Aku nak share pengalaman seram aku waktu kerja kat hotel paling lejen kat sabah. Hotel ni pernah ada kes bunuh VVIP dulu zaman 90an. Masih berdiri kukuh hotel ni sampai sekarang. Taknak lah aku reveal nanti takde orang nak cek in sana. Haha. Tapi harap fs publish ler cerita aku ni. Thanks fs. Im your big fans. Okey sebelum tu aku ceritakan dulu laluan laluan tempat kerja aku ni. Agak membingungkan juga. Harap korang faham la ye.
Aku kerja pastry. Kitchen di hotel ni ada 2 tingkat. Tingkat G floor khas untuk main kitchen dan pastry pula di Tingkat 1(pastry ni kira area paling belakang hotel tapi tingkat 1).kalau Staf kena lalu dari tangga belakang. So naik je tangga ke Tingkat 1, akan ada pintu kiri dan kanan. depan tangga tu pula ada lif staf. So, Dia ada 2 laluan untuk ke pastry kitchen.
Laluan pertama kena melalui pintu kanan iaitu stor. Biasa dorang letak kerusi banquet, keperluan banquet lah dalam stor tu. Masuk stor, pastu dari stor tu akan nampak pastry kitchen. Cuma tak best nya bila pintu stor ni once ditutup. Nak buka tu kena guna kekuatan lelaki. Keras namatey weh! Kami pastry semua Perempuan. Mana kuatnyeee nak bukak. Kami jarang tutup pintu stor tu. Sbb kalau tutup keras nak buka esoknya. Tapi Pacik security tu suka tutup pintu stor tu sbb katanya banyak barang hotel. Nanti hilang. Kadang-kadang nak juga aku lawan ‘pintu masuk bawah tu tertutup juga ba. Mau buka pakai kad. Siapa la mau masuk ambil kerusi jak?!’ tapi yelah.. dia orang lama katanya.
Ok Laluan kedua pula pintu kiri tu. Pintu tu untuk ke dewan event. Dewan ni kecik jer. tapi mmg selalu guna untuk dinner party ke, meeting ke, haa macam tu lah. Laluan ni juga diguna untuk para staf ofis hotel tu lalu. Yelah mana boleh pakai lif guest kan kalau staf. Laluan ke ofis lurus je dari pintu tu. Kalau nak ke pastry, ada 1 pintu kat hujung dewan ni. Kiranya kalau staf ofis lurus je. Staf pastry kena ikut kanan dan akan nampak pintu 1 lagi untuk tembus stor. Kan aku cakap dari stor tu akan nampak pastry.
Haa macam tu ler. So ada 2 laluan ke pastry. aku pun tak faham kontraktor dia ni. Asal buat hotel macam ni. Harap korang faham la ye. Ok habis pengenalan jalan ke pastry ye. Banyak cerita seram aku pasal pastry ni. Aku cuba cerita mana yg sempat yer. Nanti Panjang sangat bosan pulak korang. Dia ada part part ye. Maklumlah pengalaman singkat.
Part 1: BULAN PUASA ADA HANTU KE?
Siapa kata bulan puasa tiada hantu? Haa aku dapat salam perkenalan di hotel ni time masuk kerja first time. Hahaha. Aku dapat kerja ni time puasa. Biasalah, dah staf baru. Kena la kerja sampai lewat malam. alkisahnya, habis je buffet berbuka puasa tu. Jam11 macam tu dah siap kemas buffet apa semua. Aku bawa lah barang-barang pastry tu naik ke Tingkat 1. Kitchen kami kan sana.
Time tu bwa troli. Tak bole pakai pintu dari stor sebab pintu masuk stor tu ada tangga sikit. So kena lalu dari dewan tu. Dewan tu kalau malam memang gelap. Ada je suis lampu. Cuma aku fikir, kejap je aku lalu dewan tu. Hantar barang, ambil beg pastu balik. So decide tak buka lampu lah sebab lampu belakang stor & pastry tu buka, kalau buka pintu ada la cahaya terang. Dah masuk pastry kemas barang kek pudding tu semua letak dalam chiller. Settle semua, aku ambil beg pastu off lampu kitchen semua.
Pastu Gerak lah ke pintu dewan tu semula. Aku tak guna pintu stor sebab malas nak lalu kerusi tu. Bukan takut ya. Ok time dah masuk dewan tu. Gelap je. Aku pun pulas la pintu tu. Eh tak dapat. Aku pelik la kenapa tak dapat. dah la Gelap pastu tak buka torchlight fon juga. Bila tak dapat buka, aku pun on la torchlight fon tu. Suluh pemegang pintu. ‘LOCK’ .. aku pelik la. Eh kenapa kunci. sebab tadi aku masuk, aku tak pegang pintu ni. Aku just tolak dan biar pintu ni tertutup sendiri. Asal boleh terkunci pulak. Dah tu aku turun je lah.
Pastu ke main kitchen sebelum pulang. Aku jumpa staf kitchen kat bawah tu. Tanya la kot dorang ada naik atas ke dewan tu. Dia kata tiada. Pastu aku ke security, tanya dia tadi ada ke dia meronda dekat dewan tu? Yelah mana tau dia meronda pastu dia kunci kan. Tapi security tu jawab, tiada. Security tu cakap lagi, ‘pintu tu ndak boleh dikunci sebab staf ofis pagi akan lalu sana. Jadi ndak boleh kunci’.(‘ndak tu maksudnya ‘tidak’) Habis tu? Siapa yg kunci pintu tu? Hahaha.. Kawan yang dah lama kerja sana kata ‘salam perkenalan dari dia’ sebab kau staf baru katanya. Tapi rasa pelik lah bulan puasa ba tu.. so untuk korang yg percaya bulan puasa tiada hantu. BIG NO! ada je haha
Part 2 : KERJA LEWAT MALAM
Kerja hotel ni, siapa je datang siang, balik siang? TIADA! Itulah definisi pekerja hotel. Datang tiada matahari, pulang pun tiada matahari. Yelah dah masuk kerja 4pagi. Balik kerja pula 1-2 pagi. Mana kau nak tengok matahari? aku dah biasa kerja lewat malam. Sebab buat produk. Time tu around jam10 lebih malam. Untuk pengetahuan korang, Kitchen pastry ni. Ada siling tinggi. Pastu dorang buat lagi 1 siling yang separuh around 2 kaki je macam tu lah.
Untuk lampu atas meja. So atas meja tu terang sikit la berbanding pakai lampu siling tu. kiranya tempat lampu tu dibina ibarat kau boleh duduk sambil kaki tergantung. Faham tak? Macam duduk sambil kaki tu kau bole menendang sambil tngok view. Ah gitu la. Aku susah nak explain. Harap korang faham je. Sory tau. Jadi nak dijadikan cerita, tengah sibuk buat kerja pakai mixer untuk adun kek tu, boleh nya ada suara humming kat atas kepala aku. Humming menyanyi ‘hem hem hem hem hem’ tu. Suara Perempuan. Aku diam je. Buat kerja. Buat buat sibuk supaya aku lupa pasal benda atas kepala tu. Sebab atas kepala aku tu, macam aku cakap tadi ada simen yang kau boleh duduk sambil julur kaki. Lama weh dia humming. Aku sampai ndak keruan sudah. Kembang jak butter yang aku tengah beat tadi tu. Aku terus wrap, masuk chiller. Ambil beg.. chaww! Hahahaha.. aku tak off lampu sudah!! Aku biar je.. gila kau mau tutup lagi kalau suda situasi begitu?
Waktu lalu di stor tu. Mak aih meremang segala bulu roma aku. Aku rasa macam kena kejar. Jantung aku ni ndak payah cakap la. Sikit lagi meletup. Keluar jak dari pintu stor aku berlari ke main kitchen. Kawan ku tegur ‘ui kenapa kau? Pucat juga muka mu’. Entah la mungkin macam mayat suda kali muka ku. Aku cerita la pasal tadi. Kawan tu bagitau la, staf lama di hotel ni tiada yang berani naik atas time malam sorang-sorang. Kau seja. Ada 1 chef pernah nampak budak perempuan duduk kat atas tu sambil senyum tengok chef. Berlarian terus chef tu turun bawah. Dalam hati aku bersyukur jugak sebab aku tak tengok atas time tu.
Part 3 : SUARA BUDAK KETAWA
Waktu ni aku tengah demam tapi since aku kena kerja juga. So aku decide nak rehat sekejap kat dewan sebelah pastry tu. Lelap sekejap je. Time tu siang. So takde lah takut mana. Ada kerusi kena susun sebab dewan tu nak diguna untuk event. Jadi aku baring atas lantai je sebab ada karpet juga. Aku tidur di pisuk pisuk je. Maksudnya ‘hujung-hujung’ supaya kalau ada orang lalu, tak kena nampak.
Around 10minit macam tu aku tidur, aku dibangunkan oleh suara budak ketawa ‘hihihi’ . Yang suara budak 5 tahun tu. Ketawa berdekatan aku je. Aku ni jenis kalau tidur, cepat tersedar kalau ada bunyi atau apa. Jadi aku pun bangun la tengok sekeliling. Aku tak expect hantu pun sebab aku takut anak bos ke, atau anak salah satu staf kat ofis tu. Yelah, aku lelap sana kang tak memasal aku kena cop curi tulang. Tengok punya tengok tapi takde sesiapa. Aku nak sambung tidur balik, tapi time tu otak aku baru hantar mesej ‘hantu tadi tu’. Terus aku tak jadi rehat. Aku bangun terus pergi pastry buat kerja. Dalam hati aku ‘haih, ingat bos je tak suruh rehat. Hantu pun tak suruh rupanya’ hahaha.
Part 4 : SUARA ORANG MENJERIT MARAH
Kami kat pastry ni suka pasang lagu pakai speaker tau. Kuat-kuat sebab kitchen kami kan area belakang hotel je. So memang takkan didengar oleh staf lain atau guest. Time tu tengah sibuk buat produk. Buat roti, baguette, pelbagai jenis bun, kek macam tu lah. Pasang lah lagu dan partner aku ni suka nyanyi kuat-kuat. Jadi sambil buat kerja tu dia suka nyanyi. Aku plak suka enjoy buat kerja. Aku sibuk kerja aku, partner aku sibuk kerja dia. Tengah sibuk-sibuk tu, aku tetiba dengar suara orang menjerit marah. ‘aaarrrggghhhhhhhhhh’. Aku pun diam lah sambil tengok Kawan aku. Tapi Kawan aku masih buat kerja.
Time ni dia dah stop nyanyi ikut lagu tu. Lagu tu pun tiada lirik atau sound yang bunyi orang berteriak. Aku dah tak sedap hati, aku off lah speaker tu. Kawan aku tanya. Kenapa off. Aku cakap la nanti on balik sambil bagi signal mata. Since Kawan aku ni memang faham pastry tu ada benda tu. So dia pun faham. time kitaorang nak balik, time tu kat luar hotel dah. Aku tanya dia ‘tadi tak dengar ke ada orang beteriak time kita pasang lagu? Kawan aku cakap tiada. Aku bagitau la dia kejadian tadi. Terus dia cakap ‘hantu tu ndak suru kali kita bising-bising’ aku pun ketawa sambil cakap ‘kali la. Disuru kita cuti pasang lagu’. Seminggu juga kami tak on lagu. Hahaha. Lepas seminggu baru on semula tu pun tak berapa kuat asal hilangkan sunyi je.
Banyak lagi story aku. Tapi aku hantar ni dulu ye. Senang-senang aku hantar lagi. Hope fs publish cerita aku. Maaf ler kalau tak berapa seram. Semoga cerita aku ni dapat menemani korang yang tengah membaca sambil baring-baring tu (sebab aku selalu baca fs sambil baring. Hahaha)
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit