Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

Histeria selepas tengok podcast seorang Ustad

Assalammualaikum warga Fiksyen Syasya….

Sebelum ini,saya hanya membaca kisah dari pengalaman follower dalam ini,tidak pernah terlintas untuk menulis cerita ini namun mungkin ada yang sama seperti saya juga.

Ceritanya begini,saya menonton youtiub podcast seorang ustad yang dijadikan undangan untuk menceritakan pengalaman beliau dalam merawat.Kisah ustad ini menjadi trending apabila hostnya dirasuk secara live.Saya menonton bahagian itu bersama suami dan dua orang anak saya yang berumur 8 dan 6 tahun.

Semasa menonton adegan dirasuk itu saya ada berbual dengan suami.Saya ada baca yang ramai komen mengatakan ianya tidak real.Tetapi suami diam sahaja,sampai bahagian Ustad tersebut cuba merawat live krew yang dikatakan mempunyai mimpi yang pelik2, Ustad bertanya mimpi atau tak rumah lama,ada keturunan bidan atau tidak,krew itu menjawab ia ada keturunan bidan tetapi banyak bermimpi sungai dan hutan.Saya pulak mencelah memberitahu suami yang saya ada mimpi rumah lama berulang kali dan teringat mak saya beritahu ada keturunan bidan.

Dipendekkan cerita,Ustad minta krew tersebut ikut ayat yang akan dia baca iaitu ayat pemutus sihir,Suami terus minta saya cuba ikut baca sama,dan saya terus sama ikut.Selepas selesai membaca tiba2 tengkuk saya berasa berat dan lenguh,suami bertanya sama ada saya ok atau tidak,tetapi saya dapat rasa tidak sedap hati dan nafas tiba2 menjadi sesak,suami cuba menenangkan saya,malangnya saya xdapat kawal diri,tangan saya menggeletar dan nafas semakin sesak.

Melihat keadaan saya begitu,suami saya segera membaca wirid sukran yang diamalkannya.Tiba2 saya tidak boleh mengawal diri untuk menjerit sekuat hati,sehingga anak bongsu saya yang berumur 6 tahun terkejut dan menangis ketakutan.Suami segera menenangkan anak saya dan menyuruhnya baca zikir atau selawat untuk saya.

Walaupun saya tidak dapat menahan diri tapi saya boleh mendengar suara suami dan anak saya berzikir,saya tidak dapat membuka mata saya,nafas semakin laju saya dapat rasakan saya letih,tiba2 suami sampai di perkataan “sukron” dan mengulanginya,menyebabkan saya spontan menjerit semula berkali2 tetapi diiringi tangisan.Wallahi saya tidak tahu kenapa saya menjerit dan menangis seperti itu,saya bagaikan mahu berhenti menjerit kerana terasa tekak saya mulai perit,namun tetap makin kuat saya melepaskan suara itu.

Anak saya yg berumur 8 tahun telah disuruh suami untuk minta pertolongan dari jiran,kerana beliau takut tidak dapat mengawal saya sendirian.Namun Alhamdulillah selepas wirid tersebut habis dibaca nafas saya kembali perlahan lebih tenang.Dan perlahan boleh membuka mata.

Apabila saya dilihat sudah stabil suami berikan air yasin untuk diminum.Sambil minta saya ceritakan apa yang saya rasa.Terus suami ingatkan pada saya supaya jangan anggap host tersebut menipu sebab apa yang berlaku pada dia hampir sama dengan saya,cuma saya tidak berdialog,hanya menjerit dirasuk sahaja.

Alhamdulillah anak saya terus peluk saya,dan terus haramkan saya tengok podcast tu lagi.Saya kesian denganya,mesti trauma melihat saya berubah sebegitu.Dan jiran2 mula bertanya suami apa yang berlaku.Rasa malu juga kerana jeritan saya itu rupanya sangat la kuat hingga selang beberapa rumah pun boleh didengari.

Terima kasih suami kerana tidak berhenti berusaha cepat pulihkan diri saya,walaupun panik dengan isteri dan anak,tetap tenang dengan bacaannya.

Ini merupakan pengalaman pertama saya,sebenarnya saya sendiri tidak percaya perkara ini boleh berlaku pada saya terus selepas melihat podcast tersebut.

Doakan yang baik2 untuk saya samada benar atau tidak “benda” tu ada dalam diri saya,Wallahualam…hanya Allah SWT sahaja yang mngetahuinya.Sekian

Pertunjuk Ilahi
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram