Pakcik Tua Di Sarikei

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kita berjumpa lagi bersama karya saya yang kedua iaitu pengalaman saya sendiri pada awal tahun 2013. Nama pena aku ialah SenyumanPerantau dan aku menulis kisah tentang Lekas Highway. Terima kasih kepada fiksyen Shasha dan semua pembaca setia di sini. Pertama sekali, aku ingin memohon maaf jika ayat klise di dalam cerita pertama tempoh hari berdasarkan komen pembaca. Hehe, mohon dimaafkan jika ada yang cakap boring tetapi bagi aku ia adalah kisah asal pengalamanku tanpa ditokok tambah. Ok lah, keduanya, jawapan untuk kereta aku tu, kereta Viva manual.

Ok, selesai sudah mukadimah awal, sekarang aku akan terus bercerita pengalaman kedua aku, seakan-akan cerita di Lekas, tetapi ianya berlaku di sebuah jalan raya di Sarawak. Pengalaman ini berlaku pada awal tahun 2013. Pada tahun 2013 ini, kami lima berkawan telah ditugaskan untuk berkhidmat di Sibu, Sarawak. Aku akan memperkenalkan kawan-kawan aku pada hari ini kerana berkemungkinan aku akan menulis lagi kisah seram yang pernah alami sama ada bersendirian ataupun bersama. Nama sahabat kami berlima yang ditugaskan di sini, ialah Amran, Mads, Mahadi, Nordin dan akhir sekali aku, SenyumanPerantau. Sebenarnya kami berlima ada seorang lagi kawan baik akan tetapi dia ditugaskan di Sabah, namanya Mujahid.

Pada Februari 2013, kami ditugaskan untuk bekerja di sini di mana ia merupakan pertama kali menjejakkan kaki kami di Sarawak. Maka, pada bulan pertama kami pergi ke tempat kerja menggunakan kereta yang disewa sementara menunggu kereta Amran di hantar dari Pulau Pinang (Sabar, jangan marah sebab lambat bercerita, kereta ni punca kami jumpa “Menatang” tu haaha). Kami pun berhempas pulas hidup bersama dengan gaji yang belum masuk, kereta buruk disewa, tapi kami tak kisah sebab kami ni dah macam “bloodbrothers” sejak menuntut di sebuah institusi di Ampang.

Setelah berhempas pulas selama sebulan, satu hari tu, tengah kami tengah menikmati makan laksa Sarawak, Amran dapat satu panggilan telefon, “Bang, kereta kitak dah sampei Kuching tok, bila mok ambil?”. Amran pun balas sepatah je “Aok”. Ini je la Bahasa Sarawak yang kami tahu untuk sebulan tu haha. Kinek tok mok kelakar Melaya pun berbelit lidah sebab dah lamak gilak di Sarawak huhu. Setelah Amran meletakkan telefon, kami pun berbincang sesiapa yang mahu menemaninya ke Kuching untuk mengambil kereta.

Aku, Amran, Nordin dan Mahadi mulanya bersetuju untuk mengambil tiket penerbangan ke Kuching untuk mengambil kereta Amran. Mads?? Mads dah berkahwin, biasa la, kadang-kadang tak dapat greenlight kan hehe. GTB(Geng Takut Bini) kan biasa la, ok2 sorry banyak-banyak mads. Kami pun dijangka untuk bertolak dari Sibu pada Jumaat petang selepas kerja. Tapi biasa la kan, oleh kerana “bloodbrothers”, si Mahadi ni pula kena balik semenanjung, bini suruh balik. Biasa la GTB kan hehe. Maka tinggal aku bertiga aku, Amran dan Nordin pergi ke Kuching menggunakan AirAsia.

Keesokan harinya (Sabtu), selepas mengambil kereta Amran di Pending, kami pun berjalan-jalan, mencuci mata sekitar Kuching sebelum bertolak balik pada hari Ahad. Pada hari Ahad, mula-mula kami bercadang untuk pulang pada awal pagi, tetapi selepas berjumpa rakan-rakan lain di Kuching, dalam pukul 2 petang kami bertolak pulang ke Sibu. Seusai melakukan “Jama Taqdim zohor dan asar”, kami pun beransur meninggalkan Kuching dan tiba di pekan Sarikei pada waktu maghrib. Di pekan Sarikei, kami membuat keputusan untuk solat dan makan SugarBun Sarikei. Untuk pengetahuan semua, Sugarbun ni merupakan francise fastfood dan menurut kata orang-orang Sarawak, Sugarbun paling sedap dan enak ialah di Sarikei. Ok, cerita panjang-panjang tu bukan apa, nak cakap punca kami makan kat situ je haha.

Dalam pukul 8 malam, kami pun beransur meninggalkan Sarikei. Ok, masa ni yang memandu Amran, Nordin di sebelah dan aku duduk di belakang. Jarak di antara Sibu dan Sarikei hanyalah sejauh 50km dan kebiasaannya mengambil masa 40 minit ke sejam. Kami menggunakan jalan yang mempunyai jambatan merah (maaf kerana tidak tahu nama jalan sebab aku ni buta tuli bab jalan, kalau Amran mungkin tahu, kepada pembaca yang tahu ni jalan apa, sila komen ye). Selepas melintasi jambatan merah tu, jalan yang kami lalui agak gelap, tiba-tiba kami ternampak sebuah motosikal yang di tunggang perlahan di hadapan kami. Amran pun memandu dan memintas motor itu.

Pakcik itu menunggang motosikal yang amat buruk, mungkin model honda bulat, sangat buruk dan tiada nombor plate. Ketika memotong pertama kali, aku cuba menoleh ke belakang dan terlihat muka pakcik ni licin hitam, tiada langsung mata, hidung dan mulut.” Eleh, malam kot..perasaan aku je ni”, pujuk aku dalam hati. Aku sambung bermain game COC aku. Tiba-tiba Nordin bersuara, “Eh,tak takut pulak pakcik ni kan, malam-malam jalan bawak sorang-sorang, gelap-gelap macam ni”. Aku dan Amran diam dan malas nak layan. Buat pengetahuan semua, Nordin ni jenis lurus bendul walaupun alim huhu.

Setelah beberapa minit meninggalkan pakcik tadi, Amran memanggil aku, “Jie, kita tak lalu mana-mana simpangkan???”. Aku ni pun jenis sengal ubi terus menjawab dengan pantas, ye la, kita jalan lurus jee..ayat aku terbehenti kat situ selepas nampak motor yang sama tadi kat depan. Kami berdua terdiam membisu seribu bahasa. Tiba-tiba Nordin bersuara, “Aik, ni bukan pakcik yang sama ke, Eh,kenapa dia takder mukaaa”..Haaa..kan aku cakap si Nordin ni sengal, haha. Aku ketuk kepala Nordin dan dia mula sedar daripada kesengalan dia dan mula la membaca doa2 dia tahu huhu.

Amran dah mula melajukan kereta dia masa ni. Kami pun memecut meninggalkan pakcik tu. Dalam kepala aku dah melayang-layang, haishhh..selalu benda ni jadi kat jalan, haritu kat Lekas ni kat sini pulak, aku mengomel haha. Aku ni memang jenis mengarut mengaban sorang-sorang, kawan-kawan aku pun masak dengan perangai aku. Tiba-tiba Amran bersuara lagi, “Jie, pakcik tu ada lagi la kat depan kita, haha”. Amran ni memang jenis berani sengal sket, tapi aku tahu dia pun dah cuak hehe.

Kami yang tak berapa takut pada malam tu pun sebab bertiga. Ok, yang ni terakhir kami jumpa pakcik tu, kali ni pakcik ni agak kurang adab sikit, dia tak bagi Amran potong, Amran dah tekan 140km sejam, tapi pakcik ni slumber badak dia je bersaing rapat sebelah kanan kereta kami. Tengah-tengah klimaks takut ni, Amran bersuara, “Jie, tengok la muka dia, dah ada ke belum”. Dalam hati aku “Menate Amran ni nok makey nyepak atah jubo ni” haha. Aku dah takut giler dah masa ni, sebab motor tu betul2 sebelah cermin sebelah aku.Otak aku yang kuat berkhayal ni mula la terbayang-bayang, pakcik tu masukkan tangan ke, bagi salam ke, bukak pintu ke haha. Hebatkan khayalan aku.

Pakcik tu masih lagi bersaing dengan kereta kami selama 3 minit dalam kelajuan 140km tu. Korang ingat sekejap ke 3 minit dengan masa-masa macam ni??? Haha. Tiba-tiba pakcik tu memecut laju dan meninggalkan kami lalu membelok kiri seraya hilang daripada pandangan kami. Masa ni aku memberanikan diri menoleh ke kiri dan mendapati tiada jalan atau apa-apa lorong melainkan semak-samun dan parit sahaja. Masa ni Nordin tengah berkumat-kamit baca ayat-ayat suci huhu. Amran dan aku mengeluh tanda lega. Kami pun tiba di Sibu lebih kurang pukul 9.20 malam.

Nasihat daripada aku, masa nak berjalan jauh tu, baca la apa-apa ayat-ayat suci sebab kita tak tahu apa yang kita hadap dalam perjalanan. Tapi lepas kejadian tu, bila nak pergi Sarikei, kami mesti teringat kisah ni bila melalui jalan tu, hehe. Banyak lagi kisah daripada aku, yang mana berdasarkan kisah benar daripada aku dan kawan-kawan. Sekian daripada aku, SenyumanPerantau dan kali ni aku ingin mengakhiri dengan serangkap pantun;

Ikan pari di lautan masin,
Sayur kailan ditepi perigi,
Kalau diri terdapatnya rajin,
Bolehlah kalian membaca lagi.

Eh lupa, kalau cerita aku kena ada kuiz ye. Kereta kawan aku tu jenis sedan. Cuba teka nama kereta dia hehe. Jawapan aku dalam penulisan seterusnya. Hehe 🙂

14 thoughts on “Pakcik Tua Di Sarikei”

  1. Keta vios kooottt…
    Hahahhaah nk gak jwb soalan popkuiz…

    Gelak besoorrr hakak tang ko bgtau “Aik, ni bukan pakcik yang sama ke, Eh,kenapa dia takder mukaaa”..Haaa..kan aku cakap si Nordin ni sengal, haha….

    Reply
  2. Jambatan merah tu area Bintangor. Jln mmg gelap. Tp setakat ni Alhamdulillah kamek sik pernah jumpa apa2 area sia… Tp nang ada orang pernah temu benda ya area sia…hihihi

    Reply
  3. Jalan area ckei ke cbu nang bahaya(keras) ckit mun jln mlm… Lebih2 agik org nak bukan area cya… Nang suka ajak benda pya mowk ngaco…

    Reply

Leave a Comment