tu nak p sekolah n balik sekolah.. takpun ponteng sekolah, hahahaha..
    selalu jugak lalu sorang2 tengahari/lewat petang.

    ada 1 ja bg aku tak tau nak klasifikasikan seram atau tak, ada kakak perempuan cantik manis berbaju putih.. wangi.. aku terserempak dgn dia betul2 kat belakang asrama tu.. tak bercakap.. dia senyum ja.. pastu masa jalan melepasi aku.. dia dah kt belakang, aku tfikir nak toleh sbb dia cantik.. dlm masa yg sama dia pun toleh n senyum.. aku pun senyum dan teruskan berjalan..

    aku suka lalu situ sebab laluan situ redup dan tenang..

    Reply

Leave a Comment