‘Dia’ Masih Ada

Assalamualaikum orang kampung semua! Sebelum ni aku dah pernah submit cerita aku dekat fs ni tapi malangnya tak pernah ada luck story aku yang naik dekat fs ni. So kalau yang ni naik tq la admin, sudah lama ku tunggu saat ini tiba. Huhu. Okay aku perkenalkan diri aku sebagai Nur.

Aku seketul gadis yang dari kecik lagi sudah ‘terdedah’ dengan mahluk² ghaib ni. Kalau tak nampak, aku akan rasa kewujudan mereka² ni. Aku pulak ada bad habits iaitu suka memerhati atau dengan kata lain mata aku ni jenis suka melilau sesuka hati kalau ada dekat tempat gelap/sunyi. Aku ni dulu masa sekolah tersangatlah aktif dalam kokurikulum badan beruniform. Semua kem, semua acara aku pergi. Senang cerita aku sukakan aktiviti luar/lasak. So cerita² seram aku ni makin bertambah bila aku join kem2 luar/dalam sekolah.

Sepanjang aku sekolah, aku rasa pengalaman ni lah yang paling buat aku terkesan gila sampai sekarang. Kejadian ni jadi 4 tahun lepas. Time ni aku form 4 dah (sekarang dah 20 tahun, dah tua T-T). Dah jadi set² senior dekat dalam unit uniform aku tu, pangkat pun dah ada. Cehh hahaha. Bagi aku sepanjang aku hidup, sepanjang aku kenal dengan mahkluk² ni, ni lah kali pertama aku kena kacau teruk gila. Masa tahun ni sekolah aku tu dah start teruk kes histeria lah, kes kena sampuk macam² lah.

Aku sekolah area selangor, kalau aku sebut daerah mana maka terbongkar la identiti aku, jadi aku rahsiakan jelah eh. Karang ada pulak budak tak nak pergi sekolah nanti. Hehehe. Okay, masa ni aku ada kem. Unit aku buat kem saja2 untuk isi aktiviti cuti sekolah bulan 6 kalau tak silap. So aku jadi facilitator. Kitaorang start kem lepas solat jumaat. Time ni aku jadi D/o (duty officer) so akulah yang jaga masa semua aktiviti time kem. So ikut pangkat dorang akan panggil kita orang dengan panggilan “Cik”.

Aku ni kalau jadi cik kejam sikit suka buli budak. Hahaha. Masa mula kem tu cikgu ada ingatkan dekat geng faci supaya sebelum maghrib pagar tapak kem, which means pagar tempat nak tidur and tempat² yang kita orang gunakan untuk buat aktiviti. Kita orang pun okaylah kan. Lepas tu cikgu cakap jangan bagi siapa² pergi duduk dekat sudut laluan bacaan dekat kawasan tepi kantin tu. Okay kita orang ikut. So kem pun start. Petang tu just uruskan kumpulan dan sesi ice breaking kecil-kecilan je.

Kita orang buat aktiviti tak tengok jam. Sampailah dah dekat pukul 6.30 petang. Kami yang faci ni duduk rehat² dekat tapak perhimpunan sementara tunggu peserta² buat persiapan diri untuk maghrib. Aku ni pulak masih dengan tabiat yang sama, suka memerhati. Aku perhati je dekat sudut bacaan yang cikgu cakap jangan dekat tu. Tak tahu kenapa start dari tu rasa ada orang asyik perhati je mana aku pergi. Tiba² salah sorang dari kami bersuara, “wei korang, dah pagar tempat belum?”. Semua macam terkejut sebab belum buat dan tak ingat langsung. Kelam kabut jadinya, ada lah dalam 3 orang yang kuat agama tu pi pagar tempat. Sebab time tu memang dah nak maghrib. Aku pulak pergi tandas panggil peserta. Elok je dorang habis pagar betul² azan maghrib. Aku tak tahu kenapa aku rasa tak sedap hati. Sampailah ke malam rasa diperhatikan tu still ada. Then tiba la masa untuk aktiviti last untuk malam pertama : Nightwalk.

Nightwalk kan biasalah mesti lah tinggal budak sorang² sambil mata berikat dengan kain semua tu kan. Time ni aku dengan sorang kawan aku ni, nama dia Ju. Aku dengan Ju ni tak tahu langsung apa plan faci yang ambil part nightwalk ni, aku just follow the flow je. Tiba² bila dah habis nightwalk. Sorang peserta tak ada. Tak cukup sorang. Gelabah la wei tak cukup, kami pun pi cari. Aku lah paling risau tak tau kenapa. Aku pergi cari budak tu dekat belakang, dekat padang sekolah. Aku pergi berlima. 3 lelaki, 2 perempuan. Aku nak pergi dekat pokok kelapa sawit dekat hujung padang. Kawan aku yang Ju tu kata tak payah. Kita orang tengok dari jauh. Tak ada apa. Lepas tu aku tergerak hati nak pergi rumah hijau belakang blok paling akhir sekolah. Cikgu pernah pesan jangan main dekat situ, sebab dekat situ salah satu tempat keras dalam sekolah. Masa tu jam 1.30 pagi.

“Nur, tak payah pi, cikgu dah pesan keras kan”, Yus tiba² bersuara masa aku cadangkan untuk cari dekat situ.

“Selalunya tempat yang kita rasa tak ada tu lah dia sorok”, aku masih bertegas nak pergi. Dorang pun akur. Tiba² handphone Ery bunyi. Lepas dia tamatkan panggilan dia ajak pi balik tapak berkumpul. Sebab dia kata dah jumpa budaknya.

Rupanya korang nak tahu faci yang take over nightwalk tu dorang sorokkan peserta tu sebab nak tengok macam mana reaksi kawan² dia yang lain bila budak tu hilang. Dorang siap gelakkan aku sebab beria cari. Aku tak marah, sikit pun tak malu kena bahan, cuma aku risau. Sebab aku dapat rasa ada something yang nak jadi. Dah la aku rasa diperhatikan, lepas tu masa nightwalk tu pulak aku ada tengok sorang peserta ni dia cakap sambil gelak sorang² padahal dia duduk sorang² kot. Aku tak puas hati. Sebelum peserta dilepaskan untuk masuk tidur, aku pi jumpa Harith, budak yang aku katakan cakap sorang² tu.

“Rith, tadi masa kau duduk sorang² time nightwalk tu kau ada gelak², kau cakap dengan siapa?”, aku tanya Harith. Jawapan dia buat aku terdiam.

“lah, aku gelak sebab korang buat lawak dengan aku, main tiup² telinga aku”. Ah! Pulakkkkkk. Siapa pulak bergurau dengan kau Harith oiii. Aku pun buat² betul lah apa yang dia cakap tu.

Bila semua budak dah masuk tidur, kita orang yang faci ni duduk la berjaga dekat kantin. Takut ada peserta yang nak pergi tandas ke kan. Kena jaga jugak. Ada lah dalam 8 orang. Pukul 2 lebih masa tu, kita orang ni sambil² tu melantak la sebab dapur dekat kan, lapar pulak tu. Dah habis makan tu duduk la ramai² kat meja sambil main fon + bual² kosong. Posisi kita orang duduk tu betul² sebaris dengan sinki untuk basuh tangan tepi kantin. Tepi kantin tu jugak ada satu pokok besar yang agak seram jugak lah. Tengah syok2 borak tiba2 “Dummmmmm!!!”. Bunyi satu hempasan kuat dekat sinki tu, guess what? Paip sinki tu tercabut. Air membuak2 keluar.

Yang peliknya tu, air tu macam dihempas, kuat sangat bunyi dia macam orang marah. Berdetum dekat lantai sinki tu. Aku pulak duduk dekat bahagian meja paling hujung. Betul² depan sinki. Aku terus lari duduk sebelah Ju. Masa tu kawan aku yang Erry tu tiba² cakap, “kau tutup balik, kau jangan kacau kita orang, kita orang tak kacau kau”. Lepas Erry cakap macam tu air tu jadi normal je arusnya, tak sampai seminit dia hempas balik air tu. Erry terus bangun. “Aku cakap tutup”. Eryy pergi dekat, fuhh berani betul mamat ni. Dia pergi tengok, then dia cakap tak ada apa², paip tu just tercabut. Dorang yang lain pergi tengok memang betul paip tu tercabut. Bila keadaan dah tenang, dia datang lagi. Ingatkan sampai situ je, rupanya belum habis.

Dia loncat atas bumbung kantin belah tepi, bumbung zinc. “Bummmmmmmmm!!!”. So korang boleh imagine bunyi dia kuat macam mana. Aku terus jadi lain macam. Rasa diperhatikan tu makin kuat. Tiba² aku dengar bunyi orang berjalan sambil seret kaki, “srreetttttt srreettttttt srrreettttt”. Dari tapak berkumpul, makin lama makin dekat, bunyi tu umpama menuju ke arah aku. Sampailah tiba² kawan aku yang aku panggil Mok ni cakap, “Nur, kau jangan pandang belakang!”. Bila dia cakap je macam tu, tiba² aku rasa satu angin betul² lintas sebelah aku. Kuat sangat angin tu. Mencacak semua bulu roma aku. Angin tu lalu sekali imbas bersama bayangan hitam yang terbang berlalu pergi. Kami semua terus kemas² berlari masuk tidur. Tapi aku tak boleh tidur sampai lah ke subuh. Tak ada siapa tahu hal tu kecuali kita orang berlapan.

Lepas subuh masa berkumpul tiba² air paip tu berdetum lagi sekali. Yang seramnya kali ni, bila kami pergi tengok, kepala paip yang semalam tercabut tu elok je ada dekat tempat dia. Pelik sangat! Sampai dah balik rumah, esoknya aku demam panas. 2 minggu aku sakit. Badan terlalu panas tapi bila pergi hospital doctor kata aku demam biasa, padahal aku sakit sampai rasa macam nak m**i dah masa tu, yelah dah la tak larat, dengan panas dalam sampai hidung² sekali berdarah. Setiap kali pukul 3.30 pagi aku mesti terjaga. Aku dengar bunyi yang sama macam malam kejadian. Setiap malam ada yang ‘jaga’ aku, dia duduk elok je dekat hujung penjuru bilik. Sampailah aku pergi berubat, ustaz kata ada benda yang berkenan dengan aku, so dia ikut aku balik rumah. Dia nk kawan katanya.

Bila aku sakit lama sangat, Mok datang cerita dekat aku kenapa dia tak kasi aku pandang belakang masa malam kejadian tu. Dia kata benda tu memang ada. Sedang cuba untuk masuk dalam badan aku untuk dampingi aku. Dia berwarna putih, umpama lembaga tanpa muka, berambut panjang. Tapi aku kuat, jadi dia tak boleh masuk. Allah, sedih dengar takut + seram semua ada. Mok pun ada mintak maaf, sebab dia rasa tu salah dia, sebab dia yang sorok budak tu dekat bawah pokok berdekatan sinki tu. Jadi mungkin sebab tu benda tu marah sebab dorang kacau tempat dia. Lepas je sihat dah boleh jalan semua aku pergi sekolah. Siapa yang tahu apa yang jadi dekat aku semua risau tengok aku.

Ada ada habit baru, and habit lama aku dah dinaikkan power level, wow gituuuu. Aku suka perhati satu tempat tak kira waktu, aku perhati sampai mata aku merah. Tak berkelip, aku hidup dalam dunia aku sendiri. Bila orang tegur, aku senyum. Dan kawan² aku cerita dorang paling seram part aku senyum. Takut, katanya aku senyum lain macam. Creepy sangat senyuman aku tu. Aku jadi macam lemah sikit kalau dapat hint² entiti ni. Benda tu dah dihalau dari aku. Setiap kali keluar dengan kawan² aku, dorang mesti pesan, “Nur, kawal mata kau. Kau jangan buat hal”. Hahaha, takut lah tu kalau aku tiba² meroyan pulak nanti. Tapi tulah pengalaman paling seram dalam hidup aku.

Tahun lepas aku ada la terkena lagi. Tapi tak parah macam kes yang ini. Lepas tu kawan aku yang pandai perubatan islam ni dia ada pesan, “Nur, kalau duduk sorang² tu hati². Kau ingat kan dulu pasal benda yang nak dampingi kau tu? Dia dihalau je dulu, tapi dia masih ada lagi, jaga kau dari jauh. Sebab dulu kita cuma halau dia je, so kalau bila² dia tegur kau, kau jangan tunjuk kau minat, sebab dia tunggu je tu bila kau tunjuk minat dia datang la dampingi kau”. Fuhhh aku time ni speechless habis. Tapi memang betul pun, kalau aku duduk sorang² ada jugak dia bagi hint dia ada sekali. Tapi aku buat tak tahu jelah. Okay sampai sini jelah cerita aku ye teman², maaf kalau panjang dan membosankan. Next time ada masa aku share kisah aku punya salam perkenalan dengan cik ponti pulak. Kk chawwww duluuuu orang kampung semua.

Assalamualaikum,
-Nur yg comel lagi ayu- kahkah

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “‘Dia’ Masih Ada”

  1. Bende tu mmg ade dimana2 dik..kuatkan iman cekalkan hati inshaa allah selamat dunia akhirat..petua abg yeop satu je..walau pepon kene YAKIN ALLAH bantu kita..tahap yakin tu pon samelah cm upgrade level power tu..hahahahaha inshaa allah kepal tanah lempo ke setan pon dia lari..ingat kene YAKIN ye hehehehhehe

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.