Penunggu Tangga

Terima kasih kepada admin jika kisah saya ini disiarkan.Kisah ini benar- benar terjadi.Awal tahun 2000-an.Rumah aku di tingkat 4,flat Pasir Gudang.Ramai pelajar politeknik menyewa di situ termasuk sebelah rumah aku.4 orang pelajar perempuan menyewa di situ.Kisah ini agak panjang supaya pembaca dapat menghayati jalan ceritanya.

Pada satu malam dalam pukul 12 malam,pintu rumah aku diketuk bertalu-talu.Kami yang baru masuk tidur,bergegas buka pintu.Berdiri depan pintu ialah salah seorang penyewa sebelah (kupanggil Z)menangis-nangis minta tolong kami sebab rakannya kerasukan.Ketawa dan menangis berselang seli.Aku gelarkan dia N.

Suami aku serba salah nak masuk rumah sebelah sebab penghuni semua perempuan tapi aku desak suruh bantu mana yang boleh.Memang benar..N berperangai aneh sejak lepas maghrib.Kawannya sedari awal sudah pasang bacaan ayat-ayat suci al Quran di komputer mereka .

Sebaik suami aku mendekati N,tiba-tiba N merenung suami dengan muka marah.Selepas itu beliau meracau dan suara N berubah menjadi garau.Aku hanya berdiri di depan rumah tersebut dan memerhati kejadian ini dari luar.Aku tak tahu apa yang suami aku baca,tiba- tiba N berubah menjadi normal.Lantas suami aku suruh keempat² mereka mengikuti aku pergi ke rumah kami.
Suami aku cuba menelefon jiran- jiran terdekat minta bantuan.Sementara menunggu jiran yang lain sampai,suami aku laungkan azan di setiap penjuru rumah sebelah.

Berbalik tentang N dan kawan-kawannya.Kat rumah aku,N berperangai aneh semula.Ketawa berselang seli dengan menangis.Puas rakannya pujuk,tapi langsung tak berkesan.Maknanya N masih lagi diganggu.Selesai azan di rumah sebelah,suamiku masuk ke rumah kami diikuti dua jiran lelaki.

N menunjukkan tanda-tanda normal semula selepas jiran aku mula membaca beberapa potong ayat al Quran dan akhirnya ayat kursi.N turut membaca ayat kursi dengan jelas dan lancar.Selesai membaca ayat kursi,jiran suruh N mengucap 2 kalimah syahadah.Jelas ucapan kalimahnya walaupun suaranya agak sedikit garau ketika itu.Mulanya kami agak lega bila lihat keadaan N.Suasana terasa sedikit aman ketika itu.

Kawan -kawan N mula bersembang dengan N.Mereka cuba memberi kata-kata semangat kpd N.Aku perasan pandangan N kosong.Seperti tak ada perasaan.Hanya bibir yang tersenyum.Sesekali menyeringai.Aku tak sedap hati seperti ada yang tak kena.

Aku cuit suami sambil berbisik.Naluriku kuat mengatakan didepan kami sekarang bukan N.Satu entiti yang menumpang yang kami belum pasti siapa dia.

Jiran aku beri isyarat kepada kawan-kawan N supaya berhenti bersembang dengan N.Jiran aku tanya nama,asal mana dan apa tujuan datang sini.N membisu seribu bahasa.Matanya melingas ke kiri dan kanan.Kawan-kawannya dapat rasa N seperti kembali diganggu dan mula duduk jauh dari N kerana risau N bertindak agresif.

Tiba-tiba matanya merenung tajam tapi mulutnya senyum menyeringai memandang Z.Boleh bayangkan tak..walaupun N ni sangat cantik dimata aku,tapi wajahnya memang sangat menyeramkan ketika itu.Z mula menangis dan cuba bersembunyi di belakang aku.

Aku mula meremang sebab pandangan N terus kepada aku dan Z.N meluruskan tangan sambil menunjuk ke arah Z.Dengan suara yang lembut N berkata “aku suka engkau..engkau cantik..engkau baik..kenapa engkau buat aku gini?”.N mencebik bibir seperti kanak² kecil yang dimarahi ibu.Z membungkam.Tak berani angkat kepala bila N tak lepas dari merenung Z.

3 lawan 1..Suami aku dan dua orang jiran cuba merawat N dengan cara mereka masing-masing.Kami yang perempuan berkumpul di satu sudut rumah.Hanya memerhati.Adakah N disihir?Adakah saka keturunan mengganggu?Macam-macam persoalan timbul.Selepas bertubi-tubi diasak dengan soalan,akhirnya N bersuara..”Nama aku Hamid!!!”

Suami : “Dari mana engkau datang?”
‘Hamid’ : Aku tinggal kat tangga tu (tangga flat ni sebelah rumah sewa N).Aku suka dia(N) sebab dia cantik,lembut dan baik”..
Suami aku : ‘Hamid’..kau pergilah tinggal ke tempat lain(suami aku tunjuk ke arah bukit tak jauh dari rumah kami kepada ‘Hamid’).Tangga tu kotor tak sesuai duduk situ(Suami aku cuba berlembut)..
‘Hamid’ : “Aku tak nak pergi.Kat tempat kau tunjuk tu hutan.Kat sana tak ada kawan.Kat sini ramai kawan.Kat sini aku ada dia.Bila naik tangga dia suka menyanyi sambil ketawa.Aku suka orang macam dia..hihihihi..”

Setelah dipujuk berkali-kali,’Hamid’ tetap berkeras tak nak tinggalkan N.Akhirnya jiran aku ugut nak bunuh N.Siap ambil sebilah pisau dari dapur rumah aku.
Jiran : “Kalau kau tak nak keluar dari badan budak ni,aku akan bunuh dia.Kalau kau sayang dia,keluar dan jangan ganggu lagi!!..”

Tiba-tiba N rebah..Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku,pisau aku capai dan terus simpan.Masa ni suami aku dan dua jiran cepat-cepat angkat N.Turun tangga dan masuk kereta suami aku.Aku suruh Z ikut sekali walaupun pada mulanya dia teragak-agak nak pergi sebab pada aku tak manis hanya ada seorang perempuan bersama tiga lelaki dalam kereta.Jam 2 pagi masa tu.Suami pecut kereta bawak ke rumah perawat lain sebab kemampuan suami dan jiran agak terbatas.

Dalam kereta N sedar semula.Suami aku tanya N.
Suami :”Nama kau siapa?”
N : Aku “Hamid”.Kita nak pergi mana ni?”
Suami : “Aku nak bawak engkau jalan-jalan naik kereta.’Hamid’..kenapa kau suka N? Kau suka aku kan bagus.Hari-hari aku boleh bawak kau jalan-jalan.”
N : “Aku tak nak..engkau dah tua.Hodoh lagi.Aku nak yang cantik,yang comel..”
(Suami aku dah tergelak..Kurang asam betul..)
Suami : “Engkau sendiri buruk..dah tua.Ada hati nak orang muda yang cantik..”
N : “Kalau engkau muda,cantik..aku pun suka..”.
Suami : “Tapi aku jantan,engkau pun jantan.Aku pun tak ingin dengan engkau.”
Dan dialog-dialog berterusan sepanjang perjalanan.Suami terus bersembang supaya ‘Hamid’ terus leka dalam tubuh N hingga sampai tempat yang dituju.

Sementara itu di rumah,aku suruh 2 orang penyewa yang tinggal,tidur di rumah aku.Pintu rumah mereka aku kunci dari luar.Komputer mereka masih terus mengalunkan ayat-ayat suci.Aku biarkan sebab aku pun tak berani nak masuk rumah mereka.

Pukul 5 lebih pagi.Suami dan yang lain-lain balik.Dua jiran lelaki aku balik ke rumah masing-masing.Z nampak keletihan sebab papah N dari tingkat bawah hingga empat.Muka N masih pucat dan nampak sangat-sangat letih.Selepas aku mandikan N dengan air yang perawat bagi,aku suruh N tidur dulu di rumah aku.

Petang esoknya bila N dah betul-betul segar, kawan-kawannya hantar N ke terminal bas sebab orang tuanya suruh balik kampung.Kampungnya di pantai timur.Malangnya sekali lagi N dirasuk semasa di terminal bas.Ketawa menangis bersilih ganti.Kawan-kawannya mula cemas.Nak patah balik ke rumah sewa agak jauh.Akhirnya mereka menelefon ibu N.Ibu N menghubungi saudara terdekat N di JB.Jadi,saudaranya yang uruskan N dan hantar pulang ke kampung.

2 minggu selepas kejadian.Ayah ibu N datang rumah aku.Bawak bermacam-macam buah tangan tanda terima kasih bantu anaknya.N dah sihat dan sambung belajar semula.Semua penyewa rumah sebelah berpindah sewa tempat lain.

Tapi..’Hamid’ masih jadi penunggu tangga..Mungkin perawat N hanya menghalau sahaja entiti tersebut.Suami aku memang selalu nampak kelibat tercongok di tangga.Cuma suami aku ada cakap “kalau kau nak duduk sini..boleh.Tapi kalau aku tahu kau kacau orang lagi,aku bunuh engkau”.Gitulah akhir pada kisah ini.Harap tiada lagi mangsa ‘Hamid’ seterusnya sebab aku sekeluarga dah berpindah ke tempat lain beberapa tahun kemudian.

Mana satu flat aku maksudkan biarlah jadi misteri..Pesan aku kepada pelajar-pelajar yang menyewa dan akan menyewa,pandai-pandailah bawak diri di tempat orang.Sebagai anak rantau,rajin-rajin bertegur sapa dengan jiran sekeliling.Musibah tak mengira masa dan tempat.Moga perkongsian ini bermanfaat terutama kepada adik-adik yang hidup merantau jauh dari orangtua.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Emma dean

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.