Lekas Highway

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini pertama kali aku berkarya di sini. Baru terbuka hati dan merajinkan diri untuk menceritakan kisah yang dialami sendiri oleh ku pada tahun 2010/2011.
Pesanan daripada aku kalau tak seram ke tak menarik ke. Maaf la ye sebab aku bukan dilahirkan sebagai penulis walaupun jiwa seni tu ada la secebis garam.

Ok2. Berbalik kembali kepada kisah ini.aku ketika itu sedang menuntut di sebuah institusi di Ampang dan kampung halamanku berada di sebuah kampung di Negeri Sembilan. Cukup la sampai situ pengenalan diri ini hehe. Aku selalunya jika ingin pulang ke kampung, kebiasaannya aku akan bertolak setelah sesi kelas tamat pada pkul 5.30 atau 6 petang. Jarang sekali aku pulang lewat malam kerana jalan yang akan aku tempuhi agak gelap jika berlakunya kerosakan pada kenderaan.

Untuk pengetahuan semua, untuk pulang ke Seremban daripada Ampang, terdapat dua jalan, satu highway plus dan highway lekas (highway lekas pada waktu itu masih baru dan tidak ramai kenderaan yang menggunakannya pada waktu malam). Berbalik kepada kejadian hari tu, ia terjadi pada hari jumaat. Selepas kelas kebiasaannya aku akan terus pulang ke kampung dari fakulti, akan tetapi pada hari tu aku pulang ke hostel melepak dan boleh sambung tengok bola lagi sampai la pukul 10 malam.

Sebelum ni pun aku pernah balik ke kampung pada waktu malam tetapi akan menggunakan lebuh raya plus. Buat pengetahuan semua aku memandu sejenis kenderaan kecil buatan Malaysia (benda ni nampak tak penting tapi benda ni ada signifikasi dalam cerita di bawah hehe). Aku pun keluar la dari kolej kediaman dan tetus memandu menggunakan lebuhraya plus. Pada haritu, hujan sangat lebat dan nak dijadikan cerita, banjir teruk menyebabkan kesesakan dekat highway plus.

Aku pada masa tu dah teramatlah mengantuk dan kereta bergerak tersekat-sekat sehinggalah persimpangan keluar Kajang untuk masuk ke highway lekas. Aku pun tanpa berfikir panjang (selalunya laki tak akan fikir panjang pun haha) terus mengambil susur kiri dan menuju ke lekas. Aku pada malam tu langsung tiada rasa takut atau gementar. Dalam fikiran aku pada masa tu nak cepat sampai ke rumah dan tidoq saja huhu. Buat pengetahuan semua disebabkan kesesakan tadi, jam menunjukkan pukul 12 tengah malam ketika aku mengambil susur keluar ke lekas.

Bermulalah episod pemanduan ku di highway lekas. Lekas pada masa tu, lampu jalan pun tidak banyak seperti sekarang. Keseraman aku masih tidak kunjung tiba walaupun tiada kenderaaan pun pada masa ni. Tiba-tiba.ketika aku sedang memandu dalam 100 km sejam. Ada kelihatan sebuah kenderaan di lorong kanan, aku ketika ini memandu di lorong tengah. “Yeahhhh ada kawan”, bentak hatiku kegirangan hehe. Aku pun memecut kehadapan dengan niat agar tidak keseorangan. Akan tetapi tiba-tiba sumpah seranah keluar dari mulut aku. “Natey sungguh, nyesal aku guno jaley ni maley ni”. Walaupun aku ni orang Negeri Sembilan, berkat kawan-kawan ramai Kelantan, bila nak menyumpah mesti keluar Kelate?.

Mengantuk dah hilang dalam kamus hidup aku malam ni. “Kalau study malam ni, mesti markah tiggi”, detak hatiku. Korang rasa apa aku nampak hehe. Mula2 aku nak terangkan perihal kereta tu dulu, kereta yang digunakan benda alah ni kereta buruk ala-ala datsun, warna kusam. Lampu malap. Yang bahagian paling menarik, tingkap di bahagian penumpang dan pemandu diturunkan. Dan yang paling meruntun jiwa, tiada pemandu dan penumpang pun. Kereta kosong alahaiii makkk. Aku pun memecut laju sehinggakan hilang dari pandangan mata aku. Lega sekejap.

Tengah-tengah lega, kereta itu muncul kembali di hadapan aku. Kejadian ni berulang sehingga tiga kali. Bahagian paling menarik ialah pada kali ketiga. Dia tidak membiarkan aku memotong, pedal minyak aku tekan sehingga 120 sampaikan bergetar-getar keretaku (time ni la kereta buatan malaysia tu penting, sapa boleh teka kereta aku 10 markah untuk dia). Aku memandu seiring dengan dia agak lama. Masa ni ketakutan memang memuncak, takut-takut dia kirim salam ke, main cak-cak kepala ke. Tapi Alhamdulillah gangguan dia sekadar tiada pemandu sahaja.

Kereta ini hilang secara tiba-tiba bila keretaku tiba di pondok tol sebelum persimpangan Jelebu. Ketika hendak membayar tol, akak tol sound aku, “hai dik, kenapa muka tu. Mengantuk ke?”. Aku mengangguk kelat. Takkan nak cerita kecut kena ganggu. Hilang jantan nanti haha. Ha…macam mana seram tak. Tak seram pi la cuba lalu sorang-sorang situ. Tapi sekarang lekas dah banyak orang. Dah tiada kot gangguan ni semua.

Sebenarnya banyak lagi kawan-kawan aku yang kena kacau kat lekas ni. Tapi aku tak suka cerita benda yang x jadi kat diri aku, nanti takut ditokok tambah. Aku ada satu lagi cerita yang aku alami seakan-akan cerita kat atas, tapi kali ni bersama kawan-kawan aku. Tapi jalan lain la kan. Kalau ada sambutan baru aku sambung ye.?

Akhir kata. Walaupun gangguan-gangguan ni ada, jangan takut sangat, yang Di Atas lebih berkuasa??. Assalamualaikum.

12 thoughts on “Lekas Highway”

  1. Viva la apalagi, kalau bwk laju gitu dah gegar.
    Usahkan bwk laju gegar, korner huhhhhh apatah lagi, bkn tahap merempit korner tu, tahap nenek-nenek bejalan pakai tongkat sebab sakit lutut. Adessssss Viva ohh viva.

    Reply
  2. penah kne jugak masa lalu lekas pukul 2 pg tak silap…masa tu nak blk kg dgn husband, so lepas lalu tol seremban tu tibe2 aku nampak kain putih dekt sebelah cermin pemandu..husband aku tak nampk kot sbb dia senyap je….aku siap toleh belakang tgk kain ape tu…masa tu aku rasa mcm blur pikir kain ape malam2 ni…tak cerita kat husband sehingga kami smpai kg…sbb husband aku ni penakut sket..haha

    Reply

Leave a Comment