Kisah ini merupkan kisah benar dan dialami sendiri oleh keluarga.
Kisah ini berlaku dua tahun yang lalu ketika umat islam di Malaysia dalam persiapan menyambut raya Aidiladha. Kami sekelurga tidak balik ke kampung. Suami ku telah merancang awal untuk pergi memancing bersama rakan – rakanya di Terengganu. Selepas selesai kami melanjutkan percutian ke Pahang. Aku telah menempah sebuah homestay (banglow) yang dalam iklan itu nampak cantik, bersih, berdekatan Pantai dan ada kolam untuk anak-anak mandi.
Dipendekkan cerita, kami sampai agak lewat sekitar jam 5 petang untuk check in.
Setiba masuk ke perkarangan rumah, suami ku terus berkata,
” biar betul ni. Betul ke rumah ini”
Aku jugak merasa cuak. Tapi memberanikan diri. Halaman rumah suram, kawasan rumah macam bersemak agak tidak terurus. Tapi banglow tu cantik dan besar, walaupun nampak macam banglow lama.
Aku turun dari kereta dan memberi salam. Aneh!
sunyi dan macam tiada orang yang menyambut kami.
Aku berfikir, macamana nak check in rumah ini.
Tiba-tiba muncul seorang lelaki separuh umur yang merupakan tuan rumah dari belakang dan menyebut nama ku.
” Cik Mawar kan?’.
Ya saya.
Dia memberi kunci dan kami masuk ke dalam rumah.
Sekali lagi terkejut, rumah tu macam muzium!.
Banyak barang antik, patung, lukisan, macam-macam lagi. Penuh satu rumah.
Bilik kami ditingkap atas.
Kami berpesan kepada anak-anak jangan sentuh apa-apa barang di rumah ini. Di rak banyak buku-buku lama berhabuk dan kelihatan tidak diurus dengan baik.
Semakin seram.
Aku mula membuka pintu bilik kami.
Suami ku yang keletihan balik dari memancing semalam terus baring di katil tanpa sepatah kata. Aku?.. mata ku melirik ke dalam bilik. Bilik ini klasik! Katil, almari, kerusi semuanya klasik. Lukisan yang digantung mengapa menghadap ke situ?. Aku memang minat hiasan dalaman, mula bertanya kenapa begitu dan begini.
Tiba-tiba
tidak semena-mena bilik yang baru dihidupkan penyaman udara itu (sebelum ni panas), aku merasakan ada satu angin yang sejuk datang menerpa terkena tengkuk ku. Angin nipis dan sejuk!.
Aku menelan air liur.
Fikiran ku Firasat ku sah bilik ini ada sesuatu.
Aku mula merasa tidak sedap hati. Tapi berdoa semoga tiada apa yang berlaku.
Hari semakin gelap, di luar rumah angin bertiup kencang, kilat dan petir berdetum dan menakutkan. Aku ke bilik air untuk mandi. Tapi dalam hati seolah-olah dapat membaca sesuatu akan berlaku.
Belum selesai aku mandi, tiba-tiba satu rumah black out. Bayangkan.? Aku terus memekik nama suami dan memanggil anak-anak. Dalam keadaan gelap gelita di bilik air, aku bagaikan dipandu untuk berpakaian sepantas mungkin. Keluar dari bilik air suami ku telah on torchlight telefon dan mencari lampu kecemasan yang kami bawa.
Aku kecewa tuan rumah yang rumahnya sebelah banglow kami menginap langsung tidak datang untuk membawa apa-apa cahaya walaupun sebatang lilin.
Rumah masih bergelap dalam samar-samar cahaya dari bilik kami. Hati berat menyatakan ada sesuatu di rumah ini yang ingin menguji kami.
Tiba-tiba hati aku semakin berani dan kuat.
Aku berani berbisik. Jangan main-main dengan aku. Jangan kacau suami dan anak-anak aku. Kalau berlaku apa-apa siap engkau!.
Sebenarnya aku dalam posisi bersedia untuk berlari ke luar rumah meminta pertolongan sekiranya apa-apa berlaku. Walaupun mungkin larian ku tidak pantas (kerana banglow itu berada dalam kawasan kira-kira 2 hektar), agak jauh dari jalan besar, tapi aku bersedia dengan sebarang kemungkinan
Aku yakin rumah ini ada makhluk lain selain kami.
Suami ku yang jarang dan agak tidak pernah memikirkan hal-hal mistik mula membayangkan takut kalau-kakau tidur malam ini dan esoknya kami terbangun di tanah lapang (macam dalam filem). Aku hanya terdiam dan agak bersetuju dengan kata-katanya.
Akhirnya lampu menyala semula.
Sebenarnya hanya rumah kami terputus bekalan elektrik, manakala rumah orang kampung tiada apa-apa.
Sebenarnya anak-anak kami jugak takut. Tapi mereka tidak mengomen apa-apa. Kami semua tidur awal dengan doa mengunung. Tapi aku siap warning pada rumah tersebut, kalau engkau ganggu suami dan anak-anak aku, siap kalian. Walaupun sebenarnya aku pun tidak tahu seberani mana aku jika ditakdirkan berhadapan dengan kemungkinan itu.
Cuma takdirnya aku jenis yang dapat merasa sesuatu. Dan biasanya jika aku merasa sesuatu, automatik aku akan terus warning.
Kisah ku mungkin tidak seseram kisah orang lain. Namun, ambil lah pengajaran dan berhati-hati jika ingin menyewa homestay. Sebab malam yang pendek boleh menjadi panjang dengan sebarang kemungkinan.
Bak kata hati, jika ianya hanya mengusik aku, aku tak kisah. Tapi jangan usik ahli keluarga ku.
Jika ramai yang tertarik dengan kisah ku, aku akan kongsikan lagi pengalaman seram di hotel dan di rumah sewa ku. Yang ini Allah takdirkan aku boleh nampak, aku sakit lama hingga lah hijab ku ditutup oleh seorang ustaz.
Sekian.
Hantar kisah anda : fiksyenshashas.com/submit