Sekuntum Bunga

Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi terima cerita aku. Untuk pengetahuan semua, ni pertama kali aku hantar cerita seram dekat page FS. Cerita aku ni berlaku pada tahun 2012. Sekarang umur aku dah 20. Korang kira la sendiri umur aku waktu tu berapa yer.

Waktu ni aku tinggal dekat asrama. Aku start kena ganggu waktu aku tidur petang. Waktu aku tidur tu tetiba ja aku rasa aku susah nak bernafas. Masa tu fikir m**i je. Maklumlah sebelum ni tak pernah kena tindih (hempap). Aku memang dah tak boleh gerak, mata tak boleh buka apatah lagi bersuara. Masa kena tindih tu macam-macam surah aku baca dalam hati. Tak lama lepas tu aku rasa tangan aku dah boleh gerak. Then aku dah boleh buka mata dan bangun dari tempat tidur. Tapi masa tu memang rasa penat sangat.

Sehari lepas kejadian aku kena tindih tu, aku dengan seorang kawan aku ni (Tasya) bangun awal untuk mandi. Biasalah kehidupan asrama. Bangun mandi awal sebab tak nak berebut. Kitorang bangun dalam pukul 4.30 pagi. Kitorang berdua je waktu tu. Nak dijadikan cerita aku siap mandi dulu. Si Tasya ni belum siap lagi. Aku pergi lah letak baldi aku dekat tempat simpan baldi. Dan aku buat keputusan untuk naik ke bilik dulu.

Asrama aku ni kalau nak naik tangga ke bilik dari tempat simpan baldi kena lalu sebelah surau lama (musollah). Musollah tu dah lama tak digunakan. Masa jalan nak ke arah tangga ni aku ternampak lembaga berpakaian serba putih dengan rambut yang sangat panjang berdiri kat atas bumbung musollah tu. Waktu tu terus aku tunduk pandangan tengok kaki je. Tak berani nak pandang atas dah. Aku batalkan niat nak naik bilik dulu. Aku tunggu Tasya siap mandi, baru aku naik sama- sama dengan dia.

Beberapa hari lepas tu, aku berdiri kat koridor sambil menghadap musollah tu. Waktu tu dalam pukul 8 malam. Waktu tu aku tengah bendera merah. Nak tahu apa aku nampak? Aku nampak 2 orang budak perempuan dalam lingkungan 4 ke 5 tahun tengah main kejar-kejar pusing kolah dekat musollah tu. Kalau nak cakap anak warden, warden aku tak da anak lingkungan 4 ke 5 tahun. Aku apa lagi. Terus turun ke bilik study. Sebab bilik study ada la orang-orang yang bendera merah. Tapi apa yang aku alami ni aku tak cerita kat sesapa.

Ehh terlupa pulak nak bagitahu. Sepanjang aku alami gangguan ni, aku still kena tindih. Tiap-tiap hari kena tindih. Sampai dah jadi biasa. Tak kira la siang ke malam ke. Tapi kalau tengah malam kena tindih then dah boleh lepaskan diri memang takut la. Sebab aku sorang je yang jaga. Yang lain semua tidur, dengan keadaan bilik yang gelap. Apa yang aku mampu buat adalah paksa diri untuk tidur balik ja.

Sampai la satu tahap aku dah tak tahan dengan gangguan yang terus terusan menghantui aku. Aku cerita semua yang aku alami dekat parent aku. Pastu parent aku bawak la aku pergi berubat dengan seorang ustaz. Nak tahu kenapa aku kena ganggu? Sebabnya sebelum kena ganggu, sekolah aku ada buat aktiviti merentas desa. Waktu aku join aktiviti merentas desa sekolah aku, aku ada petik sekuntum bunga. Bunga tu tempat makhluk yang ganggu aku tu. So dia marah la sebab aku dah rosakkan tempat dia. sebab tu lah aku kena ganggu. Sekian saja dari aku.

Peringatan untuk semua, jangan mudah ambil barang bukan kepunyaan kita. Sebab kita tak tahu barang tu bertuan ?

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Sekuntum Bunga”

  1. Semua isi alam milik Allah..xde maknenye milik Jin..tapi nak ambil Tu selawat dlu..jgn pulak sebut..tok nek..cucu kenan kt bunga Ni..cu amik yea..itu syirik..tpi jgn plak pecah Rumah org ckp dok selawat..tu kompem dh milik org..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.