Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

MERBOKIANS

Tahun 2015 merupakan tahun terakhir saya di UiTM, di utara tanah air. Saya tinggal di sebuah bilik asrama yang boleh memuatkan enam orang, tetapi ketika itu hanya saya dan seorang rakan sebilik sahaja yang tinggal di situ.

Suatu petang, rakan saya sedang menyiapkan projek design untuk final year manakala saya sedang bersiap untuk solat. Tiba-tiba bilik menjadi sunyi. Saya melihat rakan saya hanya duduk diam sambil tersenyum seorang diri. Saya memanggil namanya beberapa kali tetapi dia langsung tidak memberi respons.

Saya terus memanggil rakan dari bilik sebelah. Apabila mereka masuk, wajah rakan saya tiba-tiba berubah menjadi ketakutan dan dia menangis tanpa henti. Kami terus membawanya ke bilik sebelah dan memanggil kakak-kakak senior.
Mereka meminta kami membaca Surah Yasin bersama-sama. Ketika sedang membaca, kami terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di cermin tingkap. Kami semua ketakutan, tetapi kami memilih untuk mengabaikannya dan meneruskan bacaan sehingga selesai.

Keesokan harinya, saya pulang ke rumah kerana badan terasa tidak sedap dan sangat lemah.(SEJUK SEPANJANG MASA). Keluarga membawa saya berjumpa seorang pengamal perubatan tradisional. Beliau memberitahu, menurut penilaiannya, ada sesuatu yang menumpang pada saya. (NENEK TUA). Selepas menjalankan ikhtiar rawatan, beliau memberikan saya kasturi kijang untuk sapu di anggota badan.

Beliau juga berkongsi pandangannya bahawa, menurut kepercayaannya, ada sesuatu yang berada di bilik asrama kami dan ia tidak boleh dipindahkan kerana itu tempatnya. Beliau menasihatkan kami supaya tidak terlalu takut, teruskan kehidupan seperti biasa, dan menjaga amalan serta doa.

Sejak hari tersebut, setiap kali masuk ke dalam bilik asrama itu, mata saya pasti akan memandang ke arah penjuru katil. Perasaan takut masih ada sehingga kami memilih untuk berpindah demi ketenangan.

TYRAH
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram